Sambutan Ulangtahun 10,000 Hari Caring Pharmacy

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 26 Januari 2022, Hans berkesempatan untuk hadir ke upacara sambutan ulangtahun 10,000 hari Caring Pharmacy yang berlangsung dengan cukup meriahnya di Pavilion Kuala Lumpur. Lebih menarik majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah yang merupakan anakanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Selain sambutan yang melambangkan 27 tahun pertubuhan Caring Pharmacy sejak September 1994 yang bermula di Taman Muda, Cheras sehingga kini telah berkembang kepada 158 buah cawangan di seluruh negara, majlis turut mewar-warkan pemberian sumbangan sebanyak 10,000 kotak Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium NEUTROVIS kepada 10 buah organisasi iaitu:


1) Angkatan Pertahanan Awam (APM)
2) Kechara Soup Kitchen
3) Yayasan OrphanCare
4) Kelab Rotary Puchong
5) Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia
6) The Giving Bank
7) Yayasan Food Bank Malaysia
8) Uncle Kentang
9) World Vision Malaysia
10) Worldwide Wellness Club


Pada majlis yang sama turut kelihatan dua selebriti tempatan yang terkenal iaitu Nadia Brian dan Tong Bing Yu yang menyertai majlis ini sambil memberi kesedaran tentang kepentingan penggunaan pelitup separuh muka gred perubatan yang efektif. Mereka berdua juga bertindak mengagihkan Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium NEUTROVIS kepada orang awam di pintu masuk utama Pavilion Kuala Lumpur. 


Hans sendiri berasa kagum dengan kolaborasi antara Caring Pharmacy dan NEUTROVIS ini yang bekerjasama dengan 10 buah organisasi tersebut untuk melindungi mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki pelitup separuh muka gred perubatan yang bersesuaian. Selain itu, inisiatif ini turut membantu mangsa-mangsa banjir tempoh hari serta para anggota dan sukarelawan yang terlibat di dalam setiap operasi mereka. Semoga usaha ini diteruskan dari semasa ke semasa.


Berita baik buat semua pembaca! Bersempena dengan sambutan ulangtahun 10,000 hari, Caring Pharmacy akan memberi 1000 mata ganjaran tambahan kepada 10,000 orang ahli terawal yang berbelanja sebanyak RM100 ke atas di cawangan Caring Pharmacy. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://caring2u.com/ sekarang.

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama