Ahad, 22 Jun 2014

Juadah Kampung Silka Hotels

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog hanshanis.com dan untuk entry kali ini Hans nak berkongsi dengan korang semua tentang pengalaman Hans serta pihak media lain yang dijemput pada tengahari tadi (17 Jun 2014) untuk merasa keenakan juadah kampung di Silka Hotels yang terletak di Cheras dan bakal dihidangkan sempena bulan Ramadhan nanti. Walaupun Hans nih cuma seorang blogger picisan tetapi bila dah berkesempatan menikmati hidangan disini memang melompat keriangan lah.

 Tudiaa! Tudiaaa!! Tudiaaa!! Terliyoq Hang Pa Semuaaaa!! Hahahaha!!

 Hahhhh!! Jenuh-Jenuh!! Sapa Suka Makan Ulam Macam Aku? Angkat Keyboard!

Segala Jenis Sambal Ada! Hang Pa Cedok Ja Mana Berkenan!

Hahhh!!! Tu baru bagi gambar pembuka selera baru! Nih Hans nak tunjuk satu-satu dulu nih! Sedap bak hang! Jangan buat main! Macam-macam ada untuk Juadah Kampung di Silka Hotels Cheras nih pada bulan Ramadhan nih. Memang hangpa semua wajib rasa dan makan. Bukan senang nak dapat makan makanan yang sedap-sedap macam nih. Antaranya yang Hans nak rekemen dekat hangpa semua ialah....Jeng! Jeng! Jeng!

 Kalau Datang Nanti Tak Cuba Makan Sup Rusa Nih...Memang Rugi! Dah Bayaq Kena Lah Cuba Makan!

 Sambal Udang Petai! Favorite Hans Nih! Memang Serbu Hat Nih Dulu Lah! Awesome!

 Ayam Masak Merah! Memang Terangkat!

 Kari Kepala Ikan Nak Habaq Maiiiii!! Makan Nih Confirm Tambah Nasi!!

Ekor Lembu Asam Pedas! Hah! Selalu Hangpa Dok Makan Pari Lah Daging Tetel Lah! Hat Nih Special Sikit! Kena Makan Baru Tau Langit Tinggi Ka Rendah! Hahaha!

Kepada Sesiapa Penggemar Kerabu Macam Hans Nih....Elok Hangpa Semua Cuba Makan Semua Jenis Kerabu Dekat Sini! Rasa Dia Unik Dan Menarik Sikit! Nyum Nyum!

Tudiaaaa!! Tu baru mukadimah jer tu! Banyak lagi sebenarnya makanan lain tapi kalau nak tau kena lah mai makan dekat sini. Sekarang Hans nak kongsi makanan lain pula yang memang ramai pelanggan setia kalau datang sini mesti dok mencari-cari lah makanan nih.

Nasi Briyani Istimewa!!! Sedap Bak Hang! Ayam Dia Memang Lembut Sungguh! Daging Kambing Dia Pun Lembut Dan Juicy! Makan Pula Dengan Nasi Briyani Nih! Hang Rasa Diet Aku Musnah Tak? Memang Lupakan Lah Diet Tu! Makanan Sedap Kita Balun Jer lah Makan! Hahaha!

Satay Ayam Dan Satay Daging! Dua-Dua Terbaik! Kuah Kacang Yang Penting Untuk Buat Satay Rasa Sedap Dan Macam Biasalah! Rugi Kalau Tak Makan! Bab Diet Tolak Tepi! Nikmati Apa Yang Ada Depan Mata Nih! Hahaha!

Asam Laksa Penang Punya! Hah! Hans Penggemar Laksa Tapi Sebenarnya Tak Berapa Suka Sangat Makan Sebab Ada Daun Pudina Dengan Nenas. Entah Macam Mana Tadi Waktu Makan Nih Rasa Sedap Pula! Hahahaha! Serius Kuah Asam Laksa Dia Terbaik! Tak Cair Dan Tak Pekat! Memang Sesedap Rasa Nak Habaq Dekat Hangpa Semua!  

Rojak Pasembor! Mai Mai! Hahhhhhhh! Hangpa Jangan Pula Dok Bayang Perut Hans Besaq Ka Kecik Ka! Dah Sedap Nak Buat Macam Mana! Sementara Seronok Makan Nih Memang Kita Nikmati Sebaik Mungkin! Terbaik Nih!

Orang Kata Berhenti Sebelum Kenyang! Nih Kira Dah Tahap Nak Kenyang Dah! Jadi, Sebelum Kenyang Tu Hans Pekena Dulu Aiskrim! Hah! Pandai Tak Hans Hias? Boleh Masuk MasterChef Tak? Tak Boleh? Tak Layak? Hangpa Dengki Sungguh Noh Dengan Kebolehan Aku! Hahahaha!

Bila dah puas menikmati keenakan segala macam makanan daripada makanan yang berat hingga lah kepada pencuci mulut mestilah Hans terfikir siapakah orangnya yang masak semua nih. Jadi, alhamdulillah Hans berkesempatan bertemu dan menemuramah orang kuat Silka Cheras Kuala Lumpur's Curf Cafe ini iaitu Chef Badrul Hisham.

Inilah Chef Badrul Hisham Dan Menu-Menu Istimewanya!

Chef Badrul Hisham berumur 33 tahun dan sudah pun mendirikan rumah tangga serta dikurniakan dua orang anak. Anak jati Perak ini memang membesar di dalam keluarga yang juga minat memasak serta mempunyai perniagaan katering kecilan. Menariknya isteri Chef Badrul juga merupakan seorang chef. Untung anak chef nih dapat ibu dan ayah yang pakar memasak.


Seronoknya Hans dapat bersembang dengan Chef Badrul ini kerana beliau belajar memasak melalui pengalaman dan mengikut katanya makanan pertama yang beliau berjaya masak dan hasilkan ialah puding. Rupa-rupanya Chef Badrul ini memang hebat dalam membuat pastry dan telah berkecimpung selama 13 tahun dalam bidang pastry ini. Selain tu memang tak dinafikan yang beliau memang hebat dalam memasak makanan melayu. Kalau tidak tak adalah Hans makan banyak macam tadi tu.


Chef Badrul juga sempat berkongsi rahsia dengan Hans dimana makanan yang disediakan beliau dan pekerjanya yang lain sangat dijaga kualiti dan cara penyediaan serta masakannya. Semua ramuan dibuat sendiri. Tiada ramuan segera dan dimasak dengan penuh kasih sayang. Memang betul lah! Bab makanan nih kalau masak sebab terpaksa memang tak jadi! Sebab tu lah Hans seronok jer makan makanan dekat sini. Chef Badrul juga sempat berpesan kepada sesiapa yang minat menjadi chef tu agar teruskan cita-cita dan perlu mempunyai semangat yang kuat serta bukan berniat untuk menjadi glamour. Hah! Dengar tu! Glamour tolak tepi! Yang penting minat dan niat nak bagi pelanggan makan makanan yang sedap tu yang perlu diutamakan.

Terima Kasih Kepada Kawan Hans Iaitu Cik Husna Yang Sudi Mengambil Gambar Makanan. Kredit Untuk Beliau! Terbaikkkk!!

Alhamdulillah! Memang puas hati dan juadah-juadah yang disediakan disini memang sedap dan terbaik! Terima kasih kepada pihak Silka Hotels serta Chef Badrul dan Culinary Team beliau yang telah menghidangkan makanan-makanan yang sedap-sedap ini kepada Hans. Jadi, kepada semua pembaca blog hanshanis.com yang ingin merasai dan menikmati makanan ini sewaktu berbuka puasa nanti, bolehlah lihat info dibawah ini. Selamat menjamu selera (^_^)Y

Juadah Kampung Buffet Dinner

Alamat:
KM10, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tarikh:
4 Julai 2014 - 25 Julai 2014

Waktu:
7.00 P.M - 10.30 P.M

Harga:
RM69.00 - Dewasa
RM35.00 - Kanak-Kanak

Nombor Telefon:
+603 9100 1133

Email:
sales.cheras@silkahotels.com

Laman Web:

Promosi Istimewa:
Sebarang tempahan yang dibuat sekarang sehingga 23 Jun 2014 ini, makanan yang disediakan untuk 5 orang tetapi harga yang anda perlu bayar cuma harga untuk 4 orang sahaja.


12 ulasan:

  1. uwaaaa! lapaq teruih tgk entry ni :(

    BalasPadam
  2. Bulan puasa makin terasaaaaa

    BalasPadam
  3. sup rusa tu sedap x? mcm best je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena try bro...rugi tak cuba sup rusa tu :)

      Padam
  4. amboi...gendang gendut tali kecapi..kenyang perut suka hati ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...betul tu..suka hati sangat dapat makan macam2

      Padam
  5. Balasan
    1. nama pun buffet...mestilah pesta...hahaha

      Padam
  6. menarik gak tempat nie...boleh try bulan puasa nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com