Isnin, 26 April 2021

7 Tips Memilih Tempat Staycation Yang Sesuai Dengan Anda

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Sedar tak sedar sudah lebih daripada setahun rakyat Malaysia berhadapan dengan gejala Covid-19. Disebabkan hal ini, pergerakan dan perjalanan kita merentas negeri mahu pun negara amat terbatas. Hans sendiri sebenarnya sangat rindu dengan suasana sebelum Covid-19 dimana Hans bebas untuk pergi bercuti dan melancong sama ada dalam negara mahu pun luar negara.


Hans yakin pasti majoriti antara kita berasa sangat bosan terperap di dalam rumah sahaja kan? Jadi, buat sesiapa yang tinggal di Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengan Kuala Lumpur, Hans ada satu idea yang bernas untuk anda cuba selepas ini. Apa kata anda lakukan aktiviti Staycation di hotel terbaik berdekatan dengan tempat kediaman anda.


Untuk sesiapa yang masih kurang jelas, makna Staycation ini ialah anda menginap di hotel yang berdekatan dengan tempat tinggal masing-masing sebagai salah satu cara untuk anda menghilangkan tekanan serta menikmati keindahan serta fasiliti hotel yang anda pilih sebagai tempat staycation anda. Tetapi, bukan semua hotel yang sesuai untuk staycation ini. Jadi, Hans ingin kongsikan buat anda semua 7 Tips Bagaimana Untuk Anda Memilih Tempat Staycation Yang Bersesuaian Dengan Diri Anda.

1. LOKASI YANG STRATEGIK



Kenapa Hans mengatakan lokasi staycation anda perlu strategik? Ini sebenarnya bergantung kepada tujuan kenapa anda memilih hotel tersebut sebagai tempat staycation anda. Ada yang suka melawat kawasan pelancongan sekitar hotel. Ada yang suka menikmati hidangan mewah dan lazat di hotel. Ada juga yang ingin menikmati suasana yang aman dan damai jauh daripada kesesakan ibu kota. Jadi, faktor ini penting supaya hotel tersebut bukan sahaja mudah untuk anda pergi tetapi juga memudahkan perjalanan anda kesana agar anda sentiasa gembira dengan percutian staycation yang anda rancang dan atur ini.


2. FASILITI & KEMUDAHAN HOTEL



Faktor kedua yang sangat penting untuk memilih hotel bagi staycation anda ialah fasiliti dan kemudahan hotel yang disediakan di kawasan tersebut. Kepentingangan disini ialah untuk memberi satu suasana baru serta pengalaman baru buat anda yang menginap di hotel pilihan. Kalau kemudahan dan suasananya sama sahaja seperti rumah, bagaimana anda hendak menyukai aktiviti staycation ini bukan? Jadi, sila pastikan dengan semak terlebih dahulu kemudahan-kemudahan yang disediakan yang bersesuaian dengan kemahuan anda. Antaranya seperti perkhidmatan internet hotel yang laju, rawatan spa, gym, kolam renang atau tempat hiburan yang disediakan oleh hotel untuk para pelanggan mereka. Jika semua kemudahan yang anda impikan disediakan maka percayalah staycation anda pasti akan menghiburkan dan menggembirakan jiwa anda.


3. ULASAN & KOMEN PENGGUNA HOTEL


Faktor seterusnya ini juga sangat penting. Kadang-kadang jangan mudah terpedaya dengan iklan bergambar kerana ianya selalunya menampilkan gambar-gambar yang cantik dan indah sahaja. Untuk mendapatkan kepastian yang terbaik, anda boleh memulakan langkah awal dengan memilih hotel yang sesuai untuk staycation anda berdasarkan ulasan atau komen daripada pelangan-pelanggan hotel yang anda inginkan untuk bermalam. Melalui cara ini, anda boleh membuat perbandingan serta pertimbangan yang sewajarnya dalam memilih hotel tersebut sama ada sesuai atau tidak sebagai destinasi staycation anda. Percayalah tips ini sangat penting dan berbaloi untuk dipraktikkan.

4. HARGA HOTEL


Tujuan utama staycation di hotel adalah untuk membuatkan kita rasa gembira. Jadi, kalau hotel yang anda pilih memerlukan kos bayaran yang mahal tetapi anda pula tidak mampu atau terbeban, adakah anda masih akan gembira? Jadi, tips ini penting untuk anda melihat perancangan kos kewangan anda serta menilai harga hotel yang bersesuaian dengan baget sebelum menempah hotel yang anda suka untuk aktiviti staycation ini.

5. PROMOSI HOTEL


Seperti yang ramai sedia maklum, waktu pandemik yang masih melanda kini sebenarnya memberi anda kelebihan kerana majoriti hotel termasuk hotel-hotel mewah sentiasa membuat promosi menarik terutama di dalam menawarkan harga yang rendah untuk jenis bilik yang ekslusif. Jadi, anda kena bijak, rajin dan pantas mencari dan memilih promosi hotel yang menarik serta menawarkan harga yang murah tetapi dengan fasiliti dan kelengkapan yang cukup mewah dan ekslusif untuk membuatkan staycation anda menjadi sangat menggembirakan. Tips ini sememangnya wajib diamalkan jika anda ingin bermalam di bilik yang ekslusif dan mewah.

6. MAKANAN HOTEL


Jangan tak tahu bahawa ada hotel yang menyediakan makanan yang cukup lazat sama ada untuk sarapan pagi mahu pun makan malam. Jadi, jika anda seorang kaki makan maka anda perlu bijak memilih hotel yang menyediakan makanan yang pelbagai terutama dalam bentuk buffet agar lebih banyak pilihan yang anda ada untuk makan sewaktu staycation nanti. Tetapi, jika anda inginkan ketenangan dan ingin menikmati juadah di dalam bilik sahaja, pastikan hotel tersebut menawarkan perkhidmatan menghantar makanan sehingga ke bilik anda.

7. LOKASI BERGAMBAR



Buat mereka yang suka bergambar terutama berswafoto sewaktu staycation untuk mengabadikan memori manis, kini terdapat banyak hotel yang kini menyediakan kawasan serta sudut menarik buat anda yang suka bergambar. Jadi, jika anda di dalam kategori ini maka wajarlah memeriksa terlebih dahulu hotel-hotel yang mampu memenuhi kehendak serta kemahuan anda saat anda melakukan staycation untuk tujuan fotografi mahu pun swafoto.


Jadi, jika anda berminat untuk melakukan aktiviti Staycation KL seperti yang Hans cadangkan ini, pastikan bahawa anda mengikuti tips-tips yang Hans kongsikan ini agar aktiviti Staycation anda menjadi satu pengalaman yang indah dan cukup bermakna sepanjang hidup nanti. Selamat berehat dan menenangkan diri di hotel pilihan anda!


12 ulasan:

  1. Terima kasih untuk tips yang diberikan ini , teringin juga nak berstaycation, semoga covid-19 hilang dan reda dari muka bumi ini , senang nak bercuti macam dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama
      staycation lah dekat hotel-hotel yang dekat dengan area rumah :)

      Padam
  2. selesa bercuti kat tmpt bgini

    BalasPadam
  3. thank u tipsnya.. plan jugak ni mau staycation kena buat banyak survey dulu hehe musim2 covid ni banyak harga murah2

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      masa nih dah merasa duduk hotel mewah tetapi bayar murah
      memang best dan berbaloi :)

      Padam
  4. Part makanan tu mmg spot on. Sebab ada hotel yang harga agak tinggi, tapi dtg dengan breakfast yg power -- yang boleh kenyang sampai tengahari. Jadi banyak boleh jimat, dan banyak lauk baru yg boleh layan.

    Lagi jimat sebenarnya kalau dpt hotel yg breakfast bagus (lagi2 kalau dtg dgn isteri + anak kecil) dibandingkan kalau makan kat luar. Lebih2 lagi kalau kat KL atau Langkawi (yg makanannya tak murah sbb pulau).

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      selalu cari yang breakfast sedap dan banyak macam bufet
      puas makan. kenyang sampai ke petang
      hehehe

      Padam
  5. Salam.wah banyak.malaysia tempat menarik..

    Bro pernah sampai ke.Melaka atau Ipoh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah Melaka memang banyak kali dah sebab dulu study sana.
      Ipoh pun banyak kali dah.
      kenapa tu?

      Padam
  6. 7 niiii amat berkesan ... dan yang paling makanan tuu.hahaha

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com