Review Smart Watch : Kieslect Calling Watch Ks

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans yakin ramai di kalangan pembaca blog ini pasti memakai jam tangan setiap hari bukan? Tetapi, adakah jam tangan yang anda pakai sekarang merupakan jam tangan biasa atau anda lebih selesa memakai jam tangan pintar atau lebih gemar dipanggil sebagai Smart Watch? Memandangkan dunia sentiasa mencapai kemajuan terkini dengan begitu cepat, Hans memang mengesyorkan para pembaca untuk memilih jam tangan pintar sebagai pilihan utama kerana fungsi-fungsinya yang sangat moden dan membantu memantau kesihatan serta mengatur kehidupan kita dengan lebih efisyen.


Tetapi, pasti ramai yang masih keliru atau kurang cakna tentang bagaimana untuk membuat pilihan tepat tentang jam tangan pintar atau Smart Watch yang menepati kehendak diri anda kan? Jadi, disini Hans kongsikan serba sedikit tentang apa yang anda perlu pastikan ada pada jam tangan pintar anda ini sebelum membeli. Anda harus memastikan jam tangan pintar anda mempunyai fungsi-fungsi penting seperti boleh dihubungkan dengan telefon pintar anda dengan mudah untuk membolehkan anda mendapat akses kepada panggilan masuk serta mesej-mesej daripada aplikasi mesej kegunaan harian anda seperti whatsapps misalnya. Selain itu, jam tangan pintar yang baik adalah apabila ianya mampu memantau kesihatan anda dari segala aspek seperti kadar denyutan jantung, pernafasan, senaman yang sebagainya dengan teliti. Selain itu, pemilihan reka bentuk, daya tahan bateri serta harga jualan juga harus dititik-beratkan untuk memastikan pembelian jam tangan pintar ini berbaloi buat anda.


JAM  TANGAN PINTAR KIESLECT

Untuk kali ini, Hans ingin berkongsi dengan anda semua tentang jam tangan pintar jenama KIESLECT yang kini merupakan jam kegemaran Hans. Buat anda yang pertama kali mendengar tentang jenama ini, KIESLECT merupakan sebuah syarikat Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2017. Syarikat ini telah membekalkan jam pintar kepada lebih 5000 buah cawangannya yang berada di lebih daripada 60 negara dengan 600 orang pekerja. KIESLECT sentiasa memastikan kualiti dan teknologi jam pintar mereka sentiasa dikemas kini dengan fungsi-fungsi baru dan terkini melalui kerjasama dengan penyedia teknologi jalur lebar dan syarikat yang terbaik untuk membekalkan produk pintar yang berkualiti serta menghasilkan reka bentuk yang elegan. Selain itu, produk KIESLECT juga telah diperakui kualitinya dengan pensijilan daripada CE, RoHS, FCC dan UKCA. Lebih menarik apabila KIESLECT turut diiktiraf melalui kemenangan mereka dalam beberapa anugerah reka bentuk antarabangsa seperti Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award
@hanshanis Hans memang puas hati sangat dengan Kieslect Calling Watch KS ini. Banyak fungsi yang cukup menarik dan berguna dalam kehidupan seharian Hans seperti: 1) 100 pilihan mod sukan yang boleh dipilih. 2) Stable Bluetooth 5.2 Connection. 3) Fungsi Abnormal Heart. 4) Multi Functional Shortcut Button. 5) Butang Jam Pintar yang boleh diputar. Sesuai dipakai dan digayakan dekat mana-mana program atau majlis rasmi dan tidak rasmi. Memang Terbaik @kieslectmalaysia 👍💯 #kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness #GayaRaya #InspirasiRaya #InspirasiRamadan #SembangEntertainment #LifeStyle #HansHanis ♬ Old-fashioned Clapboard - DJ BAI

REVIEW SMART WATCH KIESLECT CALLING WATCH KS

Hans membuat keputusan yang cukup tepat untuk memiliki Kieslect Calling Watch KS ini kerana jam tangan pintar ini menampilkan banyak fungsi yang cukup menarik dan berguna dalam kehidupan seharian Hans seperti:

1) 100 pilihan mod sukan yang boleh dipilih untuk membantu si pemakai mencapai sasaran yang ditetapkan di dalam aktiviti sukan dan memantau kesihatan badan. 

2) Stable Bluetooth 5.2 Connection yang boleh menerima panggilan serta mesej dengan capaian yang stabil hanya melalui jam pintar sahaja.

3) Fungsi Abnormal Heart yang dapat memberi amaran kepada si pemakai sama ada tinggi atau rendah kadar denyutan jantung yang secara tidak langsung membantu memantau kesihatan diri kita.

4) Multi Functional Shortcut Button yang boleh mengaktifkan pembantu suara AI serta membantu memudahkan mod bantuan SOS.

5) Butang Jam Pintar yang boleh diputar untuk mengawal tahap suara atau apa-apa fungsi lain dengan mudah.


 APLIKASI KIE OS MEMBERI PENGALAMAN TERBAIK BUAT PENGGUNA KIESLECT CALLING WATCH KS

Untuk makluman semua, Kieslect Calling Watch Ks dihubungkan dengan aplikasi Kie OS yang boleh dimuat turun di dalam telefon pintar anda. Ianya memberikan sebuah pengalaman terbaik kepada Hans apabila menggunakannya kerana reka bentuk aplikasi yang menarik dan mesra pengguna. Dibantu pula dengan paparan Ultra AMOLED 1.78’’ dengan 368*448 resolusi Pixels, Hans sangat puas hati dapat menyaksikan paparan besar berwarna-warni yang boleh Hans gerakkan dengan cuma menggunakan leretan jari sahaja. Hasilnya sangat lancar dan apa yang terpapar pada jam pintar ini sangat jelas dengan skrin penuh tanpa gangguan bar hitam.


 MULTI FUNGSI BUTANG KEDUA KIESLECT CALLING WATCH KS

Hans juga cukup tertarik dengan fungsi Butang Kedua Kieslect Calling Watch Ks yang mempunyai multi fungsi pelbagai pilihan termasuk mod sukan hanya dengan sekali tekan sahaja. Butang kedua ini juga turut membantu mengaktifkan pembantu suara AI dengan menekan dua kali. Jika ingin memilih mod bantuan SOS pula, Hans cuma perlu menekan tanpa henti selama beberapa saat sahaja. Mudah!


KIESLECT CALLING WATCH KS BERTINDAK SEBAGAI PEMANTAU KESIHATAN

Seperti yang Hans sebutkan di awal artikel ini, fungsi utama jam pintar yang harus dititik-beratkan sebelum anda membelinya adalah fungsi kesihatan. Kieslect Calling Watch Ks menepati ciri tersebut kerana jam pintar ini turut berfungsi sebagai Pemantau Kesihatan si pemakai dengan menawarkan bacaan SpO2, Kadar Denyutan Jantung, Pemantau Tidur dan banyak lagi fungsi kesihatan lain yang berguna untuk kita.


Hans cukup suka dengan fungsi Amaran Kadar Jantung Tidak Normal yang ditawarkan oleh Kieslect Calling Watch Ks ini kerana ianya sangat membantu Hans untuk sentiasa peka dengan kadar denyutan jantung sendiri pada setiap masa. Menariknya kerana Hans boleh tetapkan kadar denyutan jantung tertinggi dan terendah yang Hans inginkan dan jam pintar ini akan memberi amaran kepada Hans apabila kadar denyutan jantung berada di luar tetapan. Bagi Hans, fungsi ini memang sangat baik untuk membantu mereka yang cakna terhadap kesihatan terutama buat mereka yang bekerja di bawah tekanan berat untuk sentiasa peka dengan kondisi tubuh badan pada setiap masa.


KIESLECT CALLING WATCH KS MERUPAKAN JENAMA KETIGA DI DUNIA YANG DILENGKAPI DENGAN 2-IN-1 CORE CALLING CHIP 

Jam Pintar Kieslect merupakan jenama ketiga di dalam dunia yang menawarkan Smart Watch Calling Chip selepas Apple dan Samsung. Selain itu, Kieslect Calling Watch Ks juga dilengkapi dengan pembesar suara dan mikrofon yang cukup baik dan ianya sangat membantu Hans sewaktu bercakap dengan pemanggil menggunakan jam pintar ini. Jam ini seperti telefon dimana turut menawarkan fungsi menerima dan menolak panggilan masuk. Selain itu, kalau nak hubungi semula pemanggil juga boleh kerana jam pintar ini mempunyai fungsi untuk menelefon kembali dengan cara menaip di papan kekunci jam atau melalui nama kenalan yang kita simpan di dalam jam ini. Istimewanya jam pintar ini apabila ianya menggunakan 2-in-1 chip yang mengurangkan penggunaan bateri sehingga 30 peratus dan secara tidak langsung membuatkan bateri jam tahan lebih lama.


KIESLECT CALLING WATCH KS MENAWARKAN SAMBUNGAN BLUETOOTH 5.2 YANG SANGAT STABIL

Hans memang kagum dengan sambungan Bluetooth 5.2 yang ada pada Kieslect Calling Watch Ks ini kerana ianya sangat stabil. Lebih menarik kerana sambungan jam pintar ini lebih kuat daripada jam tangan Huawei GT tau. Jadi, Hans memang tidak risau langsung kalau nak jawab panggilan telefon sebab yang pasti talian tidak akan terputus punya. Tambah-tambah jam pintar ini dilengkapi dengan pembesar suara dan mikrofon yang cukup mantap. Memang suara panggilan yang diterima sangat jelas bunyinya. Mantap!


HIGH DEFINITION MUSIC PLAYLIST ON WRIST KIESLECT CALLING WATCH KS

Selain itu, jam pintar Kieslect Calling Watch Ks juga mempunyai fungsi untuk mengawal senarai lagu secara terus. Jadi, fungsi ini memang sangat berguna apabila kita sedang melakukan sesuatu perkara yang membataskan tangan kita untuk memegang telefon. Boleh mainkan terus lagu pilihan anda dengan tekan butang dari jam pintar sahaja. Menarik kan?


KIESLECT CALLING WATCH KS MENAWARKAN 100 SPORTS MODES

Untuk mereka yang aktif bersukan dan mementingkan kesihatan, berita baik buat anda kerana jam pintar Kieslect Calling Watch Ks menawarkan 100 mod sukan untuk dipilih. Dengan 100 jenis sukan yang ada, Hans sendiri pun lebih yakin dengan nilai bacaan untuk SPO2, Kadar Denyutan Jantung, Latihan Pernafasan, Ujian Tekanan, Ujian Emosi, Pemantauan Tidur serta Pembakaran Kalori yang berlaku sepanjang Hans bersenam sambil memakai jam pintar ini. Bagi Hans, jam pintar ini memang sangat berbaloi untuk dimiliki.


BAGAIMANA NAK DAPATKAN JAM PINTAR KIESLECT CALLING WATCH KS?

Memang satu pengalaman yang cukup baik menggunakan jam pintar ini yang bukan sahaja menawarkan harga mampu milik tetapi penuh dengan fungsi yang berguna untuk kehidupan seharian. Mudah sahaja kalau anda nak beli Jam Pintar Kieslect ini. Boleh layari aplikasi Shopee dan cari Official Selling Platform Kieslet. Nak senang anda klik sahaja Link ini : @kieslect.os


Disini Hans sertakan sekali kod diskaun untuk para pembaca yang berminat untuk beli. Siapa cepat, dia lah dapat. Hehehe!
  • KIESLORA : Diskaun RM5 untuk Kieslect LORA Bonus
  • KIESKS : Diskaun RM10 untuk KS Bonus

Kieslect Official

Facebook:

Instagram:

Twitter:

Lemon8:

TikTok:



1 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Saya menggunakan Apple Watch sebab ngam dengan iPhone. Tak pernah lagi cuba brand ni.

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم