Sabtu, 8 Februari 2020

Review Filem M4M4

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan untuk menghadiri Mala Gala Filem M4M4 yang berlangsung dengan meriahnya di MMCineplex eCurve Mutiara Damansara pada 30 Januari 2020 yang lepas. Pada permulaannya, Hans tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada filem M4M4 arahan Eyra Rahman ini disebabkan rasa skeptikal Hans terhadap filem-filem arahannya di bawah syarikat penerbitan MIG beberapa tahun yang lepas. Namun, sangkaan Hans ternyata meleset sama sekali kerana kali ini Eyra Rahman betul-betul memberi kejutan yang cukup besar melalui filem jenayah M4M4 (MAMA) yang bergenre seram thriller ini. Menonton filem ini memberikan satu kepuasan yang agak baik buat Hans yang berasa terhibur seperti mana Hans menonton filem thriller daripada India. Untuk maklumat semua, industri perfileman negara India sememangnya hebat di dalam menghasilkan filem-filem berkonsepkan thriller. Walaupun M4M4 masih mempunyai beberapa kelemahan namun Hans harus akui ia merupakan antara filem tempatan yang para penonton wajib tonton di pawagam pada tahun 2020 ini.


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem tempatan terbaru yang menarik ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem M4M4 dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 


Tiada ulasan:

Catat Komen

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com