Tayangan Perdana Filem Kalla - Hidup Atau Mati

Assalammualaikum semua! Alhamdulillah pada 5 Oktober 2018 yang lepas, Hans berkesempatan untuk hadir dan menyaksikan tayangan perdana filem Kalla - Hidup Atau Mati yang berlangsung di GSC Signature The Gardens Mall bersama dengan para pelakon filem ini.


Hans mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada blogger Dboy(manusia memakai topi dan sedikit gemuk pada gambar di bawah. Hahaha!) serta pihak yang terlibat kerana memberikan tiket istimewa sempena tayangan perdana filem ini. Lebih menyeronokkan apabila dapat pula sehelai t-shirt Kalla edisi terhad yang memang cun habis. Berbaloi datang walaupun sesat mencari parkir motosikal selama 20 minit. Hahaha!


Alhamdulillah Hans dan rakan-rakan media yang lain dijamu dengan juadah makanan yang sangat enak-enak. Lebih bersemangat Hans nak makan tu sebab rakan-rakan media semeja semua jenis melantak kuat punya. Jadi, Hans pun memang hilanglah rasa segan dan malu itu dengan mengambil kuantiti makanan seperti budak asrama yang sentiasa hidup dalam kelaparan. Paling sedap sekali menu dekat sini ialah aiskrim. Siap tapau bawa masuk dalam panggung wayang lah sebab nak makan sambil menonton filem Kalla - Hidup Atau Mati ini.


Jadi, majlis dimulakan oleh penerbit filem ini iaitu Dato Dr Suhaimi Ibrahim yang berkongsi secara ringkas tentang filem Kalla - Hidup Atau Mati yang diarahkan oleh Alan Smithee ini dimana filem ini bergenrekan 'Drama Thriller' dan sarat dengan pelbagai tipu muslihat, konflik, aksi pertempuran dan pelbagai lagi elemen yang menarik.


Alhamdulillah malam tayangan perdana filem Kalla - Hidup Atau Mati ini dimeriahkan lagi dengan barisan pelakon yang membintangi filem ini iaitu pelakon hebat Faizal Hussein, Farali Khan, Azhan Rani, Riz Amin dan ramai lagi. Sayangnya salah seorang pelakon filem ini iaitu Vanida Imran tidak dapat hadir. Kalau tidak mesti bertambah-tambah meriah majlis pada malam tersebut.


Majlis terus dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi Hazama dan Noryn Aziz yang menyanyikan secara langsung OST filem Kalla - Hidup Atau Mati ciptaan Ajai pada malam tersebut dengan lagu yang berjudul Percayakan Hati Kita. Memang layan dengar suara kedua-dua penyanyi ini tambah-tambah bila tiba dekat nada yang tinggi. Meremang juga lah Hans tambah-tambah duduk betul-betul depan mereka berdua masa persembahan tersebung berlangsung.


Jadi, tiba masanya ke acara yang paling dinanti-nantikan oleh Hans iaitu sesi menonton filem Kalla ini. Paling seronok sekali sebab dapat tonton di dalam panggung Premier Class kalau tak silap. Memang selesa betul sebab kerusi sangat besar dan ruang kaki sangat luas. Kalau betul-betul bayar duit tiket mahu berpuluh Ringgit Malaysia kalau nak tonton dalam panggung yang selesa macam nih.


Nampak tak gambar di bawah tu? Punya lah besar dan sangat selesa sekali Hans sambil makan aiskrim yang ditapau masuk ke dalam. Serius pengalaman menonton dalam panggung wayang macam ini memang membantu memberi keselesaan dan fokus yang lebih. Terima kasih pihak penganjur kerana mengadakan tayangan perdana di panggung yang sungguh hebat ini.


Filem Kalla - Hidup Atau Mati ini sebenarnya mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Dr. Ezahar yang baru kehilangan isterinya gara-gara serangan bom pengganas yang meruntuh serta memusnahkan bangunan syarikat tempat isterinya bekerja. Tetapi, menariknya apabila Dr Ezahar di datangi seorang wanita bernama Uyun yang memberitahu bahawa isterinya bukan sahaja masih hidup tetapi sebenarnya merupakan dalang kepada insiden pengganas yang bergelar Kalla. Jadi, kalau nak tahu apakah yang berlaku seterusnya kena lah tonton filem Kalla ini di pawagam berdekatan anda pada 11 Oktober 2018 ini. Untuk warga Brunei dan Singapura pula, anda jangan risau kerana filem ini juga bakal ditayangkan di negara anda.  


Selepas tayangan perdana filem Kalla ini selesai, pihak media berkesempatan bersama dengan barisan pelakon serta penerbit untuk mendengar pengalaman mereka sepanjang penggambaran dan berpeluang bertanyakan soalan kepada barisan pelakon yang terlibat. Hans sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tayangan perdana filem Kalla - Hidup Atau Mati ini kerana segala-galanya berjalan dengan lancar sekali.


Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Kalla - Hidup Atau Mati ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca.

P/S : Menanti Jemputan Tayangan Perdana Filem Seterusnya Selepas Ini. Apa-Apa Boleh Email Kepada mohamadhanisismail@gmail.com Untuk Sebarang Jemputan Atau Kerjasama. Terima Kasih :)

12 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. bestnya dapat makan sedap & tengok wayang selesa macam tu. Bertuah badan!

    BalasPadam
  2. Pergh!! Ohsemlah.. diberi makan yang sedap.. dapat layan wayang dipanggung yang hebat.. Faizal Huseein tu maintain handsome.. kikiki..

    BalasPadam
  3. seronok makan2 ye..dah tu tgk wayang..
    faizal hussein ni mmg evergreen kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheeh seronok sebab sedap dan ada member
      yes memang evergreen

      Padam
  4. bestnye dpt pergi event mcm ni

    BalasPadam
  5. Happeningnya tengok movie kat panggung curlass gitew..

    BalasPadam
  6. pergh kite biasanya dapat tiket free je..xde makan makan...wahhh best nyaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      kalau tayangan perdana macam nih memang selalu ada makan-makan

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama