Pembukaan Cawangan Pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans sangat teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang pembukaan cawangan pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods yang dilancarkan secara rasminya oleh Pengarah Urusan Mejar (B) Haji Aziz Haji Mohd Yassin pada 23 Januari 2022 yang lepas bertempat di Bandar Baru Selayang, Selangor. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus Besar, G Silvakumar serta Pengarah Pemasaran, Sapiah Yassin dan Nurul Najwa Haji Muzamil.


Hans sendiri berasa teruja dan pada masa yang sama agak cemburu dengan penduduk yang tinggal berdekatan dengan cawangan pertama Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods ini kerana mereka kini tiada masalah untuk mendapatkan semua produk makanan yang dijual disini dimana semua produk sangat berkualiti, segar, bersih dan paling penting mempunyai pengesahan halal. Harga jualan setiap produk juga sangat berpatutan.


Untuk makluman semua, Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods ini memasarkan hampir 80 peratus barang keluaran bumiputera yang bermutu tinggi dimana pihak mereka turut mengalu-alukan penyertaan produk bumiputera lain yang menepati piawaian yang ditetapkan untuk turut dijual di cawangan kedai ini. Jadi, buat usahawan Bumiputera diluar sana jangan lupa untuk rebut peluang keemasan ini sekarang.


Hans memang agak rambang mata apabila melihat banyak produk halal berjenama dijual disini seperti Ayam Goreng, Sate Ayam Goreng, Pop Corn Ayam, Samosa Daging, Murtabak, Ayam Perap, Kambing Perap dan banyak lagi. Buat anda yang berminat untuk mendapatkan daging atau ayam mentah, kedai ini juga turut menawarkan pelbagai pilihan menarik untuk anda.


Hans juga berkesempatan menemuramah Mejar (B) Haji Aziz dimana beliau menyatakan wawasan Tunas Bumi Jaya ialah untuk menjadi sebuah syarikat bumiputera dalam bidang makanan sejuk beku dan stor terbuka yang berjaya di semua negeri di Semenanjung Malaysia dalam masa 10 tahun lagi. Wawasan ini turut disokong oleh Presiden Persatuan Ikhlas Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah yang sentiasa bergiat aktif membantu usahawan industri kecil dan sederhana selama ini.


Buat anda yang ingin datang sendiri ke Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Food ini, Hans kongsikan butiran dibawah untuk rujukan semua:

Nama:
Kedai Makanan Sejuk Beku Tunas Fresh & Frozen Foods

Alamat:
No 24, Jalan 3/5, Bandar Baru Selayang, 68100 Selangor Darul Ehsan.

Telefon:
+60361274255 / 0123550196.


8 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama