Jumaat, 14 November 2014

Melancong Ke Banda Aceh - Part 4

HARI KEEMPAT

Yeahhhhh!!!! Hari keempat yang ditunggu-tunggu telah tiba sebab hari ini memang hari untuk berjalan sepuas-puasnya! Hahaha! Jadi, destinasi pertama yang aku pergi untuk hari ini ialah Pasar Aceh. Jom kita redah!


Pasar Aceh ini tak lah besar sangat dan tempat ini sebenarnya sangat sesuai untuk kaum wanita yang suka membeli-belah. Hans bila masuk dalam nih jer terus mati kutu sebab kebanyakan barang dalam ini memang untuk wanita. Bak kata pelawak Achey - Matilahhhhhhh Nakkkkkkkk sebab nak menunggu! Hahaha!


Orang dekat sini sebut Pasar Aceh tapi ejaannya Pasar Atjeh! Confuse jadinya I'ols! Harap-harap u'ols tak confuse lah yer! Tiba-tiba terus jadi I'ols dengan U'ols! Hahahaha! Jadi, meh kita tengok apa jer barang yang ada dekat dalam nih!


Dah tengok kan? Mananya tak tekanan jiwa aku berada di dalam nih sebab kebanyakan barang yang dijual memang barang untuk wanita. Kawan-kawan sekerja aku yang perempuan suka lah tempat ini! Aku pula asyik tengok jam sambil merungut bila mereka semua nih nak habis membeli-belah!


Tengok lah gambar di atas! Beza kan muka kawan aku berjantina wanita dan muka aku yang berjantina lelaki! Fuh! Dekat sejam lebih juga lah duduk dekat dalam nih! Naik bosan aku jadinya! Hahahaha! Jadi, memandangkan bila dah pergi Banda Aceh ini maka ramai lah kawan-kawan dekat Malaysia yang minta belikan cenderahati. Nak fridge magnet lah! Nak keychain lah! Nak baju lah! Jadi, destinasi selepas ini nak pergi beli semua benda-benda tu! Fuh! Baru rasa semangat sikit!


Dekat kawasan Banda Aceh ada satu deretan kedai yang memang menjual cenderahati saja. Barang-barang yang dijual disetiap kedai pun sama jer cuma harga lah yang mungkin sedikit berbeza.


Macam-macam lah ada dijual dekat sini! Ada kain batik! Ada beg tangan! Ada pelbagai jenis baju! Makanan seperti kuih muih dan serbuk kopi pun antara barang-barang istimewa yang dijual disini. Disebabkan pilihan cenderamata yang tidak banyak maka aku mula pening kepala.


Yeahhhhhh!!! Akhirnya ini jer lah yang aku rasa cantik dimata aku untuk dibeli! Keychain dan fridge magnet! Tahniah kepada sesiapa yang dapat benda nih dari aku! Penat kut aku fikir apa yang aku nak beli dekat korang! Hahahahaha! Jadi, waktu yang aku nanti-nantikan telah tiba! Apa lagi kalau bukan MAKAN TENGAHARIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!! Hahahahaha! Nampak tak semangat nak makan tu membara dalam sanubari! Maklumlah setakat ini memang makanan dekat Banda Aceh ini sedap-sedap belaka! Kali ini pemandu kami nak bawa aku dan lain-lain makan ayam pramugari di Rumah Makan Adytia Jaya. Ayam apa tu?


Inilah dia AYAM PRAMUGARI atau pun nama lainnya ialah Ayam Tangkap Aceh. Ayam nih digoreng dengan daun apa entah! Waktu sampai atas meja tu aku tengok juga apa kebenda lah banyak sangat daun-daun atas ayam nih. Tapi sebenarnya itulah yang membuatkan rasa ayam nih sedap dan lain dari yang lain. Dari tadi aku dok usha ayam nih tapi aku masih tak faham macam mana ayam nih boleh dapat nama ayam pramugari. Aku tanya lah dekat pemandu Aceh tu. Rupa-rupanya sebab kaki ayam nih panjang macam pramugari. Hahahaha! Tergelak aku jadinya! Tapi serius sedap wehhhh!


Aku juga dihidangkan dengan kari ayam dan kari kambing! Walawehhhh! Aku dah tak peduli dah pasal kegemukan! Yang penting kari dia memang terbaik! Ini kalau ada roti ini memang lagi nikmat makan nih! Dua kali juga lah aku tambah nasi dekat kedai makan nih! Hahahaha! 


Hah! Lagi satu dekat sini ada satu jus yang menarik untuk dicuba! Jus sirap betik cincau! Memandangkan aku memang suka cuba makanan dan minuman yang unik serta aneh-aneh jadi aku pun bedal jer lah kan! Hurmmm! Sedap juga! Boleh tahan kreatif lah orang Aceh ini. Jus ini bagi aku sedap tapi kadang-kadang rasa macam ubat sirap tu pun ada juga. Hehehehe!


Inilah nama kedai dan alamatnya istimewa untuk korang yang bercita-cita nak pergi Banda Aceh ini nanti! Serius korang kena cuba makan tengahari dekat sini sebab selain daripada makanan-makanannya yang sedap, servis yang diberikan juga memang terbaik! Tak percaya cuba korang tengok gambar dekat bawah nih!


Muka sorang-sorang gembira kan? Hah! Itulah buktinya kedai makan ini memang terbaik! Jadi, selepas ini aku nak pergi ke sebuah masjid yang sangat terkenal di seluruh dunia disebabkan masjid ini merupakan satu-satunya bangunan yang terselamat di dalam kejadian tsunami di kawasan yang paling teruk terjejas iaitu Masjid Rahmatullah.


Dalam perjalanan ke Masjid Rahmatullah, aku melalui sebuah kawasan yang cukup cantik dan dinamakan Pantai Lhoknga. Mengikut kisah yang diceritakan oleh pemandu Aceh kepada kami semua, kawasan ini dulu merupakan kawasan pelancongan yang terkenal di kalangan pelancong asing tetapi tsunami yang dikatakan setinggi lebih 35 meter telah melanda kawasan ini dan memusnahkan kesemuanya. Yang paling menakutkan tu apabila dekat kawasan ini sebenarnya banyak bukit dan dikatakan ada bukit yang tenggelam seketika waktu tsunami melanda pada ketika itu. Aku terus tergamam bila tengok bukit yang tinggi macam tu pun boleh tenggelam. Subhanallah!


Tetapi, serius kawasan laut disini memang cantik sangat! Dengan warna air lautnya yang seakan-akan biru hijau turquoise tu memang buat aku jatuh hati dekat tempat nih. Oh! Abaikan bentuk badan yang penuh dengan lemak tepu tu! Sila nikmati pemandangan laut yang indah ini. Hehehe!


Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak mahu.

Wah! Tiba-tiba berpantun pula! Hahaha! Dalam sejarah hidup aku lah kan....dah suku abad aku hidup dengan dunia nih...selama nih aku asyik dengar jer pantun pasal buah keranji nih tapi belum pernah aku tengok macam mana rupa buahnya. Jadi, gambar di atas itu merupakan gambar buah keranji yang banyak dijual di sepanjang perjalanan aku lalui untuk ke masjid Rahmatullah! Masa tu teruja gila bila tahu inilah buah keranji. Dari jauh nampak macam anggur pun ada! Rasanya masam-masam lemak macam tu lah! Aku tak berapa lalu sangat tapi ada juga kawan-kawan yang seronok makan buah nih! Hehehe!


Alhamdulillah akhirnya aku tiba di Masjid Rahmatullah dan kalau korang nak tahu inilah masjid yang korang selalu tengok di televisyen waktu tsunami melanda Aceh tu. Dalam perjalanan ke masjid ini, aku masih dapat melihat kesan-kesan tsunami yang membadai tempat ini walaupun bencana itu sudah 10 tahun berlalu. Apabila masuk ke kawasan ini memang rasanya lain sangat! Rasa macam suram! Sunyi! Tak tahu nak cakap macam mana tetapi itulah apa aku dan rakan-rakan rasa! Memang tak sama macam tempat lain yang aku pergi dekat Banda Aceh setakat ini!


Aku sempat naik ke menara masjid untuk melihat pemandangan keseluruhan kawasan daripada atas. Bayangkan semasa kejadian, kawasan-kawasan di dalam gambar itu semuanya lapang tetapi sekarang alhamdulillah kembali terisi dengan rumah-rumah serta kawasan pertanian. Memang bila difikirkan balik cukup-cukup buat kita sebagai umatnya rasa sangat kerdil dan menginsafkan kita. Jadi, macam biasalah disebabkan kawasan ini dah dekat sangat dengan kawasan pelancongan Pantai Lampuuk (kalau tak salah aku) jadi kami bergerak kesana untuk merasai nikmat angin laut.


Serius kawasan pantai dekat sini memang cantik weh! Rasa macam nak mandi jer dekat sini tetapi nasib tak ada masa jer. Maaflah dengan gambar yang tersangat poyo dekat atas tu sebab aku pun rasa menyampah tengok gambar sendiri! Hahahaha!


Dan kalau korang datang kesini mesti korang akan berjumpa dengan itik-itik yang comel ini. Mengikut daripada apa yang diceritakan kepada aku, penduduk serta pengusaha di kawasan pantai ini membela itik-itik ini sebagai langkah keselamatan jika berlaku lagi tsunami disini. Maklumlah! Selalunya haiwan-haiwan yang akan bagi petanda awal jika tsunami bakal berlaku disesuatu kawasan.


Bertentang dengan kawasan pantai itu adalah tempat aku berdiri ini. Dipisahkan dengan pasir pantai jer dan tempat ini memang cantik kalau korang nak bergambar! Hah! Waktu nih lah boleh nak feeling model bagai! Hahahaha! Cantik kan gambar nih? Memandangkan waktu ini dah petang jadi destinasi seterusnya ialah untuk melawat sebuah lagi kapal yang dihanyutkan oleh tsunami ke kawasan tempat tinggal masyarakat Aceh.


Hah! Inilah sebuah lagi kapal besar yang dihanyutkan tsunami iaitu kapal PLTD Apung. Kapal ini memang berat lah sebab dibuat daripada besi dan aku dikhabarkan kemungkinan dibawah dasar kapal ini terdapat mayat kerana tapak dimana kapal ini berada sekarang merupakan tapak beberapa buah rumah yang telah dilenyek oleh kapal ini semasa kejadian tsunami.


Dekat sini korang masih berpeluang untuk melihat kesan-kesan tsunami yang telah melanda kawasan ini. Berbalik kepada kapal besar tadi....kalau korang nak tahu sewaktu kapal ini dihanyutkan kesini sebenarnya di dalam kapal ini ada seorang manusia yang bertuah cuma kisahnya aku tak tahu lah nak kata lucu atau simpati. 


Mengikut kisahnya sebelum kejadian tsunami, di atas kapal ini ada tiga orang pekerja ker kelasi macam tu lah. Waktu tsunami datang, dua orang ini nampak dan melarikan diri tetapi yang seorang lagi pula berada di dalam bilik di dalam kapal dan tidur. Jadi, apabila dia bangun daripada tidur dan keluar ke dek kapal, sedar-sedar dia dah ada di kawasan ini dan baru dia tahu tsunami telah melanda Aceh. Aku tak dapat bayang kalau aku berada di tempat mangsa yang terselamat tu. Kalau korang?


Jadi, bila dah letih sebab daripada pagi sampai ke petang melawat dan membeli-belah di kawasan-kawasan pelancongan dan tarikan di Banda Aceh ini maka aku dan rakan-rakan yang lain pun pulang lah ke hotel. Malam nanti kami nak makan satu menu istimewa masyarakat Aceh. Kiranya tak lengkap perjalanan korang ke Banda Aceh kalau tak makan juadah nih. Apa menunya? Nantikan dalam entry terakhir Melancong Ke Banda Aceh yer! Hehehe!


BERSAMBUNG.....

17 ulasan:

  1. Suka baca.. Maraton dari ep pertama :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih baca dari part 1 :)

      Padam
  2. Itu ke buah keranji? Serius baru tahu...hehehe
    Cerita ttg org terselamat dlm kapal tu pada aku agak menginsafkan...itu yg orang kata berpantang maut sebelum ajal...kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      yups..itulah buah keranji
      tahu xper...umur dia panjang betul..alhamdulillah

      Padam
  3. lah yang tu ke namanya buah keranji ? hahaha.. baru tau nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      itulah buah keranji
      aku kalau tak pergi sana...mungkin sampai sekarang tak tahu macam mana rupa dan rasanya..haha

      Padam
  4. =D hah! tertariknye dengan ayam stewardess tu!!! die ayam biase je kan? tapi menarik lah name die tu... terliur lak kat sini! hahhahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayam yang diorang ternak...
      tapi rasa dia lain sikit....
      maybe sebab dah masak dengan daun2 tu

      Padam
  5. wahh best gila ni klu dapat shoppping sini ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang perempuan...suka lah kalau bab shopping..hahaha

      Padam
  6. Memang dunia shopping la kan tempat ni. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak juga bro...
      ikut pada selera orang...
      ada yang anggap ini dunia shopping..
      ada yang kata tak...
      hehehe

      Padam
  7. "Atjeh" tu ejaan Soewandi digunakan sebelum tahun 1972. Pada 16 Ogos 1972, Malaysia dan Indonesia besepakat menggunakan ejaan yang seragam, ejaaan yang kita guna sekarang ni. Di Malaysia ejaan ini dikenali sebagai Ejaan Rumi Baru. Di Indonesia disebut Ejaan Yang Disempurnakan.

    BalasPadam
  8. Kalau pergi sana memang kena beli simkad ke?

    BalasPadam
  9. Salam,nk tny.cmne dgn harga brg kt sna.lepas tu de ke money changer kt sna.or better tukar siap2

    BalasPadam
    Balasan
    1. tukar siap2 jer lah senang....duit indonesia :)

      Padam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com