Laman Sendayan 2 Bandar Sri Sendayan : Rumah Canggih Dengan Sistem Smart Home

Mencari rumah untuk diduduki bukan masalah sukar di era ini. Tetapi, mencari rumah yang menawarkan ruang yang selesa dengan kemudahan lengkap serta dilengkapi dengan sistem smart home yang moden dan selamat bukannya mudah.


Sekarang ia bukannya mustahil lagi kerana anda boleh membeli hartanah yang sesuai untuk keselesaan seisi keluarga melalui projek Laman Sendayan 2 di Bandar Sri Sendayan.


Beberapa faktor menarik yang anda patut pertimbangkan kenapa projek perumahan Laman Sendayan 2 Bandar Sri Sendayan merupakan pilihan yang terbaik dan tepat untuk dijadikan sebagai kediaman anda sekeluarga iaitu:


AKSESIBILITI

Laman Sendayan 2 terletak di dalam sebuah township moden iaitu Bandar Sri Sendayan yang dibangunkan untuk masa depan yang mampan, terancang dan mesra keluarga. Dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur moden, akses jalan raya yang baik serta pusat komuniti yang berkembang pesat. Memang sangat memudahkan bakal penghuni Laman Sendayan 2.


LOKASI STRATEGIK

Kedudukannya cukup strategik dan terdapat pelbagai kemudahan seperti:
• Lebuhraya dan rangkaian jalan utama
• Kawasan komersial dan pusat perniagaan
• Sekolah, pusat rekreasi dan fasiliti harian

KEMUDAHAN DAN FASILITI YANG PELBAGAI DAN MENYELURUH

Semestinya sebelum membeli hartanah, anda patut memastikan kemudahan dan fasiliti apa yang disediakan di kawasan perumah tersebut. Laman Sendayan 2 sememangnya merupakan lokasi tempat tinggal yang paling ideal kerana pelbagai kemudahan dan fasiliti terbaik disediakan untuk meningkatkan kualiti hidup para penghuninya seperti:

d’Tempat Country Club
Merupakan sebuah klub rekreasi dan gaya hidup yang dibangunkan sebagai pusat aktiviti untuk komuniti setempat dan keluarga. Lengkap dengan pelbagai kemudahan sukan, santai dan acara.

Matrix Global Schools
Sebuah kumpulan sekolah swasta dan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 2014 dan menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi kepada pelajar tempatan dan antarabangsa dalam satu kampus moden yang luas. Kampus ini menggabungkan:
• Sekolah Antarabangsa (International School)
• Sekolah Persendirian dengan Kurikulum Kebangsaan Malaysia
• Program Pra-sekolah / Early Years

X-Park Sendayan
Merupakan tempat hiburan dan rekreasi sukan luar dan turut dikenali sebagai salah satu pusat aktiviti lasak dan santai yang besar di kawasan ini dengan pelbagai pilihan permainan untuk semua peringkat umur.

Sendayan Merchant Square
Merupakan hub komersial dan gaya hidup utama di tengah-tengah Bandar Sri Sendayan. Dibangunkan sebagai pusat perniagaan dan sosial yang menjadi tempat fesyen, makanan, runcit dan perkhidmatan untuk penduduk serta pengunjung kawasan tersebut yang menyokong kehidupan komuniti yang serba lengkap.

Sendayan Merchant Square dibina sebagai sebuah komuniti pusat perniagaan yang meliputi:
• Lot kedai & pejabat 
• F&B dan kedai runcit
• Perkhidmatan & kedai gaya hidup seperti klinik, kedai servis, butik dan pelbagai lagi

Outlet Jenama Popular Kini Dibuka
Terdapat pelbagai jenama gergasi di kawasan bandar Sri Sendayan seperti McDonald’s, Coffee Bean, A&W, Zus Coffee, Watsons, Family Mart dan banyak lagi.


Berbalik kepada projek perumahan Laman Sendayan 2 Bandar Sri Sendayan, Hans tertarik dengan ciri smart home yang ditawarkan dan menjadikan rumah ini lebih selamat dan selesa.


REKAAN RUMAH DAN SPESIFIKASI UTAMA LAMAN SENDAYAN 2A (MERIA & ELARIA)
📐 Saiz binaan: 20’ x 70’ – 75’
💰 Harga bermula: RM5xx,xxx
🛏 4 bilik tidur
🛁 3 bilik air


KELEBIHAN UTAMA RUMAH
✔ Sistem Smart Home
✔ Reka bentuk rumah berkonsep moden
✔ Ruang dalam rumah yang luas & praktikal
✔ Sesuai untuk keluarga berkembang
✔ Ruang tamu dan ruang makan yang lapang
✔ Bilik tidur yang selesa dan privasi terjaga


Konsep pembangunan di Laman Sendayan 2 turut menyokong kesejahteraan fizikal, mental dan sosial untuk para penghuninya dengan menyediakan ruang hijau dan taman rekreasi untuk aktiviti luar dan riadah sihat keluarga. Terdapat juga laluan joging, kawasan basikal dan gelanggang sukan di persekitaran kejiranan.

Acara Purr & Play Showhome Day

📅 10 & 11 Januari 2026 (Sabtu & Ahad)
⏰ 10:00 pagi – 3:00 petang
📍 Laman Sendayan 2 Show Unit
🔗 RSVP: Matrixtogo.com


Jadi, anda semua dijemput untuk hadir dimana terdapat pelbagai program menarik, lawatan showhome dan hadiah eksklusif ditawarkan untuk para pengunjung seperti:
✔ Show unit unveiling
✔ Purrwalk Fashion Show (bawa kucing sendiri juga boleh)
✔ Kids Colouring Contest
✔ Whisker Craft Workshops
✔ Cat Café Zone
✔ Cat Adoption Lounge
✔ Merchandise Stalls
✔ Animal Magic Show

📌 Pendaftaran pertandingan melalui Facebook Matrix Concepts
🎁 Bonus Khas — Hadiah Eksklusif untuk Pembeli

Lebih menarik, jika anda membuat tempahan pada hari acara, anda berpeluang menyertai Blind Box Reward Program dan memenangi hadiah gaya hidup seperti:
🎁 Petron E-Fuel Card
🎁 Grab Rewards
🎁 Lexis Hibiscus 3D2N Stay
🎁 Airwheels Electric Smart Riding Suitcase
🎁 Marshall Stanmore III Bluetooth Speaker

Ingin rasai sendiri suasana rumah dan komuniti di Laman Sendayan 2? Jom datang dan lihat sendiri.
👉 Layari Matrixtogo.com
📞 Hubungi 1800 88 2688 untuk maklumat lanjut

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama