Isnin, 21 Oktober 2019

McDonald's Malaysia Dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Sumbang RM3 Juta Untuk Program Kembali Ke Sekolah

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Jika anda penggemar menu-menu menarik dan lazat di McDonald's serta selalu berkunjung ke restoran tersebut, pasti anda akan terlihat tabung sumbangan di hadapan kaunter-kaunter restoran McDonald's. Hans pasti ramai yang tertanya-tanya apakah yang dilakukan oleh pihak McDonald's Malaysia dengan wang-wang derma tersebut bukan? Untuk makluman anda, hasil sumbangan wang derma tersebut sebenarnya disalurkan kepada kanak-kanak sekolah rendah di seluruh negara yang kurang berkemampuan untuk membantu mereka bersekolah dengan lebih gembira melalui program "Kembali ke Sekolah".


Baru-baru ini, Hans berkesempatan hadir pada sebuah majlis anjuran pihak McDonald's Malaysia dan badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) yang telah melancarkan program "Kembali Ke Sekolah" 2019 untuk tahun ketiga. Program tersebut pada kali ini telah berjaya memberi sumbangan sebanyak RM3 juta untuk meringankan beban keluarga 30,000 kanak-kanak sekolah rendah di seluruh negara yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan miskin bandar dengan pemberian pek "Kembali Ke Sekolah". Setiap pek "Kembali Ke Sekolah" mengandungi pakaian seragam sekolah, kasut sekolah, stokin dan beg sekolah yang bernilai RM100. Bantuan ini diberikan kepada seluruh kanak-kanak sekolah rendah di seluruh negara yang layak meliputi semua kaum tidak kira Melayu, Bumiputera, Cina, India, kaum orang asli dan sebagainya.


Pada majlis berkenaan, YB Teo Nie Ching yang merupakan Timbalan Menteri Pendidikan turut hadir selaku tetamu kehormat untuk menyampaikan pek "Kembali Ke Sekolah" yang berlangsung dengan cukup meriah di Sekolah Kebangsaan Klang Gate. Selain daripada penyampaian sumbangan, kumpulan kanak-kanak sekolah rendah yang menerima bantuan ini juga berpeluang merasai menu-menu menarik dan terbaru daripada McDonald's Malaysia seperti Burger Ikan Cili Manis, Ayam Goreng McD dan pelbagai juadah lain yang semestinya sangat menggembirakan kumpulan kanak-kanak yang hadir pada majlis kali ini. Hans juga turut gembira apabila dimaklumkan bahawa program "Kembali Ke Sekolah" ini merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald's Malaysia pada tahun 2019


Jadi, secara tidak langsung Hans melihat program "Kembali Ke Sekolah" ini sangat membantu terutama dari sudut psikologi kanak-kanak sekolah rendah yang menjadi penerima sumbangan ini dimana ia meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar lain yang datang dari golongan keluarga yang berada dan serba-serbi lengkap kelengkapan persekolahan mereka sewaktu memulakan sesi persekolahan pada tahun 2020 nanti. Selain itu, Hans melihat ini merupakan satu peluang yang cukup baik buat ibu bapa kanak-kanak yang terpilih ini untuk berpeluang membeli barangan yang lebih berkepentingan melalui wang yang telah dijimatkan. Ibu bapa yang tidak berkemampuan sudah tidak perlu lagi risau untuk membeli pakaian seragam sekolah, stokin dan kasut sekolah serta beg sekolah yang sememangnya kini dijual dengan harga yang agak tinggi. Secara tidak langsung ia membantu mewujudkan suasana keharmonian di dalam keluarga kanak-kanak itu sendiri.


Pandangan Hans ini juga dilihat selaras dengan kenyataan YB Teo Nie Ching yang mengatakan kemiskinan dan kesempitan kewangan merupakan salah satu masalah sosial yang menyebabkan faktor keciciran murid di sekolah rendah dan sekolah menengah. Jadi, program "Kembali ke Sekolah" ini merupakan satu program yang sangat bermanfaat dan perlu diteruskan agar ia bukan sahaja menjadi satu contoh kerjasama antara pihak awam dan swasta tetapi secara tidak langsung juga menjadikan kanak-kanak dari golongan tidak berkemampuan atau miskin bandar untuk lebih yakin pergi ke sekolah bagi menuntut ilmu dan mengubah masa depan mereka menjadi lebih cemerlang dan gemilang. 


Hans melihat program "Kembali Ke Sekolah" yang telah dilancarkan sejak Oktober 2017 membuahkan hasil yang cukup membanggakan apabila berjaya memberikan impak yang cukup positif kepada semua yang terlibat di dalam menjadi penerima sumbangan ini. Ianya bukan sekadar membantu keluarga kanak-kanak yang kurang berkemampuan ini semata-mata tetapi program ini juga telah terbukti berjaya memberikan satu bentuk motivasi buat kanak-kanak ini sendiri untuk tidak berasa kekurangan atau ketinggalan yang membuatkan mereka bertambah minat untuk belajar bersungguh-sungguh di dalam suasana yang lebih gembira sewaktu berada di dalam sesi persekolahan 


Menurut Azmir Jaafar yang merupakan Pengarah Urusan Dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, pihak McDonald's Malaysia sangat yakin bahawa aspek pendidikan merupakan satu perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan kerana kanak-kanak ini merupakan generasi masa hadapan negara. Selain itu, McDonald's Malaysia juga sangat memahami beban kos perbelanjaan persekolahan yang perlu ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga pada setiap kali awal tahun persekolahan sememangnya sangat tinggi. Jadi, dengan kejayaan program "Kembali ke Sekolah" ini membuatkan misi dan visi McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald tercapai dan sentiasa ditambah baik pada setiap kali edisi penganjurannya.


Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, program "Kembali ke Sekolah" pada tahun ketiga ini merupakan program yang terbesar pernah diadakan oleh McDonald's Malaysia berbanding tahun-tahun sebelumnya dimana inisiatif tanggungjawab sosial korporat McDonald's Malaysia ini seiring dengan 9 Teras Pencapaian Setahun yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dimana Manfaat untuk Pelajar B40 dan Murid Sebagai Tonggak. 


Program ini telah memberi manfaat kepada 23000 kanak-kanak sejak mula diperkenalkan pada tahun 2017. Melihatkan kepada peningkatan nilai tajaan serta bilangan murid yang semakin banyak menerima sumbangan ini membuatkan Hans cukup gembira dan yakin yang program ini pasti akan mampu membantu lebih ramai lagi kanak-kanak sekolah rendah yang kurang berkemampuan pada tahun-tahun mendatang dimana menjelang tahun 2020 dianggarkan lebih 53000 kanak-kanak sekolah rendah akan menerima manfaat daripada program "Kembali ke Sekolah" ini. 


KLIK VIDEO DI ATAS UNTUK MEMAHAMI LEBIH LANJUT TENTANG PROGRAM "KEMBALI KE SEKOLAH"

Dibawah Hans kongsikan perbezaan ketiga-tiga tahun program ini yang dilihat berjaya mencapai objektif bantuan yang disasarkan pihak McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald untuk rujukan anda:


Tahun : 2019
Nilai tajaan : RM3 juta 
Bilangan Murid : 30,000 orang 

Tahun : 2018
Nilai tajaan : RM1.7 juta 
Bilangan Murid : 17,000 orang 

Tahun : 2017
Nilai tajaan : Lebih RM1.2 juta 
Bilangan Murid : 6,000 orang 


Hasil maklum balas yang cukup baik daripada ibu bapa kanak-kanak sekolah rendah serta guru-guru sekolah yang terlibat pada program sebelum ini telah membuatkan McDonald's Malaysia serta Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) lebih bersemangat untuk membantu dan melakukan yang lebih baik buat kanak-kanak sekolah rendah yang memerlukan bantuan pada tahun ini serta tahun-tahun yang akan datang. Secara tidak langsung, sumbangan-sumbangan ini yang turut dihulurkan oleh rakan-rakan niaga, para francaisi, warga kerja serta pelanggan McDonald's Malaysia juga menampakkan hasil yang positif dan membanggakan.


Sekalung tahniah juga diucapkan kepada rakan-rakan niaga McDonald's Malaysia yang turut terlibat di dalam menyumbang kepada kejayaan program ini seperti:

1) Kerry Ingredients Sdn Bhd
2) Visa Worldwide Pte. Limited
3) Honda Malaysia Sdn Bhd
4) Kumpulan Hartanah Selangor Bhd
5) Aladdin Pacific (M) Sdn. Bhd
6) Glades Guppy Packaging Malaysia Sdn Bhd
7) Huhtamaki Foodservice Malaysia Sdn Bhd 


Untuk makluman semua, penyampaian pek "Kembali ke Sekolah" ini akan dijalankan secara berperingkat di negeri-negeri lain di seluruh negara sehingga penghujung tahun ini sebagai sebahagian daripada Program Komuniti McDonald's yang terdiri daripada pelbagai program kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan. Selain daripada memberikan keceriaan kepada kanak-kanak yang memerlukan, program "Kembali ke Sekolah" juga menjalankan aktiviti-aktiviti lain termasuklah lawatan sambil belajar, lawatan ke wad pediatrik, gotong-royong di rumah kebajikan kanak-kanak dan sambutan Hari Kanak-kanak di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara.


Jadi, apabila Hans melihat usaha-usaha yang sangat murni dan positif sebegini maka Hans menyeru kepada semua pembaca serta rakyat Malaysia sekarang agar sentiasa bermurah hati membantu Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan menderma melalui tabung derma yang terdapat di setiap restoran McDonald's sewaktu anda membeli juadah atau makan di sana atau pun menyumbang derma anda secara online. Tidak kisah lah berapa jumlah yang anda ingin sumbangkan tetapi percayalah hasil sumbangan anda bukan sahaja akan menggembirakan ramai pihak tetapi juga turut akan membuatkan anda senyum lebar saat anda melihat kebahagiaan terpancar di wajah kanak-kanak comel ini seperti mana yang Hans rasai saat melihat kegembiraan mereka menerima pek "Kembali ke Sekolah" ini.



Kepada anda yang berminat untuk turut serta sebagai penyumbang wang tunai atau ingin menjadi sukarelawan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia yang telah ditubuhkan pada Februari 1990 dan merupakan badan kebajikan pilihan McDonald's Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia ini, anda boleh hubungi atau layari talian dan laman sosial yang Hans kongsikan dibawah ini:

Cawangan Rumah Ronald McDonald Malaysia:
RMH Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM, Cheras, Kuala Lumpur.
RMH Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan.

Telefon:
03-78433388

Bantuan Dan Sumbangan Anda Boleh Disalurkan Kepada:

#mcdbacktoschool
#mcdkembalikesekolah
#komunitimcdrmhc

P/S : Marilah Kita Sama-Sama Memotivasikan Kanak-Kanak Sekolah Rendah Untuk Memulakan Sesi Persekolahan 2020 Dengan Penuh Semangat Bersama McDonald's Malaysia Dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia!

20 ulasan:

  1. Wow 3 juta banyak tu hehehe untung dan harap banyak lagi badan koporat lain juga turut membantu mereka yang memerlukan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      seronok tengok budak-budak gembira bila dapat barang keperluan sekolah
      mak ayah depa pun mesti suka sebab ringan sikit beban

      Padam
  2. waa.. bagus sangat inisitif mc'donalds ni.. semoga usaha yang dilakukan pada harini dapat membantu lebih ramai mereka yang kurang bernasib baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      semoga akan diteruskan lagi pada tahun-tahun seterusnya

      Padam
  3. Good effort mekdi. Semoga terus berbakti kepada masyarakat. Okay Hans.. Cepat belanja aku nugget

    BalasPadam
  4. Usaha yg baik! Tahniah McDonalds dan semua rakyat Malaysia yg menyumbang!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. adakah anda salah seorang yang menyumbang?
      Tahniah! hehe!

      Padam
  5. Satu-satu usaha yang patut dicontohi oleh badan koprat lain. Sekiranya badan koprat yang lain mengambil langkah pentadbiran yang bijak, maka makin meriah negara kita ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah
      terbaik lah Dato Otto
      setuju sangat-sangat dengan komen nih

      Padam
  6. Alhamdulillah bagusnya ada program mcm ni...harap ramai lagi geng² corporate join tolong sumbang untuk bantu mereka yg kekurangan... awesome buat semua yang terlibat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      harap ramai mengikut jejak langkah McDonald's Malaysia selepas ini

      Padam
  7. banyaknyaa.. 3 juta.. we all pernah dapat utk program ni dulu takat 10,000 je. tu pun dah stop dah sejak 2 tahun lepas. tak de rezeki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      tahun nih 3 juta
      tahun depan depa target lebih lagi
      bagus lah ramai lagi dapat manfaat :)

      Padam
  8. tahniah buat McD atas keprihatinan pada golongan yang memerlukan.

    BalasPadam
  9. Tahniah buat McD. Besar sumbangan tu.

    BalasPadam
  10. Bagus la McD selalu buat aktiviti amal

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      semoga diteruskan lagi untuk majlis-majlis seterusnya

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com