Jumaat, 28 Ogos 2020

Filem 'KITA' Dirakam Sepenuhnya Menggunakan vivo X50 Pro

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 27 Ogos 2020 yang lepas, Hans berkesempatan menonton sebuah filem pendek berjudul 'KITA' yang berdurasi selama 9 minit. Filem pendek yang bertemakan perpaduan di Malaysia yang dihasilkan berdasarkan kisah sebenar 4 pelajar ini bukan hanya unik disebabkan jalan ceritanya tetapi apa yang menjadikan filem ini lebih istimewa kerana ianya dirakam sepenuhnya menggunakan peranti terbaru vivo X50 Pro.



Filem 'KITA' yang merupakan buah tangan pengarah terkenal Ho Yuhang sempena hari kemerdekaan pada tahun ini dilihat menampilkan kualiti visual setanding dengan filem-filem pendek yang lain walaupun hanya dengan menggunakan peranti vivo X50 Pro. Ho Yuhang sendiri memberitahu bahawa ini merupakan pengalaman kali pertama beliau mengarahkan sebuah filem dengan menggunakan peranti telefon untuk menggantikan kamera. Jadi, filem ini telah membuktikan bahawa peranti hebat ini mampu memberikan satu kualiti yang bukan calang-calang kerana fungsi peranti ini yang cukup canggih.



Peranti vivo X50 Pro ini menawarkan teknologi sistem kamera Gimbal yang cukup hebat yang membolehkan setiap adegan dirakam dengan lebih jelas tanpa sebarang gegaran. Selain itu juga, model peranti terbaru ini turut menawarkan fungsi Extreme Night Vision (Super Night Mode) yang sangat membantu di dalam memberikan kualiti yang cukup menakjubkan sewaktu merakan adegan-adegan filem ini pada waktu malam. Terdapat lagi fungsi-fungsi lain seperti Super Wide Angle, Super Macro Functions serta kemampuan pemfokusan imej sehingga 60 Kali Hyper Zoom yang membuatkan kualiti keseluruhan filem 'KITA' bertaraf luar biasa.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia iaitu Mike Xu yang menyatakan bahawa filem 'KITA' telah berjaya menunjukkan satu inovasi daripada teknologi baru yang terdapat pada peranti vivo X50 Pro ini yang berjaya memberikan satu pengalaman fotografi dan videografi yang cukup lengkap. Kualiti rakamannya juga dilihat cukup menakjubkan walaupun terdapat adegan yang dirakam pada waktu malam.



Berbalik kembali kepada filem 'KITA', Hans cukup gembira menyaksikan kisah benar persahabatan para pelajar yang berbilang kaum dimana pada akhirnya ia memaparkan tentang keindahan perpaduan yang wujud di Malaysia. Hans sendiri merasakan betapa pentingnya setiap daripada kita sentiasa menjaga, memahami dan menghormati antara satu sama lain agar negara tercinta kita iaitu Malaysia sentiasa kekal harmoni. Buat anda yang ingin menonton filem pendek 'KITA' ini, anda boleh menonton filem ini di saluran Youtube dan Iflix bermula pada 27 Ogos 2020 ini. Selamat menonton!

Laman Facebook:


#vivoKita2020 #vivoX50Series #vivoX50Pro #photographyredefined 


24 ulasan:

  1. Oh wow, i'm so impressed :) Thanks for sharing.

    BalasPadam
  2. hasil karya hebat dengan peranti canggih salam hari kemerdekaan ke 63

    BalasPadam
  3. Jalan cerita best dan menarik. Suka tonton cerita ni

    BalasPadam
  4. Wow filem dirakam guna handphone jer, nanti kita nak tengok juga.

    BalasPadam
  5. Menarik... Mgkn sbb fungsi gimbal dia kan yg berani buat filem ni guna phone je

    BalasPadam
  6. wah i really love it when thy put all culture inside a film dahlah only use handphone camera fully

    BalasPadam
  7. Pasti cite ni best. Ho Yuhang mmg director yg bagus. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak percaya ker?
      hehehe..ayat famous dia dulu-dulu

      Padam
  8. dah tengok drama nii..hebat guna henset jaaa..tahniah vivo..

    BalasPadam
  9. dah tengok drama nii..hebat guna henset jaaa..tahniah vivo..

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com