Besut Cruise Menyusuri Sungai Besut Terengganu

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival yang berlangsung pada 24 hingga 28 Oktober 2019 di daerah Besut dan Setiu, Terengganu. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.


Jadi, aktiviti seterusnya ialah Hans dan rakan media lain dibawa ke Kampung Nail, Besut dimana kami berpeluang untuk menaiki Besut Cruise yang akan menyusuri Sungai Besut selama satu jam.


Hans secara jujurnya agak teruja kerana belum pernah lagi sebelum ini Hans terdengar bahawa daerah Besut mempunyai bot pelayaran mereka sendiri. Jadi, secara tidak langsung ia adalah salah satu penambahbaikan yang cukup baik terutama dari sudut ekonomi penduduk setempat disini.

BESUT CRUISE

Alamat:
Kampung Payang,
22200 Besut,
Terengganu.

Telefon (Pertanyaan Harga & Tempahan):
01118627420 (Hani)

Email:
besutcruise01@gmail.com

Laman Sesawang:
https://besutcruise.com

Facebook:
Besut Cruise

Instagram:
besut_cruise


Menaiki Besut Cruise sambil menjamah kuih muih tradisional seperti Sata dan otak-otak versi Besut sememangnya adalah satu pengalaman yang cukup menyeronokkan buat Hans. Ditambah pula dengan hidangan air kelapa segar, Hans sangat seronok menikmati pemandangan indah alam semula jadi serta melihat pelbagai jenis bot besar sepanjang menyusuri Sungai Besut dengan Besut Cruise ini.


Dengan harga hanya RM150 untuk maksimum kumpulan peserta seramai 12 orang, Hans rasa ini adalah harga yang sangat berbaloi dimana setiap individu hanya perlu membayar RM12.50 sahaja. Memang betul-betul menguntungkan kerana selain dapat menaiki Besut Cruise selama hampir satu jam, Hans juga dapat menikmati sepuas-puasnya kuih-muih tradisi yang sangat menyelerakan.


Hans juga sebenarnya agak tertarik dengan konsep perniagaan Besut Cruise ini yang bersifat perniagaan sosial dimana keuntungan bersih mereka akan diberikan kepada masyarakat yang memerlukan terutama dari sudut pendidikan, kesihatan, kebajikan dan kemiskinan. Selain itu, Besut Cruise ini juga ditubuhkan adalah bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat serta memberi peluang perniagaan kepada penduduk setempat untuk menambah sumber ekonomi masing-masing.


Cuma seperti biasa, Hans mengharapkan agar penduduk setempat serta pihak Tourism Terengganu sama-sama berganding bahu untuk memastikan tahap kebersihan di seluruh kawasan Sungai Besut ini terutama di pinggir sungai bebas daripada sampah-sarap yang sedikit mencacatkan penglihatan terutama di kawasan jalan masuk ke kawasan Besut Cruise ini.


Kepada sesiapa yang berkunjung ke negeri Terengganu terutamanya di kawasan Besut, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menaiki Besut Cruise. Bukan sekadar satu pengalaman menarik apabila anda menyusuri Sungai Besut dengan bot pelayaran ini tetapi juga disebabkan harganya yang murah dan secara tidak langsung anda turut membantu penduduk setempat di dalam menjana ekonomi mereka. 


Jadi, selamat menaiki Besut Cruise buat anda semua yang bakal bercuti, melancong atau mengembara ke Besut, Terengganu nanti!

P/S : Antara Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Dibaca Sepanjang Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival Adalah Seperti Dibawah:


Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama