Tayangan Media Filem Gol & Gincu Vol. 2

Assalammualaikum semua! Alhamdulillah pada 17 Oktober 2018 yang lepas, Hans berkesempatan untuk hadir pada sesi Tayangan Media untuk filem Gol & Gincu Vol. 2 yang berlangsung di TGV Sunway Putra Mall bersama dengan para pelakon, penerbit, penulis dan pengarah filem ini. Filem Gol & Gincu Vol. 2 ini diterbitkan oleh Red Films dan telah diberi nafas baru oleh pengarah Umi Salwana Omar yang pernah mengarah siri kegemaran ramai iaitu Oh My English dan bekerja di belakang tabir filem Songlap, Istanbul Aku Datang dan juga Crazy Rish Asians.


Filem Gol & Gincu Vol. 2 ini mengisahkan tentang dua gadis yang mempunyai nama yang sama terpaksa menjalani hukuman khidmat sosial apabila video pergaduhan mereka di surau menjadi tular. Usaha untuk mengumpul dana bagi sebuah rumah remaja bermasalah telah menjadikan mereka akrab namun menjerumuskan mereka kepada permasalahan yang lebih besar. Pelakon-pelakon yang yang menjayakan filem ini ialah Diana Danielle, Ummi Nazeera, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Sherry Al-Hadad serta memperkenalkan barisan pelakon baharu yang terdiri daripada Iezahdiyana Alaudin, Tiara Anchant, Grace Ng, Aida Noris, Intan Serah, Nik Nasuhah dan Annabel Michael. Turut membuat penampilan istimewa di dalam filem ini ialah Ziana Zain, Nadia Nisaa dan ramai lagi artis, selebriti, pereka fesyen serta artis media sosial yang bertindak sebagai cameo. 


Lima perkara menarik mengenai filem Gol & Gincu Vol.2 yang anda perlu tahu:

1. Gol & Gincu Vol.2 adalah filem pertama yang menggandingkan Diana Danielle dan Ummi Nazeera.

2. Penampilan Diana Danielle berambut pendek dalam filem ini merupakan pengalaman pertama baginya sejak kecil.

3. Ummi Nazeera hanya mengetahui keadaan dirinya yang mengandung apabila dia ke hospital untuk membuat imbasan X bagi memeriksa kakinya yang terseliuah.

4. Pelakon Fazura tidak sempat membuat penampilan khas di dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 kerana tarikh penggambaran bertembung dengan penggambaran filemnya yang lain dan juga tarikh perkahwinannya.

5. Semua pasukan futsal wanita di dalam filem Gol & Gincu Vol.2 adalah pasukan sebenar selain Pasukan Red Heatz yang menampilkan pemain futsal negara Niena Azman, Hannani dan Hanis serta personaliti radio ERA Fifie dan Khalie.


Paling menarik perhatian ialah kandungan goodies bag yang diterima Hans kali ini dimana banyak cenderahati yang diterima merupakan barangan peribadi wanita. Hahaha! Jadi, untuk maklumat terkini mengenai siri jelajah dan senarai pawagam yang bakal menayangkan filem Gol & Gincu Vol. 2 ini, sila ikuti @GolGincu2 dan #GolGincu2 di dalam sosial Facebook, Instagram dan Twitter. Anda juga boleh layari www.golgincu.com.my untuk maklumat lanjut.


Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak baca ulasan Hans untuk filem Gol & Gincu Vol. 2 ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca.

P/S : Minggu Ini Banyak Pula Filem-Filem Yang Menarik Untuk Ditonton! Kopak Duit Den! Fuhhhhh!

4 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Tengok iklan kat tv smlm, terus ank2 ajak akk g tengok cita ni nanti....adussssssss
    Dr review di atas ni ada pengajaran utk ank2 nanti..

    ردحذف
  2. sejak akhir2 ni filem2 melayu dah semakin dapat sambutan sehingga berjuta-juta..

    ردحذف
    الردود
    1. kalau filem dia berjaya bawa kelainan atau kisah yang unik...In Sha Allah pasti dapat sambutan

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم