Cegah Segera Penyakit Kanser Dengan Bantuan New Normal Same Cancer

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk kali ini Hans sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua tentang New Normal Same Cancer yang merupakan satu laman sesawang yang sangat bagus buat rakyat Malaysia terutamanya buat mereka yang sangat cakna dengan perihal penyakit kanser untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan seperti:

1) Ujian saringan kanser secara percuma untuk sesetengah jenis kanser.

2) Talian hotline yang beroperasi 24 jam setiap hari yang akan dijawab oleh pakar-pakar untuk membantu menjawab persoalan anda berkaitan masalah kanser.

3) Baucar-baucar diskaun dari 40% hingga 60% yang boleh dimuat turun untuk kegunaan anda.

Majlis Perasmian New Normal Same Cancer

Untuk makluman semua, sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara kita yang tercinta hampir 2 tahun ini telah menyebabkan pengidap kanser mengalami kesukaran untuk pergi ke hospital kerana kebanyakan hospital memberi tumpuan kepada para pesakit Covid-19 yang telah membanjiri keseluruhan hospital di seluruh negeri di Malaysia. Disebabkan masalah ini juga menyebabkan pesakit gagal untuk melakukan pemeriksaan kesihatan atau 'check up' yang menyebabkan sebahagiannya mengalami peningkatan tahap kanser yang tidak sepatutnya berlaku. Selain itu, para pesakit kanser juga sukar mendapatkan rawatan disebabkan masalah Covid-19 serta masalah kewangan yang melanda sebahagian besar mereka yang kehilangan sumber pendapatan.

Perkongsian Menarik Berkaitan Penyakit Kanser

Lebih menyedihkan apabila pihak kesihatan mendapat terdapat masalah terbaru yang cukup menakutkan apabila kebanyakan orang awam yang datang untuk membuat saringan awal tetapi sebenarnya sudah terlewat apabila kebanyakan mereka mengidap penyakit kanser yang sudah melepasi tahap 3 dan tahap 4 dimana ianya sangat sukar dirawat.

Jadi, Hans sangat tertarik dengan usahasama antara pihak AstraZeneca Malaysia yang berganding bahu dengan hospital-hospital swasta di seluruh Malaysia dengan menyediakan satu inisiatif bagi membantu orang awam untuk melakukan saringan awal agar dapat di diagnosis dengan lebih cepat untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai tanda-tanda atau gejala kanser awal agar mudah dirawat dengan segera.

Sesi Soal Jawab Berkaitan Penyakit Kanser

Hans sangat tertarik dengan ucapan Dr Sanjeev Panchal yang merupakan Presiden AstraZeneca Malaysia sebentar tadi yang ingin membuka mata rakyat Malaysia untuk kembali peka terhadap masalah kanser disamping ingin menghilangkan persepsi ketakutan orang awam yang takut untuk berkunjung ke hospital gara-gara virus Covid-19. Menurut beliau, kajian menunjukkan bahawa 1 orang daripada setiap 4 orang di Malaysia mengidap penyakit kanser dan ini bukannya satu perkara yang boleh dibuat remeh. Jadi, perlunya rakyat Malaysia tidak mengira lapisan umur untuk melakukan saringan awal bagi mengelakkan mereka mengidap kanser pada tahap kritikal iaitu tahap 3 dan tahap 4.

Majlis Turut Diserikan Dengan Kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali

Hans juga turut terkejut apabila mendapat tahu info yang pada Hans sangat bagus dimana ianya dikongsikan oleh Dr Anand Sachitanandan yang merupakan Co-founder dan President of Lung Cancer Network Malaysia (LCNM). Menurut beliau, kanser paru-paru merupakan kanser yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia dan peratusan untuk pesakit kembali pulih dan selamat adalah sangat rendah. Jadi, beliau sangat menyarankan agar rakyat Malaysia melakukan saringan awal agar mereka yang mengidap kanser pada tahap 1 dan tahap 2 dapat dibantu kerana peluang untuk pesakit kanser yang berada di tahap ini untuk sembuh adalah sangat cerah.

Perkongsian Menarik Daripada Cik Selvarani Yang Merupakan Cancer Survivor

Hans juga dengan sukacitanya ini berkongsikan beberapa info menarik disini untuk rujukan para pembaca iaitu:

1) Pesakit yang menghidap kanser tahap 1 dan tahap 2 tidak mempunyai atau menunjukkan sebarang tanda atau gejala kanser. Jadi, keperluan untuk kita semua pergi ke hospital dan membuat saringan awal untuk memastikan kita bebas daripada kanser adalah sangat wajar.

2) Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang merokok juga sangat digalakkan untuk membuat saringan walaupun tidak merokok kerana peratusan mereka yang tidak merokok tetapi menghidap kanser paru-paru adalah setinggi 25 peratus.

3) Kajian menunjukkan 3 daripada 4 orang wanita tidak melakukan ujian mamogram. Selain itu, kajian juga menunjukkan 60 peratus wanita berusia 20 tahun ke atas tidak melakukan saringan untuk mengesan kanser payudara sama ada di klinik, hospital atau pun di rumah. Jadi, kaum wanita sekalian diseru untuk melakukan pemeriksaan sama ada di hospital atau kendiri agar penyakit kanser dapat dielakkan atau dirawat.

4) Kajian juga turut menunjukkan kaum lelaki ramai mengalami masalah kanser prostat dan punca utama kematian akibat kanser ini gagal dikurangkan kerana kaum lelaki malu untuk membuat pemeriksaan atau bercakap dengan doktor berkenaan hal ini. Jadi, kaum lelaki juga diseru agar melakukan saringan bagi mengelakkan penyakit kanser ini menghantui hidup anda.

5) Amalan pemakanan dan gaya hidup sihat juga kurang diamalkan rakyat Malaysia dimana kajian terbaru menunjukkan 90 peratus rakyat Malaysia tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti yang disyorkan serta tidak aktif bersenam. Lebih membimbangkan apabila dikatakan 1 daripada 2 orang di Malaysia mengalami masalah obesiti.

Layari Laman Sesawang New Normal Same Cancer

Jadi, Hans sendiri menyeru agar para pembaca sekalian tidak kira lelaki mahu pun wanita untuk segera membuat pemeriksaan dan saringan awal untuk penyakit kanser ini supaya jika ditakdirkan kita mempunyai masalah kanser maka kita ada peluang untuk merawatnya lebih awal sebelum menjadi barah yang tidak diubati. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang New Normal Same Cancer dibawah: 

Laman Sesawang:

#newnormalsamecancer #cancerstrikesbeforecovidends #earlydetection


2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama