Selasa, 24 Disember 2019

Review Filem Ratu Ilmu Hitam

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada pihak GSC Movies untuk menghadiri tayangan media filem Ratu Ilmu Hitam bertempat di GSC Mid Valley pada 19 Disember 2019 yang lepas. Untuk pengetahuan semua, Hans sangat menanti-nantikan kehadiran filem Ratu Ilmu Hitam ini ke Malaysia setelah mendengar pujian-pujian positif dan tinggi melangit daripada rakan-rakan Malaysia yang menontonnya lebih awal di Jakarta sebelum ini. Jika tidak mendengar pujian sekali pun, Hans sememangnya tertarik dengan karya seram Indonesia ini kerana ia merupakan gabungan dua lelaki yang cukup dikenali di dalam industri perfileman Indonesia iaitu Kimo Stamboel yang bertindak sebagai pengarah serta Joko Anwar yang bertindak sebagai penulis skrip untuk filem ini. Sebagai info tambahan, filem ini juga mengambil inspirasi daripada filem seram Indonesia dengan tajuk yang sama dimana ianya telah diterbitkan sekitar tahun 1981.



P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem seram dari Indonesia ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem Ratu Ilmu Hitam dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 

2 ulasan:

  1. Uih memang tak la nak tengok cerita seram macam ni. Takde kekuatan. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      filem nih dia bukan seram tapi dia ngeri dan disturbing
      hahaha

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com