Ahad, 20 Oktober 2019

Pizza Signature Quattro Dan Veggie Quattro Dari Domino's Pizza Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kepada peminat pizza dari Domino's Pizza, ini ada berita baik buat anda semua. Baru-baru ini, Hans telah dijemput untuk hadir ke majlis pelancaran Pizza Quattro oleh Domino's Pizza yang berlangsung di cawangan mereka yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.


Apa yang menariknya tentang Pizza Quattro ini ialah ia menawarkan 4 perisa pilihan anda di dalam 1 pizza. Dengan erti kata lain, jika sebelum ini anda perlu memesan 4 jenis pizza untuk merasai 4 rasa yang berlainan namun kini ianya sudah berubah sama sekali. Dengan hanya memesan 1 sahaja Pizza Quattro, anda sudah boleh merasai keempat-empat perisa yang anda inginkan. Pizza Quattro didatangkan dalam dua saiz iaitu besar dan Xtra besar serta dua jenis pilihan pizza iaitu Signature Quattro dan Veggie Quattro.


Pizza Signature Quattro mempunyai empat pilihan kegemaran penggemar Domino's Pizza iaitu:

1) Aloha Chicken yang menampilkan potongan ayam segar dan potongan nanas yang kecil.

2) Beef atau Chicken Pepperoni yang menawarkan pilihan kepingan daging atau ayam yang lazat.

3) Prawn Sensation yang premium dimana menawarkan udang yang lazat dan tomato ceri segar.

4) Cheese and Mushrooms yang didatangkan bersama dengan sos khas Domino’s yang dibuat daripada tomato yang dipetik segar dimana semestinya anda tidak dapat menolak keindahan rasanya.


Pizza Veggie Quattro pula menampilkan empat kombinasi topping bukan daging yang bukan sahaja sihat tetapi pasti disukai oleh para penggemar sayur iaitu:

1) Keju

2) Buah zaitun

3) Cendawan segar

4) Tomato ceri


Untuk pengetahuan semua, Pizza Quattro hadir dengan konsep ini kerana ingin membantu kebanyakkan pelanggan Domino's Pizza yang berada di dalam dilema saat ingin menjamu pizza bersama ahli keluarga yang ramai mahu pun rakan-rakan di tempat kerja disebabkan setiap orang mempunyai citarasa masing-masing terhadap pizza kegemaran mereka. Jadi, kemunculan Pizza Quattro ini sememangnya sangat membantu di dalam menyatukan lagi hubungan antara keluarga mahu pun rakan-rakan dan secara tidak langsung menghapuskan konflik serta sebarang pertelagahan semasa membuat pesanan pizza ini nanti.


VIDEO DIATAS MERUPAKAN RAKAMAN HANS MENCUBA PIZZA QUATTRO

Kepada peminat pizza dari Domino's Pizza, anda boleh memilih variasi kombo besar atau Xtra besar dengan secepat mungkin kerana Pizza Quattro hanya muncul untuk masa yang terhad sahaja. Terdiri daripada dua pizza Quattro dengan keju tambahan percuma dimana masing-masing dijual dengan harga RM59.90 dan RM82.90.


Selain itu, anda juga mempunyai alternatif dimana anda boleh memilih untuk menambah pesanan makanan sampingan mereka dengan Combo Basic Quattro dan Ultra Combo dengan harga hanya RM42.50 dan RM58.50. Anda juga boleh menikmati tawaran Combo Four Fabulous yang mempunyai empat hidangan sampingan kegemaran dengan hanya RM19.90 sahaja.


Kepada anda yang ingin mencuba Pizza Quattro ini, silalah kunjungi mana-mana cawangan Domino’s berdekatan anda atau pesan pizza kegemaran anda menerusi dalam talian di http://www.dominos.com.my/ atau hubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pizza Quattro Domino's serta promosi yang berterusan, layari laman sesawang mereka dan pastikan anda memesan Pizza Quattro selepas ini. Selamat mencuba dan menjamu selera!

6 ulasan:

  1. ok nak cuba yang ni pulak. nampak sedap dan berbaloi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba lah
      mesti lepas nih dah tak berebut dah
      hahaha

      Padam
  2. Bila ada pilihan mcm nie, barulah dpt rasa banyak jenis kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      tu lah pasal
      tak payah nak order banyak-banyak

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com