Ahad, 3 November 2019

Shopee 11.11 Big Sale Bantu MAKNA

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah berkesempatan hadir di dalam satu majlis anjuran Platform e-dagang terkemuka nombor satu Malaysia iaitu Shopee yang telah mengumumkan acara 11.11 Big Sale yang kini kembali dengan pelbagai diskaun dan keistimewaan eksklusif menarik untuk pembeli tegar dalam talian.


Kempen beli-belah ini bakal menjadi acara terbesar platform tersebut dengan pelbagai tawaran, termasuk penghantaran percuma untuk perbelanjaan minimum RM11, pulangan tunai harian sehingga 111% dan peluang untuk membeli sebuah Toyota Vios dengan hanya RM1 dimana semua ini telah bermula pada 24 Oktober hingga 11 November 2019Para pembeli akan menikmati pelbagai tawaran hebat daripada jenama dari pelbagai kategori seperti Carlo Rino, P&G, Nestle, realme, Tefal, Mr DIY, Enfagrow, Nutox, Universal Traveller, Samsung, Watsons, Honor, HomeHuk, Photobook Malaysia, Vinda, L’Oréal dan Unilever sepanjang tempoh kempen tersebut. Turut serta buat pertama kali dalam 11.11 Big Sale ialah jenama F&B terkemuka, KFC dengan diskaun eksklusif sehingga 52% hanya pada 11 November. Bank-bank utama seperti CIMB, Citibank, HSBC, RHB, Standard Chartered dan UOB juga turut serta dengan menawarkan diskaun khas buat pemegang kad masing-masing serta baucar lebih menarik pada 11 November. Pengguna e-wallet Boost juga boleh membeli baucar tunai Shopee pada 10% untuk dapatkan penjimatan lebih baik.


Sejajar dengan wawasan Shopee untuk menjadikan aktiviti beli-belah dalam talian satu pengalaman sosial menarik yang menghubungkan insan dari seluruh rantau, 11.11 Big Sale akan memaparkan permainan dalam aplikasi seperti Shopee Catch, Shopee Strike, Voucher Together-Gether, Shopee Lucky Egg dan Shopee Quiz di aplikasi dengan Shopee Coins dan baucar untuk dimenangi. Sebanyak 11 juta pesanan telah dicatatkan pada 11 November tahun lepas, menandakan peningkatan 24 kali berbanding kempen 11.11 Big Sale Shopee yang pertama pada 2016. Dengan usaha memperkenalkan ciri-ciri baharu, permainan dan teknologi yang dinaik taraf di samping membawakan jenama tempatan dan antarabangsa baharu yang telah menyertai platform ini sejak tahun lepas, Shopee yakin bahawa 11.11 Big Sale akan muncul sebagai acara jualan hebat terbesar diadakan. 


Shopee juga turut mengambil kesempatan ini untuk menyeru rakyat Malaysia agar menyokong perjuangan menentang kanser menerusi kempen kebajikan pertamanya, iaitu #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge. Kempen ini bertujuan meraih dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA). Hasil kutipan akan disalurkan kepada pesakit kanser kurang mampu yang memerlukan rawatan dan juga penyelidikan dan perkhidmatan sokongan oleh MAKNA dalam usaha berterusan untuk mencari penawar. Rakyat Malaysia boleh menyumbang menerusi kedai rasmi ShopeeMAKNA di Shopee di mana mereka boleh memilih jumlah yang ingin diderma, bermula dari RM5. Mereka yang menderma layak mendapatkan resit pelepasan cukai daripada MAKNASelain daripada meraih dana, Shopee juga bekerjasama dengan rangkaian hospital Pusat Perubatan Sunway untuk mendorong rakyat Malaysia menjalani pemeriksaan kanser. Pusat Perubatan Sunway akan menawarkan 300 penderma pertama yang menderma RM100 dengan ujian darah percuma bernilai RM100 dan 50 penderma pertama yang menderma RM250 dengan pakej mammogram 3D percuma bernilai RM430 melalui kedai rasmi ShopeeMAKNA. Selain itu, sebagai sebahagian daripada kempen ini, Pusat Perubatan Sunway akan menderma RM20,000 kepada MAKNA. Shopee dan rakan-rakan niaganya juga telah menyumbangkan RM33,000 kepada MAKNA di majlis pelancaran yang diadakan di W Kuala Lumpur.


Jadi, buat para pembaca sekalian yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang 11.11 Big Sale, anda boleh layari laman sesawang seperti yang Hans kongsikan dibawah ini:

Shopee 11.11 Big Sale: 

Untuk Menyumbang Kepada MAKNA:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com