Sabtu, 26 Disember 2020

ADAM Series Axtension Untuk Kaum Adam Yang Sihat

Sabtu, Disember 26, 2020 10
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Melihat kepada kehidupan waktu kini dimana ramai di kalangan kita yang tertekan dan terkesan dengan situasi semasa terutamanya tentang impak wabak Covid-19 terhadap kehidupan sosial masing-masing. Sebagai seorang lelaki terutamanya buat mereka yang mempunyai tanggungjawab yang cukup besar terhadap keluarga, hal-hal sebegini akan memberi tekanan yang bukan sedikit dan secara tidak langsung memberi kesan terhadap ruang kehidupan setiap lelaki termasuk daya seksual masing-masing.


Jadi, Hans merasakan kita sebagai seorang lelaki boleh menjalani kehidupan kita dengan lebih baik melalui ADAM Series Axtension ini dimana produk ini telah diformulakan secara ilmiah melalui penggunaan bahan utamanya iaitu Ekstrak Anggur serta ramuan tradisional yang lain seperti Ekstrak Epal, Serbuk Saffron, Ekstrak Maca Root dan Ekstrak Guarana yang sesuai dimakan oleh kebanyakan kaum adam. Berdasarkan kajian saintifik, produk ini dihasilkan menggunakan teknologi terkini untuk mencapai tahap paling optimum, berkesan dan ianya dirumuskan di Perancis.


ADAM Series Axtension merupakan produk yang mempunyai sijil KKM ini disasarkan untuk meningkatkan kesihatan lelaki terutamanya kesihatan seksual kerana pihak VARF Healthcare melihat hal ini cukup penting bagi lelaki di luar sana untuk mengamalkan gaya hidup seksual yang sihat dan seterusnya mewujudkan keharmonian di dalam alam rumah tangga bersama pasangan. Jadi, pihak VARF Healthcare menyatakan pengambilan ADAM Series Axtension secara berkala akan membantu melindungi kesihatan prostat lelaki daripada masalah disfungsi ereksi, ejakulasi tidak matang dan barah prostat. Produk ini juga membantu meningkatkan peredaran darah, mengatur tahap testosteron serta mengurangkan tekanan yang secara tidak langsung membantu kesihatan seksual kaum lelaki. Kesan pengambilan produk ini dapat dilihat hasilnya yang positif dalam masa 30 hari penggunaannya.


ADAM Series Axtension ini telah diformulasi dengan setiap bahan yang mempunyai fungsinya yang tersendiri iaitu:

Fungsi-Fungsi:

Ekstrak Anggur : 
Mengandungi antioksidan yang 50 kali lebih tinggi daripada Vitamin E dan 20 kali lebih tinggi daripada Vitamin C. Ianya membantu menangkap dan mengurangkan radikal bebas. Selain itu, ianya juga membantu mengawal kadar  gula dalam darah dan membantu melancarkan peredaran darah.

Ekstrak Maca Root :
Tumbahan dari Andes, Amerika Selatan ini mengandungi macaamide dan macaena yang unik dan kaya dengan khasiat untuk membantu keseimbangan badan.

Serbuk Saffron :
Membantu untuk mencegah aterosklerosis serta digunakan sebagai antioksidan dan penstabil Vitamin A dan Vitamin D. 

Ekstrak Guarana:
Buah yang berasal dari Lembah Amazon, Brazil ini kaya dengan asid amino, alkaloid, mineral, vitamin, karbohidrat dan pelbagai khasiat lain. Ianya menjadi minuman yang cukup dikenali dan disukai oleh kebanyakan orang Brazil kerana ianya membantu memulihkan kekuatan fizikal, menambah tenaga dan menguatkan badan.


ADAM Series Axtension ini turut membantu dari sudut saiz prostat lelaki serta membantu masalah kencing kaum Adam dengan mengurangkan penyumbatan saluran kencing disebabkan kehadiran vitamin C di dalam produk ini. Ianya didatangkan dalam bentuk serbuk makanan tanpa sebarang kesan sampingan. Namun, untuk mereka yang mempunyai masalah atau gejala penyakit jantung atau strok, produk ini tidak digalakkan untuk anda cuba


Jadi, kepada para lelaki yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ADAM Series Axtension ini atau ingin mendapatkan produk ini, anda boleh layari laman web mereka atau hubungi pihak VARF Healthcare seperti tertera di bawah:

Pembungkusan: 
3G X 15 Sachet Setiap Kotak (Set 1 Bulan) 

Pakej Bundle: 
3G X 15 Sachet Setiap Kotak X 1 Kotak (Set 1 Bulan) - RM328.00 
3G X 15 Sachet Setiap Kotak X 3 Kotak (Set 3 Bulan) - RM838.00 
3G X 15 Sachet Setiap Kotak X 5 Kotak (Set 5 Bulan) - RM1230.00

Penyimpanan: 
Simpan produk di tempat kering yang sejuk. Jauhkan dari tempat panas, terdedah kepada cahaya matahari dan kanak-kanak. 

Arahan untuk Penggunaan: 
Pengambilan secara langsung iaitu satu (1) sachet pada setiap hari (Sebelum Tidur) 

Alamat:
Varf Healthcare Sdn Bhd 
104b, Jalan Sutera Tanjung 8/3, 
Taman Sutera Utama, 
81300 Skudai, 
Johor 

Telefon:
+6075542685 

Email: 

Laman Sesawang: 

Facebook Page: 

Instagram: 

Youtube: 


Jumaat, 18 Disember 2020

The Chicken Rice Shop Kembalikan Menu Jodoh Anda : Grilled Butter Chicken

Jumaat, Disember 18, 2020 8

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini The Chicken Rice Shop (TCRS) kembali menggembirakan Hans dan juga anda semua apabila mereka kembali membawakan menu yang menjadi kesukaan peminat TCRS dimana menu ini memberikan anda satu aura seakan-akan sedang menemui jodoh yang cukup sempurna sifatnya. Menu yang Hans maksudkan ini ialah Grilled Butter Chicken (GBC) yang cukup lazat untuk menambat hati agar jatuh cinta dengan keunikan rasa menteganya yang mewah bermula sekarang sehingga 17 Januari 2021.



Hans sememangnya cukup suka dengan hidangan Grilled Butter Chicken (GBC) yang menawarkan isi peha ayam tanpa tulang serta diselaputi oleh sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah. Jika tahun lepas Hans berkesempatan menikmati hidangan ini sebanyak dua kali. Tetapi, nampak gayanya untuk tahun ini kemungkinan besar rekod tersebut dapat dipecahkan kerana sewaktu artikel ini ditulis, Hans sendiri sudah dua kali menikmati hidangan GBC ini. Serius! Memang rasanya sangat sedap! Kepekatan mentega serta rasanya yang seimbang dan menyerap masuk ke dalam isi ayam semestinya akan membuatkan anda rasa tidak puas jika hanya makan sekali.



Menurut June Song yang merupakan Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa Grilled Butter Chicken (GBC) adalah hidangan yang disukai ramai bukan hanya kerana citarasanya yang menyelerakan tetapi juga kerana kombinasi sempurna antara ayam dan mentega. Mentega bukan hanya sekadar ramuan biasa tetapi ia merupakan elemen penting untuk mendatangkan kegembiraan dan kepuasan kepada rakyat Malaysia yang pasti akan jatuh cinta berulang kali dengan menu Grilled Butter Chicken ini.



Hans sendiri mengakui bahawa menu Grilled Butter Chicken (GBC) daripada TCRS ini merupakan antara menu yang Hans cukup nanti-nantikan untuk dikeluarkan semula. Alhamdulillah kerana Hans berkesempatan lagi untuk menikmati hidangan istimewa ini pada penghujung tahun 2020. Rasa seronok itu ibarat seperti bakal menamatkan zaman bujang pula. Hahaha!


Untuk makluman semua, harga untuk set Grilled Chicken Butter ini sangat murah. Set ini disertakan bersama nasi ayam, sayur Pak Choy dan sup serta sambal dengan harga jualan cuma RM21.90 sahaja. Kuantiti ayamnya banyak dan kuah menteganya memang sangat berhantu sebab rasanya betul-betul sedap. Nasib makan dekat restoran TCRS tadi. Kalau makan dekat rumah memang Hans jilat-jilat pinggan sebab serius Hans jatuh hati betul dengan hidangan Grilled Butter Chicken (GBC) ini. 


Selain itu, anda juga boleh mencuba 4 jenis minuman boba yang sedap dan cukup unik sempena jualan Grilled Butter Chicken (GBC) ini seperti Boba 3 Layer, Boba Teh Tarik, Boba White Coffee dan Boba Hainan Coffee. Setiap jenis minuman cuma berharga RM10.90 sahaja. Hans berpeluang mencuba minuman Boba 3 Layer sebentar tadi dan Hans memang rasa macam nak beli lagi satu. Rasa manisnya sekata. Senang cakap memang sedap lah!


Pengumuman istimewa buat anda semua yang sedang membaca ulasan Hans untuk hidangan Grilled Butter Chicken (GBC) kali ini. Pihak The Chicken Rice Shop sedang menganjurkan Peraduan GBC Jodoh Anda! dimana 10 pemenang yang bertuah bakal memenangi baucar The Chicken Rice Shop. Cara nak sertai pertandingan ini tersangatlah mudah dimana anda hanya perlu: 

1. Muat turun penyertaan anda di salah satu media sosial seperti Facebook / Instagram Stories & Instagram Feed / Tiktok.

2. Anda perlu membeli mana-mana set Grill Butter Chicken di The Chicken Rice Shop dan anda perlu mengambil gambar hidangan tersebut.

3. Buka Instagram Stories anda dan cari filter "Fake Video Call".

4. Pilih gambar grill Butter Chicken dengan klik 'Add The Photo / Add Media'

5. Muat naik video tersebut di salah satu media sosial seperti Facebook / Instagram Stories & Instagram Feed / Tiktok.

6. Pastikan anda Tag @thechickenriceshop dan letakkan tanda pagar #JadikanGBCJodohAnda #TCRS #GrillButterChicken di posting anda

7. Pastikan laman sosial anda di dalam tetapan 'Public'.



Jadi, apa anda tunggu lagi? Tak akan anda nak tengok Hans seorang sahaja menikmati menu jodoh Grilled Butter Chicken (GBC) yang lazat ini? Anda pun wajib cuba makan sebab memang berbaloi sangat. Jadi, cepat-cepat lah berkunjung ke semua cawangan The Chicken Rice Shop untuk menikmati menu yang cukup dinanti-nanti ramai ini. Hans yakin anda pasti tidak akan menyesal sebab kuantiti yang banyak, servis yang mantap dan rasa yang lazat akan membuatkan wang yang anda laburkan untuk menikmati hidangan ini cukup berbaloi. Selamat menjamu selera dan ingat satu perkara penting ini - The Chicken Rice Shop, bukan sekadar nasi ayam! Kok Kok Kok Kok!



Laman Sesawang The Chicken Rice Shop:

Facebook The Chicken Rice Shop:

Instagram The Chicken Rice Shop:



Sabtu, 12 Disember 2020

Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik 2020 (APEC 2020)

Sabtu, Disember 12, 2020 6

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kepada peminat numismatik seperti Hans semestinya berasa sangat gembira apabila Bank Negara Malaysia telah pun mula mengambil tempahan para pelanggan yang berminat untuk mendapatkan duit syiling peringatan bersempena dengan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik 2020 (APEC 2020)Duit syiling peringatan ini dilancarkan bersempena dengan Mesyuarat Ketua-Ketua Negara APEC pada 20 November 2020 yang berlangsung di Kuala Lumpur.



SPESIFIKASI DUIT SYILING PERINGATAN

1) Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)

Duit syiling ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan setiap keping beratnya ialah 31.1 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM253 sekeping. Sebanyak 1,000 keping sahaja ditempa.

2) Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

Duit syiling ini diperbuat daripada campuran beberapa logam terutamanya tembaga dalam kemasan tanpa kilat dan setiap keping beratnya ialah 8.5 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan harga jualannya RM13.20 sekeping. Sebanyak 15,000 keping sahaja ditempa.

Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set dua dalam satu. Set ini mengandungi duit syiling perak berwarna (pruf) dan duit syiling emas Nordic (pruf). Set ini akan dijual pada harga RM308 setiap set dan hanya 750 set sahaja disediakan. 


INFO HARGA DAN BUTIRAN SETIAP JENIS DUIT SYILING

Duit Syiling Peringatan APEC 2020 Perak Berwarna (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 1,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM253 (termasuk 10% SST)


Duit Syiling Peringatan APEC 2020 Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 15,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM13.20 (termasuk 10% SST)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 750 set.
Harga Jualan BNM: RM308 (termasuk 10% SST) 


REKA BENTUK DUIT SYILING
Duit syiling peringatan ini ditempa dengan dua teknik permukaan yang berbeza dengan menggunakan teknologi laser canggih dan digital frosting untuk mencipta kesan pelangi. Reka bentuk ini merupakan pengeluaran yang pertama seumpama itu. 

REKA BENTUK BAHAGIAN HADAPAN DUIT SYILING
Reka bentuk artistik 21 imej manusia (human figures) pada bahagian tengah duit syiling melambangkan kerjasama 21 negara APEC untuk mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan di rantau ini. Perkataan ASIA-PACIFIC ECONOMIC COOPERATION 2020 dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala tema APEC 2020 iaitu “OPTIMISING HUMAN POTENTIAL TOWARDS A FUTURE OF SHARED PROSPERITY” dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

REKA BENTUK BAHAGIAN BELAKANG DUIT SYILING
Elemen hiasan corak songket bunga pecah lapan yang menjadi latar belakang bahagian ini melambangkan kekayaan budaya Malaysia. Nilai muka duit syiling dipaparkan pada bahagian tengah, manakala logo rasmi APEC 2020 terletak di bahagian bawah.


JUALAN DUIT SYILING PERINGATAN

Bagi memberikan peluang yang sama rata kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan dimana setiap pembeli hanya boleh membeli satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna (pruf) dan maksimum lima duit syiling emas Nordic (B.U). Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian.