Lagu Hari Raya

Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca blog Hans sekalian. Usai kemunculan Hari Raya Aidilfitri semakin dekat maka bermulalah 'peperangan' lagu - lagu hari raya di corong - corong radio, televisyen serta pasaraya - pasaraya yang menawarkan pelbagai jenis melodi dan tema.




Jadi, mesti korang semua ada lagu raya pilihan hati masing - masing bukan? Mungkin ada yang meminati lagu raya yang berjiwa ceria atau pun melankolik seperti dibawah ini :-


1) Selamat Hari Raya - Saloma
2) Sesuci Lebaran - Dato Siti Nurhaliza
3) Dendang Perantau - P.Ramlee
4) Selamat Hari Ray - Sudirman
5) Suatu Hari Di Hari Raya - M.Nasir
6) Aidilfitri - Sanisah Huri
7) Selamat Berhari Raya - Rahimah Rahim
8) Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat
9) Suasana Hari Raya - Anuar Zain dan Ellina
10) Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone
11) Dan banyak lagilah lagu - lagu raya pilihan korang semua kan!


Seperti aku pula rasanya saban tahun citarasa terhadap lagu raya ini akan berubah. Bukanlah bermakna apabila pada tahun ini aku sukakan Lagu A maka pada tahun hadapan apabila aku sukakan Lagu B maka aku lupakan Lagu A cuma tahap kesukaan aku terhadap lagu - lagu raya tu berbeza - beza mengikut peringkat umur. Seperti contoh :-


Lagu Hari Raya Pilihan Pada Usia 5 Tahun


Saloma Menyanyi : Dam dam dum! Bunyi mercun! Kepada saudara serta saudari! Jangan main mercun nanti putus jari!!

Hans Kacak : Yeyeyeyeye! Suka lagu raya nih! Esok raya!

Mak : Lagi seminggu lagi lah nak raya!! Atuk hang pun tak umum lagi bila raya dekat televisyen tu!! Memandai hang ja esok raya!!

Hans Kacak : Yeyeyeyeyeye!! Esok raya!! (buat -buat tak dengar)


Lagu Hari Raya Pilihan Pada Usia 10 Tahun


M.Nasir Menyanyi : Satu hari di hari raya! Dua hari pun hari raya! Tiga hari pun hari raya! 30 hari pun hari rayaaaaaaaaaa!!!

Hans Kacak : Yeyeyeyeyeye! Suka sangat lagu raya M.Nasir nih!! Tak sabar nak kutip duit raya!!

Kawan Hans : Bukan kau suka lagu Saloma tu ker?

Hans Kacak : Lagu tu aku suka juga tapi sekarang aku suka lagu M.Nasir nih! Memberi semangat aku kutip duit raya sepanjang raya!!


Lagu Hari Raya Pilihan Pada Usia 15 Tahun


Siti Nurhaliza Menyanyi : Sesuci...suci suci suci...Sesuci...Hati nuraniiiiiiiii!! Sesuci...suci suci suci...

Hans Kacak : Yeyeyeyeyeye!! Suka sangat lagu nih! Dah nak raya dah!!

Kakak : Aik, bila masa pula suka lagu raya Siti nih?

Hans Kacak : Jemu lah asyik dengar lagu raya lama jer!! Lagu Siti nih best apa!! Sesuci....suci..suci...!


Lagu Hari Raya Pilihan Pada Usia 17 Tahun


P.Ramlee Menyanyi : Di hari rayaaaaaaa....terkenang daku kepada si lisaaaaa...kampung ku indah nun jauh disanaaaaa...

Hans Kacak : Sedihnyaaaa!! Bilalah nak balik kampung berhari raya nih!

Kawan Hostel : Nak sedih buat apa! Esok dah nak balik kampung kut! Lagi pun kau dekat Perlis jer sekarang!! Bukan dekat England punn!! Tiket bas pun kau dah beli sebulan sebelum raya kan?? Aiyooo!!

Hans Kacak : Sibuk lah kau! Biarlah aku nak layan jiwa kejap!! Sibukk!! Di hariiiii rayaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....(menjerit - jerit menyanyi)


Lagu Hari Raya Pilihan Pada Usia 20 Tahun


Black Dog Bone : Bilaaaaaaaa tibaaaa hariiii rayaaa....semua insan bergembiraaaaaaaaaaa.....tetapi bagikuuuu....hanya kesedihannnn...

Hans Kacak : Bila tibaaaa hariii rayaaaaaa...semua insan bergembiraaaa(ikut menyanyi)...

Budak Rumah : Kau nih!! Orang lain nak gembira sambut raya kau pula pasang lagu sedih - sedih!! Tukar lah!!

Hans Kacak : Aku nyanyi tak sedih pun!! Arghhh!! Aku suka lagu nih!! Bilaaaaaaaaa tibaaaaaaaaaa hariii rayaaaaaaaaaaaa...(sambung menyanyi)


Lagu Hari Raya Pilihan Pada Usia Sekarang


Rahimah Rahim Menyanyi : Selamatttt berhariii rayaaaaa....ucapan ku untukkk semuaaaaaa!!

Hans Kacak : Yeahhhhh!!! Nyanyi lagiii!! Yeyeahhhhhhh!!! Dalam kita bergembiraaaaa!!! Pasti ada yang berdukaaaaa!!

Mak : Duka tak duka! Jom tolong mak buat biskut raya!! Hari tu hang juga beriya - iya nak buat sendiri! Mak nak tempah tak bagi!!

Hans Kacak : Walau di mana kau berada...suka duka silih berganti...apa pun dugaan....tabahlah menghadapiiiii...(menyanyi - nyanyi)


P/S : Lagu Hari Raya Pilihan Anda?

22 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ehapsal ko terkenang kat lisa awek aku tu muahahahaha

    BalasPadam
  2. lagi x sabar nk blk kg ni..
    semua lagu kat atas suka..
    lagu lama2 ni tetap xder tandingan.. sekali dgr dah rasa syahdu menjelang lebaran.. lagu2 baru ni pn ok gak.. Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda by Raihan ft Hujan pn best..

    BalasPadam
  3. saya suka semua lagu di atas.. hihihihi..

    tapi paling suka lagu rahimah rahim and saloma kot.. old skool gitu.. hahaha..

    BalasPadam
  4. semua lagu best. Tapi, orang kat perantau tak boleh layan lagu sedih2..nanti teringat kampung

    BalasPadam
  5. semua tu lagu favourite sy mse rye..

    tpi paling suka lgu nazam lebaran and suasana hari raya.. =)

    BalasPadam
  6. semua lagu2 best..tapi aku paling suka lagu sudirman. uh menangis aku dengar masa tak balik raya last year..huhuhu..

    BalasPadam
  7. senandung hari raya untukmu!..mmg setiap tahun nk dgr la lagu ni,hehe2..

    tpi besh gak urutan lagu raya y hans suke ni mmg kena la pada usianyer,ngeh..ngeh..:p

    BalasPadam
  8. semua lagu tu pun best..

    lagu saloma-selamat hari raya paling tak lapuk dek zaman.

    BalasPadam
  9. alu paling suka lagu anuar zain ngan elena
    terbaik la lagu tuh

    wajik dan dodol
    jangan dilupakan
    warisan zaman berzaman

    sambung nyanyi,lol

    BalasPadam
  10. dendang perantau..best lagu 2..^^

    BalasPadam
  11. paling suke lgu ku pohon restu ayhbonda n dendang perantau .. syahdu3 ^^

    BalasPadam
  12. ahaha......suka dialog hang.....

    xdgr lagu ry sbb thn nie xduduk perantauan......ngee....

    BalasPadam
  13. suke lgu suasana hari raya dari dulu smpai skrg...
    suke sore anuar zain dan ellina masa kecik2, hehe...

    BalasPadam
  14. persoalannye , berape umur hang skrg. hahaa


    layan sume lagu. tpi lgi best lgu siti - meriah suasana hari raya

    BalasPadam
  15. lagu2 lama juga yang best..
    paling suka dengar lagu anuar zain & ellina tu

    BalasPadam
  16. Aien Semua Suke Dengar lagu raya.!
    Kalau dah dengar lagu raya.. Mesti terasa Suasana Kampung,

    BalasPadam
  17. mak aih,,, lagu ry pn nk tuka2 jgk ke? hehe :D
    sy suka lagu sepasang kurung biru. hee ^^

    BalasPadam
  18. Skg aku layan lagu Kristal-Bondaku yang jauh dimata..Best Bro..hehe

    BalasPadam
  19. lagu raya lama2 jgk tetap menjadi pilihan :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama