Sabtu, 31 Julai 2021

Sambal 7 Purnama Dapoq Kodiang Laris Di Pasaran

Sabtu, Julai 31, 2021 14

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang semangat betul nak kongsi dengan anda semua berkenaan produk sambal yang cukup padu iaitu Sambal 7 Purnama daripada Dapoq Kodiang. Baru-baru ini pihak Dapoq Kodiang baru sahaja melancarkan produk terbaru mereka ini pada 25 Julai 20201 yang lepas. Menariknya tidak sampai 18 minit pelancaran, semua bekas Sambal 7 Purnama sudah habis dijual. Memang betul-betul laris!



Jadi, pihak Dapoq Kodiang sekali lagi akan menjalankan promosi 'Second Early Bird Promo' pada pukul 8 malam, hari Sabtu (31 Julai 2021) dengan menawarkan harga yang cukup murah iaitu cuma RM9 sahaja untuk setiap pembelian Sambal 7 Purnama. Lebih menarik lagi, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM1000 dan 100 hadiah misteri yang sangat berbaloi. Berminat nak sertai peraduan atau ingin tahu lebih lanjut, anda boleh klik link dibawah ini:

Dapoq Kodian Contest:



Hans sendiri bersemangat nak bagi tahu anda semua tentang Sambal 7 Purnama daripada Dapoq Kodiang ini bukan sebab Hans ini orang Kedah atau pun berasal dari Kodiang. Hehehe! Sebenarnya Hans sendiri telah mencuba Sambal 7 Purnama ini dan dengan gembiranya ingin berkongsi Lima Sebab Kenapa Sambal 7 Purnama Ini Laris Dijual di pasaran menurut pandangan Hans sendiri iaitu:


1)  Rasa sambal hijau yang memang cukup sedap. Tambah makan pula dengan nasi putih panas-panas. Memang betul-betul padu rasanya. Asalnya Hans goreng sebiji telur mata tetapi hampir-hampir terlupa tentang kewujudan telur mata dalam pinggan tu sebab sambal ini dah cukup untuk membuatkan Hans berselera makan. Hahaha!

2) Anda percaya tak kalau Hans cakap yang Hans sebenarnya tidak makan ikan masin tetapi Hans cukup suka ikan masin di dalam Sambal 7 Purnama yang seberat setengah kilogram dan penuh dengan isi ikan premium ini? Sumpah Hans sendiri pun terkejut sebab Hans seronok betul makan isi ikan premium di dalam Sambal 7 Purnama ini. Rasa lemak isi ikan tu memang buat Hans bersungguh-sungguh makan sampai menambah nasi lah tadi.


3)  Sambal 7 Purnama ini sebenarnya sangat mesra dengan kanak-kanak. Tetapi, bukannya bermaksud sambal ini tidak pedas. Rasa pedasnya masih ada tetapi berada di dalam kategori pedas yang sedap. Jadi, kalau anda makan nasi dengan Sambal 7 Purnama ini, tak perlu lauk lain pun tak apa sebab memang sudah terbukti sedap.

4) Sambal 7 Purnama ini dimasak rapi lebih daripada 5 jam tanpa menggunakan garam dan bahan pengawet. Jadi, memang boleh disimpan lama sebab sambal ini memang tahan.

5) Sambal 7 Purnama ini juga bukan semata-mata dimakan dengan nasi sahaja. Nak makan dengan roti boleh. Nak buat cicah ketupat atau lemang pun boleh. Ada yang makan dengan spaghetti tau. Macam Hans pula sangat suka jadikan Sambal 7 Purnama ini sebagai pes nasi goreng. Jimat masa nak sediakan bahan sebab boleh terus masak sahaja sambal ini di dalam nasi goreng. Rasanya memang terbaik!



Jadi, Hans yakin sesiapa sahaja yang membeli dan mencuba sendiri Sambal 7 Purnama daripada Dapoq Kodiang ini pasti akan terus jatuh cinta dan menjadi pelanggan setia mereka gara-gara kelazatan sambal ini yang dipenuhi dengan isi ikan premium yang cukup segar. Buat anda yang teringin untuk mencuba atau berminat untuk menjadi ejen Sambal 7 Purnama Dapoq Kodiang ini, anda boleh hubungi mereka melalui laman sosial yang Hans kongsikan dibawah. Selamat mencuba dan menjamu selera!


❤️PRODUK:
Sambal 7 Purnama Dapoq Kodiang

🛵PENGHANTARAN:
Seluruh Malaysia
.
📞WHATSAPPS UNTUK PEMBELIAN:

Instagram:

Facebook:


#SedapGilaBaqHang   #OnzTakOnz   #LebarkanRezq


Selasa, 27 Julai 2021

Perbaharui Takaful Dan Cukai Jalan Kenderaan Melalui Platform Atas Talian CAKNA

Selasa, Julai 27, 2021 68
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Memandangkan kita masih kekal berada di dalam keadaan pandemik Covid-19 yang semakin mengganas sejak akhir-akhir ini maka tidak dinafikan memang ramai pihak yang terjejas terutama dari segi pekerjaan mahu pun nilai pendapatan yang diperoleh setiap bulan. Jadi, salah satu perkara yang sering merungsingkan kita terutamanya mereka yang mempunyai kenderaan apabila ianya melibatkan takaful insurans dan cukai jalan atau sering kali kita panggil road tax yang sudah hampir tamat tempoh atau pun telah tamat tempoh tanpa kita sedar.


Biasalah nilai bayaran cukai jalan atau road tax ini bukannya murah. Jadi, keadaan sekarang menyebabkan ramai yang rasa terbeban dan tertekan untuk membayar cukai jalan mereka secara sekali gus disebabkan keadaan kewangan yang tidak stabil. Jadi, disini Hans sangat gembira untuk berkongsi dengan anda semua perihal satu platform atas talian yang mampu membantu anda menyelesaikan masalah ini iaitu CAKNA.


CAKNA MERUPAKAN PLATFORM TERBARU MEMBANTU MEMPERBAHARUI TAKAFUL DAN CUKAI JALAN KENDERAAN ANDA.

Untuk pengetahuan semua, CAKNA adalah satu platform baru yang menawarkan Pembayaran Ansuran Perbaharuan Takaful Dan Cukai Jalan Tanpa Faedah dengan potongan gaji selama setahun. Pembiayaan tanpa faedah Islamik ini sebenarnya berkonsepkan Qard UL Hassan untuk membeli takaful kenderaan dan membayar cukai jalan melalui potongan gaji selama satu tahun. Ianya merupakan satu usaha yang cukup baik, mudah dan sangat ringkas kerana anda boleh melakukannya hanya dari rumah sahaja.


BAGAIMANA MENGGUNAKAN CAKNA?

Kalau sebut sahaja pasal platform atas talian, sememangnya segala urusan menjadi sangat mudah dan cukup senang untuk menggunakannya. Jika anda menggunakan CAKNA untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan, anda hanya perlu:


2) Dapatkan Sebut Harga.

3) Pilih Pakej Takaful

4) Log Masuk Portal Cakna

5) Pilih Kaedah Pembayaran (3 jenis)

**Buatlah pilihan pembayaran yang bersesuaian dengan komitmen anda.


CAKNA BERKONSEPKAN QARD UL HASSAN YANG BEBAS RIBA'

Untuk makluman semua, CAKNA menawarkan pembiayaan mikro kredit berkonsepkan Qard Ul Hassan iaitu pembiayaan patuh syariah tanpa “faedah” dan bebas riba’. Ianya menawarkan Skim Pembaharuan Takaful dan Cukai Jalan (SPTC) melalui aplikasi digital yang dibangunkan oleh CMA Solutions Sdn Bhd dengan sokongan dan kerjasama Coshare Holdings Berhad sebagai sebuah agensi pemotongan gaji yang diiktiraf oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. 


CAKNA MENAWARKAN 3 KELEBIHAN UTAMA BUAT PARA PENGGUNA

1) Urusan sepenuhnya secara atas talian yang membuatkan segalanya menjadi lebih cepat, mudah dan ringkas.

2) Pembayaran mudah tanpa faedah.

3) Pembayaran mudah dengan potongan gaji dimana butir maklumat diri anda dilindungi.


TUTORIAL VIDEO PENDAFTARAN PENGGUNA BARU CAKNA


SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON CAKNA?

1) Kakitangan Kerajaan.

2) Kakitangan GLC yang telah mendaftar dengan Coshare Holdings Berhad untuk potongan gaji.

3) Kakitangan Syarikat Swasta


Jika anda berminat dengan tawaran daripada CAKNA ini, anda boleh dapatkan senarai sebut harga kenderaan anda dengan cepat, mudah dan murah di laman sesawang CAKNA dengan memilih pelbagai pakej yang ditawarkan. Anda juga boleh menghubungi pegawai khidmat pelanggan CAKNA melalui aplikasi Whatsapps untuk sebarang pertanyaan lanjut. Dibawah Hans kongsikan info laman sosial CAKNA untuk memudahkan urusan anda. Selamat memperbaharui Takaful dan Cukai Jalan kenderaan anda melalui CAKNA.

Laman Sesawang:

Instagram:

Facebook:


Ahad, 25 Julai 2021

Pengalaman Hans Terima Suntikan Dos Kedua Vaksin Sinovac

Ahad, Julai 25, 2021 42

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan para pembaca sekalian berkenaan pengalaman Hans menerima suntikan dos kedua vaksin Sinovac pada 23 Julai 2021 yang lepas bertempat di KLCC Convention Centre.



Alhamdulillah segalanya berjalan sangat lancar cuma Hans terlupa membawa satu benda sahaja iaitu Kad Peringatan Vaksinasi yang diberikan selepas selesai suntikan vaksin dos pertama yang lepas. Serius memang tak teringat langsung dan syukur sebab masih boleh menjalankan urusan menggunakan aplikasi MySejahtera. Jadi, Hans ingatkan semua bahawa barang-barang wajib yang anda perlu bawa ke lokasi untuk suntikan dos kedua vaksin anda ialah:


1) Kad Pengenalan

2) Kad Peringatan Vaksinasi

3) Telefon Yang Mempunyai Data Internet Yang Aktif

4) Pelitup Muka

5) Ubat-Ubatan (Jika Perlu) 


KAD PERINGATAN VAKSINASI


Hans tidak pasti bagaimana dengan lokasi suntikan vaksin lain tetapi proses Hans mengambil vaksin untuk dos kedua di KLCC Convention Centre ini teramat, teratur dan cukup efisyen. Sama ada orang sudah tidak ramai atau memang tidak terlalu banyak check point yang perlu dilalui membuatkan segala urusan berlangsung tidak sampai pun 20 minit. Paling seronok sebab kali ini Hans berpeluang untuk merakam sendiri proses suntikan vaksin Sinovac yang Hans terima ini dengan kerjasama yang cukup baik daripada para petugas yang terlibat.


Muka Ketat Pula Bila Jarum Masuk Dalam Lengan!


Hans sangat tertarik dengan prosedur suntikan kali ini dimana doktor yang terlibat memberi suntikan vaksin pada Hans bukan sahaja menunjukkan dan menerangkan tentang jenis vaksin serta jarum yang diisi vaksin berkuantiti 5ML sebelum disuntik tetapi juga menunjukkan jarum selepas disuntik. Jadi, secara tidak langsung ini membantu Hans untuk tidak bimbang tentang isu-isu yang sedang panas diperkatakan kini berkaitan vaksin angin yang diterima oleh beberapa individu yang tidak bernasib baik. Terima kasih kepada para petugas yang amanah dalam menjalankan tugas. Alhamdulillah!


VIDEO RINGKAS PENGALAMAN DISUNTIK DOS KEDUA VAKSIN SINOVAC DI SINI


Hans pasti mesti ramai yang teruja ingin tahu apa pula kesan sampingan yang Hans alami untuk suntikan dos kedua vaksin Sinovac ini. Apa yang pasti setiap individu mempunyai gejala yang berbeza tetapi apa yang Hans boleh kongsikan disini ialah Hans merasai beberapa gejala yang berlainan berbanding dos pertama sebelum ini iaitu:


1) Rasa lapar yang dialami berlaku dengan cukup cepat. Dalam beberapa minit sahaja disuntik terus membuatkan Hans rasa sangat lapar dan ianya berlarutan sepanjang malam. Macam-macam Hans makan tetapi tetap akan cepat berasa lapar. Hahahaha!


2) Rasa sakit cuma sedikit sahaja di tempat yang disuntik dan berbeza berbanding sebelum ini dimana Hans berasa kebas di seluruh bahagian tangan yang disuntik selama 30 minit.


3) Dalaman badan berasa panas bermula pukul 2 pagi sehingga Hans tertidur. Rasa panas ini bukannya seperti kita demam atau selepas makan durian. Hans sendiri susah nak cakap tetapi memang rasa panas di dalam badan dan Hans menganggap mungkin vaksin sedang berevolusi dengan apa-apa jenis antibodi yang ada di dalam badan. Rasa-rasanya lah. Hans bukan doktor! Hahaha!


4) Hari kedua vaksin pula Hans merasakan seperti sudah tiada apa-apa lagi gelaja yang Hans rasa semalam. Tiada lagi rasa lapar keterlaluan. Tiada rasa panas dalam badan. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin!



Jadi, Hans menasihatkan anda semua yang sudah lengkap divaksin sebanyak dua dos agar masih kekal mengamalkan SOP dimana sekarang ini sudah ada varian terbaru iaitu Delta yang sedang mengganas di seluruh dunia. Jadi, sentiasa kekal mengamalkan norma baharu! Buat anda yang baru sahaja mendapat panggilan untuk vaksin, Hans nasihatkan agar jangan takut untuk divaksin kerana secara tidak langsung anda membantu menyelamatkan orang-orang di sekeliling anda dan mewujudkan imuniti sihat selepas ini. Pastikan anda jangan mensia-siakan panggilan vaksin yang anda terima kerana ramai diluar sana yang mengharapkan mereka diberi vaksin secepat mungkin tetapi tidak berpeluang menerimanya lebih awal seperti anda. Selamat bervaksin! 


Ahad, 18 Julai 2021

Kambing Perap Mr Pepper : Masak 10 Minit Sahaja

Ahad, Julai 18, 2021 33

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans teruja nak berkongsi dengan anda semua berkenaan sebuah produk kambing perap yang cukup menarik dan lazat di pasaran dimana bukan Hans sahaja menyukai kambing perap ini tetapi juga ahli keluarga Hans sendiri iaitu Kambing Perap Mr Pepper.



Hans sebenarnya diperkenalkan dengan Kambing Perap Mr Pepper ini melalui seorang rakan. Pada mulanya Hans tidak menaruh harapan yang tinggi disebabkan terdapat banyak produk Kambing Perap di pasaran. Namun jangkaan Hans sangat meleset kerana Kambing Perap Mr Pepper ini memang menawarkan rasa yang sangat lazat, unik dan tidak berbau hamis kambing. Ini yang penting!



Produk Kambing Perap Mr Pepper ini didatangkan di dalam dua jenis pek yang berbeza beratnya dengan harga jualan yang sangat murah. Bayangkan kalau kita makan dekat kedai, satu pinggan lamb chop sahaja sudah berapa ringgit yang kita perlu bayar kan? Kalau beli Kambing Perap Mr Pepper ini serius memang sangat menjimatkan! 


KAMBING PERAP MR PEPPER 500 GRAM

Kuantiti:
Ada 4-5 Kepingan

Harga:
RM35

KAMBING PERAP MR PEPPER 850 GRAM 

Kuantiti:
Ada 6-8 Kepingan

Harga:
RM55 
**PROMOSI SEKARANG: CUMA RM49 SAHAJA


Apa yang paling penting bagi Hans ialah produk Kambing Perap Mr Pepper ini dihasilkan di kilang mereka sendiri dimana produk ini diiktiraf dan mempunyai pensijilan HALAL daripada JAKIM. Setiap proses penghasilan produk ini mengikut spesifikasi HALAL daripada JAKIM dan Mesti (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) daripada KKMJadi, Hans memang sudah tidak perlu risau lagi dari segi kebersihan kerana dari sekecil-kecil bahan mentah yang digunakan telah melalui pemeriksaan yang berkualiti daripada pihak JAKIM. 



Terdapat enam keistimewaan produk Kambing Perap Mr Pepper ini yang berjaya menawan hati Hans iaitu:


1) Sos perapan Kambing Perap Mr Pepper memang lain berbanding produk Kambing Perap yang sedia ada di luar sana. Selain rasanya yang sedap, sos perapan ini memang bersifat serbaguna dan Hans boleh gunakan sebagai pencicah tambahan untuk perapan bahan lain pula. Memang terbaik!


2) Daging kambingnya terbukti sangat lembut dan segar kerana produk ini menggunakan seratus peratus bahagian lamb shoulder. Selalunya kalau kita beli kambing perap lain di pasaran, produk tersebut banyak menggunakan bahagian daging (Mutton) semata dimana selalunya bahagian ini menawarkan tekstur daging yang sedikit liat.

3) Produk ini sangat mudah dimasak. Hans cuma perlukan 10 minit sahaja untuk memasak Kambing Perap Mr Pepper. Tak perlu susah-susah nak pergi pasar atau nak perap daging kambing ini dah sebab semuanya sudah tersedia. Hanya perlu masak dan boleh terus dimakan dengan riang gembiranya. Memang menjimatkan masa!

4) Risau kerana anda kurang kelengkapan memasak? Jangan risau kerana Kambing Perap Mr Pepper ini boleh dimasak dengan pelbagai cara. Anda boleh gunakan kuali, Air Fryer, Oven, Pressure Cooker atau tempat pemanggang daging untuk memasak produk ini. Hans sendiri menggunakan Pan Magic untuk memasak produk ini dan ianya memang betul-betul memudahkan kerja Hans.

5) Kuantiti kepingan daging kambing yang cukup banyak yang betul-betul berbaloi dengan harga jualannya. Memang susah nak jumpa produk Kambing Perap yang bagi banyak kepingan daging nih.

6) Pembungkusan yang menarik serta tahan lama kerana produk dibungkus dengan kaedah vakum yang membuatkan daging kambing lebih terjaga kualitinya.


PELUANG MEMENANGI IPHONE 12 PRO MAX DAN 5 HADIAH SAMPINGAN!!!


Pihak MR PEPPER ingin memberi hadiah iPhone 12 Pro Max serta 5 lagi hadiah sampingan kepada para pelanggan mereka yang bertuah. Anda berpeluang untuk menjadi pemenang jika anda mengikut setiap langkah yang Hans kongsikan dibawah ini:


2. Buat pembelian mana-mana produk MR Pepper.

3. Isi segala maklumat yang tertera di dalam Borang Penyertaan.

4. Like Facebook Page MR PEPPER untuk mengetahui perkembangan terkini.


Jadi, Hans memang seronok untuk war-warkan kelazatan Kambing Perap Mr Pepper ini kepada anda semua kerana rasanya yang memang sedap dan cuma perlu masak selama 10 minit sahajaBuat anda yang teringin untuk mencuba atau berminat untuk menjadi ejen Kambing Perak Mr Pepper, anda boleh terus hubungi HQ Mr Pepper melalui info yang Hans kongsikan dibawah. Hans yakin jualan anda mesti laku keras nanti bila anda sudah menjual kepada rakan-rakan dan para pelanggan nanti. Selamat mencuba dan menjamu selera!



“Mr Pepper, Kambing Perap SEDAP, LEMBUT, CEPAT DIMASAK Sepantas 10 minit!”


❤️PRODUK:
Kambing Perap Mr Pepper

🛵PENGHANTARAN:
Seluruh Malaysia
.
📞WHATSAPPS UNTUK PEMBELIAN ATAU MENJADI EJEN:

Instagram:

Facebook:


#mrpepper   #pepperians   #belikambingdapatiphone


Sabtu, 10 Julai 2021

Sambal Soksek Memang Sambal Belacan Yang Pedas Dan Padu

Sabtu, Julai 10, 2021 57

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang tidak sabar ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan sebuah produk sambal belacan yang berjaya membuatkan Hans berasa kagum dan cukup teruja dengan tahap kepedasan dan kelazatannya iaitu Sambal Soksek.   



Hans sebenarnya sedikit cerewet tentang kualiti dan rasa sambal belacan ini. Selalunya memang sukar untuk menemui sambal belacan yang menepati kriteria Hans apabila makan di restoran atau pun membeli makanan secara online. Ada sambal belacan yang rasanya terlalu manis dan teramat cair. Paling menyedihkan apabila bau sambal belacan yang Hans temui sebelum ini seakan-akan kurang enak sehingga membuatkan Hans memang langsung tidak menjamah walau sedikit pun. Jadi, apabila makanan yang dimakan tidak langsung terasa pedas dan sambal yang diterima tidak menepati piawaian anak tekak maka memang pengalaman menjamu selera tidak seindah seperti yang diharapkan. Jadi, Hans memang bersyukur kerana menemui produk Sambal Soksek yang memang menepati selera dan kepedasan yang Hans inginkan.



Secara jujurnya, Hans agak memandang enteng terhadap tahap kepedasan dan kelazatan Sambal Soksek ini pada awalnya. Hans ingat rasa pedas sambal ini cuma di tahap biasa sahaja. Tetapi, apabila pertama kami masuk ke dalam mulut memang Hans akui rasanya sangat menarik. Secara ringkasnya memang tahap kepedasannya buat Hans terangkat lah dan memang rasa sambal ini cukup sedap dan mengasyikkan. Serius sedap dan buat Hans puas!



Dibawah Hans senaraikan 5 Sebab Anda Wajib Beli Sambal Soksek ini iaitu:

1) Serius Hans sebenarnya sangat susah nak jumpa sambal belacan yang orang jual seperti Sambal Soksek ini. Selalunya sambal yang Hans jumpa agak cair dan terlalu manis sehingga menenggelamkan rasa pedas sambal. Bagi Hans sambal belacan sepatutnya pedas dan Sambal Soksek memang menepati citarasa Hans!

2) Rasa pedas, masin, masam dan manis yang ada pada Sambal Soksek ini memang ngam-ngam soi lah orang kata. Tak lebih dan tak kurang. Kiranya seimbang semua rasanya Jadi, Hans memang sangat berpuas hati menikmati makanan bersama sambal belacan ini. Kesegaran menikmati sambal belacan yang dibuat sendiri ini ibarat seperti baru sebentar tadi ditumbuk dengan lesung batu.

3) Pembungkusan Sambal Soksek ini sangat menarik dimana bekas plastik yang digunakan berbentuk tinggi ke atas. Jadi, memang mudah jika kita nak simpan di dalam peti sejuk beku kerana ianya menjimatkan ruang.

4) Sambal Soksek ini boleh tahan sehingga 6 Bulan jika disimpan di dalam peti sejuk beku. Jadi, anda tidak perlu lagi runsing atau pening kepala kerana sambal belacan ini dijamin tidak akan rosak atau basi.

5) Perkara paling menyeronokkan tentang Sambal Soksek ini semestinya ialah ianya sudah memudahkan kerja dapur anda. Jika si suami atau anak-anak teringin nak makan sambal belacan secara tiba-tiba maka anda tidak perlu bersusah payah lagi nak menumbuk cili dan belacan pakai lesung batu atau nak kisar dengan pengisar. Lagi seronok anda sudah tidak perlu susah-susah lagi untuk mencuci dan membasuh pengisar serta batu lesung.


Jadi, Hans memang tak rasa risau pun untuk war-warkan kelazatan Sambal Soksek ini kepada anda semua kerana Sambal Soksek ini memang sedap dan rasa pedas dia memang padu. Buat anda yang teringin untuk mencuba, Hans kongsikan info laman sosial dibawah untuk memudahkan anda semua menghubungi pihak mereka bagi urusan pembelian:


❤️PRODUK:
Sambal Soksek

🛣️ALAMAT:
Puchong, Selangor.

HARGA:
RM24.90

PROMOSI TERKINI:
RM45.00 Untuk 2 Botol

🛵PENGHANTARAN:
Seluruh Malaysia
.
📞WHATSAPPS UNTUK PEMBELIAN:

Instagram:

Facebook:


Rabu, 7 Julai 2021

Yiruba Food Basket Aid Campaign

Rabu, Julai 07, 2021 34

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kalau kita lihat dimana-mana kawasan di seluruh Malaysia ini memang kita tidak dapat nafikan terdapat ramai pihak sama ada berkeluarga mahu pun individu bujang mengalami kesukaran meneruskan kehidupan di era pandemik Covid-19 yang semakin mengganas ini gara-gara kehilangan kerja atau cuti tanpa bergaji ini.


Jadi, apabila kempen #BenderaPutih yang dijalankan oleh rakyat untuk rakyat sendiri dimana Hans melihat ianya membawakan satu objektif yang cukup baik untuk membantu mereka yang hilang punca pendapatan, wang yang disimpan semakin berkurangan, kerja diberhentikan, makanan terpaksa dicatu dan pelbagai lagi. Kempen #BenderaPutih ini telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh bersatu padu dan bantu-membantu antara satu sama lain walaupun berbeza latar agama, kaum dan sebagainya.


Jadi, Hans sangat berbesar hati untuk bersama-sama menyokong usaha murni Yiruba-EcommerceGETBATS dan Persatuan Pembangunan Jayadiri Selangor yang telah melancarkan Food Basket Aid Campaign ini pada 2 Julai 2021 yang lepas. Buat anda yang telah kehilangan pekerjaan, tiada pendapatan atau perlukan bantuan makanan, pihak Yiruba dengan murah hatinya bersedia untuk membantu anda.


Apa yang menariknya, jika anda sendiri melihat mana-mana rumah yang mengibarkan #BenderaPutih di kawasan kejiranan maka anda boleh terus hubungi pasukan Yiruba seperti yang tertera pada poster yang Hans kongsikan di atas. Jangan risau kerana bantuan mereka tidak terhad pada satu-satu kawasan sahaja tetapi ianya merangkumi seluruh Semenanjung Malaysia.


Kongsi, sebarkan dan war-warkan tentang Kempen Yiruba Food Basket Aid ini kepada rakan-rakan, keluarga atau jiran anda yang terjejas akibat pandemik Covid-19 supaya kita dapat memberikan mereka sinar kebahagiaan selepas sudah lama menderita dan terkesan dengan wabak ini.

YIRUBA: 

GETBATS: 

Persatuan Pembangunan Jayadiri Selangor: 



Selasa, 6 Julai 2021

5 Sebab Anda Wajib Beli Rendang Maman Mokde

Selasa, Julai 06, 2021 38

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang teruja nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu rendang yang terlazat di Malaysia iaitu Rendang Maman. Untuk makluman semua, Rendang Maman ini sangat terkenal terutamanya di Gemencheh dan Kuala Pilah dimana pokok Maman ini mudah dijumpai di sekitar kawasan tersebut. Disebabkan itulah masyarakat Negeri Sembilan sangat mahir untuk memasak daun maman ini dimana Hans dikhabarkan bahawa jika salah cara masaknya maka daun maman ini akan berasa pahit.



Sebelum ini Hans pernah sekali dapat mencuba rendang maman ini di sebuah sekolah kawasan Gemencheh. Itu pun sudah hampir enam atau tujuh tahun yang lepas. Jadi, rasa rindu nak makan rendang maman ini memang membuak-buak lah sehingga Hans ternampak sebuah iklan di garisan masa Instagram Hans yang menunjukkan Rendang Maman Mokde. Fuh! Hans memang teruja dan tak tunggu lama untuk mencuba.



Rendang Maman Mokde yang menampilkan SEKALI GHASO PASTI NAK LAIE sebagai slogan atau tagline mereka ini menjual dua jenis rendang maman untuk anda cuba iaitu:

1) Rendang Maman Ayam Telur (230 Gram) 

2) Rendang Maman Daging (200 Gram) 



Memang tepat betul slogan Rendang Maman Mokde ini. Sekali rasa pasti nak lagi! Selepas Hans menikmati Rendang Maman Ayam Telur yang sangat sedap, keesokannya Hans menikmati pula Rendang Maman Daging. Kedua-dua rendang maman ini memang buat Hans masak lebih nasi dan semestinya periuk nasi licin dikerjakan Hans seorang sahaja gara-gara penangan Rendang Maman Mokde ini. Sumpah sedap weh!



Dibawah Hans senaraikan 5 Sebab Anda Wajib Beli Rendang Maman Mokde ini iaitu:

1) Rasa Rendang Maman Mokde ini betul-betul padu. Maklum sahaja lah dihasilkan daripada air tangan orang Negeri Sembilan. Memang rasa pedas, masin, lemak dan segala rasa yang patut ada dalam rendang maman sejati ini boleh dijumpai di dalam Rendang Maman Mokde yang cukup lazat. Sumpah memang Hans puas hati makan Rendang Maman Mokde ini. Terbaik!

2) Hans baru dapat tahu bahawa ada cara untuk memasak daun maman ini. Kalau orang yang tak pandai masak daun maman maka nanti bila makan kita akan terasa sangat pahit. Tetapi, menariknya disini ialah Hans langsung tak rasa sebarang kepahitan apabila makan daun maman di dalam Rendang Maman Mokde ini. Jadi, terbukti Rendang Maman Mokde ini dimasak dengan cara yang betul dan menghasilkan rasa yang sangat sedap!

3) Kuantiti Rendang Maman Mokde di dalam setiap pek juga sangat bersesuaian dengan harga jualannya. Serius berbaloi anda beli!

4) Rendang Maman Mokde ini tahan lama. Anda boleh letak Rendang Maman Mokde ini di luar dalam satu hingga dua minggu lamanya. Kalau rasa lambat lagi nak makan, anda boleh simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku dan Rendang Maman ini boleh tahan sehingga enam bulan lamanya. Memang seronok buat stok makanan sebab tahan lama!

5) Kualiti pembungkusan pek Rendang Maman Mokde yang bagus serta cara penyediaan yang cukup mudah membuatkan ianya sangat berbaloi untuk anda beli. Cuma perlu direndam atau dimasak di dalam air yang panas dalam beberapa minit. Kemudian sudah boleh dihidang dan dijamah beramai-ramai.

Video Rendang Maman Mokde Sedang Dimasak


Jadi, kepada anda semua yang rindu nak makan Rendang Maman Mokde yang sedap ini atau buat anda yang teringin untuk mencuba, Hans kongsikan info laman sosial dibawah untuk memudahkan anda semua menghubungi pihak mereka. SEKALI GHASO PASTI NAK LAIEEE!! 



❤️PRODUK:
Rendang Maman Mokde

🛣️ALAMAT:
Gemencheh, Negeri Sembilan.

PRODUK & HARGA:
Rendang Maman Ayam Telur (230 Gram) : RM15
Rendang Maman Daging (200 Gram) : RM18

🛵PENGHANTARAN:
Seluruh Malaysia
.
📞WHATSAPPS:

Instagram:

Facebook:



Isnin, 5 Julai 2021

Infinix Mobility Limited Akan Melancarkan Inovasi Terkini Hot 10S di Malaysia

Isnin, Julai 05, 2021 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Memandangkan sekarang ini banyak masa kita dihabiskan di rumah jadi pasti ada antara kita yang sering berasa bosan kerana tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan. Macam Hans pula bila terasa bosan selalunya Hans akan main permainan video di telefon. Namun, Hans faham ada antara pembaca yang sebenarnya teringin atau memang suka bermain permainan video tetapi ada masalah dimana telefon yang anda gunakan sekarang tidak menyokong format aplikasi permainan video terkini.

 


Jadi, anda tidak perlu risau lagi kerana kini sudah ada model telefon pintar yang sememangnya didedikasikan khas untuk permainan video dan hiburan yang akan dilancarkan dengan casing telefon eksklusif dan penutup belakang kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) iaitu sebuah model baru berjenama teknologi global Infinix yang dinamakan Hot 10S.


Infinix telah mengumumkan pelancaran inovasi terbaru mereka, siri Hot 10S di Malaysia pada 13 Julai 2021 dimana model terbaru ini akan dilancarkan secara eksklusif di Shopee. Jadi, anda boleh mula ‘add to cart’ model telefon pintar siri Hot 10S ini pada 7 Julai 2021 kerana ia bukan sekadar menarik dan ditawarkan dengan harga yang berpatutan tetapi turut mempunyai penambahan baru kepada model terkini ini



Siri Hot 10S yang dinanti-nantikan ini membolehkan pengguna bermain permainan video dengan lancar dan dapat mengikuti trend terkini dengan lebih mudah. Model ini sememangnya istimewa untuk peminat teknologi, pengemar permainan video, pelajar, dan generasi muda yang akan datang.


Untuk memeriahkan lagi pelancaran di kalangan peminatnya, Infinix dengan kolaborasi permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) telah mencipta penutup belakang telefon bimbit edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB serta casing telefon MLBB estetik yang didedikasikan untuk siri Hot 10S. Infinix akan mendedahkan lebih banyak lagi maklumat tentang spesifikasi telefon dan ciri-ciri pada hari pelancaran tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai siri Hot 10S atau jika anda sudah tidak sabar lagi untuk ‘add to cart’ model ini di laman sesawang Shopee, sila layari laman sosial di bawah dengan segera:


Website:

Facebook:

Instagram:

Shopee Official Store:

#infinixmalaysia #hot10s #xtrachunxtrahot #bettergamingexperience #longerbatterylife #incrediblecamera

Mudah Memasak Dengan Sambal Tumis Serbaguna Dan Daging Asam Bella Meals

Isnin, Julai 05, 2021 18

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang mudahnya memasak dimasa kini dengan menggunakan produk Sambal Tumis Serbaguna dan Daging Asam daripada Bella Meals. Menariknya buat pertama kali di dalam hidup Hans memasak Sambal Sotong Petai menggunakan Sambal Tumis Serbaguna ini. Alhamdulillah hasilnya menjadi, lazat dan mendapat pujian rakan-rakan yang menikmatinya.



Kalau Hans yang setahun sekali masuk dapur pun berjaya memasak dan menyediakan sambal sotong petai dengan jayanya menggunakan produk Sambal Tumis Serbaguna ini, Hans yakin anda juga pasti mampu memasak dengan lebih sedap menggunakan produk daripada Bella Meals yang berkualiti ini. Paling penting produk-produk yang dijual oleh Bella Meals ini adalah halal.



Sekarang memang mudah nak memasak. Pilih sahaja nak memasak sambal sotong, sambal udang, sambal ikan bilis mahu pun sambal telur, semuanya mudah dengan adanya Sambal Tumis Serbaguna ini. 



Cara nak memasak sambal sotong petai menggunakan sambal tumis serbaguna ini pun sangat mudah. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah dibawah:

1) Panaskan sambal tumis serbaguna ini di atas kuali sehingga sambal tumis pecah minyak.

2) Masukkan sotong, udang, telur atau ikan bilis ke dalam kualiti. Masak dalam 3 hingga 5 minit.

3) Kemudian masukkan biji petai ke dalam masakan. Kacau sehingga sebati. Masak dalam 3 hingga 5 minit lagi.

4) Sedia untuk dihidang di atas meja.



Mudah kan? Jadi, disini Hans kongsikan ulasan jujur Hans untuk produk Sambal Tumis Serbaguna daripada Bella Meals ini:
1) Rasa sambal memang sedap. Hans sangat berpuas hati sebab sambalnya memang pekat dan tiada campuran air. 
2) Pek bungkusan yang kecil sangat membantu Hans untuk menyimpan sambal tumis ini di dalam peti sejuk. Sangat jimat ruang!
3) Sambal Tumis Serbaguna ini diakui memang tahan lama. Jadi, anda tidak perlu risau jika bukannya seorang yang kerap ke dapur untuk memasak.
4) Harga produk ini sangat berpatutan dengan kualiti dan kuantiti sambal tumisnya.


Selain itu, Hans juga tertarik dengan produk Daging Asam yang dijual oleh Bella Meals ini. Secara jujurnya, ini adalah pertama kali Hans mendengar tentang menu Daging Asam dan sememangnya Hans teruja untuk menikmati menu unik ini. 


Cara penyediaan Daging Asam ini juga sangat mudah. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah dibawah:

1) Nyahbeku (defrost) Daging Asam terlebih dahulu.

2) Panaskan daging asam di atas kuali dengan api yang sederhana.

3) Masak daging asam dalam 5 hingga 8 minit bergantung kepada citarasa tekstur daging anda.

4) Boleh juga dimasak bersama cendawan atau sayur hijau jika anda suka.

5) Sedia untuk dihidang di atas meja.



Sangat mudah menyediakan menu lazat ini kerana Daging Asam tersebut sememangnya sudah disiapkan dengan perapannya seperti bawang, cili, asam dan sebagainya. Jadi, anda hanya perlu panaskan sahaja. Hans kongsikan ulasan jujur untuk produk Daging Asam daripada Bella Meals ini:
1) Buat sesiapa yang sukakan rasa yang masam-masam seperti tomyam pasti akan menyukai hidangan Daging Asam yang menarik ini. Tips Hans ialah anda mesti makan daging asam ini bersama nasi putih yang sedang panas. Memang surrr!
2) Sangat mudah untuk dimasak dan disediakan kerana daging asam ini sudah lengkap dengan semua bahan dan rempah ratusnya.
3) Produk daging asam ini sangat mudah disimpan, di nyah beku dan dimasak kerana saiz bungkusannya yang kecil dan berkualiti tinggi.
4) Kuantiti isi daging di dalam setiap paket memang berbaloi dengan harga jualannya.



Serius anda semua yang sedang membaca sekarang wajib beli dan rasai sendiri keenakan Sambal Tumis Serbaguna dan Daging Asam daripada Bella Meals. Hans yakin anda pasti tidak akan akan menyesal kerana setiap produk mereka memang mudah digunakan dan menawarkan rasa yang tidak mengecewakan. 



Dibawah Hans kongsikan info dan laman sosial sebagai rujukan anda untuk memudahkan urusan tempahan dan pembelian. Selamat menjamu selera!


❤️SYARIKAT:
Bella Meals

PRODUK & HARGA:
Sambal Tumis Serbaguna (RM8.50)
Daging Asam (RM14) 
.
🛵PENGHANTARAN:
Seluruh Malaysia
.
📞WHATSAPPS:

Instagram:

Facebook: