Nuffnang Celebrates BlogDay 2011



Nampaknya kali ini pihak Nuffnang telah mencipta satu hari khas untuk blogger yang berdaftar dengan pihak mereka yang dinamakan sebagai Blog Day. Blog Day ini diwujudkan bersempena dengan sambutan Nuffnang untuk Hari Blog ke-6 pada 31 Ogos 2011 ini kerana mereka percaya bahawa penulis-penulis blog harus mempunyai satu hari yang khas untuk didedikasikan kepada setiap penulis blog untuk mereka tahu tentang blogger - blogger lain.

Jadi, untuk kali ini pihak Nuffnang mengajak blogger - blogger dibawah mereka untuk menyertai Nuffnang Celebrates BlogDay 2011! dimana setiap blogger harus memperkenalkan 6 blog yang secara tidak langsung dapat membantu blogger - blogger lain untuk mengenali blog yang mungkin mereka tidak pernah kenali sebelum ini.
Jadi, disini saya ini memperkenalkan 6 blog yang berbeza dari sudut budaya, pandangan dan sikap kerana gaya penulisan mereka, falsafah mereka serta kelucuan mereka yang sememangnya akan membuatkan saya ternanti - nanti setiap entry terbaru daripada mereka. 




Blogger:
Naz

Nama Blog:
Muka Surat Sulit Naz

Link Blog:


Saya sangat suka membaca entry blog Muka Surat Sulit Naz kerana saya cukup suka dengan cara blogger Naz meluahkan sudut pandangannya tersendiri dengan menghasilkan setiap entry beliau yang penuh dengan mesej dan nasihat itu dengan gaya bahasa yang cukup kreatif. Kreatif yang saya maksudkan disini ialah cara beliau menghasilkan setiap baris ayat di dalam entry beliau yang seolah - olah seperti pantun dan kadang - kadang menggunakan tajuk lagu atau apa sahaja yang apabila dibaca pasti akan mengundang tawa atau sedih setiap pembacanya namun selepas tamat membaca entry beliau pasti mesej yang cuba disampaikannya akan berjaya saya temui. Blog ini memang menarik dan punya mesej yang cukup bagus. Saya pasti anda yang membacanya juga pasti akan tertarik untuk setia mengikuti blog Muka Surat Sulit Naz ini.




Blogger:
Faiz

Blog:
Sekadar Untuk Berkongsi

Link Blog:
http://mohdfaiz.com


Saya juga suka dengan blog Sekadar Untuk Berkongsi kepunyaan saudara Faiz ini yang suka berkongsi tentang kisah serta pengalaman hidupnya. Setiap entry beliau pasti akan memberi saya keyakinan dan menyedarkan saya untuk menghargai setiap nikmat kehidupan yang diberi terutamanya dari segi kesihatan. Memang menarik apabila membaca entry beliau kerana sikap beliau yang sentiasa merendah diri dan menghormati pembacanya dapat dilihat daripada setiap entry yang dihasilkan beliau yang bagi saya sesuai untuk bacaan setiap peringkat umur untuk dijadikan panduan kehidupan.




Blogger:
Asada Ryutaro

Blog:
Blog Budak Malaysia

Link Blog:
http://www.budakmalaysia.com/


Blog Budak Malaysia ini pula merupakan catatan peribadi dan pandangan daripada blogger Asada Ryutaro yang berkongsi tentang kisah hidupnya yang belajar di Mesir dan saya cukup sukakan blog ini kerana selain daripada entry beliau yang kelakar yang kadang - kadang membuatkan saya pecah perut ketawa terdapat juga info menarik tentang budaya rakyat Mesir seperti makanan mereka serta melihat tempat - tempat menarik di Mesir yang dilawati oleh blogger ini yang dikongsikan bersama dengan gambar yang secara tidak langsung membuatkan anda terasa seperti berada di Mesir. Lawati blog beliau dan anda akan bersetuju dengan apa yang saya katakan. 




Blogger:
Izzad

Blog:
Izzad b*

Link Blog:
http://izzadbaharuddin.blogspot.com/


Apa yang menariknya tentang blog saudara Izzad ini bagi saya ialah setiap entry yang dihasilkan oleh beliau sangat ringkas dan cukup puitis namun membawa kesan yang cukup mendalam kepada setiap pembacanya. Meluahkan pandangannya tentang sesuatu perkara melalui gaya bahasa puitis sebegini sememangnya mengagumkan saya kerana bukan semua penulis mampu meluahkan pandangan mereka dengan cara sebegini. Semestinya setiap pembaca akan membaca setia entry beliau sehingga habis dan pasti tertawan dengan gaya bahasanya yang memukau.




Blogger:
Dearie Pearls

Blog:
CaLL iT JOURNEY

Link Blog:
http://lotsoflove-pearls.blogspot.com/


Saya sukakan blog Call iT JOURNEY kepunyaan Saudari Dearie Pearls ini kerana perbezaan budaya beliau dengan saya dan ini membuatkan saya cukup tertarik untuk membaca blog beliau. Selain berkongsi tentang pelbagai perkara seperti kehidupan, ibu bapa, rakan - rakan dan pelbagai perkara lagi boleh saya katakan beliau seorang penulis yang sangat baik, peramah dan amat menyenangkan pembacanya.




Blogger:
Fadz

Blog:
TONTON FILEM

Link Blog:
http://tontonfilem.blogspot.com/


TONTON FILEM merupakan sebuah blog yang bercerita, memberi kritikan serta pandangan tentang filem - filem yang menjadi pilihan pemilik blog ini iaitu saudara Fadz untuk dikongsi bersama pembaca serta peminat filem tempatan mahu pun luar negara. Saya sangat sukakan gaya penulisan serta pandangan yang diberikan oleh saudara Fadz untuk setiap ulasan filem yang dibuatnya yang bagi saya dapat mendidik penonton tempatan agar lebih menghargai filem - filem yang berkualiti dan bukannya filem yang hebat dari segi pelakonnya sahaja tetapi kosong isinya. Gaya bahasanya cukup tinggi namun menarik untuk dibaca. Blog ini memang bagus untuk pembaca yang meminati filem atau kaki wayang.


Jadi, ini lah 6 blog yang bagi saya berbeza dari sudut budaya, pandangan dan sikap dan amat bagus untuk dibaca oleh setiap blogger atau pembaca yang lain. Untuk maklumat lanjut tentang Nuffnang Celebrates BlogDay 2011 boleh lihat DISINI.

21 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Menarik... Aq x pernah baca blog2 nie lagi...

    BalasPadam
  2. wahh dh berjaya siapkan.. tahniah..akan aku pergi setiap blog yg kau perkenalkan tu..
    terima kasih

    BalasPadam
  3. Laju aje kau. :)

    semua lelaki. best nk usha :P

    BalasPadam
  4. aku suka baca blog naz dgn tonton filem.. yg lain 2 aku xprnh terjah lg..

    BalasPadam
  5. Khai : sila - sila baca :-)

    Syazana : ko letak blog aku tau..hehehhe

    shera haifa : wokay..selamat melihat blog mereka :-)

    Mra Mastura : ada seorang perempuan lah...adesss

    Syah : best kan blog diorang :-)

    BalasPadam
  6. blog saya awk x suke eik..?? waaaaaa.........

    BalasPadam
  7. wohoo.. patut la td ptng aku tgk ada mbr aku buat artikel psl ni

    BalasPadam
  8. semua laki =)

    ade yg penah baca. ade yang tak penah. hee

    BalasPadam
  9. okay, seriusly menarik betul. tiga dari blog tu ialah blog yang kte kenal.


    lagi tiga tu, kena kenal :)

    BalasPadam
  10. hans ada gak blog sama nama dgn blog aku kan..nama author pon same...heheh..thanks bro sokong aku..nnti aku post duit raya..heheh

    BalasPadam
  11. uish siyes tak penah pi lagi blog2 tu
    thanks share ^^

    BalasPadam
  12. Ingatkan nak perkenal blog aku :( :(

    BalasPadam
  13. Blog aku takder ke? haha.. NWay, blog mereka akan diterjah.. Jeng3...

    BalasPadam
  14. pelangi pun suka blog Asada.bez jerk~

    BalasPadam
  15. pernah sampai kat blog asada ryutaro tu.

    BalasPadam
  16. wahh . macam menarik je Nuffnang BlogDay ini . nak buat laa nanti . ;)

    BalasPadam
  17. memang bagus pihak Nuffnang buat hari untuk blogger, siapa yang tak mahu dihargai kan? =D

    BalasPadam
  18. apa yang kita ada untuk di kongsi bersama :) ALHAMDULILLAH saya dapat kongsikan nya. kalau tak nanti jadi takbur hahaha

    BalasPadam
  19. Nape blog saya tak termasuk dalam senarai?ngeeeeeee..kalau masuk tu sure gempakkk..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama