Khamis, 10 Oktober 2019

Review Filem Kolong

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada vlogger youtube Akmal Hamzah @ Hadam Project untuk sama-sama menonton filem Kolong bertempat di MMCineplex e-Curve sempena malam gala filem ini pada 9 Oktober 2019 yang lepas. Filem seram misteri ini dimulakan terus dengan adegan seram tanpa menunggu terlalu lama sebelum mula memperkenalkan watak utamanya Seri yang ditipu oleh sindiket penjualan tiket dan kemudian mulai diburu oleh ahlong yang menuntut hutang daripadanya. Secara perlahan-perlahan, plot penceritaan filem ini mula membawa penonton untuk mengenali watak Hairi yang buta selepas satu kejadian kemalangan dimana isterinya pula hilang daripada kejadian tersebut secara misteri. Jadi, misteri-misteri berkait ini yang mula dirungkaikan satu persatu sehingga ke akhir ceritanya. Nak baca ulasan seterusnya? Sila klik pautan dibawah gambar ini.



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem tempatan ini, anda boleh klik link di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com