Menangi Hadiah Menarik Sempena PG Mall Nestle Top Spender Contest

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk pengetahuan semua, Hans sebenarnya merupakan seorang manusia yang cukup suka makan bijirin coklat sama ada bersama susu atau pun secara kosong sahaja terutamanya pada waktu pagi. Ada waktunya Hans suka bereksperimen dengan menikmati bijirin coklat bersama gabungan roti dan aiskrim. Bijirin kegemaran Hans pula adalah Koko Krunch dan Milo dimana Hans mula mengambil bijirin ini sejak Hans berada sekolah rendah lagi. Asal ikut keluarga beli barang dapur sahaja memang rak tempat Koko Krunch dan Milo ini Hans wajib pergi dan beli. Hal ini terbawa-bawa sehingga Hans dewasa dimana Hans akan pastikan stok Koko Krunch dan Milo wajib ada di rumah sebab Hans memang suka makan bijirin ini. Serius memang sedap sangat!



Seperti mana yang anda semua sedia maklum bahawa kebanyakan kawasan di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kembali berhadapan dengan PKPB disebabkan peningkatan kes Covid-19 yang sangat merisaukan kita semua. Jadi, secara tidak langsung Hans mengambil langkah utama untuk mengelak daripada melawat atau mendekati tempat-tempat yang didatangi ramai orang terutamanya pusat membeli-belah yang cukup berisiko buat masa sekarang.



Nak dijadikan cerita dimana kejadian ini berlaku pada minggu lepas. Hans terasa lapar sangat dan tiba-tiba teringin nak makan bijirin Koko Krunch dengan roti dan aiskrim. Tetapi, apa yang buat Hans kecewa apabila melihat stok makanan Hans yang sebelum ini selalu penuh dengan produk Nestle iaitu Koko Krunch dan Milo sudah habis. Mulalah Hans panik fikir macam mana nak beli sebab Hans memang tak mahu pergi pasaraya pada waktu Covid-19 sekarang tengah bermaharajalela ini. Jadi, Hans terfikir baik lagi mudah membeli secara online sahaja sebab selamat dan mudah. Hans pun terus buka laptop dan layari laman sesawang PG Mall. Alhamdulillah sebab rupa-rupanya PG Mall sekarang sedang menganjurkan Nestle Top Spender Contest sepanjang bulan Oktober ini.



Hans memang tak fikir lama dah! Alang-alang memang banyak produk bijirin daripada Nestle yang Hans suka jadi Hans borong sakan lah terutama bijirin Nestle Koko Krunch dan Milo. Selain dua produk bijirin terkenal yang menjadi kegemaran ramai masyarakat Malaysia tanpa mengira lapisan umur tersebut, terdapat banyak lagi sebenarnya produk bijirin keluaran Nestle yang bukan sahaja berkualiti tetapi lazat dan menyihatkan.






Antaranya ialah Honey Star, Snow, Nestum, Cookie Crisp dan banyak lagi yang anda boleh beli dan cuba sendiri setiap hari sama ada untuk sarapan atau pada waktu-waktu lain. Selain produk bijirin, Hans ambil kesempatan juga lah untuk tambah produk-produk lain di rumah yang makin susut ini macam minuman Nescafe, Milo dan Maggi. Senang sikit bila semua dah ada. Bila teringin nak minum atau nak makan, Hans boleh terus buat sendiri sahaja. Maklumlah orang bujang kan! Hehe!



Untungnya apabila Hans membeli pelbagai produk bijirin Nestle ini, Hans dapat sertai Nestle Top Spender Contest sempena bulan Oktober ini. Rugilah kalau tak sertai sebab bukannya susah pun syarat-syarat dia. Kalau anda semua nak tahu, syarat untuk sertai Nestle Top Spender Contest ini hanya dengan beli barang Nestle. Mudah sangat kan? Hadiah yang mereka tawarkan pun bukan calang-calang tau! Hans kongsikan hadiah-hadiah yang bakal anda menangi jika anda terpilih sebagai pemenang Nestle Top Spender Contest untuk bulan Oktober ini: 



HADIAH MINGGUAN:
RM80 Gift Voucher X 3 Pemenang
'
HADIAH TOP SPENDER BULANAN:
RM150 Gift Voucher X 2 Pemenang

HADIAH UTAMA:
Motor Yamaha Y15ZR



Jadi, anda semua masih ada masa lagi sebenarnya untuk sertai Nestle Top Spender Contest yang bakal berakhir pada hujung bulan Oktober ini. Alah! Hans yakin anda semua mesti sempat punya membeli-belah produk-produk Nestle dekat PG Mall tu sebab sekarang semuanya dihujung jari. Macam Hans sendiri beli produk-produk Nestle terutama bijirin kegemaran Hans itu pakai telefon sahaja. Tak sampai pun 10 minit dah selesai. Serius memang mudah sangat membeli-belah dekat PG Mall ini. Anda pun tidak perlu risau dari segi penghantaran sebab barang yang Hans beli pun sampai cepat dan dalam keadaan yang sangat baik. Puas hati betul membeli-belah dekat PG Mall ini. Tak pernah lagi lah mengecewakan Hans setakat ini. Memang servis PG Mall terbaik!



Buat anda yang mungkin baru pertama kali mengetahui tentang PG Mall, Hans nak bagitahu anda semua bahawa platform yang mesra pengguna ini bukan sahaja ada banyak pilihan barangan bahkan lebih menarik terdapat begitu banyak promosi hebat yang ditawarkan. PG Mall juga telah disenaraikan sebagai platform e-dagang yang ketiga paling utama untuk rakyat Malaysia. Apa yang lebih menarik, PG Mall juga turut dikenali sebagai platform membeli-belah dalam talian nombor 1 buatan Malaysia yang kerap dikunjungi dan menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membeli-belah pelbagai barangan disini disebabkan tawaran harga yang sangat memikat serta pelbagai promosi yang cukup menarik buat pengguna. Apa yang Hans paling suka bila membeli-belah dekat sini ialah terdapat tawaran pulangan tunai atau cashback kepada pelanggan mereka bermula daripada 0.5 peratus sehingga 3.5 peratus hasil daripada pembelian yang dibuat di PG Mall. Serius sangat berbaloi!

                 
Buat anda semua yang sememangnya sukakan produk-produk daripada Nestle, apa kata anda ambil peluang keemasan ini untuk sertai Nestle Top Spender Contest sekarang. Bukan sekadar dapat membeli produk berkualiti daripada Nestle dengan harga yang murah tetapi anda juga berpeluang untuk menjadi pemenang bertuah pada bulan Oktober ini. Jadi, sila layari laman sesawang serta media sosial PG Mall seperti yang Hans kongsikan di bawah untuk maklumat lanjut:

Laman Sesawang:
#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform
#ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Nestle #NestleTopSpenderContest

69 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. macam-macam sebenarnya ada kat PGMALL ni kan hans, kak ana pun dua kali juga lah shopping sini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow
      nih kalau tak menang tak tahu lah kalau dah dua kali dah shopping dekat PG Mall
      hehehehe

      Padam
  2. Wah, ada contest yer... Zumal pun selalu beli barang Nestle dekat PG Mall

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa lagi Zumal
      alang-alang selalu beli..wajib join
      untung-untung menang motosikal :)

      Padam
  3. Wah!! Samalah kita. Dari kecik makan bijirin ni. Leh lah shop kat PG Mall lepas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      yes
      shopping jer dekat PG Mall
      senang dan murah :)

      Padam
  4. Best hadiau utama yg ditawarkan adalah motor

    BalasPadam
  5. Weh sama... Mmg selalu beli brg nestle dekat rumah ni... Nak beli jugak la online... Tak payah keluar nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      betul tu
      waktu-waktu covid-19 nih nak keluar pun risau
      so beli online je senang

      Padam
  6. Best kan online shopping, banyak sales and banyak contest. Nak join mana tau ada rezeki.

    BalasPadam
  7. Huhu teringat zaman school dan sekarang azriel lak ikut jejak breakfast msti kena smngkuk cereal

    BalasPadam
  8. Budak2 kat rumah ni suka juga makan cereal...kadang ratah gitu je. Covid ni elok lah beli barang keperluan online..

    BalasPadam
  9. Oh nice jugak nii contest ni, sebagai pengguna Nestle nampaknya dah boleh sgt kalau nk join jugak nii alang2 stock up brg Nestle nnt 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeahhh
      alang2 tu baik beli terus
      boleh join contest sekali
      hehehe

      Padam
  10. Aa sambil berbelanja sambil menang. bagus la tak rugi join ni. mana tahu ada rezeki 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheh betul2 tu
      apa lagi
      jom membeli belah sambil join contest

      Padam
  11. Ok time to stock up on nestle products!!!

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. yes
      shopping barangan nestle dan automatik join
      hehehe

      Padam
  13. Wahh bgslah pg mall pun dah Ada jual produk Nestle..mmg lg mudah beli he online

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      betul tu
      senang nak beli barang dkt PG Mall
      semua ada

      Padam
  14. Wahh bgslah pg mall pun dah Ada jual produk Nestle..mmg lg mudah beli he online

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      betul tu
      senang nak beli barang dkt PG Mall
      semua ada

      Padam
  15. Mantap banget nih hadiahnya, jadi mau ikutan barang kali rejeki saya

    BalasPadam
  16. Best juga shopping kat PGMall nie... nanti bolehlah join Contest, sambil-sambil top up stok

    BalasPadam
  17. Hadiah utama dia yang best tu, dapat motor sebijik 😍😍😍

    BalasPadam
  18. Menariknya hadiah contest

    BalasPadam
  19. Yeahh kita pun nak join.. Mudaah snagt kan

    BalasPadam
  20. Wow....macam macam ada kat PG Mall ni erk..nak tgok la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah
      cepat survey
      macam-macam ada
      nama pun Mall
      hehehe

      Padam
  21. Barangan Nestle mmg a must kat rumah akak....fav kami sekeluarga..

    BalasPadam
  22. Wahhh apa tggu lagu jom join contest .. Mana tahu blh menang hadiah best..

    BalasPadam
  23. Best nya anak2 suka makan ni. beli Koko Crunch sambil tu boleh join contest

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      sambil beli untuk makan sambil join contest
      menyelam minum air bak kata orang veteran
      hehehe

      Padam
  24. saya nak menang motor! wahhh excited lak bile dapat tau sal contest ni tapi last arini je kan..mana sempat nak join

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      sempat lah
      beli online kan?
      beli lah sekarang
      hari nih last leh join

      Padam
  25. Woww best ni restock!!!! Kena check it out PG Mall skarang jugak!

    BalasPadam
  26. ala nape baru tau di penghujung hari bulan okt ni..huhu dahla pengguna brgan nestle.xde rezki nmpknya...

    BalasPadam
  27. Wah! Cx baru je beli nestle susu semalam. Ada chance tak? Heheh

    BalasPadam
  28. Senang ade platform cam ni kan. Order je pastu tgu sampai. CR pun tgh tgu brg order dr pgmall jgk

    BalasPadam
  29. Anak memang suka dengan bijirin ni. Kebetulan ada contest ye di PG mall bolehlah join nanti

    BalasPadam
  30. Sedapnya koko krunch dan cereal milo!! Bestnya ada contest.. tapi baru tahu hari ni.. ������

    BalasPadam
  31. wah banyaknya tawaran menarik! bestnya ada contest

    BalasPadam
  32. Mcm2 promosi ada kt pg mall ni. Hehe. Ena x miss shake the world kumpul coin

    BalasPadam
  33. Siapalah pemenang utama tue agaknya..?

    BalasPadam
  34. Wah bestnya! Kita suka makan bijirin jugak. hehe fav all the time

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama