Review Filem : Aku Tak Bodoh Memang Tak Bodoh! Love F.A.M.I.L.Y!


Filem:
Aku Tak Bodoh

Pengarah:
Boris Boo

Genre:
Komedi & Keluarga

Pelakon:
Amy Mastura, Riezman Kuzaimi, Namron, Wan Noor Aizzat, Suhaiiri Sunari,
Rohaizat Hassan, Jalaluddin Hasan & Adibah Noor


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang keluarga seorang kanak - kanak lelaki bernama Jefri yang berusia 8 tahun dan mempunyai seorang abang bernama Roy yang berusia 16 tahun. Mereka hidup dalam kemewahan tetapi merasakan tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang cukup daripada kedua ibu bapa mereka. Bapa mereka bekerja sebagai seorang pengaturcara computer manakala ibu mereka pula ialah seorang editor majalah yang sentiasa sibuk dan sering kali tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak mereka.

Ibu bapa mereka sentiasa mengkritik dan tidak pernah memuji walaupun perkara yang mereka buat itu adalah baik dan mengagumkan. Semua yang dibuat mereka pasti dikatakan tidak betul. Roy mula memberontak dan beliau juga mempunyai seorang kawan, Sudin yang juga senasib dengan beliau. Cuma bezanya ialah Sudin berasal daripada keluarga yang miskin. Oleh kerana tidak tahan dengan desakan dan kerenah ibu bapa mereka akhir mereka terjebak dengan pergaulan kurang sihat bersama budak - budak samseng jalanan.

Masalah menjadi semakin besar apabila Roy dan Sudin sudah berani menjadi pencuri dan ditangkap oleh 'polis'. Jefri juga sudah melakukan satu kesalahan yang membangkitkan kemarahan besar ibu dan ayahnya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah keluarga Roy akan bersatu kembali? Adakah Sudin akan berbaik semula dengan ayahnya? Adakah mereka semua akan bahagia?

Saksikan filem Aku Tak Bodoh di pawagam berhampiran anda.


Ulasan H.P.B Blog

Filem ini adalah adaptasi daripada filem I'm Not Stupid namun diolah berdasarkan budaya tempatan masyarakat Malaysia. Aku tidak penah menonton filem I'm Not Stupid jadi aku tidak boleh membuat perbandingan yang mana satu lebih menarik. Jadi, aku menontonnya tadi dengan berfikiran neutral tanpa mahu membandingkan atau mencari kelemahan dan kekuatan. Hehehe!

Pada awal permulaan filem hati aku sudah digeletek dengan dialog yang lucu. Bagi aku kekuatan filem ini adalah jalan ceritanya serta mesej yang cuba disampaikan kepada penonton dan untuk menyokong kekuatan ini maka setiap pemegang watak haruslah memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan setiap karakter mereka dan terbukti mereka berjaya. Tahniah!

Filem yang langsung tidak membosankan bagi aku! Mampu membuat aku ketawa dan sedih serta dalam masa yang sama mesej - mesej yang mahu disampaikan itu sampai kepada aku. Mungkin dialog serta perlakuan di dalam filem ini bagi sesetengah babak agak kasar dan tidak baik untuk tontonan kanak - kanak seperti melawan cakap orang tua atau guru tetapi filem ini tidak membiarkan babak seperti itu habis begitu sahaja. Pasti akan diselitkan kenapa terjadi begitu dan cara untuk mengelakkannya atau menyelesaikannya jika diamati betul - betul.

Elemen kekeluargaan sangat kuat di dalam filem ini dan mungkin kerana aku juga rapat dengan keluarga maka apabila tibanya adegan yang menyentuh emosi dan babak itu berjaya menyentuh hati aku. Jika aku wanita mungkin air mata sudah jatuh menyembah bumi agaknya. Apa - apapun, tahniah untuk filem Aku Tak Bodoh kerana filem ini memang tak bodoh dan langsung tidak membodohkan aku sebagai penonton!

Walaupun mungkin ada sedikit kelemahan atau babak lucu yang tidak lucu namun biasalah kerana setiap filem tidak akan sempurna. Filem ini sebenarnya ringkas. Sebelum menonton pun orang pasti tahu apa filem ini cuba sampaikan tetapi hakikatnya ramai yang tak pernah mengambil berat tentang hubungan kekeluargaan. Itulah kebenarannya. 

Jadi, daripada 5 bintang aku memberi filem ini 5 bintang kerana aku sangat suka filem ini. Tahniah sekali lagi kepada pelakon dan semua krew produksi filem ini! Memang tak rugi aku menonton dan selamat menonton kepada semua! Kalau aku ada duit lebih nak jer aku tengok lagi sekali filem nih! Layan!


 Antara Babak - Babak Di Dalam Filem ATB:


Mengingatkan Zaman Aku Sekolah


Babak Nih Paling Lucu Bagi Aku


Kadang - Kadang Kita Tak Tahu Nak Tunjukkan Kasih Sayang Kita


Babak Ganas Nih


Babak Nih Sangat Menyedihkan. Tahniah Adibah Noor!


 Aeril Zafrel Nih Dalam Babak Lawan - Lawan.
Macam Ong Bak Pun Ada. Hohoho!


F.A.M.I.L.Y = Father And Mother..I Love You!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

47 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Wowww!!! 5 bntang tuh!! Msti best kan Hans...Ni nak teruja nak tgk..Tpi nak tgk gak Hantu Kak Limah...tuuu...Best tak agak2nye?

    BalasPadam
  2. memang best.silalah tengok.filem macam nilah melayu patut buat.yang punya moral.bukan filem yg menghabiskan duit tapi nilainya haprak!~

    nway, nam ron is the best.teater dia semua best!!!!!!

    BalasPadam
  3. betul2!
    sedih mase part adibah noor
    diew sgt2 pndai bab maenkan ayat tue...

    abg hans..
    I LOVE U!
    (INGT X DIOLG NIE DL CITE NIEYH>??

    BalasPadam
  4. thanks abour review nie...mengubah persepsi sy trhadap filem nie =)

    BalasPadam
  5. crita ni ringan..
    ssuai utk tontonan ngn kluarga

    BalasPadam
  6. isk isk ramai dah buat review tak tgk lagi ni. hish

    BalasPadam
  7. betol tak aq ckp arituh? tak rugi kalo g tgk.. =)

    BalasPadam
  8. betul.. sgt best..

    dialog ayah kepada anak..
    I LOVE U!

    penuh makna...

    BalasPadam
  9. bro, baca ulsan ko nih macam best je filem ni
    ni buat ak nk pi menonton
    weekend ni kena pi tgk ni


    salam maal hijrah
    jom berhibur sempena maal hijrah : http://penaberkala.blogspot.com/2010/12/hiburan-sempena-maal-hijrah.html

    BalasPadam
  10. macam hebat je neyh! nak tengok! nak tengok!!!!

    BalasPadam
  11. hoho..da kluar kee~ tringin nak tgok~

    BalasPadam
  12. kene p tgk ni. tp cm nak tgk aku masih dara la pulak

    BalasPadam
  13. ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Menyambut Maal Hijrah
    1431H/2009-2010M.
    MEMANTAP UKHUWAH, MEMPEKASA UMMAH.
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

    Salam kunjungan salam ziarah…. ramai yang kata filem ni patut diberi pujian..... tak bodoh pun ..... mmg akhir tahun ni banyak filem melayu bertaruh nasib di pawagam.... best gilerrr

    BalasPadam
  14. hmmm, memandangkan amy mastura yg berlakon, maybe akan pegi tonton gak nnt. :)

    BalasPadam
  15. oh cerita ini lah yg disebut2kan tu
    marah sampai x dpt nk tgk citer neh hehe
    nk g tgk gak r
    abg hans belanje :P

    BalasPadam
  16. kak amy berlakon..mesti best.dh lama dia x berlakon filem..

    BalasPadam
  17. 2 cite lawak bermakna keluar tarikh dkt2.. ngangkung terbaik. cite ni pon the best gak.. hoho

    psst:: kacak lah aeril zafrel ni haha

    BalasPadam
  18. ko bagi 5 bintang daripada 5 bintang??? cam best giler je..

    kena tengok nih..

    BalasPadam
  19. tengok trailer macam best.
    baca review ni..lagi rasa best.
    tapi tak bestnya..kat sini takde panggung :(

    BalasPadam
  20. menarik . lagi2 si aeril zafril yg hnsem tu . hehe

    BalasPadam
  21. nmpk mcm cter lwk...
    aku x nk baca sinopsis dia selagi aku x tgk cter tu coz nty x syok la bila tgk kat cinema aku dh tau jln cter...

    BalasPadam
  22. rajin betul ko buat review filem2 kan..ni mesti kaki wayang ni~

    BalasPadam
  23. gue rasa nak gi tgk skali lagi la..
    heheee

    BalasPadam
  24. hehe... nanti bole try tgk ...

    BalasPadam
  25. aku tunggu dvd cetak rompak dulu bro..ikutkan hati pergi wayang tapi mak tak kasi...(walaupun pernah tgk curi2.).. hahahha... best ek?? hehe

    BalasPadam
  26. owwwhhhh..best ka?
    huhuhuhuhu..

    nak layan jugak...
    lallallallaa

    BalasPadam
  27. wah..nak tengok la nnti..nmpak cm best..
    tengok wayang buat kali ke2.. kikikiki...

    http://since-8-july.blogspot.com/

    BalasPadam
  28. I have infer from a few of the articles on your website at this very moment, and I really like your line of blogging. I added it to my favorites entanglement page list and will be checking assist soon. Will repress out my position as highly and leave to me be familiar with what you think. Thanks.

    BalasPadam
  29. Blanja aku tengok wehhhhhhhh!

    F.A.M.I.L.Y = Father And Mother..I Love You! aku nak tiru!!!!!

    BalasPadam
  30. mcm best. aku suka adibah noor, ulalak

    BalasPadam
  31. macam best jerk.. berkobar-kobar rase nak tgk..

    hati ngah berdebar-debar ni

    BalasPadam
  32. kau kasi 5 bntang ehh..
    ak kene p tngok ah bila balik kampus nti..cnie xde wayang ahh..

    BalasPadam
  33. cerita yang agak menarik.. keluarga lebih penting dari segalanya

    BalasPadam
  34. cite ni memang best.. aq pon bg 5 bintg.. hehehe

    BalasPadam
  35. okei.da baca. ^^

    setakat ni aku jmpa review sume kasi 5 bintang. bagus2 (ceh, macam filem aku plak) :P

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama