Ahad, 10 November 2019

Terrapuri Heritage Village : Warisan Istana Melayu Klasik

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival yang berlangsung pada 24 hingga 28 Oktober 2019 di daerah Besut dan Setiu, Terengganu. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.


Lokasi penginapan terakhir Hans pada program kali ini ialah menginap di sebuah tempat yang sangat istimewa iaitu Terrapuri Heritage Village yang terletak di Kampung Mangkuk, Penarik. Untuk makluman anda, Terrapuri yang bermaksud The Land of Palaces ini mempunyai 29 unit rumah-rumah klasik yang mengekalkan ciri-ciri asal seni binaan tradisional yang ada pada binaanya.

TERRAPURI HERITAGE VILLAGE

Alamat:
Kampung Mangkuk,
Penarik,
21010 Setiu,
Terengganu.

Telefon:
096245020

Laman Sesawang:
www.terrapuri.com

Facebook:
Terrapuri

Instagram:
terrapuri

Lebih menarik ialah Terrapuri Heritage Village yang mengambil inspirasi daripada Istana Terengganu pada abad ke-17 ini merupakan salah sebuah projek pemuliharaan rumah melayu asli Terengganu dan Kelantan yang berusia sekitar 200 tahun hingga 250 tahun dimana ia diusahakan oleh Mr Alex Lee Yun Ping yang sangat gigih serta cekal mengumpul serta membeli rumah-rumah ini daripada pemilik asalnya yang berada di sekitar negeri Terengganu dan Kelantan.

Salah Sebuah Rumah Klasik Di Terrapuri Heritage Village

Antara Rumah Klasik Di Terrapuri Heritage Village

Suasana Pagi Di Terrapuri Heritage Village


Kesemua 29 buah rumah klasik ini adalah penempatan orang Melayu yang datang dari tamadun purba Champa di Indochina dan Kemboja. Mereka menetap di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia dari abad kedua hingga ke-16 dimana Terengganu adalah sebahagian daripada kerajaan Melayu Langkasuka pada ketika itu. Jadi, dapat dilihat kesemua rumah ini mempunyai serambi serta ciri-ciri yang sama dengan rumah-rumah tradisional di Kemboja dan Thailand.

 Ruang Bilik Tidur Terrapuri Heritage Village

 Ruang Dalaman Salah Satu Rumah Klasik Di Terrapuri Heritage Village

 Kawasan Bilik Air Terrapuri Heritage Village Yang Luas

 Kasawan Bilik Air Terrapuri Heritage Village

 Terrapuri Heritage Village Menyediakan Bathtub Untuk Kepuasan Anda


Tidak semua rumah klasik ini digunakan sebagai tempat penginapan kerana ada antaranya dijadikan sebagai ruangan lain seperti tempat makan, lobi dan pelbagai lagi. Pemilik Terrapuri Heritage Village masih mengekalkan ciri asalnya dimana pada bahagian dinding, pintu, tingkap dan gables masih mengekalkan panel kayu yang berasingan dan dipasang bersama-sama menggunakan sendi kayu yang dipasak daripada kayu penaga. Apa yang menariknya kesemua 29 rumah disini dibina menggunakan kayu cengal tanpa menggunakan sebarang paku dimana ia dibina menggunakan konsep tanggam dan boleh dibuka serta dipasang semula. 

Pemandangan Terrapuri Heritage Village

Salah Satu Rumah Klasik Di Terrapuri Heritage Village

Kolam Renang Terrapuri Heritage Village

Selain itu, setiap tiang rumah mempunyai kain perca dimana warna-warna yang terdapat pada kain tersebut mempunyai maksud serta perlambangan tertentu dimana mengikut kepercayaan orang terdahulu ialah untuk menghalau semangat jahat daripada memasuki rumah.

Suasana Senja Terrapuri Heritage Village

Salah Satu Rumah Klasik Di Terrapuri Heritage Village Pada Waktu Senja

Tempat Makan Di Terrapuri Heritage Village

Kawasan Tempat Makan Di Terrapuri Heritage Village

Lebih istimewa di Terrapuri Heritage Village ialah Hans turut berpeluang untuk melihat kelip-kelip yang berada berdekatan dengan tempat penginapan pada waktu malam. Hans juga turut dikhabarkan bahawa jika anda bercadang untuk datang pada musim penyu bertelur, anda mempunyai peluang cerah untuk melihat penyu hijau bertelur di pasir pantai sekitar bulan Mei sehingga September. Untuk anda yang berminat menginap disini, Hans dikhabarkan unit rumah yang paling murah berharga RM529 semalam untuk dua orang yang disertakan dengan sarapan pagi. Manakala unit rumah yang paling mahal pula berharga RM1299. Tawaran promosi off season pula berharga RM429.

Dekorasi Terrapuri Heritage Village Yang Menawan

SarapanYang Disediakan Di Terrapuri Heritage Village Sangat Menyelerakan!

Pantai Penarik Berhadapan Dengan Terrapuri Heritage Village

Kepada sesiapa yang berkunjung ke negeri Terengganu terutamanya di kawasan Kampung Mangkuk, Penarik maka silalah ambil peluang keemasan ini untuk menginap dan bermalam di Terrapuri Heritage Village. Bukan sekadar anda dapat menikmati dan menghayati keindahan seni bina Melayu lama tetapi juga anda akan terpesona dengan pemandangan sekitarnya yang memukau serta kelazatan makanan yang disediakan disini. Selamat bermalam di Terrapuri Heritage Village. 

P/S : Antara Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Dibaca Sepanjang Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival Adalah Seperti Dibawah:


2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com