Jumaat, 30 Ogos 2019

Sesi Ekslusif Bersama Machine Dan Guardian

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan terlibat di dalam sesi ekslusif bersama Machine dan Guardian. Pasti ramai-ramai tertanya-tanya apa sebenarnya Machine? Machine ini sebenarnya adalah produk penggayaan rambut untuk lelaki dimana ia menawarkan tiga jenis produk untuk anda iaitu Pomade, Clay dan Wax.


Pihak Machine ini menyasarkan para penggunanya terdiri daripada golongan milineum dan generasi Z dimana berada sasaran utamanya ialah pengguna di dalam lingkungan umur 16 sehingga 25 tahun manakala sasaran keduanya ialah golongan pengguna berumur 26 sehingga 35 tahun. Seterusnya, mereka turut menyasarkan pengguna yang tergolong di dalam kategori urban yang menyukai fesyen serta gaya rambut dari Korea Selatan.


Pihak Machine percaya jenama produk mereka ini merupakan satu medium buat para pengguna mereka untuk menunjukkan atau mengekspresikan keperluan mereka,  definisi kehidupan mereka serta siapakah diri mereka. Disebabkan hal ini, pihak Machine telah menghasilkan produk penggayaan rambut ini melalui bahan-bahan yang sihat serta memastikan produk mereka tidak mengandungi bahan kimia merbahaya yang mampu memberi kesan kepada kulit serta rambut pengguna produk ini.


Satu perkara yang sangat menarik perhatian Hans tentang produk penggayaan rambut keluaran Machine ini ialah ia menggunakan bahan-bahan semula jadi yang penuh khasiat seperti:

Jeju Lava Seawater:
Kaya dengan mineral untuk memastikan kesihatan rambut.

Ceramide & Macademia Nut Oil:
Menguatkan dan menyuburkan folikel rambut serta memastikan rambut lembut dan licin.

Vitamin E:
Nutrien yang penting supaya rambut berkilat dan sihat.

Jeju Volcano Ash & Mineral Clay:
Merangsang serta meningkatkan kesan matte

Candelilla Wax:
Wax daripada sayur-sayuran yang membantu mengelakkan rambut daripada kehilangan kelembapan.


Mungkin masih ramai yang masih tidak mengenali atau dapat membezakan ketiga-tiga jenis produk penggayaan rambut ini iaitu Pomade, Clay dan Wax. Dibawah Hans kongsikan dengan anda semua perbezaan untuk ketiga-tiga jenis produk ini mengikut kesesuaian rambut anda.


POMADE:
- Glossy dan Matt
- Medium / Flexy (Hold Power)
- semi fleksibiliti dan sangat mudah dibasuh 

CLAY:
- Matte
- Strong (Hold Power)
- tidak fleksibiliti dan rambut hanya boleh digayakan jika berada dalam keadaan lembap

WAX:
- Glossy
- Strong (Hold Power)
- semi fleksibiliti dan rambut boleh digayakan dengan meletakkan sedikit air. Mudah dibasuh.


Untuk Pomade, Machine menawarkan 2 pilihan iaitu Glossy dan Matte dimana terdapat dua jenis saiz iaitu 45G (RM15.90) dan 80G (RM22.90).

Untuk Clay, Machine menawarkan 1 pilihan iaitu Soft dimana terdapat dua jenis saiz iaitu 45G (RM15.90) dan 80G (RM22.90).

Untuk Wax, Machine menawarkan 2 pilihan iaitu Soft dan Solid dimana terdapat dua jenis saiz iaitu 45G (RM15.90) dan 80G (RM22.90).


Pada waktu yang sama, sesi ekslusif bersama Machine ini juga turut memberi peluang kepada Hans untuk menyaksikan tutorial cara mempersiapkan dan menggayakan rambut bersama produk Machine yang disampaikan oleh Encik Arief Effendi Wong. Hans turut berpeluang menggayakan rambut Hans dengan menggunakan produk Machine ini dimana Hans cukup suka dengan hasilnya serta bauan produk ini yang sangat wangi selepas digunakan di atas rambut. Jadi, Hans sangat mengesyorkan untuk para pembaca terutama lelaki di luar sana agar mendapatkan produk Machine ini yang hanya boleh didapati di semua cawangan Guardian seluruh Malaysia. Selamat memilih dan mencuba produk penggayaan rambut Pomade, Clay dan Wax daripada Machine yang bersesuaian dengan rambut anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com