Isnin, 9 Disember 2019

Marrybrown: Makan Dan Menang KAW KAW

Isnin, Disember 09, 2019 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa disini yang hendak makan sambil menang hadiah-hadiah yang menarik dan lumayan? Hans yakin pasti ramai di kalangan pembaca yang teringin nak menang hadiah hanya dengan melakukan aktiviti makan sahaja kan? Jadi, apa kata anda ikut jejak Hans dengan menjamu selera di Marrybrown kerana anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang bernilai sehingga RM380,000. Bukan susah pun? Hanya makan di Marrybrown sahaja.


Kenapa tiba-tiba Marrybrown nak bagi hadiah mahal-mahal ini? Untuk pengetahuan anda, Marrybrown telah mengadakan satu peraduan mudah bersempena dengan sambutan ulang tahun mereka yang ke-38. Peraduan yang diberi nama Makan Dan Menang Kaw Kaw ini akan bermula pada 29 November 2019 dan akan berakhir pada 12 Januari 2020. Untuk menang hadiah-hadiah ini mudah dimana anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM25 sahaja untuk melayakkan anda menerima satu kad peraduan untuk menyertai pertandingan ini.


Alang-alang berkunjung ke Marrybrown dengan rakan-rakan maka Hans ambil peluang untuk membeli pelbagai menu yang disediakan di Marrybrown dengan mereka. Rasa bertuah sangat sebab dapat beli pelbagai menu disini dan dapat kad peraduan yang banyak dimana peluang untuk Hans menang peraduan Makan Dan Menang KAW KAW ini makin besar lah nampaknya. Hahaha! Hans mencuba beberapa menu disini seperti ayam goreng, Durian Bites, cheesy wedges serta aiskrim pisang. Rakan-rakan pula nampaknya sangat suka dengan bubur ayam yang terdapat di Marrybrown. Memang Hans dan rakan-rakan lain macam tengah buat potluck di Marrybrown tempoh hari. 


Hans sebenarnya sangat tertarik dengan hadiah-hadiah yang ditawarkan sempena peraduan Makan Dan Menang KAW KAW anjuran Marrybrown ini. Antara hadiah-hadiahnya adalah:

Hadiah Utama:
Kereta SUV Proton X70 x 1 pemenang 

Hadiah Mingguan (Selama 6 minggu):
Wang Tunai RM 10,000 x 1 pemenang 
Wang Tunai RM 500 x 20 pemenang
Baucar Marrybrown RM 50 x 200 pemenang
TV LG 65" UM Series x 1 pemenang
GoPro Hero 8 x 2 pemenang
Vivo V17 Pro x 2 pemenang
Sony Earphone WF-1000xm3 x 3 pemenang


Memandangkan Hans telah berbelanja lebih daripada RM25 maka Hans telah layak menerima kad peraduan yang melayakkan Hans untuk menyertai peraduan Makan Dan Menang KAW KAW anjuran Marrybrown ini. Hans berharap kalau tak menang kereta pun sekurang-kurangnya menang lah hadiah wang tunai RM10,000 tu. Hahaha! Jadi, cara-cara untuk anda menyertai Peraduan Makan dan Menang Kaw Kaw ini tersangat lah mudah. Anda hanya perlu:


1. Buat pembelian paling minimum RM25 di mana-mana cawangan Marrybrown (pastikan anda menyimpan resit pembelian).
2. Dapatkan kad peraduan dengan kod unik di kaunter pembayaran.
3. Daftar serta masukkan kod unik anda di laman web: https://marrybrown.com/contest/
4. Hantarkan penyertaan anda.
5. Berdoa dan bertawakal selepas itu agar anda terpilih memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang serta laman sosial Marrybrown seperti dibawah:

Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram: 

#Marrybrown #SomethingDifferent #KAWKAWMenang

Jumaat, 6 Disember 2019

Vivo S1 Pro Dijual Pada Harga RM1199

Jumaat, Disember 06, 2019 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru bulan lepas pihak Vivo Malaysia melancarkan peranti model Vivo NEX 3. Nampaknya pihak Vivo semakin aktif dan agresif memperkenalkan model terbarunya dimana baru-baru ini Vivo telah melancarkan model Vivo S1 Pro bertempat di CO3 Social Office, Puchong


Seperti biasa perkara utama yang majoriti pengguna ingin tahu untuk setiap model terbaru telefon ialah kameranya. Model Vivo S1 Pro juga tidak terlepas untuk memberi fokus kepada penggunaan kamera yang disertakan dengan perisian canggih dimana model ini didatangkan dengan kuad-kamera iaitu dibarisi oleh empat lensa kamera yang berbeza dibahagian belakangnya yang berbentuk seperti berlian. 


Hans sangat tertarik dengan fungsi kameranya yang bagi Hans sangat baik dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Setiap satu lensa ini mempunyai saiz berbeza dimana kamera utamanya bersaiz 48MP. Manakala kamera ultra lebarnya pula bersaiz 8MP, kamera makro 2MP serta kamera bokeh bersaiz 2MP. Kamera hadapan pula yang sering kali digunakan untuk swafoto bersaiz 32MP


Lebih menarik apabila fungsi AI sticker yang turut ditawarkan oleh model Vivo S1 Pro ini yang pasti membuatkan anda gembira apabila berswafoto bersama rakan-rakan anda nanti. Comel tak gambar di atas? Hahaha!


Model Vivo S1 Pro ini juga sangat mesra dengan mereka yang suka bermain permainan video dalam talian kerana ianya dilengkapi oleh teknologi MultiTurbo yang mampu meningkatkan kelajuan permainan anda serta Voice Changing yang boleh anda gunakan semasa bermain permainan video menggunakan boleh Vivo yang terbaru ini. Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan melalui pengimbasan cap jadi menjadikan model terbaru ini lebih menarik untuk anda miliki dengan segera.

Spesifikasi Vivo S1 PRO
  • Qualcomm Snapdragon 665
  • 8GB RAM + 128GB ROM
  • Skrin 6.38 Full DH + Super AMOLED
  • Kamera depan: 32MP (f/2.0)
  • Kamera utama: 
- 48MP (f/1.8) AI Quad Kamera
- 8MP (f/2.2) Super Wide-Angle Kamera
- 2MP (f/2.4) Super Macro Camera
- 2MP (F/2.4)
  • 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas Dual-Engine
  • Wi-Fi 2.4GHz / 5GHz
  • Bluetooth 5.0
  • USB Type -C
  • Pilihan warna Knight Black dan Fancy Sky
  • Berat 186.7 gram

Vivo S1 Pro akan mula dijual pada 7 Disember 2019 ini dengan harga jualan sebanyak RM1199. Lebih menarik  apabila pada tarikh 7 Disember ini juga turut diadakan S1 Pro Superday Sales yang bakal berlangsung di Central i-City yang menawarkan anda rebat ekslusif serta menjadi antara yang terawal membeli dan memilik model Vivo S1 Pro ini. Jadi, dapatkan segera model terbaru Vivo S1 Pro dan Hans yakin anda akan menyukai model terbaru Vivo kali ini. Selamat menjadi pemilik Vivo S1 Pro!


Untuk maklumat lanjut serta info menarik tentang Vivo S1 Pro, anda boleh melayari laman sesawang seperti dibawah: 

Laman Sesawang:


Khamis, 5 Disember 2019

Review Filem Jumanji: The Next Level

Khamis, Disember 05, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada Sony Pictures Entertainment untuk menghadiri tayangan media filem Jumanji: The Next Level bertempat di MBO Starling pada 4 Disember 2019 yang lepas. Jika sebelum ini, Hans terasa kurang nikmatnya menikmati filem Jumanji: Welcome To The Jungle kerana merasakan ianya kurang memberi impak berbanding filem asalnya iaitu Jumanji disebabkan daya penarik serta kejutan yang lemah telah dipaparkan melalui permainan video moden yang sepatutnya mampu memberikan sesuatu yang lebih kreatif. Namun, filem Jumanji: The Next Level memberikan satu kejutan yang Hans tidak sangka dimana ia adalah antara sekuel filem yang sangat melucukan yang pernah ditayangkan sepanjang tahun 2019 ini berbanding banyak sekuel filem lain yang kecundang di pertengahan jalan akibat jalan cerita yang lemah atau tidak menarik seperti mana filem pertamanya.



P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem Jumanji: The Next Level yang cukup menghiburkan ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem ini dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 

Review Filem The Sacred Riana: Beginning

Khamis, Disember 05, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada TGV Pictures  dan Horizon Film Entertainment untuk menghadiri malam gala filem The Sacred Riana: Beginning bertempat di TGV One Utama pada 2 Disember 2019 yang lepas. Untuk pengetahuan semua, Hans sebetulnya telah menonton filem ini lebih awal sewaktu berada di Jakarta pada bulan Mac 2019 yang lepas. Jadi, tontonan kali kedua ini memberikan Hans gambaran yang lebih jelas terutama apabila ianya disertakan dengan sarikata bahasa Inggeris untuk membuatkan Hans lebih faham tentang filem ini.



P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem seram dari Indonesia ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem The Sacred Riana: Beginning dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 


Isnin, 2 Disember 2019

10 Lokasi Menarik Di Selama Perak Yang Wajib Anda Pergi

Isnin, Disember 02, 2019 4
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk artikel kali ini, Hans ingin rangkumkan serta kongsikan dengan para pembaca berkenaan 10 Lokasi Menarik Di Selama Perak Yang Wajib Anda Pergi. Lokasi-lokasi tersebut adalah seperti dibawah:




1) LATA PUTEH
Lata Puteh menawarkan satu pengalaman yang sangat istimewa buat anda di sepanjang laluan menuju ke kawasan puncak air terjun. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - PENGALAMAN MENARIK DI LATA PUTEH


2) MANDI-MANDA DI LATA TEBING TINGGI
Lata Tebing Tinggi pastinya akan membuatkan anda terasa dekat dengan keindahan alam semula jadi saat bermandi-manda di kawasan yang bersih dan jauh dari hiruk-pikuk bandaraya yang menyesakkan jiwa. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - LATA TEBING TINGGI SELAMA PERAK


3) WATER RAFTING DI LATA RAMBUNG
Anda sukakan aktiviti lasak seperti Water Rafting? Jangan risau kerana di Selama, anda boleh melakukannya di Lata Rambung melalui pakej yang disediakan oleh Nature Eco Venture. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - SUNGAI SELAMA RIVER CRUISE RAFTING


4) MENJALA UDANG DI LATA BULUH
Selalu makan udang galah. Jadi, apa kata rasai sendiri pengalaman menjala udang di Kolam Udang Galah yang berdekatan dengan Lata Buluh ini. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - MENJALA UDANG GALAH DI KOLAM UDANG LATA BULUH


5) GALERI KERIS PAK DIN KOMANDO
Anda peminat sejarah Melayu? Ingin tahu lebih lanjut tentang kehebatan senjata tradisional masyarakat Melayu iaitu keris. Galeri Keris Pak Din Komando adalah jawapan kepada persoalan tersebut. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - GALERI KERIS PAK DIN KOMANDO


6) APS ARCHERY EXCELLENT CENTRE
APS Archery Excellent Centre menawarkan anda pengalaman memanah yang cukup menyeronokkan. Lebih menarik kerana anda juga berpeluang bermainan permainan membaling kapak yang sangat unik. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - APS ARCHERY EXCELLENT CENTRE


7) TELAGA GERGASI
Telaga Gergasi merupakan salah satu peninggalan penjajah British yang masih lagi berfungsi sehingga kini. Keunikan telaga gergasi ini sememangnya amat dirasai apabila anda melihatnya sendiri dihadapan mata. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - TELAGA GERGASI DI SELAMA PERAK


8) SUNGAI ATAS SUNGAI
Sungai Atas Sungai memang kena dengan namanya dimana ianya juga boleh dikatakan sangat unik dan menarik untuk dilawati. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - SUNGAI ATAS SUNGAI HANYA DI SELAMA PERAK


9) KOTA PERSEMBUNYIAN RAJA BERSIONG
Buat anda yang meminati kisah sejarah, Kota Persembunyian Raja Bersiong mampu memuaskan kehendak anda dimana disini anda dapat melihat sendiri peninggalan Raja Bersiong yang masih wujud di kawasan Selama ini. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - KOTA PERSEMBUNYIAN RAJA BERSIONG DI SELAMA PERAK


10) SELAMA INN @ RUMAH REHAT SELAMA
Tidak lengkap kedatangan anda ke Selama, Perak jika tidak menginap atau bermalam di Selama Inn @ Rumah Rehat Selama. Selain servis serta kemudahan yang disediakan sangat baik, hidangan sarapan pagi, tengahari serta makan malam disini sememangnya sangat lazat dan bakal membuatkan anda menambah nasi berkali-kali. Anda boleh membaca pengalaman Hans dengan menekan pautan artikel ini - SELAMA INN @ RUMAH REHAT SELAMA

Ahad, 1 Disember 2019

Lata Tebing Tinggi Selama Perak

Ahad, Disember 01, 2019 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Familiarization Fam Trip yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2019 di daerah Selama, Perak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Perak ini sememangnya menghadiahkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang membuatkan Hans ingin berkongsikan segala perkara manis ini dengan anda semua yang merupakan pembaca setia blog ini.


Jadi, aktiviti terakhir Hans pada hari ketiga sempena Program Familiarization Fam Trip ini ialah makan tengahari di Lata Tebing Tinggi yang terletak di Selama, Perak. Lokasi ini menjadi pilihan pengunjung sama ada penduduk tempatan mahu pun pelancong luar untuk dijadikan sebagai tempat perkelahan disebabkan keindahan alam semulajadi serta kebersihan dan kejernihan air yang terdapat di kawasan lata ini.


Serius lauk pauk yang disediakan di  Lata Tebing Tinggi ini memang sedap betul. Awalnya Hans nak makan sepinggan sahaja sebab Hans rancang nak mandi lama sikit dekat Lata Tebing Tinggi ini. Sekali sedap pula lauk-lauk yang dimasak maka terpaksa lah menambah sepinggan lagi. Hahahaha!


Hans menjadi manusia pertama yang mandi di Lata Tebing Tinggi ini. Kepada sesiapa yang suka mengambil gambar, sebenarnya anda boleh naik ke atas lagi untuk mengambil gambar sekitar Lata Tebing Tinggi dimana ianya tersangat cantik dan menampakkan keseluruhan kawasan perkelahan yang Hans mandi ini. Tetapi, seperti yang Hans selalu bagitahu yang Hans nih memang pantang jumpa air-air jernih yang bersih macam ini. Jadi, memang Hans terus terjun mandi sahaja tanpa fikir apa-apa lagi dah. Hahaha!


Untuk kawasan yang Hans mandi ini, tahap kedalamannya sangat sesuai untuk orang dewasa dimana ianya lebih kurang tinggi paras lutut sahaja. Jadi, memang seronok lah mandi-manda di Lata Tebing Tinggi ini sambil ditemani pasir dan air yang sejuk, jernih dan semestinya bersih ini. Nak rasa lebih seronok, sila pergi duduk dan baring di kawasan air terjun kecil itu. Memang rasa badan seperti diurut oleh kerusi urut kalau anda menahan badan anda pada arus air terjun yang laju itu. Serius Hans memang seronok sangat mandi-manda disini. Sedar tak sedar dekat sejam juga lah Hans berendam dengan gembiranya. Hahaha!


Selain itu, Hans juga melihat Lata Tebing Tinggi juga mulai dibangunkan secara perlahan-lahan dimana semakin banyak chalet yang dibina untuk memenuhi keperluan para pengunjung yang ingin bermalam disini. Kemudahan yang disediakan seperti tandas, bilik persalinan, gerai makanan, tempat berehat serta makan, surau dan tempat letak kenderaan yang luas juga sangat memudahkan para pengunjung yang ingin bermandi-manda disini dalam tempoh yang lama. Semoga kebersihan kawasan ini sentiasa kekal sama dan terpelihara seperti mana sewaktu Hans datang kesini pada masa-masa akan datang.


Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan Lata Tebing Tinggi atau aktiviti pelancongan di Selama, anda boleh hubungi Urusetia Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama seperti dibawah:

Telefon:
010 3714548 (En. Razif)
0195217385 (En. Rofizlan)

Pejabat: 
05-8394201/2021 ext 119/120/121

Faks: 
05-8394377


Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk datang bermandi-manda serta makan tengahari sambil menghayati keindahan alam semulajadi yang terdapa di Lata Tebing Tinggi di Selama, Perak ini maka jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini nanti bersama rakan-rakan mahu pun keluarga tersayang anda. Jom ke Selama,Perak!

P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Familiarization Fam Trip Selama Perak Adalah Dengan Melihat Pada Pautan Artikel Ini : 10 LOKASI MENARIK DI SELAMA PERAK YANG BOLEH ANDA PERGI

APS Archery Excellent Centre : Jom Memanah Dan Membaling Kapak

Ahad, Disember 01, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Familiarization Fam Trip yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2019 di daerah Selama, Perak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Perak ini sememangnya menghadiahkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang membuatkan Hans ingin berkongsikan segala perkara manis ini dengan anda semua yang merupakan pembaca setia blog ini.


Jadi, aktiviti seterusnya pada hari ketiga Hans sempena Program Familiarization Fam Trip ini ialah melawat APS Archery Excellent Centre yang terletak di Selama, Perak. Kawasan ini bukan sahaja menawarkan kelas memanah yang menarik tetapi juga sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi team building yang menarik. Cuma untuk kedatangan Hans kali ini, Hans berpeluang mencuba memanah menggunakan busur yang cukup istimewa disini.


Seperti biasa, taklimat ringkas tentang cara penggunaan busur serta bagaimana untuk memanah tepat kepada sasaran diterangkan kepada Hans dan rakan-rakan sebelum bermulanya aktiviti memanah. Menariknya tentang APS Archery Excellent Centre ini ialah lokasi ini turut menjadi pilihan atlet dalam serta luar negara untuk datang berlatih disini di dalam tempoh waktu yang sangat lama. Jadi, disini sahaja anda sudah mendapat jawapan bahawa fasiliti yang disediakan disini sememangnya mempunyai kualiti serta kelasnya yang tersendiri. 


Jadi, Hans turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba aktiviti memanah disini. Apa yang Hans perasan setiap tempat memanah yang Hans pergi menyediakan busur yang berlainan dimana cara untuk memanah juga sedikit berbeza antara semua. Disini juga begitu dimana tali busurnya lebih kuat dan memerlukan cara yang betul untuk memanah. Alhamdulillah banyak anak panah yang mengenai sasaran. Hahaha!


Tetapi, satu permainan yang Hans rasa sangat unik dan seronok untuk dicuba di APS Archery Excellent Centre ialah permainan membaling kapak. Hans sebenarnya lupa apa nama sebenar permainan ini tetapi secara mudahnya ialah anda perlu membaling kapak dan pastikan ianya terpacak di kayu tersebut. Serius memang layan beb! Cara mudah untuk pastikan kapak anda melekat di papan itu, sila bayangkan insan-insan yang anda benci atau rasa nak pukul. In Sha Allah, pasti kapak anda elok sahaja terpacak dekat bahagian papan kayu tu. Hahaha!


Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan APS Archery Excellent Centre ini atau aktiviti pelancongan di Selama, anda boleh menghubungi mereka di laman sosial Facebook atau pun Urusetia Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama seperti dibawah:

Telefon (Majlis Daerah Selama):
010 3714548 (En. Razif)
0195217385 (En. Rofizlan)

Pejabat (Majlis Daerah Selama): 
05-8394201/2021 ext 119/120/121

Faks (Majlis Daerah Selama): 
05-8394377


Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba permainan menarik seperti membaling kapak atau memanah maka silalah berkunjung ke APS Archery Excellent Centre nanti. Jom ke Selama,Perak!

P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Familiarization Fam Trip Selama Perak Adalah Dengan Melihat Pada Pautan Artikel Ini : 10 LOKASI MENARIK DI SELAMA PERAK YANG BOLEH ANDA PERGI

Kota Persembunyian Raja Bersiong Di Selama Perak

Ahad, Disember 01, 2019 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Familiarization Fam Trip yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2019 di daerah Selama, Perak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Perak ini sememangnya menghadiahkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang membuatkan Hans ingin berkongsikan segala perkara manis ini dengan anda semua yang merupakan pembaca setia blog ini.


Jadi, aktiviti seterusnya pada hari ketiga Hans sempena Program Familiarization Fam Trip ini ialah melawat Kota Persembunyian Raja Bersiung yang terletak di Kampung Kota Raja Bersiong, Ijok, Selama, Perak. Kawasan ini merupakan rentetan daripada kisah mitos lagenda kezaliman seorang raja yang meminum darah manusia iaitu Raja Bersiong yang merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa. Raja Bersiong telah melarikan diri dari istananya di Lembah Bujang, Kedah ketika cuba mengelak daripada dikepung oleh Menteri dan rakyat yang membencinya kerana tabiatnya yang gemar makan bayam dengan kuah darah manusia.


Ketika melarikan diri, Raja Bersiong telah singgah di Perak dan membina tempat berlindung yang mana kawasan itu kini dikenali sebagai Kota Raja Bersiong. Menurut penduduk tempatan, dahulunya terdapat pinggan mangkuk, meja, kerusi serta pelbagai lagi perabot lama hasil tinggalan raja tersebut di kawasan ini. Namun, ia sudah tertanam di dalam gua akibat dimamah usia seperti yang anda dapat lihat pada gambar di atas.


Cuma Hans merasakan kawasan Kota Persembunyian Raja Bersiong ini seharusnya dibaik pulih, dibersihkan dan dibangunkan sebagai salah sebuah tarikan pelancongan yang bersifat sejarah dimana ia mampu menarik ramai pelancong bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga luar negara untuk mengenali dan mengetahui lebih lanjut tentang kisah Raja Bersiong ini. Secara tidak langsung ia akan menambah sumber ekonomi penduduk dan mengangkat daerah Selama sebagai salah sebuah kawasan yang mempunyai tarikan tersendiri dari sudut pelancongan sejarah. Siapa lagi hendak mengangkat kisah sejarah tempatan kalau tidak masyarakatnya sendiri yang berbuat demikian. 


Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan Kota Persembunyian Raja Bersiong atau aktiviti pelancongan di Selama, anda boleh hubungi Urusetia Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama seperti dibawah:

Telefon:
010 3714548 (En. Razif)
0195217385 (En. Rofizlan)

Pejabat: 
05-8394201/2021 ext 119/120/121

Faks: 
05-8394377


Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk melihat sendiri kawasan sejarah Kota Persembunyian Raja Bersiong yang merupakan salah satu tarikan pelancongan di Selama, Perak ini maka silalah berkunjung ke sini nanti. Jom ke Selama,Perak!

P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Familiarization Fam Trip Selama Perak Adalah Dengan Melihat Pada Pautan Artikel Ini : 10 LOKASI MENARIK DI SELAMA PERAK YANG BOLEH ANDA PERGI

Sungai Atas Sungai Hanya Di Selama Perak

Ahad, Disember 01, 2019 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Familiarization Fam Trip yang berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober 2019 di daerah Selama, Perak. Jadi, sepanjang tiga hari dua malam Hans berada di bumi Perak ini sememangnya menghadiahkan Hans pelbagai pengalaman menarik yang membuatkan Hans ingin berkongsikan segala perkara manis ini dengan anda semua yang merupakan pembaca setia blog ini.


Jadi, aktiviti seterusnya pada hari ketiga Hans sempena Program Familiarization Fam Trip ini ialah melawat Sungai Atas Sungai yang merupakan terusan air yang dilencongkan daripada Sungai Ijok sejauh 3.5 kilometer ke Sungai Atas Sungai sebelum merentasi Sungai Redang Panjang yang mengalir di bawahnya. Kemudian aliran air sungai Ijok ini dialirkan pula ke Telaga Gergasi menerusi terusan air sepanjang kira-kira 5 kilometer.


Terletak di Kampung Jalan Baru, Mukim Ijok, Selama, Perak, jambatan yang dibina merentasi terusan tersebut masih utuh sehingga kini seperti mana yang anda dapat lihat di dalam gambar. Struktur binaan Sungai Atas Sungai ini dibuat pada tahun 1936 oleh Jabatan Pengairan dan Aliran yang dahulu dikenali sebagai Department of Irrigation and Drainage (DID) bagi tujuan pengairan sawah padi. Ianya juga dikaitkan dengan aktiviti pengumpulan bijih timah yang dialirkan ke Sungai Ijok serta Telaga Gergasi.


Hans sendiri mengambil peluang untuk berdiri dan bergambar di atas jambatan Sungai Atas Sungai ini dimana Hans dapat melihat air dari terusan mengalir melalui jambatan tersebut tanpa bercantum dengan air Sungai Redang Panjang yang terdapat dibawahnya. Keunikan tersebut merupakan salah satu pe­ninggalan teknologi British dalam pengairan melibatkan terusan sepanjang kira-kira lima kilometer yang masih beroperasi dan boleh anda lihat sehingga ke hari ini.



Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan Sungai Atas Sungai atau aktiviti pelancongan di Selama, anda boleh hubungi Urusetia Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama seperti dibawah:

Telefon:
010 3714548 (En. Razif)
0195217385 (En. Rofizlan)

Pejabat: 
05-8394201/2021 ext 119/120/121

Faks: 
05-8394377


Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk merasai pengalaman melihat serta bergambar di kawasan Sungai Atas Sungai yang merupakan salah satu tarikan pelancongan yang unik di Selama, Perak ini maka silalah berkunjung ke sini nanti. Jom ke Selama,Perak!

P/S : Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Anda Baca Sepanjang Program Familiarization Fam Trip Selama Perak Adalah Dengan Melihat Pada Pautan Artikel Ini : 10 LOKASI MENARIK DI SELAMA PERAK YANG BOLEH ANDA PERGI