Lata Kolam Air Deru Ecopark Terengganu : Percutian Eco Tourism

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival yang berlangsung pada 24 hingga 28 Oktober 2019 di daerah Besut dan Setiu, Terengganu. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.


Lokasi seterusnya yang menjadi fokus lawatan pada program kali ini ialah Lata Kolam Air Deru Ecopark yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Hulu Besut Terengganu. Jika anda dari Kuala Terengganu, jarak perjalanan untuk ke sini adalah sejauh 135 kilometer. Manakala jika anda dari Bandar Jerteh pula, jarak perjalanan hanya sekitar 35 kilometer.

LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK

Alamat:
5048-B,
Jalan Air Panas,
Kampung La,
22010 Jerteh,
Terengganu.

Pakej Yang Disediakan:
1) Pakej Pelajar Sekolah Rendah & Menengah
2) Pakej Pelajar IPT/Kolej
3) Pakej Perkhemahan Umum
4) Pakej Honeymoon/Anniversary
5) Pakej Sweet Honeymoon/Anniversary
6) Lata Kolam Outdoor Adventure
7) Lata Kolam White Water Rafting
8) Pakej Jom Masuk Kebun
9) Pakej Korporat (Team Building)
10) Pakej Hari Keluarga

Telefon (Pertanyaan Harga Pakej & Tempahan):
0139276998  (Kaswadi)
0196931662 (Diana)
0173903649 (Zaini)
0139178633 (Syahrin)

Email:
bigscope_etravel@yahoo.com

Facebook:
AirDeruEcopark

Instagram:
latakolam_ecopark


Selain itu, Lata Kolam Air Deru Ecopark juga turut menawarkan aktiviti-aktiviti lasak serta menarik yang pastinya akan membuatkan anda ceria seperti:

1) Walking Ball
2) ATV Ride
3) Mountain Bike
4) White Water Rafting
5) Boating
6) Jungle Trekking
7) Flying Fox &Abseiling
8) Survival Program
9) Night Walk Solo
10) River Crossing
11) Obstacle Course
12) War Game
13) Sukaneka


Apa yang menariknya tentang Lata Kolam Air Deru Ecopark ini ialah ia merupakan satu lokasi dimana anda dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan disini. Paling menarik ialah lokasi ini juga merupakan tempat untuk anda bermalam. Semestinya Hans sangat teruja apabila tiba disini dimana aktiviti sulung Hans ialah menjamu selera dengan hidangan yang enak-enak. Hahaha! 

1. TEMPAT PENGINAPAN YANG UNIK

Seterusnya, Hans dan rakan-rakan media yang lain dibawa untuk mendaftar masuk ke tempat penginapan kami yang sangat istimewa yang jika tidak silap Hans digelar sebagai Tunnel. Apa yang menariknya ialah khemah ini didirikan berdekatan dengan air sungai dan ini sangat memudahkan Hans untuk terus terjun ke dalam air untuk bermandi-manda sambil ditemani anak-anak ikan yang menggigit-gigit sel-sel kulit mati di badan.


2. BERAMAL DENGAN ALAM SEMULAJADI

Jadi, aktiviti pertama Hans disini ialah bersama-sama dengan kumpulan pelajar dari Kolej Bestari untuk program penanaman semula anak-anak pokok hutan untuk mengekalkan ekosistem alam yang terdapat di Lata Kolam Air Deru Ecopark ini. Bagi Hans ini merupakan salah satu usaha yang sangat baik dimana kita dapat beramal kepada alam semulajadi dan secara tidak membuatkan pengunjung terutama anak-anak muda menghargai dan menyayangi khazanah istimewa ini agar sentiasa terpelihara.

3. DODGE ARCHERY

Seterusnya, Hans dan rakan-rakan media yang lain berpeluang untuk bermain permainan Dodge Archery. Untuk makluman semua, permainan ini sama seperti memanah. Cuma apa yang membezakannya ialah mata anak panahnya berbentuk bulat dan diperbuat daripada getah. Jadi, kalau sesiapa yang bermain permainan ini memang anda tidak perlu risau kalau terkena anak panah kerana memang tidak rasa sakit disebabkan anak panahnya bersifat lembut. 


Permainan Dodge Archery ini berlangsung sebanyak tiga perlawanan yang diadakan secara kalah mati. Apa yang kelakarnya kumpulan Hans belum sempat nak panah sesiapa sewaktu perlawanan melibatkan kami. Sedar-sedar sahaja pengadil tiup wisel dan bagitahu kumpulan Hans kalah. Hahaha!

4. PENGKALAN RAJA

Aktiviti seterusnya yang sememangnya merupakan aktiviti kegemaran Hans iaitu bermandi-manda di Lata Kolam Air Deru Ecopark. Kawasan perkelahan disini dibahagikan kepada tiga kawasan. Kawasan teratas diberi nama Pengkalan Raja dimana ianya terkenal di kalangan penduduk setempat dengan nama Lata Kolam disebabkan air terjun yang mengalir disini serta warna airnya yang kehijauan.


Kawasan ini sangat sesuai untuk aktiviti-aktiviti seperti Bot, Team Building serta 'Water Confident'. Jadi, anda disarankan untuk memakai jaket keselamatan terutamanya kepada sesiapa yang tidak tahu berenang kerana kedalaman air serta kekuatan arus air terjunnya mampu menghanyutkan anda ke bawah. 

5. PENGKALAN DUA

Tahap kedua pula diberi nama Pengkalan Dua dimana kawasan ini sesuai dijadikan tempat untuk anda berkelah disamping menikmati suasana alam semula jadi yang menghijau indah. Cuma Hans kurang gemar sedikit kawasan ini disebabkan lokasinya yang dipenuhi banyak batu-batu besar.


6. PENGKALAN SURI

Manakala tahap ketiga ialah kawasan Pengkalan Suri yang berdekatan dengan tapak perkhemahan yang merupakan tempat penginapan Hans dimana ianya sesuai untuk dijadikan kawasan perkelahan mahu pun untuk aktiviti mandi-manda tanpa mengira lapisan umur. Buat pertama kali dalam sejarah, Hans mandi di kawasan sebegini seawal jam 7.00 pagi. Tetapi, sumpah memang seronok sangat sebab dapat mandi air yang sangat segar sambil ditemani anak-anak ikan kecil dibawah.


Kepada sesiapa yang berkunjung ke negeri Terengganu terutamanya di kawasan Jerteh, jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di Lata Kolam Air Deru Ecopark. Lebih menarik jika anda bermalam disini untuk merasai sendiri kesejukan angin malamnya yang segar hasil daripada persekitaran alam semula jadi yang indah serta mendamaikan.

P/S : Antara Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Dibaca Sepanjang Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival Adalah Seperti Dibawah:


4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Bestnya macam-macam aktiviti boleh buat.

    BalasPadam
  2. Bestnya lama tak pergi Air Tejun macam ni hehehe teringin sangat nak pergi hurmmm...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama