Sabtu, 20 Julai 2019

Firefly Dan Tetra Pak Kitar Semula Kotak Minuman

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru Hans telah dijemput oleh pihak Firefly Airlines ke sebuah program kendalian mereka dimana syarikat penerbangan ini telah mengumumkan satu inisiatif untuk mengitar semula karton minuman dalam pesawat-pesawat mereka sebagai langkah untuk memelihara alam sekitar dan menyediakan lebih banyak objek yang boleh digunakan oleh orang ramai tanpa memerlukan sumber tambahan.


Inisiatif ini telah dilakukan oleh pihak Firefly Airline yang memilih untuk menjalinkan kerjasama dengan Tetra Pak Malaysia bagi mengitar semula kotak minuman dalam penerbangan mereka.


Hans melihat ini adalah satu usaha yang bijak dan memberi nilai kepada kualiti alam sekitar. Tambahan pula Firefly Airlines merupakan syarikat penerbangan penuh pertama dalam negara yang melakukan usaha mengasingkan kotak minuman terpakai dalam penerbangan untuk dikitar semula.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Airlines, Philip See yang menyatakan usaha ini bermula dengan hanya dengan beberapa karton kotak minuman sebelum syarikat penerbangan tersebut mengambil keputusan untuk meningkatkan inisiatif lestari tersebut secara berperingkat pada masa hadapan. 


Usaha ini juga dilihat sebagai satu langkah besar bagi memastikan sisa tidak perlu dibuang di kawasan pelupusan sampah tetapi digunakan semula dengan memanfaatkan teknologi kitar semula untuk mengubah sisa tersebut menjadi produk baharu dan berguna seperti kertas kitar semula, kadbod, jubin bumbung, perabot dan banyak lagi.


Usaha mengitar semula karton ini adalah satu langkah yang sangat baik untuk menyimpan sisa yang tidak diperlukan daripada tapak pelupusan sampah namun orang ramai boleh memulakan sumbangan hijau dengan membeli karton Tetra Pak yang boleh dikitar semula sepenuhnya. Tetra Pak Malaysia sememangnya aktif mengitar semula bahan-bahan ini menerusi usaha sama dengan kerajaan, komuniti dan rakannya. Semoga usaha murni daripada Firefly Airlines dan Tetra Pak Malaysia ini menjadi ikutan pihak lain selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com