Isnin, 22 Jun 2020

The Chicken Rice Shop : RM20 Untuk 3 Set Makanan

Isnin, Jun 22, 2020 74
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Setelah hampir 3 bulan Hans tidak menjejakkan kaki ke pusat membeli-belah dan akhirnya sejarah tercipta kembali apabila Hans berkunjung ke IOI Mall Puchong untuk berjumpa, lepak dan bergosip dengan rakan Hans. Seperti biasa akan ada satu masalah biasa yang menjadi luar biasa akan menghantui diri kita apabila muncul soalan panas iaitu, "Nak makan dekat mana?" 


Jadi, seperti biasa lah Hans dan rakan pun berjalan ulang-alik ke sana ke sini mencari tempat makan yang sedap, menarik tetapi harga mampu bayar. Maklum sahaja lah nak dekat hujung-hujung bulan ini gaji mana masuk lagi. Hahaha! Nak dijadikan cerita, Hans ternampak cawangan The Chicken Rice Shop (TCRS) dekat IOI Mall Puchong ini ada buat promosi yang sangat luar biasa sempena Ulang Tahun Ke-20 mereka. Rupa-rupanya semua cawangan mereka yang lain turut menjalankan promosi yang sama. Ternganga tau Hans dan rakan Hans apabila dapat tahu harga untuk promosi hebat mereka ini.


The Chicken Rice Shop kini sedang menjalankan promosi Ayam Untuk Semua dimana promosi ini menawarkan set makanan untuk 3 orang makan dengan tawaran harga cuma RM20 sahaja. Hans pun tanpa fikir panjang lagi terus ajak kawan Hans makan dekat sini. Tambah-tambah Hans memang penggemar nasi ayam TCRS ini. Memang rasa seronok lah sebab selalu satu set dia pun lebih kurang RM10. Ini dapat 3 set nasi ayam dengan ayam, sayur dan air sekali dengan harga yang serius sangat murah. Secara matematiknya, satu set cuma berharga sekitar RM6.90 hingga RM7.00 sahaja. Serius memang betul-betul menjimatkan wang Hans.

Menu Ayam Untuk Semua ini terdiri daripada:
  • 1/4 Ayam (Roast / Steamed / Soy Sauce)
  • Single Serve Chicken (Roast / Steamed / Soy Sauce)
  • Pilihan Antara Pak Choy Oyster Sauce (L) / Ipoh Bean Sprouts (L)
  • 3x 12oz Soft Drinks
  • 3x Bowls of Chicken Rice
  • 3x Soup of the Day


Hans pun terdetik nak bertanya dekat pekerja disitu tentang waktu bila promosi ini berlangsung dan sampai bila sebab Hans memang bercadang nak datang lagi nanti sebab murah sangat. Rupa-rupanya The Chicken Rice Shop menawarkan sehingga 20,000 set menu Ayam Untuk Semua terhad untuk 20,000 pelanggan terawal mereka ekslusif bermula dari 18 Jun 2020.⁣ Alhamdulillah Hans berpeluang dapat makan dengan harga murah sebab promosi hebat nih masih berlangsung. Apa yang lebih menarik apabila pihak The Chicken Rice Shop juga berhasrat untuk menyalurkan sebanyak RM2 daripada setiap pembelian hidangan tersebut ke Program Makanan Pay It Forward demi membantu orang seterusnya membeli Set Ayam Untuk Semua. Program ini bertujuan untuk membolehkan ramai pelanggan menikmati hidangan istimewa ini. Serius memang bagus sangat inisiatif yang dilancarkan oleh The Chicken Rice Shop ini. Hans memang gembira betul dapat makan sepuas hati tadi. Alhamdulillah! Rezeki perut!


Jadi, apa anda tunggu lagi? Tak akan anda nak tengok Hans dan kawan Hans sahaja dapat makan banyak dengan harga yang murah? Anda pun kena makan juga. Jadi, cepat-cepat lah berkunjung ke semua cawangan The Chicken Rice Shop untuk menikmati promosi istimewa Ayam Untuk Semua selagi masih ada. Hans yakin anda pasti tidak akan menyesal sebab kuantiti, servis dan rasa tetap dijaga rapi seperti biasa. Selamat menjamu selera dan ingat satu perkara penting ini - The Chicken Rice Shop, bukan sekadar nasi ayam! Kok Kok Kok Kok!

Facebook The Chicken Rice Shop:


Jumaat, 19 Jun 2020

Sambal Kering Ikan Bilis SpicyMaMa Memang Rangup Dan Pedas

Jumaat, Jun 19, 2020 75
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa yang sedang membaca sekarang ini yang sangat sukakan makanan pedas? Kiranya kalau tak pedas memang rasa tak seronok betul nak makan. Atau adakah anda suka mencabar diri sendiri dengan makan makanan yang pedas untuk menguji sejauh mana ketahanan atau tahap pedas yang anda mampu hadapi? Macam Hans sendiri memang suka makan pedas dan Hans rasa anda perlu sahut cabaran Hans untuk mencuba satu produk makanan ini yang bukan sahaja pedas tetapi yang paling penting rasanya memang sedap dan cukup rangup iaitu Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama

SAMBAL KERING IKAN BILIS
SPICY MAMA

Harga:
RM16.90 

Berat Bersih:
100gm 

Bahan-Bahan:
Ikan Bilis, Cili, Kacang Rangup, Bawang Merah, Bawang Putih, Gula, Garam & Minyak Masak. 

Kelebihan:
👍HALAL
👍PELBAGAI KHASIAT
👍TIADA PEWARNA TIRUAN
👍MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA

Facebook: 

Instagram: 

Hans sendiri sebenarnya telah menikmati dan merasai sendiri betapa pedas dan sedapnya rasa Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama ini. Kalau anda nak tahu, Hans pun sebenarnya baru sahaja tahu tentang kewujudan produk Sambal Kering Ikan Bilis ini melalui iklan yang terpampang di laman instagram Hans. Selalunya Hans tengok sepintas lalu sahaja iklan-iklan ini. Tetapi, memandangkan Hans merupakan spesis manusia yang pantang tengok makanan jadi memang rasa teringin jugalah nak mencuba bila nampak iklan Sambal Kering Ikan Bilis ini di instagram. Cuma Hans masih belum yakin nak mencuba sebab takut rasa tak pedas atau tak sesedap seperti yang digambarkan. Namun, semuanya berubah apabila Hans nampak beberapa pengikut instagram Hans yang memuat naik gambar mereka menikmati Sambal Kering Ikan Bilis ini dengan pelbagai jenis makanan.


Hans pun apa lagi kan? Mulalah jadi 'Hans Bond' si ejen 007 dan cuba merisik tanya dekat mereka nih. Sedap ker? Pedas ker? Berbaloi ker beli? Boleh dikatakan hampir kesemua jawapan yang Hans terima cakap sedap. Ada yang kata rasanya pedas gila! Ada pula yang kata rasanya pedas tetapi buat mereka lebih seronok nak makan! Ada yang cakap memang berbaloi beli sebab Sambal Ikan Bilis ini dalam keadaan kering jadi memang banyak kuantiti yang ada di dalam bekas tersebut berbanding kalau kita beli sambal yang basah dan berat dengan minyak. Hans pun mana boleh duduk diam kan? Hahaha! Mestilah Hans nak rasa sendiri apabila ramai yang bagi pandangan cukup positif dan secara tidak langsung berjaya membuat Hans terhasut untuk mencuba.


Sejarah akhirnya tercipta apabila Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama ini akhirnya berjaya mendarat di meja makan rumah Hans pada minggu lepas hasil penghantaran cemerlang daripada pihak Pos Laju. Memandangkan sekarang Hans memang suka rekod video makan ala-ala mukbang untuk IGTV Hans maka Hans pun bersiap sedia lah menyediakan beberapa makanan seperti nasi putih, telur goreng, roti putih, nugget dan roti canai untuk dimakan bersama dengan sambal kering ikan bilis ini. Masa Hans tengah nak menghias makanan untuk ambil gambar muka depan video Hans, saja lah Hans curi-curi dulu rasa sambal kering ikan bilis ini. Wow! Wow! Wow! Rasa pedas sambal kering ikan bilis ini berjaya menyengat Hans tetapi memang rasanya sedap dan mulalah buat Hans kecur air liur dan tak sabar nak makan. Hahaha!


Tibalah waktunya untuk Hans menikmati sendiri Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama ini. Walawehhhh! Makan dengan roti putih sedap! Makan dengan roti canai sedap! Makan dengan nasi dan telur? Perggghhhhhhhh! Layan sangat-sangat weh! Macam rasa makan nasi lemak tau! Serius sedap gila! Hans punya ghairah makan tu sebab Hans suka tahap pedas sambal kering ikan bilis ini yang berada di tahap pedas membara tetapi sedap! Biji cili pun tak banyak! Ikan bilis pun rangup dan kepala ikan bilis pun susah nak jumpa! Senang cakap Hans memang rasa sangat berbaloi mendapatkan produk ini melalui instagram kerana ianya sedap dimakan dengan pelbagai makanan kegemaran Hans. Kalau anda tak percaya, Hans malas nak cakap banyak! Anda boleh tonton sendiri bagaimana reaksi Hans sewaktu menikmati Sambal Kering Ikan Bilis ini dengan aneka makanan melalui pautan IGTV Hans dibawah.

IGTV HANS:

Nampak tak betapa berseleranya Hans makan Sambal Kering Ikan Bilis ini? Memang serius lazat sangat! Pedas! Rangup! Dibuat pula daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dimana Hans sendiri tertarik dengan khasiat sambal ini yang kaya dengan Selenium, Vitamin A, D dan E, Kalsium, Protein, Kalium dan Polyunsaturated Asid Lemak. Jadi, produk ini sebenarnya merupakan makanan yang pada Hans sangat bagus kerana menawarkan khasiat-khasiat yang baik untuk keperluan tubuh badan kita. Kira kalau nak makan selalu pun Hans tak rasa risau sangat sebab banyak kelebihannya. Apa yang paling penting, produk Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama ini telah disahkan halal dan tidak menggunakan sebarang pewarna tiruan. Jadi, nak makan pun tak ada rasa was-was! Boleh makan dengan gembiranya!


BERITA BAIK BUAT PARA PEMBACA SEMUA! Hans telah mendapat satu info menarik dimana pihak SpicyMaMa telah mengadakan satu GIVEAWAY yang menawarkan 50 Bekas Sambal Kering Ikan Bilis ini secara percuma pada bulan Jun ini kepada mereka yang bertuah. Caranya mudah sahaja! Anda cuma perlu isi butiran diri dan alamat di dalam pautan borang yang Hans kongsikan dibawah. Anda jangan ingat Hans tak sertai giveaway nih sebab Hans sendiri pun masuk juga tau! Produk memang sudah terbukti sedap! Tiba-tiba ada pula peluang keemasan nak dapatkan Sambal Kering Ikan Bilis ini secara percuma. Rugilah kalau Hans lepaskan peluang nih kan? Harap-harap adalah rezeki untuk Hans dapat menang Giveaway nih. Hahaha! 

GIVEAWAY 50 BEKAS 
SAMBAL KERING IKAN BILIS SPICY MAMA:


Tetapi, kalau anda sudah rasa tidak sabar-sabar lagi nak mencuba sendiri Sambal Kering Ikan Bilis daripada SpicyMama ini, Hans sarankan anda terus sahaja beli daripada mereka. Serius kalau satu bekas sahaja memang tak cukup sebab sedap sangat. Tambah-tambah kalau bilangan ahli keluarga anda ramai. Hans yakin mesti masing-masing berebut nak makan dan menambah-nambah sambal kering ikan bilis yang sedap ini dalam makanan sendiri. Jadi, Hans telah kongsikan dengan semua berkenaan info serta laman sosial SPICYMAMA pada permulaan artikel ini. Selamat mencuba dan menjamu selera! Betul-Betul Spicy! Betul-Betul Rangup!

Khamis, 18 Jun 2020

PG Mall Tawarkan Pelbagai Ganjaran Untuk Pelanggan Sempena Kempen Love You 3000

Khamis, Jun 18, 2020 110
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Seperti yang anda semua sedia maklum, membeli-belah secara online kini menjadi pilihan majoriti ramai pihak terutama ketika berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac yang lalu. Jadi, norma baharu membeli-belah pelbagai barangan secara online di talian mulai dipelajari dan diterima dengan mudah oleh pelbagai lapisan umur tidak kira yang muda mahu pun warga emas. Tambahan pula kerana membeli-belah secara online ini sangat memudahkan mereka terutama dari segi tenaga dan masa. Lebih menarik kerana membeli-belah secara online juga memberi peluang kepada kita semua sebagai pelanggan untuk memperoleh pelbagai ganjaran menarik seperti mana yang ditawarkan oleh PG Mall yang kini sedang aktif mengadakan kempen Love You 3,000 dan menawarkan pelbagai ganjaran untuk pelanggan mereka yang membeli-belah di laman sesawang PG Mall.


TENTANG PG MALL
Untuk makluman anda semua, PG MALL merupakan satu-satunya platform e-commerce serta pusat membeli-belah atas talian tempatan pertama di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi. 


KONSEP CONSUMERCHANT PG MALL
Menariknya tentang PG Mall ini kerana ia berkonsepkan Consumerchant dimana konsep yang diguna pakai adalah pertama di dunia dimana ia menawarkan nilai tambahan yang bukan biasa-biasa buat para pembeli. Pembeli berpeluang menikmati pulangan wang (cashback) dari pihak PG Mall sendiri. Secara mudahnya, jika anda membeli barang di PG Mall maka anda anda akan menikmati pulangan wang anda kembali. Tetapi, yang uniknya apabila anda juga akan turut memperoleh pulangan wang daripada pembeli lain yang membeli barang di PG Mall jika mereka mendaftar melalui rujukan pautan (referral link) kepunyaan anda. Sangat berbaloi kan?    


PG MALL BERADA DI KEDUDUKAN 3 TERBAIK
SUMBER DISINI

Platform yang mesra pengguna ini bukan sahaja ada banyak pilihan barangan bahkan lebih menarik terdapat begitu banyak promosi hebat yang ditawarkan. PG Mall juga telah disenaraikan sebagai platform e-dagang yang ketiga paling utama untuk rakyat Malaysia. Apa yang lebih menarik, PG Mall juga turut dikenali sebagai platform membeli-belah dalam talian nombor 1 buatan Malaysia yang kerap dikunjungi dan menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membeli-belah pelbagai barangan disini disebabkan tawaran harga yang sangat memikat serta pelbagai promosi yang cukup menarik buat pengguna.  Bukti ini telah disokong oleh laporan daripada iPrice insight seperti mana yang telah direkodkan. Kita dapat melihat bagaimana PG Mall telah berkembang dengan begitu baik sekali dari tahun ke tahun sebagai pemain e-dagang terkemuka di Malaysia sehingga meninggalkan jauh beberapa syarikat pesaingnya yang lain seperti mana yang telah dilaporkan  di dalam laporan Q1 2020 seperti yang Hans kongsikan dibawah. 


KEMPEN LOVE YOU 3,000
Berbalik kepada kempen Love You 3,000 yang sedang berlangsung dengan meriahnya di laman PG Mall, anda wajib merebut peluang istimewa ini dengan berbelanja dan membuat pembelian RM30 dan ke atas untuk melayakkan anda menyertai kempen Love You 3,000 ini dan secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah yang akan mengumumkan nama pemenang setiap 15 haribulan dan 30 haribulan pada setiap bulan. Setiap pemenang yang bertuah bakal menerima ganjaran dalam bentuk C-Wallet yang bernilai hampir RM3000. Wow! Siapa nak bagi kan? PG Mall jer yang bagi hadiah menarik macam ini kepada pelanggan mereka! Jadi, segera rebut peluang keemasan ini dengan melayari laman sesawang PG Mall dan membeli barang-barang keperluan dan keinginan anda di laman tersebut. Semakin kerap anda berbelanja di PG Mall maka makin cerah dan tinggilah peluang anda untuk menang cabutan bertuah. Mana tahu rezeki anda yang sedang membaca ini kan menang cabutan bertuah nanti selepas membeli-belah di PG Mall? Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapalah yang tahu kan?


HOT DAY SALES
Kalau anda nak tahu, PG Mall ini bukan sekadar memberi kejutan dari segi hadiah cabutan bertuah sahaja. Tetapi, PG Mall turut menawarkan pelbagai tawaran menarik dan hebat seperti Hot Day Sales yang berlangsung sebanyak 3 kali untuk setiap hari. Tawaran istimewa ini berlangsung pada pukul 10.00 pagi, 4.00 petang dan 9.00 malam pada setiap hari dimana pihak PG Mall memberi jaminan barang-barang jualan mereka ditawarkan pada harga yang sangat murah sehingga ada yang mencecah potongan harga sebanyak 80 peratus. Sudah lah harga barang-barang yang dijual memang murah daripada harga pasaran. Selepas itu,dapat lagi diskaun-diskaun menarik sewaktu berlangsungnya Hot Day Sales ini. Memang berbaloi sangat membeli-belah di PG Mall ini.


PULANGAN CASHBACK SEHINGGA 3.5%
Berpeluang menang cabutan bertuah yang menawarkan ganjaran dalam bentuk C-Wallet bernilai hampir RM3000. Dapat beli barang dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Dapat pula diskaun potongan harga sehingga 80 peratus. PG Mall masih tidak mahu berhenti daripada menggembirakan hati pelanggan mereka dimana mereka menawarkan pula pulangan tunai atau cashback kepada pelanggan mereka bermula daripada 0.5 peratus sehingga 3.5 peratus hasil daripada pembelian yang dibuat di PG Mall. Ganjaran pulangan tunai atau cashback ini bergantung kepada tahap kedudukan pelanggan yang membeli-belah di PG Mall yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu Super Shopper, Premium Shopper dan Elite Shopper. Jadi, semakin banyak anda berbelanja di PG Mall maka semakin meningkat tahap kedudukan anda sebagai pembeli dan semakin banyak ganjaran yang anda terima. Jadi, silalah berbelanja dengan gembiranya di PG Mall. Anda pasti tidak menyesal kerana pelbagai ganjaran menanti anda selepas ini.


PAYWEEK BONANZA
PG Mall nampaknya memang betul-betul menghargai pelanggan serta pembeli setia mereka apabila menawarkan Payweek Bonanza. Ianya bermula pada 25 haribulan sehingga 5 haribulan untuk bulan berikutnya dimana Payweek Bonanza ini akan berlangsung dan objektifnya adalah untuk para pelanggan dan pembeli yang majoritinya menerima gaji pada minggu tersebut dan mempunyai kuasa serta niat membeli yang lebih tinggi. Jadi, jika anda melakukan pembelian minimum RM50 dari kedai yang sama, anda sebagai pembeli layak untuk menikmati Penghantaran Percuma sebagai ganjaran anda. Sudah lah harga murah! Penghantaran pun tak perlu bayar! Memang terbaik PG Mall!


INFO TAMBAHAN PG MALL

Jadi, buat para pembaca sekalian yang ingin tahu lebih lanjut tentang PG Mall, anda boleh melayari laman sesawang serta media sosial PG Mall seperti yang Hans kongsikan di bawah ini:

Laman Sesawang:

Facebook:

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform
#ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #HDS #Payweekbonanza #Loveyou3k


Isnin, 15 Jun 2020

Beko Vacuum Cleaner Cordless Stick Review

Isnin, Jun 15, 2020 25
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans sebenarnya berasa sangat gembira pada minggu ini kerana akhirnya Hans telah menjumpai satu solusi untuk menyelesaikan masalah yang Hans telah hadapi selama hampir 6 bulan iaitu cara terbaik untuk membersihkan bulu-bulu kucing yang ada di sudut-sudut rumah. Sebelum ini Hans menyapu serta mengemop tetapi ia bukan sahaja memenatkan serta membazir tenaga tetapi juga membazir air dan sabun pencuci lantai. Baru bersih sekejap tiba-tiba bulu kucing ada balik. Memang stress!!! Tetapi, sekarang masalah tersebut dapat Hans selesaikan dengan menggunakan Beko Vacuum Cleaner Cordless Stick yang terbukti sangat baik dan berkualiti tinggi. 


BEKO VACUUM CLEANER
CORDLESS STICK

Harga:
RM1199 

Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram: 

Pada mulanya, Hans ingatkan Vacuum Cleaner keluaran BEKO ini sama sahaja seperti vakum-vakum yang lain. Mungkin menang dari segi reka bentuk sahaja yang memang nampak moden, unik dan mengagumkan. Tetapi, tekaan Hans salah kerana terbukti Vacuum Cleaner Cordless Stick ini sangat-sangat membantu Hans di dalam membersihkan setiap sudut ruang rumah terutamanya di dalam menghilangkan habuk serta bulu-bulu kucing yang terperangkap di hujung-hujung sudut atau di kawasan garisan lantai marmar yang sukar untuk dibersihkan oleh penyapu mahu pun sewaktu mengemop lantai.


PUAS HATI BETUL SEBAB LICIN JER LANTAI RUMAH. BULU KUCING DAH TAK ADA!

Memang Hans rasa seronok sangat sebab buat pertama kalinya Hans melihat lantai ruang tamu rumah Hans bersih 100 peratus daripada bulu-bulu kucing. Kalau tidak sebelum ini bila Hans gunakan penyapu untuk membersihkan rumah memang sangat susah nak bersihkan bulu-bulu kucing ini. Sebab apabila Hans menyapu, tak semua bulu-bulu kucing akan berjaya disapu masuk ke dalam tong sampah kerana sebahagiannya akan berterbangan sebab ringan. Jadi, Hans sememangnya sangat gembira membersihkan rumah dengan menggunakan Vacuum Cleaner Cordless Stick ini. Memang berkilat ruang tamu Hans jadinya. Serius puas hati!


TAK SUSAH PUN NAK PASANG. MANUAL BOOK ADA! TUTORIAL DEKAT YOUTUBE PUN ADA!

Selain itu, apa yang membuatkan Hans sangat suka menggunakan Vacuum Cleaner Cordless Stick daripada BEKO ini ianya mudah diangkat kemana-mana kerana ianya tidak menggunakan wayar seperti kebanyakan vakum yang lain. Jadi, Hans tidak perlu pening-pening kepala nak cabut plug atau nak cari soket dah sebab Hans boleh angkat vakum ini kemana-mana dengan sangat mudah. Lagi pun Vacuum Cleaner Cordless Stick ini tidak terlalu berat jadi memang mudah sangat Hans mengangkat ke sana ke sini dengan gembiranya sewaktu membersihkan rumah Hans.


MEMANG SERONOK BILA BOLEH BENGKOK DAN LARASKAN PENYEDUT HABUK NIH!

Bukan itu sahaja! Ada lagi keistimewaan Vacuum Cleaner Cordless Stick daripada BEKO ini yang Hans sememangnya tak jangka sama sekali. Peralatan ini menampilkan 4 jenis bentuk penyedut habuk yang berbeza bergantung kepada apa yang kita ingin bersihkan. Jadi, ada satu penyedut habuk ini yang Hans boleh selaraskan serta bengkokkan supaya mudah untuk Hans membersihkan perabot atau sudut-sudut tertentu mengikut keluasan ruang atau ketinggian sesuatu tempat yang Hans sedang bersihkan. Jadi, perkara ini sangat membantu betul untuk Hans bersihkan kipas serta kawasan atas almari tanpa perlu Hans menggunakan tangga atau kerusi. Serius memang memudahkan kerja Hans! Seronok betul guna vakum ini.

RUANG DAN SUDUT INI DULU SANGAT SUSAH NAK BERSIHKAN. SEKARANG? NAMPAK BERSIH DAN CERAH!

Motor power Vacuum Cleaner Cordless Stick ini ialah 170W dimana Hans boleh guna selama lebih 40 minit untuk sekali guna bagi membersihkan rumah Hans. Kalau bateri habis pun tak risau sebab bateri Vakum ini boleh dicas semula. Tempat pengecas bateri vakum ini pun sangat moden macam tempat pengecas bateri telefon yang harga ribu-ribu tu. Nampak elegan dan ekslusif! Kapasiti bateri akan penuh dalam tempoh 3 hingga 4 jam dan selepas itu Hans kembali gunakan Vacuum Cleaner Cordless Stick ini dengan gembira untuk membersihkan rumah!


HASIL VAKUM DI KAWASAN ATAS ALMARI DAN KIPAS! MANA DATANG LAH DEBU-DEBU INI ENTAH!

Apabila setiap sudut dan kawasan boleh diterokai maka semestinya banyak debu-debu, habuk serta bulu-bulu kucing yang dapat dijejaki, disedut dan dibersihkan. Jadi, sememangnya Hans risau juga tentang kapasiti debu dan habuk yang boleh disimpan di dalam bekas habuk Vacuum Cleaner Cordless Stick daripada BEKO ini. Tetapi, tidak perlu risau kerana ruang simpanan habuknya berkapasiti 0.5L dan sangat mudah untuk bersihkan jika habuk di dalam bekas sudah penuh. Hanya buka dan tuangkan ke dalam tong sampah. Kemudian tutup semula dan kembali menggunakan vakum untuk membersihkan rumah tanpa ragu-ragu. Sudah tidak perlu nak beriya-iya mengetuk kawasan bekas habuk semata-mata nak keluarkan debu sampai terbatuk-batuk dibuatnya. Memang berbaloi!


BOLEH BENGKOK KE ATAS DAN KE BAWAH TAU! SERIUS SENANG NAK CUCI RAK-RAK APA SEMUA! MUDAH!

Selain itu, Hans juga cukup suka dengan reka bentuk Vacuum Cleaner Cordless Stick daripada BEKO ini dimana tapak untuk meletakkan vakum ini juga turut direka khas untuk meletak segala jenis peralatan yang lain seperti kepala penyedut habuk yang berlainan. Jadi, Hans hanya perlukan ruang yang sangat kecil dan minima untuk menyimpan vakum ini dan perkara ini juga membuatkan Hans sangat gembira kerana menjimatkan penggunaan ruang rumah Hans yang kecil ini. Memang genius betul pereka model vakum ini sebab bukan sahaja memudahkan dari segi penggunaan tetapi juga dari sudut penyimpanan. Terbaik! 


Secara jujurnya, Hans memang sangat suka menggunakan BEKO VACUUM CLEANER CORDLESS STICK ini kerana ia bukan sahaja terbukti berkesan di dalam membersihkan kotoran habuk, debu dan bulu kucing tetapi juga berjaya membuatkan Hans lebih rajin untuk mengemas rumah disebabkan vakum ini mudah digunakan dan tidak berat. Sebelum ini sebulan sekali baru rajin nak mengemas. Tetapi, sekarang kalau seminggu memang tiga kali Hans mengemas dan membersihkan rumah mengggunakan Vacuum Cleaner Cordless Stick ini. Jadi, kalau anda sedang mencari vakum yang baru atau ingin menukar vakum lama anda, Hans memang sarankan anda semua untuk memilih BEKO VACUUM CLEANER CORDLESS STICK ini. Pasti puas hati dan akan rasa berbaloi dengan wang yang anda belanjakan untuk mendapatkan produk yang hebat ini!

Sabtu, 6 Jun 2020

Jom Makan Otak-Otak Sedap Dari Otak Boi

Sabtu, Jun 06, 2020 52
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kalau sebut tentang salah satu makanan identiti yang sedap dan wajib dimakan di negeri Johor Darul Takzim mesti perkara pertama yang terbayang difikiran Hans ialah Otak-Otak. Jadi, Hans nak tanya anda semua! Siapa disini yang suka makan otak-otak? Lazat sehingga menjilat jari kan? Rugi betul kalau anda tak makan otak-otak sebab rasanya memang sedap tambah-tambah kalau ianya dihasilkan oleh orang tempatan Johor sendiri.


Jadi, baru-baru ini Hans memang teringin sangat nak makan otak-otak dan tiba-tiba Hans diberikan rezeki oleh Allah S.W.T untuk berkesempatan mencuba pelbagai jenis produk Otak-Otak yang dihasilkan dan dipasarkan oleh pihak Otak Boi. Serius Hans sendiri memang rambang mata sebab ada pelbagai jenis produk makanan berasaskan Otak-Otak yang dijual oleh pihak Otak Boi ini. Semua sedap pula tu! Memang bersyukur sangat dapat makan makanan sedap.


Satu perkara yang menarik tentang syarikat Otak Boi yang menghasilkan pelbagai jenis makanan sejuk beku berasaskan otak-otak ini kerana ia merupakan perniagaan keluarga Encik Marvin yang berasal dari Muar, Johor. Mula beroperasi sejak tahun 2006 lagi dengan menggunakan resipi turun-temurun yang dikekalkan untuk memastikan produk otak-otak yang dihasilkan mereka menepati kualiti serta paiwaian rasa seperti mana yang diinginkan oleh peminat makanan otak-otak ini sendiri. Memang terbaik rasa makanan-makanan keluaran mereka.


Apa yang membuatkan Hans lebih tertarik dengan produk sejuk beku Otak-Otak keluaran Otak Boi ini semestinya kerana ianya merupakan produk yang telah disahkan Halal oleh pihak JAKIM. Jadi, Hans tidak perlu risau atau ragu-ragu lagi untuk membeli produk ini apatah lagi menjamah hidangan otak-otak yang lazat ini bersama keluarga tersayang mahu pun dengan rakan-rakan di tempat kerja. 


Jadi, Hans sememangnya tidak sabar-sabar lagi nak kongsikan beberapa produk sejuk beku Otak-Otak daripada Otak Boi ini yang anda wajib cuba kerana rasanya yang sedap dan telah berjaya memikat hati Hans iaitu:

1) OTAK-OTAK IKAN (MINCED FISH)
Harga:
RM9

Ulasan:
Nikmat apa lagi yang ingin kamu dustakan? Sebagai sebuah produk sejuk beku, rasa otak-otak ikan ini memang boleh dibanggakan. Serius sedap betul weh! Lebih menarik sebab produk makanan ini menawarkan zat-zat seperti Omega 3, DHA dan EPa tanpa menggunakan sebarang pewarna tiruan. Jadi, Hans memang sangat suka dengan produk otak-otak ikan ini yang menggunakan isi ikan mackerel ini. Serius lazat! Rugi kalau hangpa semua tak cuba!

2) NUGGET OTAK-OTAK
Harga:
RM12

Kuantiti:
14 Keping

IGTV Review:

Ulasan:
Nugget Otak-Otak ini memang menarik sebab kombinasi otak-otak dengan serbuk nugget itu memang kena. Hans tak tahu citarasa anda tetapi Hans lebih suka makan nugget otak-otak ini secara terus sahaja. Tetapi, ia menjadi berganda-ganda sedap jika makan dengan sos cili. 
Hans cuba tiga kaedah untuk makan nugget otak-otak ini iaitu yang dimasak secara goreng, dimasak menggunakan air fryer dan juga dengan cicah sos cili. Bagi Hans memang nugget otak-otak ini sangat sesuai digoreng serta dimakan bersama sos. Serius sangat puas hati sebab rasa otak-otaknya betul-betul segar dan padu!

3) PIZZA OTAK-OTAK
Harga:
RM16

IGTV Review:
RASA PIZZA OTAK-OTAK

Ulasan:
Ini adalah antara produk otak-otak daripada Otak Boi yang Hans sangat teruja sekali nak makan. Sebab ini merupakan kali pertama Hans menikmati pizza yang mana toping di atasnya adalah otak-otak. Alhamdulillah! Dekat rumah Hans ada Air Fryer jadi memang seronok lah Hans sebab dapat masak pizza ini dengan jayanya. 
Panaskan Air Fryer dengan suhu 200 darjah celcius selama 4 hingga 5 minit. Kemudian panaskan Pizza Otak-Otak ini dengan suhu yang sama. Alhamdulillah memang masak dengan sekata. Rasanya serius sangat sedap! Hans makan dengan begitu nikmatnya. Sedar-sedar dah habis makan dalam masa 5 minit. Memang kenyang dan layan betul makan Otak-Otak Pizza nih. Terbaik!!

4) PAU OTAK-OTAK
Harga:
RM12

Kuantiti:
9 Biji

Ulasan:
Selalu kita makan pau kacang merah lah! Pau kaya lah! Pau coklat lah! Jadi, cuba anda bayangkan apabila inti di dalam pau yang dimakan berisi otak-otak! Hans masa mula-mula tu rasa agak skeptikal juga tetapi bila Hans sudah rasa pau otak-otak ini memang 9 biji pau ini terasa sekejap jer habis. Hahaha! Kebetulan baru beli bekas kukus jadi dapatlah masak pau ini dengan jayanya. Saiz pau boleh tahan dan isi otak-otak di dalam pau pun mewah! Senang cakap memang berbaloi sangat-sangat dengan harga produk yang dibeli ini!

5) SOTONG OTAK-OTAK
Harga:
RM10

Ulasan:
Selalu kita makan otak-otak yang isinya ikan kan? Apa kata sesekali anda ubah selera pula. Jom cuba Otak-Otak Sotong ini. Rasa sotongnya memang unik dan menawarkan rasa yang sangat segar walaupun produk ini produk sejuk beku. Jadi, kalau anda peminat menu berasaskan sotong maka memang anda akan suka dengan produk sotong otak-otak ini. Sedap!

6) MOCHI DURIAN
Harga:
RM14

Kuantiti:
6 Biji

IGTV Review:
MOCHI DURIAN : MACAM MAKAN AISKRIM

Ulasan:
Ini adalah produk Otak Boi yang tiada otak-otak tetapi istimewanya sebab ianya menawarkan isi durian yang memang anda tidak boleh tolak! Pakai durian Musang King weh! Gila tak sedap! Mochi Durian ini boleh dimakan melalui dua cara iaitu dengan menyahbekukan @ defrost Mochi Durian ini lebih kurang dalam 5 minit ke 10 minit macam tu. Selepas itu, anda boleh nikmatinya dengan gembira sekali sebab rasanya macam makan aiskrim durian yang tersangat mewah rasanya. Kalau nak bakar di dalam oven pun boleh dalam 3 hingga 4 minit macam itu pun boleh. Ikut citarasa masing-masing. Apa-apapun, memang tidak rasa rugi langsung kalau beli produk Mochi Durian ini. Terbaik!


Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk sejuk beku Otak-Otak dari Otak Boi yang hebat ini, anda boleh melayari laman sesawang dan laman sosial Otak Boi seperti yang Hans kongsikan dibawah. Hans pasti anda semua akan berpuas hati bukan sahaja kerana rasanya yang sedap tetapi juga dengan harganya yang sangat berpatutan dan penyediaannya yang sangat mudah. Selamat mencuba dan menjamu selera!

OTAK BOI
FROZEN MUAR OTAK-OTAK

Operasi Perniagaan:
10.00 Pagi - 6.00 Petang 

Hari Penghantaran:
Sabtu & Ahad 

Waktu Penghantaran:
12.00 Tengahari - 2.00 Petang 

Whatsapps: 
0178875329

Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram: