Sabtu, 24 Ogos 2019

Nikmati Pelbagai Jenis Pizza Menarik Di Naked Restaurant & Bar Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman menikmati pelbagai jenis piza yang ditawarkan di Naked Restaurant & Bar Kuala Lumpur baru-baru ini.


Untuk pengetahuan anda, Naked Restaurant & Bar Kuala Lumpur sememangnya sangat terkenal dengan menu pizza mereka dimana restoran ini pernah memenangi pelbagai anugerah dimana salah satunya yang paling diingati iaitu "Tatler's Best Restaurants 2015". Jadi, jika anda merupakan peminat tegar pizza, maka lokasi ini wajib anda kunjungi untuk merasai sendiri keunikan pelbagai jenis pizza yang ditawarkan di Naked Restaurant & Bar Kuala Lumpur ini. Hans sendiri telah berkesempatan merasa sendiri pelbagai jenis pizza serta menu istimewa yang ditawarkan disini. Jadi, dibawah adalah ulasan Hans secara ringkas berkaitan hidangan pizza yang Hans telah nikmati bersama teman media yang lain.


NAKED RESTAURANT & BAR KUALA LUMPUR 

Alamat:
Block E-0-2 & E-1-2,
Plaza Damas No.6,
Jalan Hartama 1,
Taman Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Waktu Operasi:
10.00 A.M hingga 11.00 P.M

Telefon:
+60362061623 (Tempahan)
+60362061623 (Kumpulan & Majlis)

Email:
ask@nakedrestaurantkl.com 

Facebook:

Instagram:

Google Maps: 

TripAdvisor :

 Menu:
Fruitti de Mare Pizza

Harga:
RM42

Pandangan Hans:
Selain daripada saiz pizza yang besar, Hans juga cukup sukakan kuantiti bahan-bahan yang terdapat di atas doh pizza ini. Ini merupakan antara pizza yang menepati citarasa Hans dimana kesegaran isi sotong yang terdapat pada menu pizza ini berjaya menambat hati Hans untuk menikmati setiap potongan pizza ini dengan gembiranya. Keunikan rasa yang ada pada Fruitti de Mare Pizza wajib anda rasai seandainya berkunjung ke Naked Restaurant & Bar Kuala Lumpur ini nanti.


 Menu:
Naked House Pizza

Harga:
RM45

Pandangan Hans:
Pilihan pizza seterusnya yang perlu anda cuba disini ialah Naked House Pizza dimana anda pasti jatuh akan jatuh cinta dengan gabungan cendawan, ayam serta sos istimewa yang membuatkan anda ingin makan berkeping-keping pizza ini.


 Menu:
Smoked Barbeque Chicken Pizza

Harga:
RM40

Pandangan Hans:
Hidangan seterusnya ini merupakan antara pizza kesukaan Hans di Naked Restaurant & Bar Kuala Lumpur ini. Menarik untuk merasa gabungan antara nenas dan sos barbeku yang memberikan satu keunikan rasa yang lazat dan belum pernah Hans peroleh daripada menu pizza di tempat lain. Hans sangat mengesyorkan anda untuk mencuba pizza ini disini nanti. Pasti berbaloi!


 Menu:
Pepperoni Pizza

Harga:
RM36

Pandangan Hans:
Mungkin Pepperoni Pizza ini merupakan antara pizza yang mudah untuk anda temui di restoran yang turut menyediakan pizza yang sama. Namun, apa yang istimewanya tentang pizza ini di Naked Restaurant & Bar Kuala Lumpur ialah rasa pepperoni yang sedap dan kepingan pizza itu sendiri membantu menambah rasa lazat terhadap pizza ini.


 Menu:
Salmon Pizza

Harga:
RM36

Pandangan Hans:
Bagi peminat ikan Salmon, anda wajib mencuba Salmon pizza ini kerana rasanya yang sedap dan gabungan setiap bahan-bahan topping sememangnya menjadi. 


 Menu:
Beef Wellington

Harga:
RM75

Pandangan Hans:
Hidangan ini bukan sahaja menang dari segi persembahan hidangannya yang cantik, unik dan menyelerakan. Tetapi, ianya juga menang dari sudut elemen rasa dimana rasa daging yang terdapat di dalam pastri tersebut sememangnya sangat sedap, juicy dan begitu lembut. Hans turut menyukai hidangan ini dimana Hans merasakan ini adalah antara hidangan yang wajib anda cuba sebagai pelengkap juadah santapan anda di Naked Restaurant & Bar Kuala Lumpur ini.


 Menu:
Hot Wings

Harga:
RM26

Pandangan Hans:
Terdapat dua jenis pilihan kepak serta paha ayam yang anda dapat lihat seperti di atas iaitu goreng biasa serta pedas. Hans menyukai ayam gorengnya yang rangup dan sedap. Untuk ayam pedasnya pula, bagi Hans yang makan pedas ini memang tiada apa-apa masalah. Rasa pedasnya juga lain daripada pedas yang Hans pernah rasa sebelum ini dimana kepedasannya akan hadir selepas lama anda mengunyah ayam tersebut. Berbaloi untuk anda mencuba menu Hot Wings di Naked Restaurant & Bar Kuala Lumpur ini.



Hans turut berpeluang bertentang empat mata dengan Encik Mohd Azlan Bin Mat Din yang merupakan Ketua Chef Naked Restaurant & Bar Kuala Lumpur dan bertanyakan beberapa soalan yang menarik untuk dikongsikan dengan para pembaca sekalian. Hasil daripada perbualan Hans bersama Ketua Chef, Hans dimaklumkan bahawa pekerja yang menyediakan makanan disini adalah muslim dan bahan-bahan mentah untuk makanan diperoleh daripada pembekal makanan yang mendapat sijil pengesahan halal.


Kepada anda yang ingin mencuba piza yang sedap-sedap ini, apa kata anda datang sendiri ke Naked Restaurant & Bar Kuala Lumpur dan setiap jenis pizza yang Hans kongsikan diatas tadi. Hans yakin anda pasti menyukai keunikan rasa yang ditawarkan disini saat anda menjamu selera di Naked Restaurant & Bar Kuala Lumpur. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com