Rabu, 14 Oktober 2020

Sambal Petai Chicken Burger

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa di antara pembaca setia dekat blog ini merupakan peminat tegar burger? Mesti anda semua sudah mencuba pelbagai jenis burger kan? Tetapi, pernah tak anda makan Sambal Petai Chicken Burger keluaran Marshall's Co yang terletak di SS15, Subang Jaya? Kalau belum lagi maka Hans sarankan untuk anda wajib beli dan rasa sendiri Sambal Petai Chicken Burger mereka yang sangat lazat dan mengenyangkan.



Kalau anda nak tahu, Hans telah mencuba sendiri 3 jenis burger yang dijual oleh Marshall's Co iaitu:

1) Sambal Petai Chicken Burger

2) Creamy Salted Egg Burger

3) Marshalls Original Burger



Sebagai salah seorang peminat petai, Hans pada mulanya berasa agak sangsi dan risau juga memikirkan bagaimana rasa menu Sambal Petai Chicken Burger ini disebabkan buat pertama kali Hans menikmati petai di dalam hidangan burger. Tetapi, apabila gigitan pertama masuk ke dalam mulut dan Hans memang tidak nafikan rasanya sangat sedap dan kena dengan anak tekak Hans ini. Petai yang terdapat di dalam burger sangat segar dan rangup. Lebih menarik ialah rasa sambalnya yang pada Hans sangat kena apabila digabungkan dengan rasa ayam yang empuk. Paling buat Hans teruja kerana bilangan petai yang terdapat di dalam burger ini sangat banyak. Memang berbaloi sangat-sangat dengan harga yang Hans bayar untuk makan Sambal Petai Chicken Burger ini. Terbaik!



Seterusnya, Hans menikmati pula Creamy Salted Egg Burger yang juga merupakan menu baru yang ditawarkan di Marshall's Co ini. Apa yang Hans boleh cakap Hans cukup sukakan rasa sos telur masin yang bukan sahaja melimpah ruah di atas daging ayam tetapi juga kerana kepekatan dan kelazatan rasa yang ditawarkan. Serius memang laju sangat Hans makan sebab sedap betul bila dimakan panas-panas. Memang anda wajib cuba!



Selain itu, Hans juga turut mencuba menu popular mereka iaitu Marshalls Original Burger. Apa yang istimewanya tentang burger ini ialah sos yang sangat sedap. Rasa sosnya mengingatkan Hans kepada sos yang ditawarkan oleh sebuah restoran terkenal yang menawarkan hidangan ribs dan stik di Malaysia. Jadi, Hans memang tidak terkejut kenapa burger ini menjadi burger kegemaran ramai disebabkan rasanya yang memang memukau. Serius, anda memang perlu cuba ketiga-tiga burger ini sekarang!



Istimewanya kerana Marshall's Co kini sedang mengadakan satu promosi istimewa dimana anda boleh membeli burger-burger ini pada harga yang cukup murah daripada biasa. Jadi, rebut peluang ini sekarang dan selamat mencuba menu-menu baharu ini secepat mungkin kerana Hans yakin anda akan sangat berpuas hati dengan kelazatan setiap hidangan dan pasti akan beli lagi kerana tidak puas dengan kelazatan yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sosial Marshall's Co seperti dibawah:


Facebook:

Instagram:


43 ulasan:

  1. Belanja la satu biji. Asyik makan sorang je xaci lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergi beli sendiri lah
      baru puas makan sorang-sorang
      hehehe

      Padam
  2. Bestnye, macam tau2 je sis suka petai

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau peminat petai memang wajib cuba
      sedap owhhh

      Padam
  3. Alamak ape rase? Sis suka petai tapi tak tau nak bayang mcm mne. Heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa ayam dengan sambal petai
      bagi hans kombinasi nih memang masuk

      Padam
  4. Nampak menarik, western meet fusion... Dah la mmg fav petai, yg Salted Egg tu pun nmpk sedap sos dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiga-tiga tu sedap weh
      kenyang aku melahap
      hahaha

      Padam
  5. Balasan
    1. potai dia banyak wehhhh
      sedap dan puas makan

      Padam
  6. Yumss dapnya. Gonna try this soon 😋😋😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. try lah sebelum kehabisan stok
      serius berbaloi

      Padam
  7. Balasan
    1. unik dan lazat
      serius lepas nih nak repeat makan lagi

      Padam
  8. Creamy salted egg sound delicious . petai dgn burger pelik sikit but something kena try . betul tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dua-dua sedap tau afiq
      mula-mula cuak juga hans nak makan burger petai tu tetapi sekali makan terus nak makan laju-laju taknak bagi kawan ambil banyak
      hahaha

      Padam
  9. Pertama kali diperkenalkan burger sambal petai. Memang julung-julung kali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      serius sedap
      kalau minat petai memang akan suka burger nih

      Padam
  10. Pergh lain maciam burger dia. Kena try ni sbb sis peminat tegar sambal petai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang wajib try
      tak try rugi owhhh
      sedap sangat

      Padam
  11. Wow best nyer! i m craving for that sambal petai chicken burger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeahhhh
      tak silap I boleh beli online
      try lah
      hehehehe

      Padam
  12. Wah, please feed me - Auntie a great fan of anything cook with petai!

    BalasPadam
    Balasan
    1. auntie kena cuba
      sedap sangat tau
      serius tak menyesal beli

      Padam
  13. Lain macam burger nie... aduhhhh ada sambal petai pulak. Memang kena cubalahhhhhh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh
      yes
      Hans pun cadang nak repeat buat kali kedua

      Padam
  14. WOW BURGER PETAI APA RASANYA YA

    BalasPadam
  15. wah. unik sgt. nak try gak lah nnt

    BalasPadam
    Balasan
    1. try lah
      confirm tak menyesal punya sebab sedap

      Padam
  16. La burger pun dah ada macam² rasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      improvisasi
      heheheh
      tapi rasa burger petai nih memang sedap
      kena dengan anak tekak orang Malaysia nih

      Padam
  17. Peminat sambal petai kat sini he he he. Mesti sedap rasa burger tu 😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap
      cuba lah
      confirm tak cukup satu
      hehehe

      Padam
  18. Fuyoo kena try la Sambap Petai Chicken Burger tu. Nampak pon menggoda sangat aihhh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      memang menggoda rasanya
      serius puas hati

      Padam
  19. Wahh sedapnya sambal petai chicken burger tu!

    BalasPadam
  20. Wow rare betul burger ni! Nampak sedap jugak yeaa rasa macam nak try, tapi jauh laa pulak dari rumah huhuuu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      kena cuba
      kalau tidak menyesal if tak sempat makan

      Padam
  21. habisla bau petai..huhu ni org yg gile mkn petai ni suka la ^o^

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com