Sabtu, 5 Oktober 2019

Vivo V17 Tawarkan 6 Kamera Untuk Kepuasan Bergambar

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Sekarang ini kalau orang nak beli telefon mesti perkara pertama yang paling penting mereka ialah kamera. Kenapa kamera yang menjadi pilihan serta kepentingan bakal pembeli dan pengguna? 


Sebab dengan kamera memang macam-macam perkara boleh buat. Bukan sekadar nak swafoto, wefie mahu pun ootd sahaja. Tetapi, hasil gambar yang baik cantik juga boleh digunakan untuk menjana pendapatan, kegunaan perniagaan serta untuk perkongsian gambar yang cantik dan boleh menarik perhatian ramai orang untuk melihat dan membaca penerangan gambar tersebut. Pendek kata fungsi serta kelebihan kamera memang sangat penting untuk model telefon pintar zaman sekarang.


Berita baik buat semua kaki gaget terutama sekali pengguna mahu pun peminat model telefon Vivo dimana pihak mereka baru sahaja melancarkan model telefon terbaru mereka yang diberi nama VIVO V17. Apa keistimewaan model Vivo V17 ini? Untuk pengetahuan semua, pihak Vivo telah membuat kejutan terbesar apabila memperkenalkan model terbaru telefon pintar mereka yang dilengkapi dengan 6 buah kamera yang cukup istimewa untuk memberikan kepuasan menyeluruh buat para pengguna mereka terutamanya buat mereka yang suka bergambar.


Dua kamera hadapan model Vivo V17 ini adalah gabungan lensa 32 megapixel dan 8 megapixel dimana ianya menyokong penggunaan 'Selfie Softlight' serta 'Super Night Selfie'. Jadi, memang tiada masalah untuk anda bergambar secara swafoto selepas ini kerana kamera telefon yang terdapat pada model ini sememangnya membantu penghasilkan wajah yang menarik dengan perinciannya yang jelas. Selain itu, keistimewaan Vivo V17 ini masih lagi dapat ditemui di dalam kameranya yang lain iaitu 48MP Al Quad Camera yang dilengkapi dengan teknologi AI yang memukau. Bukan itu sahaja, model ini juga menawarkan fungsi bokeh yang Hans sendiri telah cuba sewaktu hari pelancarannya dan sememangnya gambar kelihatan sangat cantik dan menarik.


Kebanyakan telefon pintar di luar sana sememangnya menghadapi masalah untuk mengambil gambar di dalam jarak lebar yang luas namun tidak dengan Vivo V17 yang menyelesaikan masalah tersebut melalui fungsi Super Wide-Angel Camera dimana ianya boleh menangkap jarak serta lebar pemandangan mahu pun sebarang gambar sehingga 105 darjah. Memang terbaik dan sangat membantu untuk sesiapa yang gemar bergambar beramai-ramai tanpa perlu menggunakan monopod mahu pun tripod selepas ini. Hahaha!


Untuk melengkapkan lagi kehebatan gambar pada tahap profesional, model vivo V17 Pro turut ditampilkan dengan 2 ciri yang menarik iaitu Pose Master yang menyediakan padanan dengan pelbagai jenis pemandangan yang tampak semulajadi selain Super Night Mode yang membantu memberikan kejelasan pada gambar yang ditangkap pada waktu siang mahupun malam.


Itu sahaja keistimewaan model Vivo V17? Jika anda fikir ianya sudah tamat disitu maka seratus peratus jawapan anda adalah salah. Salah satu lagi keunikan yang ada pada model ini ialah rekaan terbaru Vivo V17 yang berjaya menyembunyikan dwi-kamera hadapannya di dalam peranti dimana ialah hanya akan kelihatan dan naik apabila anda ingin berselfie. Menarik bukan?


Selain itu, model Vivo V17 ini juga tidak melupakan penggemar permainan video dimana pihak Vivo telah melengkapi model ini dengan Game Mode untuk memberikan pengalaman bermain permainan video dengan lancar ditambah dengan teknologi pecutan Multi-Tubro yang menaikkan taraf sistem operasi peranti model ini untuk memberi kepuasan yang maksimum kepada peminat permainan video. Model ini juga mempunyai Game Center serta Voice Changers yang membantu anda membuat penukaran suara untuk menyami watak-watak pemain yang semestinya membuatkan pengalaman bermain permainan video anda lebih menarik dan menghiburkan dengan menggunakan Vivo V17.


Model terbaru yang dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 675 AIE bersama 8GB RAM + storage dalaman 128GB serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4100mAh yang disokong dengan pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging 18W ini hadir dengan 2 rekaan iaitu 'Knight Black' dan Çrystal White' dimana kedua-duanya ditampilkan dengan tona warna yang menawan. Dengan konsep Vivo untuk model Vivo V17 yang berbunyi 'Shoot Beyong Limit', anda pasti akan tertarik dengan model telefon ini yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga hanya RM1699 sahaja.


Jadi, dapatkan segera model terbaru Vivo V17 di pasaran sekarang dan Hans pasti jika anda suka bergambar, mengambil gambar serta kaki permainan video semestinya akan jatuh cinta dengan model terbaru Vivo ini. Selamat menjadi pemilik Vivo V17!

8 ulasan:

  1. fuhhhh 6 kamera, mana yang suka amik gambar tu mmg seronok lah kalau dapat hp nih

    BalasPadam
  2. Awesome!
    Rasa macam nak up-grade je Vivo V7+ Mrs. A ni hiks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      nih sekarang vivo keluar model baru lagi
      harga pun ribuan

      Padam
  3. skrg ni cuma mampu guna Vivo V15Pro je..

    BalasPadam
  4. fuhhh 6 kamera...mcm berlawan2 pulak Vivo, Oppo, IP jugak

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com