Ahad, 1 November 2020

5 Sebab Anda Wajib Makan Hidangan Western Daripada Cowboys Food Truck

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang dua set makanan western yang cukup enak daripada Cowboys Food Truck yang baru sahaja Hans makan sebentar tadi iaitu WFH BBQ Lunch Combo Box dan Roundhouse Platter. Serius memang sedap sungguh kedua-dua set makanan ini dan Hans rasa sangat berbaloi untuk anda beli dan rasai sendiri hidangan barat ini bersama keluarga atau rakan-rakan anda.



Memandangkan Hans memesan makanan ini pada waktu tengahari maka Hans mulakan dengan menu WFH BBQ Lunch Combo Box terlebih dahulu yang sememangnya dijual pada waktu tengahari. Set makanan ini sememangnya cukup meriah dengan pelbagai jenis menu yang enak-enak dan mengenyangkan iaitu:

1) 100gm Smoked Brisket (Pulled Lamb + RM 2)

2) Choice of 3 Sides (Chicken Rice, Baked Beans, Potato Salad, Coleslaw)

3) Cheese Burger (Beef or Chicken)

4) Seasoned Fries

5) Popcorn Chicken

6) BBQ & Cheese Dipping Sauce

7) 3 X Drinks of the Day



Ada 5 sebab yang membuatkan Hans jatuh cinta dengan WFH BBQ Lunch Combo Box ini iaitu:

1. Kuantiti makanan yang sangat banyak dan boleh dimakan antara 2-3 orang. Sangat berbaloi dengan harganya.

2. Smoked brisket yang sangat padu. Cicah pula dengan pelbagai dipping sauce. Ya Allah! Sedap sungguh!

3. Cheese Beef Burger yang memang terbaik. Hans tak tahu kalau burger ayam mereka sedap atau tidak kerana kali ini Hans cuba burger daging mereka sahaja. Tetapi, serius kualiti daging burger mereka memang terbaik. Padat dengan daging. Lembut berjus! Ya Allah! Seronok betul Hans makan!

4. Popcorn Chicken mereka juga sedap terutamanya rasa tepung yang membaluti isi ayam. Cicah pula dengan sos keju dia. Memang terangkat!

5. Makanan sampingan lain yang tidak mengecewakan seperti kentang goreng, coleslaw dan potato salad yang cukup menggiurkan. Memang tak rugi beli. Semuanya sedap belaka! 


Untuk set Roundhouse Platter pula, anda boleh nikmati pelbagai makanan menarik yang terdapat di dalam set ini iaitu:

1) 200gm Smoked Brisket

2) 200gm Pulled Lamb

3) 200gm Boneless Beef Rib

4) 1 x Smoked Chicken

5) 6pcs Wings

6) Nachos

7) 6 x Sides (Chicken Rice, Baked Beans, Potato Salad, Coleslaw)


Alhamdulillah Hans terlampau kenyang sehingga Hans tidak dapat makan Roundhouse Platter dimana kuantiti makanannya adalah lebih banyak daripada WFH BBQ Lunch Combo Box dimana Hans anggarkan ia boleh dimakan antara 3 hingga 5 orang. Jadi, Hans bagi kepada teman serumah untuk makan dan mereka pun mengakui kelazatan makanan daripada Cowboys Food Truck ini. 

CHEESE BURGER
CHICKEN TACOS
PULLED LAMB PLATTER

Serius anda semua yang sedang membaca sekarang wajib beli dan rasai sendiri keenakan dua set hidangan ini iaitu WFH BBQ Lunch Combo Box dan Roundhouse Platter. Sumpah anda pasti tidak akan akan menyesal kerana memang sedap gilerrrrrrrrrr!!!!! Dibawah Hans kongsikan info-info sebagai rujukan anda untuk memudahkan urusan tempahan dan pembelian:

Nak order? Klik link dibawah: 

Lokasi: 
Tapak TTDI, Kuala Lumpur, Malaysia.

Nama, Harga Makanan, Hari & Waktu Operasi: 
Menu:
WFH BBQ Lunch Combo Box

Harga:
RM55

Waktu Operasi:
1.00 P.M - 03.00 P.M

Hari Operasi:
Selasa - Jumaat 
 
Menu:
Roundhouse Platter

Harga:
RM130

Waktu Operasi: 
5.30 P.M - 09.30 P.M 

Hari Operasi:
Selasa - Sabtu  

Penghantaran:
Ambil Sendiri (Pick Up) 
Penghantaran Ke Rumah (Delivery) 

Telefon:
01156204093

10 ulasan:

  1. Menggoda betul menu-menu tu ������

    BalasPadam
  2. Wow the WFH BBQ lunch box macam best, semua ada & lengkap. Pasti puas makan kan.

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalam.
    uiii... sedap giler semuanya ni!

    BalasPadam
  4. Wehhh... Aku kalau dapat yg combo tu mmg tersandar kenyang la cite dia... Hahahaha... Sedapp pulak ehh pulled out lamb meat tu...haihhhh kalau daging semua sedapp peduli la kambing ke lembu 🤣

    BalasPadam
  5. meriahnyaaaa.. kalau mkn sorang ni sah tak habis. kena mkn berjemaah

    BalasPadam
  6. wahh menarik sangat tau menu menu itu...

    BalasPadam
  7. ya ampunnn sedapnyaaa..harga pon not bad tapi mesti boleh makan utk 2,3 orang kan

    BalasPadam
  8. Mak aii.. Menu-menunya menggiurkan selera.. Kenyang sampai malam kalu dah banyak camnie..

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com