Jumaat, 4 September 2020

GAMI Chicken Malaysia Review

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan semua pembaca terutama buat mereka yang sukakan makanan Korea untuk mencuba sendiri pelbagai menu menarik yang ditawarkan oleh GAMI Chicken Malaysia yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur.



Dengan slogan 'Taste Seoul Good', Hans sememangnya saya menggemari menu-menu yang dijual di GAMI Chicken Malaysia ini. Untuk pengetahuan semua, GAMI Chicken amat terkenal di kalangan masyarakat Australia sebelum ini. Baru membuka cawangan pertamanya di Malaysia pada akhir tahun 2019, ini adalah kali kedua Hans menikmati menu-menu yang cukup lazat daripada GAMI Chicken Malaysia ini. Pertama kali Hans menikmati hidangan mereka ialah pada bulan Jun 2020 yang lepas di rumah kerana pada ketika itu rakyat Malaysia masih lagi berada di dalam musim PKP.






Jadi, ini adalah kali pertama Hans pergi sendiri ke cawangan GAMI Chicken Malaysia yang terletak di level 1 Pavilion. Serius! Hans memang jatuh cinta dengan dekorasi dalamannya yang sangat cantik. Setiap sudutnya memang sangat sesuai untuk dijadikan tempat bagi sesiapa yang suka bergambar atau berswafoto kerana dipenuhi dengan lukisan mural, barang hiasan serta hasil kreativiti yang cukup menarik. Hans memang bergambar sakan lah dekat sini sebelum makan. 


Sewaktu kunjungan Hans ke GAMI Chicken Malaysia baru-baru ini, Hans memang sangat beruntung kerana berpeluang mencuba beberapa menu mereka yang terdapat di dalam promosi Merdeka Deals yang menawarkan harga yang sangat murah. Hans telah mencuba beberapa menu Merdeka Deals seperti dibawah:

MANDU DUMPLINGS

BONELESS CHICKEN / HALF CHICKEN SWEET CHILI

BONELESS CHICKEN / HALF CHICKEN SOY GARLIC

SPICY CHICKEN FRIED RICE

SPICY SEAFOOD SOUP

Antara menu terbaru yang Hans cuba di GAMI Chicken Malaysia ini ialah Spicy Seafood Soup yang berharga RM25Bukan sekadar lazat dimakan bersama nasi tetapi kuantiti bahan-bahan utama di dalam sup juga sangat banyak. Penuh dengan hidangan laut yang membuatkan Hans berasa kekenyangan dan puas hati. Lebih istimewa kerana sup ini diisi di dalam satu bekas unik yang akan memastikan suhu sup sentiasa dalam keadaan panas untuk jangka waktu yang sangat lama. Menarik kan?


Selain itu, Hans memang cukup menggemari hidangan Spicy Chicken Fried Rice daripada GAMI Chicken Malaysia ini sebab rasanya yang sangat unik. Berbeza dengan rasa nasi goreng tempatan tetapi keunikan rasa hidangan ini memang buat Hans tak pernah rasa jemu untuk makan buat kali kedua dan untuk waktu-waktu seterusnya. Hans juga buat pertama kali menikmati menu Mandu Dumplings disini dan apa yang Hans boleh katakan rasanya memang enak. Macam tak cukup pula rasanya 5 biji Mandu tu. Hehehe!


Tetapi, hidangan yang anda wajib makan di GAMI Chicken Malaysia ini ialah BONELESS CHICKEN / HALF CHICKEN yang mempunyai tiga jenis perasa iaitu SOY GARLIC, SWEET CHILI dan ORIGINALSerius rasa ayamnya memang lazat sangat sampai Hans tak berhenti makan dan mengunyah. Kali pertama Hans makan di rumah pun sedap walaupun pada ketika itu ayam sudah sejuk. Tambah sewaktu Hans makan di cawangan mereka dalam keadaan panas-panas. Memang terangkat beb! Apa yang membuatkan Hans lebih berselera untuk makan disini kerana bekalan ayam yang mereka gunakan diperoleh daripada pembekal ayam tempatan yang mempunyai sijil halal. Jadi, Hans tak adalah rasa risau makan disini. Kepada anda semua yang belum pernah makan di GAMI Chicken Malaysia, silalah pergi sekarang kerana bukan sahaja menu-menu disini sedap tetapi harganya juga murah. Tambah-tambah sekarang ada pelbagai promosi menarik yang sedang berlangsung di GAMI Chicken Malaysia. Selamat mencuba dan menjamu selera!


Alamat:
Level 1, Pavilion, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Laman Sesawang: 

Facebook: 

Instagram: 

36 ulasan:

  1. lapar perut nengok semua menu tu dik oi, cuma yang nampak merah menyala tu serem... lagilah tengah takde air nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      merah menyala tapi bagi Hans tak pedas sangat
      pedas sedap jer
      hehe

      Padam
  2. Pernah cuba ayam je... Nnt boleh la try menu lain..

    BalasPadam
  3. Wow, terliur tengok menu yang Hans makan tu. Nanti nak try la...

    BalasPadam
  4. wow...tak pernah nampak lagi restoran GAMI nie.. ada kat Pavilion rupanya.. sedap pulak tu.. dah la kita nie peminat makanan korea...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      cawangan dia dekat Pavilion jer setakat nih
      pergi lah makan sana
      memang tak menyesal

      Padam
  5. Ohhh maiiii sedapnya han.. especially the ayam oiii sedapnya huhuhu nakkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      memang sedap
      berbaloi makan dekat sana
      harga pun murah

      Padam
  6. Boneless Chicken memang sedap, lebih lagi kalau Soy Garlic tu. Sangat puas hati makan sana.

    BalasPadam
  7. gyoza tu sungguh la menyelerakan!!

    BalasPadam
  8. Sedapnya nampak, bestnya dapat makan2 ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best tambah-tambah bila semua makanan sedap :)

      Padam
  9. Sedapnyaa... boleh cuba nanti

    BalasPadam
  10. Kalau pi sana boleh la nak try menu² nii

    BalasPadam
  11. Sedapnya tengok.. Nampak pedas.. Chicken tu.. Haishh nak kene pergi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergi jangan tak pergi
      harga sangat berpatutan

      Padam
  12. Price dia okey ke Hans ? Especially for me yg gaji ada xde ni . 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. so far price dia okay
      macam kita makan dekat fast food lain
      harga dia tak macam restoran korea lah
      memang mampu beli dan makan

      Padam
  13. Nampak sedap la dumpling dia.. Nanti nak cuba

    BalasPadam
  14. Teringin nak cuba spicy seafood soup. Nampak macam sedap jew.

    BalasPadam
  15. I like their Spicy Seafood Soup and also their fried chicken, memang best makan kat sana.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com