Ahad, 24 Mac 2019

Tarikan Menarik Di Safari Park Bukit Gambang

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans ingin berkongsi pengalaman menarik yang terakhir sewaktu bercuti di Bukit Gambang Resort tempoh hari. Untuk pengetahuan semua, disini terdapat beberapa pertunjukan yang cukup menarik yang telah Hans saksikan sendiri sewaktu berada di Safari Park Bukit Gambang ini.


1. PREDATOR SHOW


Salah satu pertunjukan menarik yang telah Hans tonton sewaktu berada di Safari Park Bukit Gambang ini ialah Predator Show. Disini mereka mempersembahkan pertunjukkan beberapa jenis haiwan yang terdapat disini seperti singa putih, harimau, dubuk, landak dan pelbagai lagi haiwan lain.


Memang ada beberapa persembahan haiwan dalam pertunjukkan ini yang agak menarik minat Hans untuk setia menonton. Antaranya aksi lucu sekawan landak serta aksi semula jadi harimau yang membuatkan ramai penonton tertawa menyaksikan momen-momen bersejarah tersebut.


2. WONDERFUL BIRDS & MULTI-ANIMAL KIDS SHOW


Pertunjukkan seterusnya yang sangat menggembirakan Hans ialah pertunjukkan Wonderful Birds. Disini Hans dapat menyaksikan kehebatan burung kakak tua menjawab soalan yang diberikan oleh instruktor serta kegagahan Helang menyambar ikan serta melalui gelung-gelung yang dipegang pekerja Safari Park.


Seperti video di atas yang sempat Hans rakamkan semasa pertunjukkan tersebut dimana aksi hebat yang dilakukan oleh burung helang ini memang membuatkan ramai yang teruja termasuk Hans.


Selain itu, perarakan masuk pelbagai jenis burung termasuk sekumpulan burung bangau ke dalam kawasan pertunjukkan sememangnya merupakan satu persembahan yang cukup memukau dan menghiburkan.


Selepas persembahan tamat, para pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar dengan burung-burung helang yang terlibat di dalam persembahan sebentar tadi. Hans memang tidak melepaskan peluang keemasan tersebut dan hasilnya telah lahir gambar-gambar cantik dan berkualiti yang berjaya menyerlahkan kekacakan Hans dengan jayanya. Hahaha!


3. BEAR FEEDING


Antara aktiviti seterusnya yang menarik untuk dilakukan di Safari Park Bukit Gambang ini ialah memberi makan kepada beruang. Makanan beruang ada dijual disini dengan harga cuma RM5 sahaja.


Di Safari Park ini tidak silap Hans terdapat lebih kurang empat hingga lima ekor beruang yang ditempatkan disini. Memang seronok dapat melihat kelincahan beruang ini saat rakan Hans memberi makan kepadanya. Nampak beruang ini menanti dengan penuh sabar makanan jatuh dari langit. Hahaha!


Selesai memberi beruang makan maka Hans dan rakan yang lain pun mengambil peluang untuk bergambar di salah sebuah kawasan yang unik dan menarik untuk dijadikan kenangan. Sebenarnya kawasan Hans bergambar ini merupakan salah satu tempat pertunjukkan untuk Yabara Show yang bakal berlangsung pada waktu malam nanti.


4. MELIHAT ANAK SINGA PUTIH


Salah satu perkara yang menarik perhatian Hans juga apabila dapat melihat secara dekat anak singa putih yang sangat comel. Hans dan anak singa ini dipisahkan dengan satu lapisan cermin tebal yang memang kukuh. Walaupun nama anak singa tetapi saiznya boleh tahan besar dan anak singa ini juga kelihatan mempunyai stamina serta terkaman yang agak kuat. Terkejut juga lah Hans apabila terpandang anak singa ini di belakang masa bergambar. Haha!


5. NIGHT JUNGLE


Satu lagi lokasi menarik yang Hans singgah sewaktu berada di Safari Park ini ialah kawasan Night Jungle. Disini ditempatkan haiwan-haiwan yang akan aktif sewaktu malam menjelma.


Kawasan disini agak luas dan besar tetapi bilangan haiwan yang ditempatkan disini agak terhad. Namun, Hans merasakan ia masih satu lokasi yang berbaloi untuk dikunjungi kerana banyak haiwan yang ditempatkan di kawasan kurungan memang sangat sukar untuk dijumpai di dalam kehidupan seharian. Jadi, untuk pengalaman yang lebih menarik maka Hans cadangkan seelok-eloknya datang ke kawasan Night Jungle ini pada waktu malam.


6. MAKAN MALAM DI SIMBA HILL GOURMET HALL



Seharian Hans melakukan pelbagai aktiviti di Safari Park ini maka tidak sah lah kalau perut Hans ini tidak merasa lapar. Jadi, Hans berpeluang menjamu selera di Simba Hill Gourmet Hall yang menawarkan pengalaman makan malam yang cukup istimewa.


Istimewanya disini bukan sahaja disebabkan makanannya yang sedap atau dekorasi restorannya yang cantik semata-mata tetapi kerana Hans berpeluang menikmati makan malam sambil melihat singa putih di kawasan penempatannya yang bertentangan dengan Simba Hill Gourmet Hall ini.


Hans mendapat info dimana singa-singa putih selalunya aktif sekitar pukul 8.00 malam dan 9.00 malam. Alhamdulillah, Hans sempat melihat singa putih ini bangun dari tidur petangnya yang panjang sambil menjamu selera dengan menu barat yang cukup menyelerakan.


Menu Chicken Chop yang dihidangkan di Simba Hill Gourmet Hall ini boleh dikatakan cukup istimewa kerana mendapat sentuhan daripada Ketua Chef disini. Hans memang puji kelembutan ayam serta kelazatan kuahnya yang memang menjadikan rasa menu ini sangat sedap. Pencuci mulut yang disediakan juga memang menggiurkan dan sangat memuaskan hati Hans saat menjamahnya dengan penuh nikmat. Hahaha!


7. YABARA FIRE SHOW


Hans kemudian berpeluang menyaksikan pertunjukan Yabara Fire yang sangat menarik. Terdapat pelbagai aksi yang dipaparkan kepada pengunjung dan Hans turut tidak ketinggalan untuk merakamkan detik-detik istimewa sepanjang pertunjukkan berlangsung.


Kedua-dua video ini adalah hasil rakaman Hans sewaktu berlangsungnya Yabara Fire Show. Masa pertunjukkan ini telah ditetapkan dan jika anda datang ke sini maka pastikan waktu pertunjukkannya dan jangan sesekali terlepas peluang menyaksikan sendiri pertunjukkan ini di hadapan mata. Rugi sangat kalau datang Bukit Gambang tetapi tidak menonton pertunjukan hebat sebegini.


8. INDIANA STUNT SHOW


Salah satu lagi pertunjukkan yang Hans sangat nanti-nantikan dan wajib ditonton kepada sesiapa yang datang ke Bukit Gambang ini ialah Indiana Stunt Show. Persembahan lakonan yang diberikan oleh para pelakonnya serta beberapa kesan khas yang digunakan berjaya menjadikan Indiana Stunt Show ini sebagai satu pertunjukkan yang bukan sahaja menarik tetapi cukup untuk memberi hiburan kepada seluruh peringkat usia yang menonton persembahan ini.


Jadi, berakhir sudah kisah berkaitan pengalaman Hans sewaktu bercuti di Bukit Gambang Resort City tempoh hari. Satu lagi pengalaman menarik yang tidak akan Hans lupakan. Terima kasih kepada rakan Hans yang sudi belanja Hans untuk bercuti disini. Kepada sesiapa yang masih belum pernah ke Bukit Gambang itu maka bolehlah rancang percutian anda bermula sekarang untuk datang bercuti disini. In Sha Allah, Hans yakin anda pasti gembira dengan keputusan anda untuk datang bercuti disini bersama keluarga tersayang.

4 ulasan:

  1. dua kali plan nak pi tapi kena kensel. tengok ni rasa nak kena plan jugak..
    kalo pegi rumah sepupu kat Kuantan nak lajak sini. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      kena plan betul-betul
      kalau dah sampai tu wajib datang sini

      Padam
  2. Menarikkan semua aktiviti dekat Safari park Gambang ni.. Banyak aktiviti best rupanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      banyak aktiviti menarik boleh dibuat dekat Bukit Gambang nih

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com