Filem Setem -> Berilah Sokongan Kepada Karya Hebat Dari Khabir Batia

Aku menjadi antara penonton terawal filem terbaru arahan pengarah kesukaan aku, Khabir Batia iaitu SETEM. Kalau selalu kita melihat Khabir Batia lebih terarah untuk membuat filem berunsurkan cinta dan berat tetapi kini beliau tampil dengan elemen lebih segar dan menyakinkan dengan filem terbaru beliau ini. Tengok poster bawah tu!!

Filem ini mengisahkan tentang dua orang sahabat(Rashidi & Aflin) yang mempunyai kemahiran mencuri dan mereka dipaksa mencuri setem yang bernilai US4 juta oleh Tuan Rumah Harapan(Aziz Sattar) untuk membantu beliau mempertahankan Rumah Harapan itu dari dijual. Diwaktu yang sama, ramai lagi yang mahukan setem terbabit iaitu kumpulan Piranha, kumpulan Tosai serta manusia - manusia lain yang terlibat secara tidak langsung.

Macam biasa, aku sangat suka teknik penggunaan kamera dan sinematografi setiap filem arahan beliau kerana bagi aku ia amat unik dan mengagumkan aku. Ternyata Khabir tidak mensia - siakan keistimewaan yang sentiasa ada di dalam filem - filem beliau ini kerana memanfaatkan sudut kamera dengan sebaik mungkin seperti adegan di dalam bonet kereta. Tahniah kepada sesiapa yang terlibat dalam bahagian ini.

Dan satu lagi yang aku suka tentang filem ini kerana jalan ceritanya tidak membodohkan atau stereotaip seperti filem 'prof' Razak Mohaideen kerana jalan ceritanya memang sangat mengagumkan dan komedi yang cuba dipaparkan dalam filem ini tidak memaksa penonton untuk ketawa kerana dengan sendirinya penonton akan tertawa dengan setiap dialog yang disampaikan oleh para penontonnya terutama dialog dari Aflin, Que Haidar dan Sathia. Cuma sedikit kecewa kerana terdapat satu watak sampah @ sakai dalam cerita ini pada permulaan cerita iaitu manusia yang tidak sedar diri. Tetapi, yang bagusnya watak di dalam filem ini memang sesuai dengan watak sebenar beliau yang memang dikenali orang sebagai manusia yang bodoh. Hahaha.

Kepada korang semua yang belum menonton filem ini, aku rasakan tak rugi untuk menghabiskan duit untuk menonton filem ini. Dan kepada pencinta filem Melayu yang tidak mahu dibodohkan dengan filem - filem kosong seperti 'Prof' Razak, inilah masanya untuk anda menyokong filem tempatan. Semoga filem ini box office. Amin!!!

P/S : 4 Setengah Bintang....

P/S Lagi : Filem Yang Hebat Tetapi Penonton Kurang...Apa Sudah Jadi Dengan Penonton Di Malaysia??


14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. i dh tgok pratonton filem ni awal bln 7 aritu..
    mmg dh jangka ramai org akan minat ngan citer ni...
    coz sgt jauh berkualiti berbanding filem "Prof" tu..

    BalasPadam
  2. aku pun peminat filem khabir bhatia weh!

    sapo watak sampah tu? mai abaq kt aku. nk tawu gk sapo.

    BalasPadam
  3. mula2 aku anggap ni mungkin filem biasa.


    tapi slepas dgr nama khabir batia, aku trkejut. ha? dia direct crita cmni?


    aku trus mahu tgk. tapi.

    xde geng nk pgi brsama. adui.

    BalasPadam
  4. saya dah gak tadi..
    tapi sedig bro..
    berapa kerat je dalam panggung..
    rasa x sampai 30 orang kut~

    by da way..
    salam ziarah bro..
    nice blog..

    BalasPadam
  5. tahniah kerana menjadi penonton setem yang terawal. dan ulasan yang menarik.harap memang menarik. kt astro lama lagi tak nak kuar? hehehe.

    BalasPadam
  6. Duke Luce Dell'amore(panjang betul nama ko..haha) : orang yang minat hanya orang yang mahu mengubah minda jer..coz masa aku tgok tak ramai pun orang dalam panggung tu...padahal crita dia best giler kut...

    Pikato Ezora : siapa lagi kalau bukan si SAKAI,Azwan Ali...nasib watak dia dalam tu watak manusia bodoh..kira betul lah tu...kena dengan dia..

    Ezul : tgok sorang2 sudah..perlu geng kah?dah nama seniman kan? so, mestilah menjadi pengarah kepada pelbagai jenis genre filem..

    Noor Afzan : itulah..filem yang bagus tak ditonton tetapi filem sampah juga masyarakat malaysia suka menonton

    Omar Khayam : tak sama menonton di Astro dan di GSC...lain perasaannya

    Zack : Wajib!!

    BalasPadam
  7. mamma mia! : memang best..gi lah tgok

    BalasPadam
  8. hahaha..panjang skit je nama aku tu!

    dulu aku pun xminat filem melayu sbb asik tgok filem2 "CELAKA" hasil pengarah tersohor bergelar "PROF" tu r..

    tp since Yasmin Ahmad Afdlin & Kabir Bhatia wat filem,i start tgok blk..dowg ni pengarah2 terhebat! tp syg,produk dowg xpopular coz kurang publisiti berbanding produk HANCUR "Prof" tu...

    BalasPadam
  9. Tumpang lalu hehe,

    Aku baru jerk tgk cite nie,
    bleyh thn ar...
    Keadaan wayang... Sket sgt manusia... hahaha, dah agak dah...

    Jalan citer dier sedap... Mmg memuaskan ati aku nie.. haha
    Aku suke AhLong tuh... org utara ka?
    Pastu Dia masukan mat-2 rempit... Hahaha...

    Kalo kita kaji balik, citer dier cam pusin-2 jerk ek... Hukum karma ek? Cian Jo.... hahaha

    K Ar, x nak plak gile kose kat sini..
    Ne Way, Salam kenalan :D

    BalasPadam
  10. Tumpang lalu hehe,

    Aku baru jerk tgk cite nie,
    bleyh thn ar...
    Keadaan wayang... Sket sgt manusia... hahaha, dah agak dah...

    Jalan citer dier sedap... Mmg memuaskan ati aku nie.. haha
    Aku suke AhLong tuh... org utara ka?
    Pastu Dia masukan mat-2 rempit... Hahaha...

    Kalo kita kaji balik, citer dier cam pusin-2 jerk ek... Hukum karma ek? Cian Jo.... hahaha

    K Ar, x nak plak gile kose kat sini..
    Ne Way, Salam kenalan :D

    BalasPadam
  11. Duke Luce : haha..tak apa...teruskan sokongan ko pada local film...

    Arif Honey Bear : owh,yg ketua Geng Piranha tu ker? okay jer dia cakap utara..maybe asal utara kut..haha..lawak kut..ketua kongsi gelap yang paling otai mati dengan budak - budak mat rempit..haha..thanks comment blog aku..

    shalmadrep : comment yg sama..adakah arif honey bear dan shalmadrep orang yg sama?

    BalasPadam
  12. Saya dah tengok cerita setem nih...memang boleh realease tension...lawak pun ada, tembak menembak pun ada, siasat pun ada...pokoknya memang best lah..tak rugi tengok.
    Saya memang suka khabir batia punya cerita...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama