Melancong Ke Bandung Indonesia - Part 5

Assalammualaikum semua! Alhamdulillah! Akhirnya siapa yang nak ke Bandung dan ternanti-nanti sambungan kisah Hans di sana ini mesti tersenyum simpul jer kan? Hahaha! Baiklah! Hans sambung hari kedua Hans di Bandung bersama rakan-rakan yang lain. Jadi, masuk sudah hari kedua dimana di dalam jadual yang Hans rangka dan dipersetujui semua ialah hari untuk bersuka ria di Taman Tema Indoor terbesar Indonesia dan mungkin juga antara terbesar di dunia iaitu Trans Studio Bandung. Yehaaaaaaaaaaaaaa!



Kalau hangpa semua nak tau lah....zaman-zaman Hans belajar dulu....zaman-zaman teringin nak merasa macam mana naik kapal terbang...tempat pertama yang Hans cadang nak pergi ialah Bandung dan lokasi yang nak dikunjungi tu ialah Trans Studio Bandung. Siapa sangka angan-angan tiga tahun sudah akhirnya menjadi kenyataan. Trans Studio Bandung kini di hadapan mata! Gila teruja kut masa tu ditambah dari luar dah nampak roller coaster meluncur laju. Hahahaha!



Memandangkan Hans datang ke sini pada hujung minggu, jadi harga tiket untuk masuk ke dalam Trans Studio Bandung ini mahal sedikit iaitu RP250,000. Kalau hari biasa dalam RP150,000 sahaja. Ini waktu Hans pergi ke sana lah. Tak tahu lah harga tiket sekarang berapa. Kalau korang nak harga tiket murah ada caranya. Pergi lah waktu hari lahir korang. Memandangkan waktu Hans pergi hari tu ialah bulan Mac...jadi memang tak dapat lah diskaun. Hehehe!



Tudiaaaaa! Dah mai dah perangai-perangai gila kamera! Memandangkan tempat nih sangat luas dan bersih serta dekorasi dan hiasannya sangat lah cantik maka memang rugi lah kalau tak bergambar. Serius masa ini memang dah excited tahap gaban dah nak masuk ke dalam sebab nak naik roller coaster. Hahahaha!



Penat tahan nafas tetapi tetap nampak gemuk. Harap bulan puasa nih kembali kurus seperti dahulu...Hahahaha!



Tudiaaaa! Tudiaaaa! Banyak betul permainan dalam ini yang kita boleh cuba main dan main berkali-kali sampai pening atau muntah! Pilih-pilih yang mana berkenan di hati. Ada dalam 20 jenis permainan yang memang seronok untuk dicuba. Jadi, mari mulakan dengan permainan Yamaha Racing Coaster! Yehaaaaa!




Masa main roller coaster tu tak dapat lah nak ambil gambar. Gila namanya kalau dah menjerit-jerit keriangan di atas tu. Hahaha! Landasan dia tak panjang tetapi setakat nak rasa berpusing-pusing ala-ala nak jatuh ke bawah dan meninggal tu boleh lah! Satu peristiwa lucu sebelum naik roller coaster ini bila pekerja dia bagi arahan dekat kawan Hans. Arahan dia tu untuk letak kan barang di luar tetapi dengan bahasa tempatan. Kami bertiga pula tercengang-cengang sampai akhirnya dalam 5 minit lebih baru kami faham apa sebenarnya yang dia cakap. Hahaha!




Dan alhamdulillah nasib kami naik awal roller coaster ini sebab lepas tu hujan dan landasan di tutup. Sebagai meraikan kejayaan naik roller coaster mari kita minum dulu! Aku main sebat jer ambil gambar dekat dinding tu!



Yang seronok gila dekat Trans Studio Bandung ini ialah ada pekerja-pekerja dia yang akan memakai pakaian watak-watak tertentu sama ada daripada kisah lagenda mereka atau pun lagenda luar yang terkenal. Ada seorang tu pegang karakter Elvis Presley tapi Hans tengok dah macam Datuk M.Daud Kilau dah. Hahaha! Yang penting dapat bergambar dengan puteri kayangan. Comel lak tu! Hikhikhik! Tapi, kalau korang perasan gambar atas yang Hans bergambar dengan tengkorak tu, rasa macam memang betul-betul bergambar dengan hantu. Hahaha!



Okay! Mari kita layan aktiviti seterusnya iaitu Marvel Super Heroes The Rides 4D. Ramai beratur nak menikmati bagaimana 4D di sini. Pada Hans biasa jer pun! Tak rasa sangat 4D dia. Hans lagi suka layan 6D dekat Menara Kuala Lumpur. Betul-betul cuak! Yang dekat Trans Studio ini bagi Hans biasa jer. Lebih kepada buat kepala Hans pening jer. Hahaha! Cuma alang-alang dah datang jadi cuba jer lah semua!



CAPTAIN HANS tidak perlukan perisai! Perut saja sudah memadai untuk menangkis serangan musuh yang durjana yang cuba mengancam bumi!



Permainan seterusnya ialah Dunlop Trans Car Racing. Dekat sini selain bermain kereta Dunlop ini, korang pun boleh belajar tentang sejarah Dunlop dan juga sejarah tayar dan kenderaan bagai. Bagus sebenarnya bawa anak-anak ke sini sebab selain bermain dapat belajar banyak benda tetapi kita sebagai ibu bapa kena pandai lah didik dan ajar mana yang patut kepada anak kita. Paling tidak ada juga ilmu yang mereka dapat selain daripada seronok bermain sahaja. Oh, untuk makluman anda semua, Hans masih bujang yer! Gaya taip macam dah ada anak lima orang kan?



Memandangkan Hans suka bab-bab sejarah ini jadi dalam dok beratoq tunggu giliran nak naik kereta tu sempat lah membaca dan menambah ilmu apa yang patut. Tetapi, sekarang dah lupa dah semua! Hahaha! Baik! Masa untuk memandu! Yehaaaaaaaaa!



Walaupun kereta mainan tetapi tahap cuak Hans memang tidak dapat disangkal lagi! Teruk kena kutuk dengan kawan-kawan. Maklumlah! Lesen memandu ada tetapi lama tak bawa kereta sebab tak mampu lagi nak beli kereta. Kena bagi kewangan dan simpanan kukuh dahulu. Akibatnya, masa Hans bawa kereta ni ditemani kawan Hans di sebelah ibarat macam zaman Hans ambil ujian lesen P untuk kereta dengan pegawai JPJ. Ya Allah! Apa kena lah dengan aku nih! Hahaha!



Dekat sini ada banyak juga restoran dan gerai yang disediakan oleh pihak Trans Studio Bandung untuk pelancong membeli makanan dan minuman. Tetapi, nak beli makanan nih tak boleh guna duit. Kena pakai Kartu Mega Cash. Ala-ala Touch N Go lah kiranya! Kita topup duit dalam tu dan gunalah untuk beli apa kita nak. 



Berdekatan dengan restoran tu ada dua permainan yang menarik iaitu Indosat Vertigo Galaxy dan Giant Swing. Masa Hans sampai dekat kawasan sini dan permainan yang dibuka ialah Giant Swing. Dah kalau tiga kali aku naik sampai terangkat ke bumbung memang terus pening kepala. Hahaha! Tetapi, serius seronok gila! Kalau sesiapa yang takut pada ketinggian @ gayat tu memang rugi lah korang! Indosat Vertigo Galaxy ini Hans tak naik sebab waktu tu tengah pening kepala. Hahaha!



Mari kita menuju ke lokasi seterusnya di kawasan Magic Corner dan kali ini telah tiba di satu tempat yang diberi nama Special Effects Action.  Sumpah gua cakap sama lu! Memang gempak beb! Serius terbaik! Gua tabik lah diorang nih! (Gaya bercakap ala-ala Nabila Huda) Seronok sebab aksi dan kesan khas dalam kisah rompakan dan pertempuran antara polis dan perompak nih memang terbaik. Dengan api nya! Dengan air nya! Dengan kereta jatuh dari atas! Ada sedikit unsur komedi dan kejutan. Serius korang kalau datang sini kena tengok sebab selalu babak nih kita tengok dalam televisyen jer tetapi dekat sini kita tengok depan-depan. Memang puas hati!



Selepas tu, Hans ke destinasi seterusnya yang diberi nama Dunia Lain atau dalam bahasa orang kita Rumah Hantu. Dekat sini tak dapat lah teman nak ambil gambo. Nak ambil macam mananya kalau dah tempatnya gelap kome wehhh! Nama pun rumah hantu mestilah gelap! Tetapi, serius memang tahap seram gaban! Korang akan naik dalam satu kerusi bergerak dan lepas tu kerusi tu akan bawa korang masuk ke dalam. Dekat situ korang dapat lah tahu dan lihat sendiri misteri-misteri dan lagenda seram yang ada dekat Bandung ini. Ada Ambulan Hantu! Ada suster ngesot! Ada bayang-bayang hitam! Walaweh! Nasib Hans berani cuma diakui keseraman tempat tu memang terbaik! Seronok kalau korang naik dengan kereta tu dengan orang-orang yang penakut! Macam Hans dan kawan kena naik dengan dua orang pelancong lain - pasangan kekasih! Maha annoying awek dia sebab asyik menjerit memanjang! Ikutkan hati Hans yang sejuk nih...nak jer ambil kasut lepas tu jolok dalam mulut dia sampai mati! Geram betul lah sebab mengada sangat!



Untuk menghilangkan keseraman yang dilalui sebentar tadi dan kebetulan masa itu tengah bermulanya salah satu Amphitheater iaitu Arilia. Kisah puteri duyung yang memang cukup menarik. Pentasnya warna-warni! Ada watak antagonis dan protagonis! Tarian yang bagus! Suara yang bagus! Kisah yang menarik! Senang cerita kanak-kanak memang pasti akan suka dan kita yang dewasa ini pun boleh layan kisah ini sebab memang menarik! Lagu tema teater ini pun sedap dan mudah dihafal sampai Hans dan rakan-rakan siap boleh ingat lagi lagu ini sampai sekarang. Hahaha!



Kemudian, Hans dan rakan-rakan cuba pula permainan yang paling 'mencabar' dekat sini iaitu SKYPIRATES 'ZEPPELIN'. Sebenarnya tak mencabar langsung pun! Naik kapal lanun tu dan pusing dekat atas dan boleh nampaklah keseluruhan tempat Trans Studio Bandung ini. Cuma ada seorang sahaja kawan Hans yang suka mainan ini iaitu yang gayat tu. Walaupun benda ni tinggi tapi kira tak ada apa-apa lah sangat pun. 



Dekat sini ada satu permainan yang boleh buat baju korang semua basah lencun iaitu Jelajah dimana korang duduk di atas pelampung dan pelampung tu akan meluncur laju ke bawah dari ketinggian 13 meter. Hans tak main sebab tak nak baju basah tetapi rupa-rupanya jangan risau kerana ada bilik untuk keringkan baju. Kalau aku tahu memang aku lah orang pertama main benda nih! Haihhh!



Sebenarnya ada banyak lagi permainan dekat sini tetapi disebabkan letih sudah menaip jadi kalau nak tahu lebih lanjut...korang pergi lah sendiri! Hahaha! Tetapi, sebelum korang balik korang kena tengok dulu perarakan masuk maskot dan kereta berhias Trans Studio Bandung. Memang meriah dan cantik gila. Rugi kalau korang tak tengok! Dan apa Hans boleh cakap Trans Studio Bandung ini merupakan salah satu tempat yang memang wajib korang pergi bila dah sampai dekat Bandung. Tempat yang sesuai bukan sahaja buat keluarga tetapi juga buat kita yang dewasa dan remaja nih. Eh? Remaja lagi ker?



Alhamdulillah! Tak sangka akhirnya Allah S.W.T telah makbulkan permintaan Hans untuk datang ke Trans Studio Bandung ini. Memang terbaik dan sangat berbaloi beli tiket masuk ke sini! Memandangkan ramai yang meminta nombor telefon Rahmat, jadi Hans letakkan nombor telefon nya dibawah untuk memudahkan anda semua berhubung dengannya melalui aplikasi Whatsapps.


Nama         :      Rahmat Sugiarto
Telefon      :      +62 821 2195 0335
Instagaram:     MAOSTRAVELTOURS_BANDUNG
Email         :      rahmatsugiarto695@gmail.com


Sebelum pergi ke destinasi seterusnya tu sempat lah kami beli sedikit cenderahati dekat sini sebagai kenang-kenangan. Dan disebabkan hari telah pun petang...perut pun dah bergendang-gendang minta di isi jadi destinasi seterusnya tentulah mencari makanan-makanan yang menarik dan sedap-sedap di Bandung ini. Hans dan rakan-rakan bersetuju nak makan Makanan Padang tetapi dekat Bandung ini ada ker tempat Makanan Padang yang sedap? Rupa-rupanya ada wehhh! Jadi, kalau nak tahu apakah nama tempat makan tu, nantikan kisah seterusnya sepanjang percutian Hans di sana pada artikel akan datang. Assalammualaikum :)


BERSAMBUNG.......

17 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. bestnyerr.. roller coster tu..trignin nak naikkkk

    BalasPadam
  2. wahhhhhhhhhhhh.. lg best dr USS nie!

    BalasPadam
  3. Bestnyaaaa. Bandung mmg byk tempt menarik.
    InsyaAllah mmg dah ada plan ke sn hiks


    BTW selamat hari raya aildilfiri maaf zahir batin :)

    BalasPadam
  4. moto dekat air mughallazoh yang disembur vr46 tu smart

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..tu la pasal...tapi jangan minum betul-betul...haram :)

      Padam
  5. Wahh bestnyerr bandung., masa gmbr dgn watak costume tuu dorg ade mintak duit tak mass? Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak adalah...free..sebab mmg tu pekerja studio trans bandung tu

      Padam
  6. Becadang nk pi bandung bln 11 ni.kalau smp cll rahmat trus boleh ka?brapa yg perlu bayar pada rahmat

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...mana boleh macam tu...
      kena call dia dulu...set date....sebab takut waktu tu dia x free ker...
      whatsapps jer... In Sha Allah dia balas

      Padam
  7. pukul brapa sesui masuk ke Trans studio bagi yg bawak anak2 kecil...

    BalasPadam
  8. pukul brapa sesui masuk ke Trans studio bagi yg bawak anak2 kecil...

    BalasPadam
  9. cadangan kak nak melancong ke bandung tapi tiada agen yg ofer sesuai dgn tarikh yg kak mau. jadi nak tanya han ni pergi tanpa agen kan. klau tanpa agen apa yg perlu kita prepare seblum melancong selain tket flight.hotel kereta sewa dan list tempat nak melancong tu bila kita tetapkan masanya

    BalasPadam
  10. cite awk mmg menarik..thanks for the tips..awesome lh

    BalasPadam
  11. brape kos gi sana ? guna travel agency ape?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama