Rabu, 8 Mei 2019

International Buffet Dinner Setiap Jumaat Dan Sabtu Di Hotel Royal Penang

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dibawa oleh pihak Tourism Malaysia untuk mengikuti program Durian Packages Penang yang berlangsung di negeri Pulau Pinang. Memandangkan Pulau Pinang dikenali sebagai syurga makanan di kalangan rakyat tempatan mahu pun pelancong luar maka Hans ingin berkongsi pula dengan anda semua tentang lokasi mendapatkan bufet hotel yang sedap di sana. Jadi, salah sebuah hotel yang menyediakan bufet yang sangat menyelerakan untuk anda cuba ialah Hotel Royal Penang. Pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, pihak mereka menyediakan International Buffet Dinner yang sememangnya sangat berbaloi dan berpatutan dengan nilai harga pakej yang ditawarkan.


INTERNATIONAL BUFFET DINNER 
HOTEL ROYAL PENANG 

Alamat:
No.3,
Jalan Larut,
10050 George Town,
Pulau Pinang.

Hari:
Setiap Jumaat & Sabtu

Waktu:
7.00 P.M - 9.30 P.M

Harga:
RM58++ (Dewasa)
RM48++ (Warga Emas)
RM38++ (Kanak-Kanak)

Nombor Telefon:
+6042267888 (Ext: 318 untuk tempahan)

Laman Web:

 BUTTER RICE
 ROASTED CHICKEN WITH BBQ SAUCE
 LAMB STEW
 SALTED EGG PRAWN
 MIX VEGETABLE CHINESE STYLE
 PAN FRIED FISH WITH CITRUS SAUCE

Hidangan utama yang dihidangkan sempena International Buffet Dinner ini sangat menyelerakan dan kena dengan tekak Hans. Antara hidangan utama yang Hans cukup suka ialah ROASTED CHICKEN WITH BBQ SAUCE dan SALTED EGG PRAWN dimana kombinasi lauk pauk ini dengan nasi mentega memang betul-betul tepat.

 ANEKA SALAD
 REKA SALAD KEGEMARAN ANDA DISINI

International Buffet Dinner turut menawarkan aneka salad buat para peminat salad untuk dicuba. Lebih menarik disini juga memberikan anda peluang untuk menghasilkan salad sendiri mengikut citarasa masing-masing.

 ACTION STATION

Hans cukup sukakan ruangan Action Station ini kerana ia menyediakan empat jenis bahan untuk dimasak dan dipanggang. Serius perapan terhadap isi ayam, daging dan kambing yang disediakan ini sangat menyelerakan. Jika anda hadir ke sini maka Hans sarankan untuk anda cuba menu ini. Pasti puas hati!

 GORENG-GORENG CORNER

Salah satu hidangan yang diluar jangkaan Hans ialah pada bahagian Goreng-Goreng Corner ini yang menyediakan popia dan mantou. Hans cukup sukakan kedua-dua hidangan ini dimana ia bukan sekadar lembut dan rangup tetapi menawarkan pengalaman rasa yang sangat indah dan mengasyikkan. Ini juga antara hidangan yang anda wajib cuba andai memilih pakej International Buffet Dinner yang berlangsung di Hotel Royal Penang ini.

 MEE KARI
 ANEKA BUAH
 ANEKA PENCUCI MULUT
ANEKA AISKRIM

Jadi,jika anda merancang untuk bertukar selera dan mencuba sesuatu yang baru maka Hans memang sarankan Hotel Royal Penang sebagai lokasi pilihan buat anda untuk mencuba pelbagai jenis menu antarabangsa yang sangat menyelerakan. In Sha Allah, anda pasti berpuas hati dengan rasa, tekstur dan kualiti makanan yang dihidangkan disini. Selamat mencuba dan menjamu selera!

4 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com