Bufet Ramadan 2019: Aneka Sup Menyelerakan Di Resorts World Genting

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik untuk anda berbuka puasa pada bulan Ramadan akan datang nanti iaitu di Resorts World Genting. Siapa sangka di kawasan Genting Highland terdapat tempat yang menyediakan hidangan menarik untuk anda berbuka puasa pada Ramadan 2019 ini.


RESORTS WORLD AWANA RAMADAN BUFFET 2019 

Alamat:
Rajawali Coffee House,
Awana Hotel Resorts World Genting,
69000 Genting Highlands,
Pahang.

Tarikh:
6 Mei 2019 - 4 Jun 2019

Harga:
RM118 (Dewasa)
RM59 (Kanak-Kanak & Warga Emas)

Harga Promosi (Sebelum 9 Mei 2019):
RM98 (Dewasa)
RM88 (Tempahan Berkumpulan Melebihi 30 Orang Dewasa)

Nombor Telefon:
+603 6101 1118
+6016 388 0390 / +603 64369000 (ext: 7605 untuk tempahan)

Laman Web:


Hans sebenarnya pertama kali menjejakkan kaki dekat Resorts World Awana Genting ini dan diakui memang kawasan dekat sini sangat cantik dan udara dekat sini pun sejuk dan menyegarkan. 


Jadi, lokasi berbuka puasa yang Hans maksudkan terdapat di dalam Resorts World Awana Genting ini iaitu di Rajawali Coffee HouseKawasan Rajawali Coffee House ini memag sangat luas dan besar. Hans kagum juga lah apabila masuk ke ruangan restoran ini sebab memang selesa untuk bergerak kesana-sini. Tidak perlu bersesak-sesak nak berjalan. Jadi, istimewanya berbuka puasa disini untuk tahun 2019 ini ialah konsep berbuka puasa yang dilaksanakan disini bertemakan Bazar Malam. Boleh dikatakan makanan-makanan yang disediakan disini memang kena lah dengan selera orang Melayu khususnya kerana ia memberi fokus kepada hidangan melayu daripada pencuci mulut, hidangan utama sehingga kepada minuman.


Apa yang lebih penting ialah hidangan-hidangan di Rajawali Coffee House ini sememangnya halal kerana mereka mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Jadi, memang sudah tidak perlu risau atau was-was sewaktu anda menjamah hidangan di sini pada bulan Ramadan nanti.


Apa yang menarik ialah disini menawarkan lebih 30 gerai yang menghidangkan pelbagai jenis juadah seperti gambar-gambar yang Hans kongsikan di bawah ini untuk tontonan dan rujukan anda semua. 

 Patin Tempoyak
 Rendang Tok
Sambal Udang Petai
Gulai Lemak Labu
 Sup Ekor
 Sup Daging Kambing
 Sup Paru
 Sup Perut
 Sup Ayam
 Sup Daging
 Sup Tunjang
Sup Daging Gear Box

Hidangan yang paling istimewa bagi Hans disini ialah aneka sup yang ditawarkan pelbagai dan sangat sedap. Anda mempunyai banyak pilihan jenis sup untuk dicuba dan sup ini juga boleh dimakan dengan hidangan berat yang lain seperti mee, bihun atau kuitiau. Selain daripada sup gear box yang memang lazat, Hans juga berpeluang mencuba bahagian daging yang lain untuk intipati sup Hans seperti perut, ekor dan daging. Serius, hidangan sup ini memang merupakan 'signature' pilihan ramai pelanggan pada tahun lepas. Jadi, selepas Hans cuba merasa sup disini memang tidak dinafikan kenapa ia menjadi pilihan sesiapa yang berbuka puasa disini pada tahun 2018 kerana rasanya yang memang sedap dan padu. Memang cukup rempah dan rasanya. Isi daging juga lembut. Senang cakap memang wajib cuba jika anda berbuka puasa di sini!


Kepada peminat kerabu mungkin disini ialah syurga buat anda kerana terdapat pelbagai jenis kerabu yang ditawarkan disini. Selain kesegaran yang dapat dirasa saat menjamah hidangan ini, rasa kerabu disini juga memang akan membuatkan anda teringat-ingat walaupun selepas pulang ke rumah. 


Satu lagi yang menarik perhatian Hans di sini ialah hidangan Nasi Kerabu yang jarang-jarang Hans jumpa di bufet Ramadan hotel-hotel yang lain. Hans cuba merasa sepinggan nasi kerabu ini dan apa yang Hans boleh katakan daging bakarnya lembut dan ayam perciknya sangat lah menyelerakan. Memang nasi kerabu dekat sini Hans boleh katakan terbaik dan wajib juga dicuba jika anda berbuka puasa di sini.

Kebab Ayam
 Aneka Mee Dan Laksa
Bubur Cha Cha, Bubur Kacan Hijau Dan Pengat Pisang
Aneka Kuih Muih Tempatan 

Aneka Cucur Seperti Pisang Goreng, Cempedak Goreng Dan Keledek Goreng

 Aneka Buah-Buahan

 Gerai ABC 

Aneka minuman sejuk, minuman panas dan jus turut dihidangkan disini. Hans sangat suka dengan Gerai Teh Tarik Acap yang menyediakan teh tarik ikat tepi dengan kopi panas yang rasanya memang 'kaw' habis. Kopi O panas yang Hans minum tu membuatkan Hans terasa seperti minum kopi di atas beranda sambil menghirup udara petang kampung. Memang penangan minuman panas dekat sini lain macam sikit. 


Layanan daripada para pekerja dan chef disini pun sangat baik. Mudah untuk ambil gambar. Sentiasa senyum. Paling penting penjagaan diri mereka sangat bersih dan kemas. Jadi, Hans nak makan pun rasa bertambah selera. Terima kasih buat semua yang menyambut mesra dan ramah melayan Hans di Rajawali Coffee House tempoh hari.


Jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Resorts World Genting maka bolehlah membuat tempahan dengan segera kerana ada harga istimewa untuk tempahan awal. Paling penting jangan terlepas untuk menikmati aneka hidangan sup yang disediakan disini yang pasti akan membuatkan anda termimpi-mimpi selepas pulang ke rumah gara-gara kemantapan rasa sup yang memikat hati dan jiwa. Jadi, selamat menjamu selera di Rajawali Coffee House bertempat di Awana Hotel Resorts World Genting pada bulan Ramadan nanti. Semoga anda gembira menikmati setiap hidangan yang terhidang meriah di sini.

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. sambal udang.. alahai lapar.. lapar

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehehe
      sedap kan
      tambah-tambah gambar buat menggoda lagi pula

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama