Ahad, 3 November 2019

Premiere Hotel Klang Tampil Dengan Lima Hidangan Pilihan Utama

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada minggu lepas, Hans telah dijemput oleh Premiere Hotel Klang untuk mencuba 5 hidangan pilihan utama @ signature dari salah satu restoran milik mereka iaitu The Buzz yang terletak di tingkat bawah hotel ini. Semua hidangan ini disediakan oleh kumpulan kulinari yang cukup hebat yang diketuai oleh Chef Eksekutif, Mr. Noor Hisham.

THE BUZZ PREMIERE HOTEL KLANG

Alamat:
The Buzz,
Ground Floor,
Premiere Hotel Klang,
Bandar Bukit Tinggi 1/KS6,
Jalan Langat,
41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Servis:
Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam  

Telefon:
+60333256828 / 0333256879

Whatsapps:
0124496258

Email
fnb@premiere-hotels.wct.my

Laman Sesawang:
https://www.premiere-hotels.com/dine/buzz/

Facebook:
PremiereHotels

Instagram:
premierehotelklang



Jadi, Hans ingin berkongsi dengan anda semua perihal 5 hidangan istimewa yang Hans telah cuba di Restoran The Buzz, Premiere Hotel Klang tempoh hari. Sila lihat ulasan dan penilaian mengikut citarasa Hans di bawah:

 Menu:
Prawn Fritters with Assam Sauce

Harga:
RM36

Penilaian:
4.5/5

Pandangan Hans:
Pada mulanya Hans melihat hidangan ini maka terdetik di fikiran,"Apa sebenarnya yang istimewa? Setakat Udang Celup Tepung yang dicicah dengan sos?" Tetapi, Hans menerima tamparan hebat sewaktu menjamah hidangan ini kerana rasa sos asamnya bukan sahaja unik tetapi cukup istimewa. Sos asam yang dihasilkan sendiri ini memberikan Hans semua rasa melalui satu gigitan isi udang yang dicelup dengan sos ini. Rasa manis ada! Rasa masam ada! Rasa masin ada! Rasa sedap ada! Segala-galanya bergabung dengan baik yang membuatkan Hans rasa macam nak tapau sahaja sos asam ini untuk bawa balik ke rumah. Hahahaha! Serius kekuatan utama hidangan ini sememangnya terletak pada sos asamnya yang sangat unik. Ditambah pula dengan udang segar yang digoreng panas-panas dan sememangnya sedap maka anda wajib cuba hidangan ini. Hans yakin anda tidak akan menyesal! 


 Menu:
Chinese Herbal Steamed Chicken

Harga:
RM37

Penilaian:
3.5/5

Pandangan Hans:
Kalau lihatkan pada nama pun sudah pasti anda dapat meneka bahawa hidangan ini adalah hidangan cina yang menggunakan herba Cina. Tetapi, apa yang uniknya tentang hidangan ini ialah rasa herbanya tidak kuat dan dibantu dengan kuahnya yang pekat membuatkan Hans boleh menikmatinya begitu sahaja tanpa bantuan nasi. Hans ini sejenis manusia yang kalau tergigit herba-herba yang berasa aneh di lidah maka memang selera makan boleh putus tiba-tiba. Tetapi, menariknya ada beberapa herba yang Hans tergigit tetapi ia tidak memberikan sebarang rasa yang pelik. Senang cakap hidangan Chinese Herbal Steamed Chicken memang berbaloi untuk dicuba ditambah pula dengan kelembutan isi ayamnya yang segar dan tidak kering.


 Menu:
Deep-fried Talapia with Crispy Salted Radish

Harga:
RM45

Penilaian:
5/5

Pandangan Hans:
Jika sesiapa yang mengenali Hans maka pastinya mereka tahu yang Hans kurang gemar menjamah hidangan berasaskan ikan jika berkunjung ke mana-mana buffet hotel. Hans juga pada mulanya tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi kepada hidangan Deep-fried Talapia with Crispy Salted Radish ini. Tetapi, Hans memang sangat terkejut apabila pandangan Hans berubah 360 darjah hanya pada suapan pertama sahaja. Rasa sos istimewa hasil air tangan Chef Eksekutif, Mr. Noor Hisham memang cukup lazat. Hans boleh katakan rasa sos ini lain daripada yang lain dimana ia menyebabkan isi ikan talapia yang digoreng rangup ini bertambah sedap dua kali ganda. Dibantu pula dengan kerangupan lobak putih yang digoreng dan ditaburkan di atas ikan talapia ini membuatkan hidangan ini merupakan hidangan yang paling Hans suka antara kelima-lima hidangan yang disediakan pada kali ini. Serius rugi besar anda jika datang kesini tetapi tidak makan hidangan ini. Memang terbaik sangat!


 Menu:
Beriani Lamb Shank

Harga:
RM50

Penilaian:
3.5/5

Pandangan Hans:
Istimewanya tentang hidangan kambing ini ialah ia diperap dengan kuah pes istimewa yang dipenuhi dengan aroma herba yang membuatkan rasanya sangat kena dengan hidangan nasi beriani serta sayur campur yang disediakan di dalam satu set. Kuahnya pekat dan membuatkan rasanya sedikit masin tetapi apabila Hans menikmati daging kambing ini bersama nasi serta sayur yang memang disediakan sedikit tawar maka kombinasi makanan ini menjadi sangat sedap. Daging kambingnya pun sangat lembut dan set hidangan ini sebenarnnya boleh dinikmati oleh dua orang. Peminat daging kambing memang pasti akan sukakan hidangan Beriani Lamb Shank ini.


 Menu:
Ricotta Chicken Lasagna

Harga:
RM38

Penilaian:
4/5

Pandangan Hans:
Hans sebenarnya bukan lah peminat tegar lasagna kerana menikmati hidangan yang dipenuhi keju ini selalunya akan membuatkan Hans cepat muak. Tetapi, hidangan Ricotta Chicken Lasagna ini memang unik kerana ia berjaya membuatkan Hans makan dalam kuantiti yang sangat banyak sedangkan Hans sememangnya telah kenyang pada fasa menikmati menu terakhir ini. Sedap sangat dimakan panas-panas dimana Hans dapat merasai rasa keju yang cair di mulut. Selain itu, rasa kejunya bagi Hans ringan dan ini yang membuatkan menu ini langsung tidak membuatkan Hans rasa muak walaupun ia dipenuhi dengan keju. Sangat berbaloi untuk peminat-peminat keju di luar sana untuk datang mencuba hidangan ini.


Jadi, Hans secara jujurnya sangat mengesyorkan para pembaca sekalian terutama yang kaki makan seperti Hans untuk datang sendiri ke Restoran The Buzz, Premiere Hotel Klang untuk mencuba kelima-lima hidangan yang sangat istimewa ini yang hanya ditawarkan selama dua bulan sahaja iaitu bermula pada November 2019 sehingga Disember 2019 ini. 


Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mencuba kerana serius anda memang akan rugi besar jika tidak dapat menikmati kesemua hidangan lazat ini. Selamat menjamu selera di Restoran The Buzz, Premiere Hotel Klang!


2 ulasan:

  1. Bila baca post abang Hanshanis mesti rasa lapar..
    Abang selalu makan sedap tapi tak gemuk ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      macam nih tak gemuk lagi ke dik?
      leher dah nak hilang dah nih hah asyik makan jer.
      hehehe

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com