Isnin, 28 Oktober 2019

Rawatan Bariatric Atasi Masalah Obesiti

Isnin, Oktober 28, 2019 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir dalam satu majlis menarik yang telah dianjurkan oleh pihak medi-excell Sdn. Bhd dimana ianya merupakan sebuah sesi perkongsian berkaitan kesihatan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesan dan risiko penyakit obesiti serta rawatan Bariatric yang telah disampaikan dengan cukup menarik sekali oleh Dr Mustafa Mohammed Tahir. Menggunakan tajuk Obesity Is A Disease. Find A Solution ini telah berjaya meningkatkan kesedaran Hans tentang betapa bahayanya masalah obesiti ini dan bagaimana ianya boleh menjejaskan kehidupan para penghidapnya.


Untuk maklumat para pembaca sekalian, Dr Mustafa Mohammed Tahir merupakan seorang Pakar Bedah Bariatric yang berkhidmat di I Heal Medical Centre dan KPJ Ampang Puteri dimana beliau sudah berjaya membantu, mengubah dan memberi dunia baru buat para pesakit obesiti yang mendapatkan perkhidmatannya melalui pembedahan bariatric ini. Hans yakin pasti ramai yang tidak pernah mendengar atau mengetahui apa sebenarnya rawatan Bariatric ini. Sebagai pencerahan buat anda semua, pembedahan bariatric ini sebenarnya turut dikenali sebagai pembedahan pintasan gastrik dimana pesakit akan berupaya untuk mengawal selera makan mereka kerana pengambilan kuantiti makanan dan jumlah nutrisi yang berjaya diserap oleh tubuh badan pesakit dapat dikawal secara semula jadi. Secara tidak langsung, ini akan membantu pesakit untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Pesakit obesiti yang ingin menjalani pembedahan bariatric ini juga perlu berumur 18 tahun dan ke atas jika ingin melakukan pembedahan ini. 


Namun, Hans sangat tertarik dengan cara serta kaedah yang diterapkan oleh Dr Mustafa di dalam penerangannya kerana walaupun beliau terlibat di dalam memberi perkhidmatan terhadap rawatan Bariatric ini namun seboleh-bolehnya beliau ingin membantu pesakit obesiti agar berusaha sendiri terlebih dahulu di dalam menjaga kesihatan berbanding memilih rawatan bariatric tanpa sebarang usaha dari dalam diri sendiri. Menurut beliau lagi, pembedahan bariatric bukannya untuk semua orang kerana pesakit obesiti perlu menjalani ujian saringan dibawah kawalan dan seliaan pakar bedah batriatric terlebih dahulu untuk memastikan pesakit tersebut benar-benar layak menjalani pembedahan bariatric atau sebaliknya.


Berbalik kepada masalah kesihatan Obesiti yang kini merupakan masalah kesihatan yang melanda seluruh dunia, statistik yang dikongsikan oleh Dr Mustafa sememangnya telah berjaya membuka mata Hans untuk melihat bahawa isu berkaitan penyakit obesiti ini bukannya isu kecil. Ini disebabkan hampir 44.3 peratus penduduk Malaysia mempunyai masalah obesiti dimana 1/3 penduduk dunia termasuk dalam kategori yang sama. Malah Malaysia mempunyai kadar obesiti yang kedua paling tinggi di Asia Tenggara selepas negara Brunei dimana sebanyak 73 peratus kematian di hospital kerajaan disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) terutama membabitkan masalah obesiti. Memang statistik ini sangat menakutkan!


Jadi, bagaimana untuk mengetahui adakah diri anda tergolong di dalam kumpulan manusia yang mengalami masalah obesiti atau pun tidak? Sebenarnya, seseorang individu tersebut boleh dianggap mengalami masalah obesiti ini apabila indeks jisim badan (BMI) mereka mencecah angka 30 dan ke atas. Untuk mendapatkan ukuran BMI anda, caranya mudah sahaja dimana anda perlu membahagikan berat badan anda dengan ketinggian anda. Dibawah Hans kongsikan tahap ukuran BMI untuk membantu anda melihat yang mana satukah kategori yang mewakili jumlah BMI anda.


0 - 16 :
Kekurangan Berat Badan

16 - 18.5 :
Berat Badan Kurang

18.6 - 25.0 :
Berat Badan Normal

25.1 - 30.0 :
Berat Badan Berlebihan

30.1 - 35.0 :
Sederhana Obes

35.0 - Ke Atas :
Sangat Obes

Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti terutama di Malaysia seperti pengambilan makanan secara berlebihan,  tidak pernah langsung atau terlalu jarang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, ketidakseimbangan hormon, tekanan kerja dan pelbagai lagi masalah lain. Disebabkan faktor-faktor ini dilihat banyak diamalkan di kalangan masyarakat Malaysia pada ketika ini maka ia telah meningkatkan risiko untuk penyakit-penyakit berbahaya seperti diabetes, hipertensi, darah tinggi, kencing manis, kesukaran atau gangguan tidur yang dikenali sebagai obstructive sleep apnea (OSA), strok serta penyakit jantung untuk menyerang individu yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti ini.


Selain itu, antara perkongsian menarik yang sehingga kini masih kekal di dalam memori Hans ialah berkaitan dengan cara membasmi serta mengelakkan anda daripada menjadi salah seorang penghidap masalah obesiti ini. Ianya boleh dilakukan melalui beberapa kaedah yang terbukti berkesan iaitu memastikan makanan yang anda ambil dan makan setiap hari adalah seimbang, bersenam serta mengelakkan daripada mengambil makanan ringan atau yang tinggi kadar gula serta garamnya. Pertama berkaitan makanan seimbang ini dimana anda memilih hidangan-hidangan yang dimasak secara sihat dan melengkapi tubuh dengan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari. 


Kedua ialah berkaitan senaman dimana Hans baru tahu bahawa terdapat durasi masa bersenam yang tertentu dan kesannya juga berbeza terhadap badan mengikut berapa lama anda bersenam. Untuk 15 minit yang pertama anda bersenam, tubuh badan anda hanya membakar gula serta karbo yang ada di dalam tubuh badan anda sahaja. Jika anda bersenam selama 30 minit, tubuh badan anda baru akan memulakan proses membakar kalori serta lemak di dalam badan. Jadi, jika ada terus bersenam di antara 40 minit sehingga 1 jam tanpa henti maka baru lah lemak di dalam tubuh badan anda akan mula terbakar dan barulah anda akan berjaya memperoleh bukan sahaja kesihatan yang lebih baik tetapi juga bentuk badan yang lebih cantik dan menambah keyakinan anda di dalam berhadapan dengan pelbagai manusia setiap hari. Ketiga ialah memastikan air kosong merupakan air wajib pilihan anda untuk diminum setiap hari dan elakkan daripada menikmati makanan serta minuman ringan yang tidak sihat kerana ianya penuh dengan garam serta bahan-bahan perasa serta kimia yang tidak baik untuk tubuh badan kita.


Lebih menarik perhatian pada sesi kali ini ialah kehadiran bekas pengidap penyakit obesiti yang telah menjalani pembedahan bariatric bersama Dr Mustafa iaitu pelawak Rahim Sepahtu dan Alif Johan yang merupakan anak lelaki kepada penyanyi Nora turut hadir untuk berkongsi keadaan fizikal serta kesihatan mereka sebelum dan selepas menjalani pembedahan bariatric. Menarik untuk mendengar sendiri pengalaman daripada kedua-dua mereka yang Hans lihat telah berjaya mengubah bukan sahaja penampilan luaran tetapi juga memperoleh kesihatan yang sangat baik setelah berjaya mendapatkan berat badan ideal yang diidam-idamkan selama ini.


Hans mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buah pihak medi-excell Sdn Bhd dan Dr Mustafa Mohammed Tahir di atas pelbagai perkongsian yang begitu menarik serta sangat bermanfaat buat Hans sepanjang majlis tersebut berlangsung. Jadi, kepada sesiapa yang merupakan penghidap obesiti dan berminat untuk mendapatkan khidmat rundingan serta bantuan daripada Dr. Mustafa berkaitan masalah obesiti dan pembedahan bariatric, anda boleh menghubungi pihak beliau melalui telefon atau laman sosial seperti yang Hans kongsikan dibawah ini:

Telefon:
0162330678 (Puan Rafeah)


Khamis, 24 Oktober 2019

J-Hunt Monttainai Store Buat Anda Rambang Mata

Khamis, Oktober 24, 2019 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa di kalangan anda yang sukakan barangan daripada Jepun yang asli dan di dalam keadaan yang baik dan sempurna? Hans sebenarnya nak kongsikan satu lokasi menarik yang menawarkan serta menjual empat jenis pilihan barangan dari Jepun yang boleh anda beli iaitu barangan pre-loved, barangan baru yang berjenama, barangan premium serta barangan istimewa untuk kolektor. 


Semua ini boleh anda peroleh di J-Hunt The Mottainai Store yang secara rasminya akan membuka cawangan sulungnya di AEON Big Subang Jaya pada 25 Oktober 2019 ini. Apa yang menariknya tentang J-Hunt The Mottainai Store ialah maksud Mottainai itu sendiri yang bererti "Untuk menghormati sumber, tidak membuang atau membazirkannya, dan menggunakannya dengan rasa penuh syukur"


Konsep ini bertepatan dengan usaha mereka di dalam melindungi alam sekitar melalui konsep 3R's yang mereka amalkan iaitu Reduce, Reuse, Recycle (Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula) dan tambahan satu perkara penting iaitu Respect (Hormat).


Alhamdulillah Hans berkesempatan terpilih untuk menjadi antara pelanggan terawal untuk membeli pelbagai barangan yang ditawarkan disini dimana ia dibahagikan kepada 10 kategori iaitu:

1) Pakaian
2) Beg
3) Hobi
4) Bayi
5) Alat Muzik
6) Kasut
7) Sukan
8) Barangan Meja
9) Alat Mainan
10 Jam Tangan


Antara keistimewaan J-Hunt The Mottainai Store ini ialah ia membawa pelbagai barangan vintage dari Jepun yang cukup menarik dimana Hans lihat barangan-barangan ini memberi makna sejarah, budaya serta seni tradisional Jepun melalui ukiran, corak serta seni penghasilannya. Semua barangan ini adalah asli dan berasal dari Tokugawa Shogunate pada era Edo (1600-1868). Jadi, Hans memang kagum melihat barang-barang vintage ini yang masih dalam keadaan baik serta sempurna seperti baru dihasilkan yang terdiri daripada topi samurai, kucing kekayaan, hiasan porcelain, kotak kayu tradisional, patung kayu dan pelbagai lagi barangan tradisi lain yang masih boleh dilihat di dalam rumah-rumah rakyat Jepun pada hari ini.


Selain itu, J-Hunt The Mottainai Store juga menampilkan perbezaan yang sangat unik pada anda yang berkunjung ke sana kerana selain menjadi pihak yang pertama membawakan barangan premium dan ekslusif dari Jepun, setiap barang yang dijual oleh mereka sudah melalui pemeriksaan dan produk yang mengandungi kulit khinzir langsung tidak dijual disini. Ini sememangnya satu perkara yang baik buat pelanggan Muslim yang tidak perlu berasa risau untuk membeli mana-mana barangan yang dijual disini.


Apa yang menarik perhatian Hans juga apabila dimaklumkan bahawa setiap hari pihak J-Hunt The Mottainai Store akan menukarkan barangan di setiap 10 kategori barangan yang terdapat disini dengan barangan yang berbeza. Jadi, setiap kali anda datang ke sini maka anda akan dapat melihat pelbagai barangan baru yang dijual dan semestinya akan membuatkan anda rambang mata dan tidak sabar untuk mendapatkan barangan pilihan hati anda.


J-Hunt The Mottainai Store nampaknya sangat mementingkan keselesaan para pelanggan mereka di dalam membeli-belah di sini maka mereka turut menyediakan pelbagai jenis transaksi bayaran untuk memudahkan anda berbelanja disini. Selain penggunaan wang tunai, kredit kad dan debit kad, anda juga boleh berbelanja disini menggunakan E-wallets yang terdiri daripada:

1) GrabPay
2) Boost
3) ALIPAY
4) WeChat Pay
5) ipay88
6) Touch 'n GO eWallet
7) M Cash
8) Union Pay


Hans juga turut berbangga dengan usaha J-Hunt The Mottainai Store dimana pihak mereka turut tidak ketinggalan di dalam membantu insan-insan yang memerlukan melalui program amal (CSR) dimana pihak syarikat telah melatih komuniti Orang Asli untuk persediaan pekerjaan. Selain itu, pihak J-Hunt The Mottainai Store juga turut akan melatih orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah bisu dan pekak pada masa akan datang.


Jadi, berbalik semula kepada pengalaman Hans sewaktu berbelanja di J-Hunt The Mottainai Store ini. Pada mulanya memang Hans sedikit blur sebab rambang mata tengok pelbagai barangan yang menarik minat Hans seperti jam tangan, beg serta figura sampaikan tiga empat kali asyik pusing dekat bahagian yang sama. Tiba-tiba sewaktu Hans melalui bahagian pakaian, Hans perasan ada pelbagai jenis baju serta seluar lelaki turut dijual disini. 


Hans ingat ada pakaian perempuan sahaja ada. Saja lah Hans belek-belek tengok tanda harga. Memang terjojol kejap biji mata Hans bila tengok label tanda harga baju bermula serendah RM1. Kesimpulannya, memang Hans tak fikir panjang lagi dah. Tiba-tiba dapat semangat dan kekuatan untuk terus memilih baju yang berkenan dihati. Sedar-sedar sudah 10 helai baju yang Hans capai dan masukkan dalam troli. 


Walaupun banyak baju yang Hans ambil berharga RM1 tetapi kualiti pakaian yang Hans ambil memang bagus. Macam baju yang harga berpuluh-puluh ringgit untuk sehelai. Memang Hans rasa gembira betul dapat borong sakan macam nih.


Selepas itu, Hans terpandang pula bahagian alat mainan dimana terdapat pelbagai mainan menarik yang turut dijual disini. Tiba-tiba Hans terpandang anak patung Shin Chan dan kemudian teringat pula dekat seorang rakan Hans ini yang gila Shin Chan. Hans pun tanya lah pekerja J-Hunt The Mottainai Store tentang ada berapa banyak patung Shin Chan yang dijual. Rupa-rupanya hanya ada satu ini sahaja dan sememangnya ianya adalah asli daripada Jepun tetapi dijual dengan harga yang sangat murah walaupun kualitinya bagus dan dalam keadaan yang baik. Tunggu lagi? Hans sauk lah masuk dalam troli. Hahahaha!


Lepas itu, Hans ingatkan macam nak juga lah capai beg serta jam tetapi memikirkan Hans cuma naik motosikal sahaja pada waktu tersebut dan barang pun dah terlampau banyak maka Hans terpaksa menahan nafsu buat seketika. Memang selepas ini Hans akan datang lagi ke J-Hunt The Mottainai Store sebab nak membeli-belah lagi baju-baju dekat sini serta barangan lain yang Hans tidak dapat untuk beli pada kali ini disebabkan kekangan ruang kenderaan. Hahaha!


Hans yakin jika anda datang ke sini terutama kaum hawa maka anda pasti rambang mata dan sakan berbelanja kerana terdapat pelbagai barangan yang pasti menarik perhatian dan citarasa anda di J-Hunt The Mottainai Store. Jangan risau untuk berbelanja sakan disini kerana walaupun barang penuh troli tetapi anda hanya perlu membayar dengan nilai yang sangat murah dan berpatutan. Pasti puas hati! Selamat berbelanja di J-Hunt The Mottainai Store!

J-HUNT MONTTAINAI STORE

Alamat:
AEON Big Subang Jaya,
Jalan Kemajuan Subang,
Ss 16,
47500 Subang Jaya,
Selangor.

Telefon:
0102026273




Rabu, 23 Oktober 2019

Vietjet Tawar Jutaan Tiket Penerbangan Serendah RM0 Selama Tiga Hari

Rabu, Oktober 23, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa di kalangan anda yang suka melancong atau mengembara ke negara-negara Asia seperti Hans? Kalau anda suka maka ini adalah berita serta peluang baik yang perlu anda rebut sebelum terlepas dimana syarikat penerbangan Vietjet telah melancarkan promosi mega dengan jualan jutaan tiket pada harga yang sangat istimewa buat anda semua bermula daripada RM0(*) melalui skim tempahan 3 hari yang sudah bermula pada 22 hingga 24 Oktober 2019 ini dimana ia tertakluk kepada semua laluan domestik dan antarabangsa.




Bersempena dengan musim sambutan akhir tahun, tiket promosi sudah boleh dibeli pada waktu keemasan bermula antara pukul 1 petang hingga 3 petang (waktu Malaysia) untuk semua laluan antarabangsa antara Vietnam dan Malaysia, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, India, Indonesia, Thailand, Singapura, Myanmar, Kemboja dan laluan domestik di Vietnam serta semua laluan yang dikendalikan oleh Thai Vietjet. Tempoh perjalanan untuk tiket promosi adalah dari 23 November 2019 hingga 30 Jun 2020 (**).


Dengan penerbangan harian secara langsung Vietjet dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh City, terutama pada musim ini untuk meraikan kegembiraan perayaan yang meriah di seluruh Asia maka Hans yakin ini adalah alasan terbaik mengapa anda perlu terbang ke Vietnam dan mengambil penerbangan yang menghubungkan negara-negara yang berbeza ini untuk meneroka keunikan dan keistimewaan yang ditawarkan di setiap kawasan tarikan pelancongan di Vietnam pada harga yang berpatutan. 


Jadi, macam mana cara untuk memburu dan mendapatkan tiket pada harga terbaik? Para pelancong, backpackers mahu pun kaki jalan sekalian sangat digalakkan untuk kekal dalam talian yang Hans kongsikan di bawah sewaktu tiba waktu jualan tiket:

Laman Sesawang Vietietet:

Aplikasi Telefon :
"Vietjet Air"

Facebook:
(Klik Tab "Tempahan") 

Bayaran boleh dibuat dengan mudah melalui:
 Vietjet SkyClub
kad Visa
MasterCard
AMEX
JCB
KCP
UnionPay


Menurut Naib Presiden Vietjet, Nguyen Thanh Son yang menyatakan promosi hebat daripada Vietjet ini bertujuan untuk memberi lebih banyak peluang penerbangan untuk pelancong domestik dan antarabangsa. Vietjet sentiasa menggalakkan penumpang untuk membeli tiket dengan cepat agar tidak terlepas untuk menikmati perjalanan yang dipenuhi dengan pelbagai musim perayaan pada masa yang akan datang.


Pada masa hadapan, Vietjet akan melancarkan laluan Hanoi / Ho Chi Minh City - New Delhi (India) dan laluan Da Nang - Tokyo (Jepun) / Taipei (Taiwan) bagi meningkatkan lagi perdagangan dan pelancongan antara bandar-bandar utama dan menyediakan pengalaman penerbangan langsung tanpa kerumitan untuk penduduk tempatan, pelancong dan ahli perniagaan. Vietjet juga merancang untuk meningkatkan kekerapan penerbangan untuk memenuhi permintaan para pelanggan untuk peluang penerbangan yang mudah. Dengan rangkaian penerbangan yang luas sebanyak 129 laluan yang menghubungkan destinasi domestik dan antarabangsa yang terkenal, Vietjet secara beransur-ansur menjadi pilihan kegemaran para penumpang dengan jadual penerbangan yang mudah, perkhidmatan yang berkualiti dan tiket penjimatan hebat.


Jadi, inilah masanya untuk anda merancang percutian hebat anda dengan Vietjet untuk meneroka negara Vietnam yang indah atau melancong di seluruh Asia untuk mengalami suasana baru, keindahan lokasi, budaya yang unik dan masakan yang menarik dengan harga yang berpatutan. Antara cadangan menarik yang anda boleh fikirkan ialah sama ada mengunjungi ibu kota purba di Hue, melihat bunga soba di Barat Laut Vietnam atau menonton kejohanan Sumo di Tokyo dimana semua ini boleh menjadi sangat mudah hanya dengan satu klik di www.vietjetair.com untuk memenuhi impian percutian anda dengan tawaran jutaan tiket berharga dari RM0 sahaja


Dengan semangat “safety, happiness, affordability and punctuality” (keselamatan, kebahagiaan, keterjangkauan dan ketepatan masa) sebagai nilai terasnya, Vietjet dengan bangga mencipta pengalaman terbang yang tidak dapat dilupakan bagi penumpang di pesawat baru dengan keadaan kerusi yang selesa, pilihan sembilan makanan panas yang lazat yang dihidangkan oleh krew kabin yang cantik dan mesra, juga menyediakan banyak perkhidmatan tambahan moden yang lain pada platform e-dagang.

(*) Tidak termasuk cukai, yuran
(**) Tidak termasuk cuti umum


Mengenai Vietjet

Vietjet adalah syarikat penerbangan pertama di Vietnam yang beroperasi sebagai sebuah syarikat penerbangan baru yang menawarkan tambang tiket fleksibel, penjimatan kos dan pelbagai perkhidmatan untuk memenuhi permintaan para pelanggan. Ia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pengangkutan tetapi juga menggunakan teknologi e-dagang terkini untuk menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada pengguna. Vietjet adalah ahli sepenuhnya dari Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dengan sijil Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA).

Vietjet dinamakan "Best Ultra Low-Cost Airline 2018 - 2019" dan dianugerahkan kedudukan tertinggi untuk keselamatan dengan 7 bintang pada 2018 dan 2019 oleh laman web keselamatan dan produk penarafan produk di dunia AirlineRatings.com. Syarikat penerbangan itu juga telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 50 syarikat penerbangan terbaik dunia untuk pembiayaan dan operasi yang sihat oleh Journal Airfinance pada 2018. 

Pada masa ini, Vietjet beroperasi sekitar 400 penerbangan setiap hari, dengan membawa lebih daripada 80 juta penumpang sehingga kini, dengan 129 laluan meliputi destinasi di seluruh Vietnam dan destinasi antarabangsa seperti Jepun, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, China, Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia, India dan Kemboja. 

Maklumat lanjut di www.vietjetair.com

Selasa, 22 Oktober 2019

Review Filem Ajari Aku Islam

Selasa, Oktober 22, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton filem Ajari Aku Islam di TGV Cinemas The Mines pada 20 Oktober 2019 yang lepas. Filem ini sebenarnya merupakan kisah sebenar penerbit filem ini iaitu Jaymes Riyanto dan menariknya ianya digabungkan pula dengan kisah percintaan antara dua watak utamanya iaitu Cut Meyriska dan Roger Danuarta yang membawa ke jinjang pelamin. Medan dipilih sebagai latar filem ini kerana ia merupakan lokasi sebenar berkenaan kisah penerbit filem ini sendiri dimana ia meliputi beberapa kawasan seperti Istana Maimoon, Masjid Raya Al Mashun dan banyak lagi lokasi yang terdapat di bandar Medan. 



P/S : Kepada anda yang nak tahu apakah peraka yang menarik tentang filem islamik dari Indonesia ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem Ajari Aku Islam dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :)  

Kepentingan Amalan Membasuh Tangan Dengan Cara Yang Betul

Selasa, Oktober 22, 2019 4
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini, Hans telah dijemput untuk menghadiri kempen Antabax Always be Clean (ABC) for Health yang diadakan untuk murid-murid pra-sekolah di Ampang. Kempen ini merupakan hasil kerjasama yang terjalin antara KPJ Healthcare Ampang Puteri dan Antabax.



Kempen Antabax Always Be Clean (ABC) for Health ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran buat kanak-kanak untuk mengetahui berkenaan dengan aspek jangkitan, pencegahan dan kawalan penyakit melalui kepentingan amalan membasuh tangan. Jadi, selain daripada penerangan, penggunaan lukisan dan sesi soal jawab, kanak-kanak ini juga turut ditunjukkan tentang cara membasuh tangan yang betul dan berpeluang untuk membasuh tangan mereka menggunakan pencuci tangan Antabax.


Amalan membasuh tangan ini sangat penting kerana menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pencegahan dan kawalan terhadap jangkitan perlu untuk kekal sihat. Menurut WHO lagi, seramai 30,000 wanita dan bayi maut di seluruh dunia pada setiap tahun akibat jangkitan yang biasanya disebabkan oleh kekurangan air, sanitasi dan amalan membasuh tangan yang tidak sempurna. 


Manakala terdapat kira-kira 80 peratus penyakit berjangkit disebarkan menerusi sentuhan menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC). Jadi, kempen ini sangat baik di dalam mendidik kanak-kanak mengenai kebersihan untuk mengurangkan risiko mereka menyebar dan mendapat penyakit berjangkit daripada batuk, selsema, Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, Influenza serta banyak lagi yang sangat merbahaya.


Jadi, Hans melihat kerjasama yang terjalin antara Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan Antabax yang merupakan jenama rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal nombor satu ini untuk mengadakan kempen demi meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah di kawasan Ampang sangat lah bagus dan tepat pada masanya kerana Hans melihat masih ramai kanak-kanak serta ibu bapa yang tidak peka dan memandang enteng tentang amalan ini.


Sebagai info tambahan, kempen ini yang bertemakan Antabax Always Be Clean (ABC) for Health ini bermula pada bulan Oktober hingga November ini dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah. Enam buah sekolah di Ampang dengan anggaran 600 orang murid dan ibu bapa dijangka mengambil bahagian dalam bengkel amali yang dijalankan oleh pasukan perubatan profesional KPJ Ampang Puteri. Ia memberi fokus kepada langkah-langkah membasuh dan membersihkan tangan dengan betul. Dibawah Hans kongsikan dengan anda semua 7 langkah yang betul untuk membasuh dan membersihkan tangan.


Pada kempen tersebut, Antabax turut menyumbang produk-produk seperti krim mandian, sabun tangan dan pembersih tangan kepada murid serta guru dimana Hans percaya ini akan memberi galakan yang lebih kepada murid-murid tersebut untuk lebih peka mencuci tangan selepas ini.


Menurut Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dato Dr Abdul Wahab Abdul Ghani pula, mereka percaya bahawa mendidik tabiat kesihatan yang baik perlu bermula dari usia muda. Objektif pihak KPJ menerusi acara ini adalah untuk mencipta satu budaya dalam kalangan kanak-kanak dan berharap apa yang dipelajari hari ini akan diamalkan sepanjang hidup mereka. Ini merupakan sebahagian daripada program jangkauan komuniti dan pihak KPJ berbangga kerana Antabax turut sama dalam usaha ini dengan menyediakan produk-produknya.


Manakala Pengurus Kanan Produk Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee pula memberitahu bahawa jenama Antabax sangat komited untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan masyarakat melalui program interaktif sebegini. Antabax mendidik tentang amalan kebersihan yang baik menerusi pelbagai kempen yang kreatif dimana asas mengenai amalan kebersihan perlu dipupuk sejak kecil kerana kanak-kanak akan mengamalkannya sehingga mereka dewasa. Kempen Antabax Always Be Clean (ABC) for Health dibangunkan untuk membuatkan konsep kebersihan tangan lebih mudah buat kanak-kanak, terutama kenapa dan bagaimana mereka patut membasuh tangan. Antabax juga berbangga kerana dapat bekerjasama dengan KPJ Healthcare serta melibatkan pelatih dan jururawat mereka untuk sama-sama mendidik kanak-kanak tentang teknik membasuh tangan yang betul.


Hans sendiri mengharapkan agar kempen Antabax Always Be Clean (ABC) for Health ini bukan sekadar dikekalkan serta diteruskan pada masa akan tetapi juga diperluaskan lagi ke seluruh negara agar lebih ramai kanak-kanak mendapat manfaat daripada program ini. Kepada para pembaca sekalian, pastikan anda juga turut sama membasuh tangan mengikut cara yang betul agar dapat memastikan kesihatan anda terpelihara.