Khamis, 20 November 2014

Melancong Ke Banda Aceh - Part 5

Selepas selesai melawat PLTD APUNG, Hans pun pulang semula ko hotel untuk bersiap-siap bagi aktiviti malam pula. Maklumlah seharian berjalan ke sana ke sini jadi memang badan tu rasa macam tak selesa lah sikit kan. Jadi, pada malam hari ke empat ini, kami dibawa untuk menikmati hidangan wajib masyarakat Aceh. Orang kata tak sah pergi ke Banda Aceh kalau tak makan Mee Aceh. Hahhh! Nak tengok rupa dia? Macam mee lah! Hahaha!


Hah! Macam mana? Mesti hangpa semua telan ayaq liyoq kan? HAHAHAHAHA! Istimewanya mee Aceh ini terletak pada ketam yang besar tu. Macam Hans nih sebab tak boleh makan ketam jadi Hans minta Mee Aceh Seafood jer! Memang terbaik nak habaq mai! Sedap! Likat! Pekat! Terbaik! Tetapi, kalau korang ini bukannya jenis orang yang suka makan makanan masin jadi bagitahu lah siap-siap kepada tukang masak tu yang korang tak nak mee ini terlalu masin sebab pada pendapat Hans lah....orang Aceh nih suka makan masin sikit. Jadi, kalau tidak mahu darah tinggi korang naik(kalau ada lah!) silalah bagitahu cepat-cepat dekat pekerja yang ambil pesanan tu.


Hans makan Mee Aceh ini dekat sebuah kawasan kedai makan di Pasar Aceh yang juga dekat Masjid Raya Baiturrahman. Dan dekat kedai makan ini pun ada dijual satay. Hahh! Selalu dok makan satay Malaysia ja! Teringin juga nak makan satay Banda Aceh kan? Hans pun cuba lah makan! Oh mak hang! Sedap bak hang satay dia! Kuah satay pun sedap! Memang tak rugi lah datang Banda Aceh ini! Kalau bab makan memang champion orang Kedah kata! Hahaha! 


Untuk pengetahuan korang juga, Hans ini sebenarnya perut agak sensitif juga kalau makanan tu tak bersih tetapi Hans makan jer dekat gerai ker kedai tepi jalan ker. Dan ada seorang rakan ini lagi lah memang jenis tak boleh nak makan dekat gerai sebab jenis perut tak tahan. Tetapi, dekat Banda Aceh ini yang menariknya tu dekat mana kami makan sekali pun tak kiralah restoran ker, kedai tepi jalan ker atau mana-mana lah...tak sakit perut langsung weh! Itu yang buat Hans seronok sangat bila sebut bab makan di Banda Aceh nih. Jadi, lepas tu Hans pusing-pusing sekejap lah Banda Aceh ini. Tengok pemandangan malam bandarnya sebelum balik semula ke hotel untuk berehat.

HARI KELIMA

Akhirnya, inilah hari terakhir Hans akan berada di Banda Aceh ini. Sebelum nak bertolak ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda nih...Hans belek-belek clutch Hans tu dan tengok duit rupiah nih masih banyak. Apa lah aku nak buat dengan duit nih yer? Tiba-tiba dapat satu idea! Mai kita pi joli sat! Hahaha!


Tudiaaa! Tudiaaa! Botol apa besaq-besaq tu oiiiii!!! Hah! Memandangkan Hans dan perfume tidak dapat dipisahkan jadi Hans pun singgah sekejap dekat salah satu 'toko parfum' di Banda Aceh iaitu di Hugo Perfume. Hah! Dekat sini ada macam-macam perfume yang dijual. Korang pilih jer korang nak perfume jenama apa! Semua ada dalam katalog yang dia bagi dekat Hans!


Dekat sini jer Hans pilih empat jenis perfume yang Hans sukakan bau nya. Korang boleh pilih berapa banyak kuantiti korang nak lah. Lagi banyak lagi mahal lah harganya! Jumlah keseluruhan Hans belanja untuk keempat-empat perfume ini adalah dalam 212 ribu rupiah. Hah! Dengaq ratus ribu tapi sebenarnya tak mahal pun! Hahaha! Yang seronoknya beli perfume dekat sini sebab bau dia memang tahan lama. Selalu kalau perfume tak original nih kan tahan setengah hari macam tu jer kan tetapi perfume nih lebih kurang sama macam yang original dah. Tahan berhari-hari! Memang seronok lah! Hahaha!


Sementara menunggu waktu berlepas ke Malaysia di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda ini, Hans ambil lah kesempatan yang ada untuk berbual-bual sekejap dengan pemandu kami yang merupakan orang tempatan iaitu Pak Umar. Nampak juga lah wajah Pak Umar ini macam sedikit sedih apabila Hans dan rakan-rakan nak balik ke Malaysia. Maklumlah! Kami ini suka menyakat dia. Hahaha!


Hah! Inilah dia gerangan orangnya! Pak Umar yang memang kelakar! Pak Umar ini sebenarnya pemalu sedikit jadi memang kena rajin sembang dengan dia. Bila dah lama sikit tu, nampak lah yang dia nih sebenarnya baik dan peramah. Pak Umar ini juga hanya tahu cakap bahasa Melayu Indonesia dan Aceh jer. Jadi, Hans dan rakan-rakan suka menyakat dia dalam Bahasa Inggeris. Hahaha! Kalau korang nak ke Banda Aceh nanti dan kalau perlukan perkhidmatan orang Aceh, Hans cadangkan korang telefon jer Pak Umar ini. Ini nombornya 081360931308 / 62085260529906.


Jadi, tibalah masanya untuk Hans pulang semula ke tanah air tercinta iaitu Malaysia. Sepanjang 5 hari 4 malam berada di Banda Aceh ini memang banyak perkara yang Hans belajar dan alami. Ketabahan! Kekuatan! Rendah diri! Semangat untuk teruskan hidup! Ketaatan pada agama! Semua ini masih menebal di dalam diri masyarakat Aceh walaupun kejadian tsunami telah 10 tahun melanda Banda Aceh. Hans pergi ke Banda Aceh tanpa memasang sebarang impian atau harapan yang tinggi terhadap tempat ini tetapi sebenarnya secara peribadi Hans merasakan Banda Aceh ini memang istimewa dan Hans sangat sukakan suasananya.


Inilah antara cenderahati yang Hans sempat belikan sewaktu berada di Banda Aceh. Alhamdulillah! Jika diberi kesempatan untuk sekali lagi melawat Banda Aceh...mungkin destinasi Hans yang seterusnya ialah Pulau Sabang. Jadi, ini merupakan entry terakhir Hans sepanjang Hans melancong ke Banda Aceh. Kepada sesiapa yang teringin atau memang memasang niat untuk melancong kesana, silakan lah dan insyaallah anda pasti teruja dan gembira dengan lawatan anda. Sekian! Assalammualaikum! :)


24 ulasan:

  1. Wahhh...seronok nya jalan2...dah bertahun aku tak komen kat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe...jalan-jalan sambil bekerja :)

      Padam
    2. X gi tmpt kubah yg hanyut dibawa air tsunami sejauh 2.5km

      Padam
  2. Adeh, terliur tengok satay. Next trip ajak la ak jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah
      hang pun jangan lupa ajak aku :)

      Padam
  3. Sate tu nampak sedap sangat...terliuq oi...hehehe

    BalasPadam
  4. seronok nye dapat pergi ke tempat orang..last time pon pergi jakarta je..tah bila dapat berjalan ke sana lagi haha

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. hahahaha
      memang sedap
      sila2 makan

      Padam
  6. bestnya banda aceh ni kan hans
    teringin nak pi tapi tak taw bila nya^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...
      beli la tiket awal2
      murah jer tiket dia

      Padam
  7. Wslm
    Hehe nampak sangat makanan kat sana memang sedap sedap kan

    BalasPadam
  8. Kufikirkan siapa ... rupanyaaa HANS blogger tersohor ...
    Kabare ... :D

    BalasPadam
  9. Salam hans... boleh bagitahu x berapa bayaran kat travel tu untuk satu kepala ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kosnya lebih kurang rm 1300 all in

      Padam
  10. Assalamualaikum ..

    Salam Saya Driver & Tour Guide From Banda Aceh.

    Sesiapa nak Melancong ke Banda Aceh & Sabang sila contact saya

    whats app : +6285277823343
    Call/sms : +6285277823343
    FB : www.facebook.com/Bandaachehtour

    Terima kasih

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian. Saya ngn kawan saya mmg plan nak bercuti ke Indonesia. Tp biasanya bandung jakarta jadi pilihan ramai kan? Tapi hati saya mcm nak ke aceh.. tetiba baca kat blog awak, lagila hati membuak nak ke sana :)

    BalasPadam
  12. terima kasih atas perkongsian panduan untuk lawatan sy ke Aceh minggu dpn inshaAllah

    BalasPadam
  13. assalamualaikum en hans.. saya zualaikha.. bercadang nak ke acheh minggu depan. macam mana ye saya nk contact pak umar.. tq

    BalasPadam
  14. Sy teringin nak melawat banda aceh.. tq sgt2 atas perkongsian.. and fyi masa g bndung mei 2016 sy refer blog hans. Pak supir pun yg direkemen oleh blogs awak.. mmg superb.. and maybe bole share dgn saya ittenary hans.. email sy
    hamidah4a@gmail.com

    Terima kasih dan mohon halal utk ilmu n perkongsian nya..

    BalasPadam
  15. As salam
    Adakah contact number pak Umar yg dlm entry ni masih available? If ada yg baru boleh share ke?
    My address email: balqish2203@gmail.com
    Tq

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com