Review Filem The Tunnel (Tunnelen)

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem daripada negara Norway yang telah dialih suara kepada bahasa Inggeris iaitu filem The Tunnel atau Tunnelen di dalam bahasa Norway. Hans telah menonton filem ini pada 16 September 2020 di TGV The Mines dan apa yang Hans boleh nyatakan, filem yang diinspirasi daripada salah sebuah kisah kemalangan yang pernah berlaku di Norway ini sememangnya menarik dan mencemaskan. Filem bertemakan bencana ini bijak mengguna pakai elemen-elemen menarik yang wajib ada di dalam filem-filem sebegini seperti suasana cemas, mangsa yang terkorban, keberanian serta pengorbanan hebat watak-watak utama dan lebih menarik kerana ianya kelihatan lebih realistik serta disampaikan dengan lebih jitu.




P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem aksi yang cukup menarik ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem THE TUNNEL dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca dan menonton :)

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama