Dashu Jenama Penjagaan Diri Lelaki Terkemuka Korea Kini Terdapat Di Watsons

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans percaya golongan lelaki zaman kini tidak mengira lapisan usia sangat mementingkan dandanan dan penampilan diri demi imej serta keyakinan diri masing-masing. Disebabkan fenomena ini, Dashu yang merupakan sebuah jenama penjagaan diri yang terkemuka di Korea telah menawarkan rangkaian produk yang pelbagai untuk mengubah gaya dan kehidupan lelaki terutamanya yang berada di kawasan bandar. 


Ditubuhkan di Korea sejak tahun 2001, Dashu telah menjadi jenama isi rumah yang menawarkan produk penggayaan, badan, penjagaan rambut, muka dan solekan yang terkemuka di sana. Lebih membanggakan, jenama ini menjadi pilihan pelakon Korea terkenal dunia yang turut bertindak sebagai duta produk mereka iaitu Ryu Jeon Yeol dan Cha Eun Woo.


Selain itu, Hans sangat gembira apabila mengetahui bahawa produk Dashu telah berada di pasaran Malaysia dimana mereka telah memperkenalkan rangkaian produk dandanan rambut dan penjagaan rambut lelaki terbaiknya yang hanya terdapat di Watsons sahaja. Bagi para lelaki yang ingin memiliki pesona bergaya, anda mempunyai tiga jenis pilihan wax rambut yang bagus untuk dicuba iaitu:

1) Original Super Mat Wax

2) Ultra Holding Power Wax

3) Wild Design Power Muscle Wax


Lebih menarik, produk yang menjadi pilihan utama dalam segmen penjagaan rambut iaitu Dashu Mega Hold Super Spray (250ml) yang menawarkan semburan air eksklusif Wax dengan penggunaan 100 peratus bahan kacang hitam.


Selain itu, anda juga boleh mencuba produk Dashu Ultra Mat Down Stick Wax (40g) yang merupakan antara produk kegemaran sepanjang masa Korea di mana menariknya kerana keajaiban produk ini yang tidak melekit tangan. Tetapi, sebaliknya produk ini menjinakkan rambut keriting dengan vitamin. 


Terdapat lebih banyak lagi mengenai produk rangkaian penggayaan rambut Dashu yang terkenal seperti Ultra Bond Gel Down Perm (100ml) dengan jenis gelnya untuk perm turun sendiri bagi menjinakkan rambut bayi yang tidak kemas serta diperkaya dengan 6 ekstrak herba dan minyak sayuran untuk melindungi rambut.


Dashu juga turut menawarkan dua penyelesaian hebat penjagaan rambut untuk anti rambut gugur melalui pek terkemuka Dashu Anti-Hair Loss Hair Cushion (16g) yang meninggalkan kesan ajaib untuk menutupi kawasan rambut yang kurang manakala Dashu Anti-Hair Loss Fixer Mist (120ml) adalah pembaikan kawasan rambut untuk memaksimumkan jumlah rambut agar berkekalan.


Untuk makluman semua, Dashu telah dilancarkan secara rasmi di FERRIA KL yang turut memperkenalkan Watsons sebagai saluran eksklusifnya dengan kehadiran Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Yuliana Han, Pengurus Besar (Pasaran Luar Negara) untuk Dashu dan bersama Rakan Watsons Brandon Ho dan Marc Sadique yang membuati selain perkongsian mengenai produk Dashu.


SENARAI HARGA DASHU DI KEDAI WATSONS SELURUH NEGARA DAN DALAM TALIAN:

1. DASHU ORI SUPER MAT WAX 15ML - RM12.90
2. DASHU WILD DSG MUCLE WAX 15ML - RM12.90
3. DASHU ULTRA HOLD PWR WAX 15ML - RM12.90
4. DASHU ORI SUPER MAT WAX 100ML - RM40.90
5. DASHU WILD DSG MUCLE WAX 100ML - RM40.90
6. DASHU ULTRA HOLD PWR WAX 100ML - RM40.90
7. DASHU HAIR FIXER MIST 120ML - RM46.70
8. DASHU HAIR CUSHION NTR BLK 16G - RM50.20
9. DASHU ULT BD GEL DW PERM 100ML - RM46.70
10. DASHU ULT MAT DW STICK WAX 40G - RM38.90
11. DASHU MEGA HOLD SP SPRAY 250ML - RM40.40
12. DASHU MAGIC COVER BAND 52PCS - RM25.90 (ONLINE)


Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang https://www.watsons.com.my/all-brands/b/155227/dashu.

 

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم