Rancangan Pencarian Bakat #WhenMusicSpeaks

Assalammualaikum semua! Hari ini bersamaan 18 Oktober 2018, Hans telah dijemput untuk menghadiri sebuah Majlis Sidang Media Rancangan Pencarian Bakat #WhenMusicSpeaks yang dianjurkan oleh OUR Records Sdn Bhd dengan sokongan Neway Karaoke Box, NAR Records dan Karyawan.

Sidang media ini berlangsung di Neway Karaoke Box, One Utama dan dihadiri oleh ramai artis-artis tempatan yang bakal terlibat di dalam program ini antaranya seperti Man Bai dan Aishah GV4. Selain itu rancangan #WhenMusicSpeaks ini turut mendapat sokongan daripada artis negara jiran seperti Nu Reggae Man (Thailand), Yuka Kharisma (Indonesia) dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran para selebriti tempatan seperti Adi Sixth Sense, Yazid Search, Aru ROB, l Am Netta, Dato Freddie Fernandez dan ramai lagi.


Untuk pengetahuan semua, rancangan #WhenMusicSpeaks merupakan satu program pencarian vokal professional yang menggunakan platform media sosial dan rancangan ini akan menjelajah ke beberapa buah negara yang akan di mulai di Malaysia terlebih dahulu dan seterusnya diperluaskan ke lokasi serantau seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina dan lain-lain lagi. Rancangan ini merupakan satu misi besar bagi sebuah label baru, OUR RECORDS SDN BHD di dalam mengenal pasti bakat baru yang berpotensi untuk dikumpulkan di bawah pengurusan syarikat mereka dan seterusnya akan menerbitkan single dan album bagi mereka yang terpilih.


Program #WhenMusicSpeaks ini mendapat tajaan lokasi dari pusat hiburan karaoke terkemuka Neway dan bakal memulakan siri awal saringan ujibakat pertama pada 4 November 2018 (Ahad) ini bertempat di Neway Karaoke Box, One Utama. Ujibakat akan bermula pada pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam.

Ujibakat seterusnya pula akan diteruskan ke beberapa lokasi lain di sekitar Johor Baharu, Kuantan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dimana tarikh dan lokasi spesifik akan diumumkan dari masa ke semasa melalui sebaran media.


Seterusnya siri ini akan dikembangkan lagi ke beberapa negara Asia lain dengan sasaran sekurang-kurangnya untuk mendapatkan 10 orang bakat baru yang akan dipilih bagi menandatangani kontrak di akhir rancangan ini.

Apa yang menarik dan istimewanya program #WhenMusicSpeaks ini ialah selain daripada tawaran rakaman single dan album, syarikat OUR RECORDS SDN BHD juga akan memberi insentif gaji bulanan secara tetap kepada artis-artis di bawah pengurusan mereka. Ini merupakan amalan yang bagus di dalam menjaga kebajikan peserta-peserta yang bakal bernaung di bawah label mereka kerana amalan yang diamalkan ini telah banyak diguna pakai di beberapa negara lain di dalam industri pengurusan bakat dan terbukti berjaya membantu membela nasib dan kebajikan artis-artis dibawah mereka.


Hans percaya pasti ada di kalangan anda atau rakan-rakan yang mempunyai bakat sebagai penghibur tetapi tidak yakin atau takut untuk mencuba nasib kerana risaukan tentang rupa paras atau bentuk fizikal yang kurang nilai komersial. Jangan risau kerana rancangan #WhenMusicSpeaks sangat matang di dalam memilih dan mereka serius mencari peserta yang berbakat sebagai penghibur sahaja tanpa memandang rupa dan fizikal anda.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat dan ingin buktikan bahawa anda layak berada di pentas untuk menunjukkan bakat anda maka jangan lepaskan peluang untuk hadir ke ujibakat pada 4 November 2018 (Ahad) ini di Neway Karaoke Box, One UtamaBagi sesi pertama ini, penjurian bakal diadili oleh penyanyi berkaliber Aishah dan Man Bai serta bakal melibatkan para professional tempatan yang lain.

Syarat utama bagi siri awal pencarian bakat ini ialah ianya terbuka kepada semua yang berumur di antara 16 hingga 25 tahun. Anda yang berminat bolehlah layari laman web www.ourrecordsasia.com untuk mengetahui segala info berkaitan rancangan  #WhenMusicSpeaks atau hubungi talian hotline 0123153988 (Hi Kamal) atau 01128596452 (Mark) untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

P/S : Selamat maju jaya kepada anda yang hadir pada ujibakat Rancangan Pencarian Bakat #WhenMusicSpeaks nanti!

2 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم