Review Filem 7ujuh

Assalammualaikum semua! Kali ini Hans nak berkongsi tentang ulasan Hans terhadap sebuah filem seram yang berjudul 7ujuh yang Hans telah tonton di Mmcineplexes Damansara pada tanggal 8 November 2018 yang lepas.

Hans kongsikan sinopsis filem ini sebagai rujukan semua: Filem ini berlatar belakangkan tahun 70-an dimana mengisahkan tentang tujuh orang rakan yang sedang dalam cuti semester telah mengambil keputusan untuk datang bercuti di sebuah banglo mewah milik salah seorang daripada mereka iaitu Sam. Banglo tersebut terletak di kawasan pedalaman dan dijaga oleh Tok Batin serta anak perempuannya yang bernama Suri. Sam dan rakan-rakannya telah mengadakan sebuah parti dan meminta Suri untuk membantu mereka membersihkan rumah dan melayan tetamu. Namun, parti tersebut bertukar menjadi liar dan Suri telah dirogol. Suri kemudian mengambil keputusan untuk membunuh diri tetapi sebelum itu telah bersumpah bahawa Sam dan keenam-enam rakannya tidak akan dapat keluar daripada kawasan banglo tersebut dan akan menerima nasib yang sama seperti. Pada mulanya Sam dan rakan-rakan tidak terlalu mengambil berat tentang sumpahan tersebut. Namun apabila mereka tidak dapat keluar daripada kawasan banglo tersebut dan mula dilanda pelbagai peristiwa aneh maka mereka mula berasa takut. Tambahan pula apabila kematian mula menghampiri mereka seorang demi seorang. Mampukah Sam dan rakan-rakannya menyelamatkan diri daripada sumpahan Suri? Siapakah sebenarnya yang telah merogol Suri? Saksikan filem yang cukup menarik ini di pawagam berhampiran anda untuk mengetahui jawapannya.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Jalan cerita menarik ..asyikkk lalu iklan kat tv

    BalasPadam
  2. oh cerita tahun 70an ye. kadang-kadang sebab pengarah tak berada pada tahun tu yang membuatkan dialog macam tahun millenium hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      entah lah
      ada sesetengah dialog okay
      ada sesetengah yang macam zaman sekarang

      Padam
  3. Akk rasa macam filem Niyang Rapik lebih kurang kan. Jalan cerita je berbeza. Apapun nak tengok juga sebab peminat cerita seram heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh yer...akak sebut baru saya teringat...hahaha
      ada lah setengah persamaan

      Padam
  4. Menarik sinopsisnya.. tapi tak tengok kot.. hahaha.. tak berapa nak berani..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaa
      bukan lah seram sangat
      boleh tengok lah
      tahap keseraman terkawal
      hehe

      Padam
  5. Balasan
    1. hehehe
      seram dia terkawal
      kira semua boleh layan lagi

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama