Melancong Ke Bukit Tinggi Dan Padang Indonesia - Part 1

Assalammualaikum semua! Walawehhh! Pengalaman dekat Bandung pun tak habis kongsi lagi tiba-tiba kongsi yang lain pula? Hahaha! Baiklah! Baru-baru nih Hans berpeluang melancong ke Padang, Indonesia selama 4 hari 3 malam bersama dengan seorang kawan atas urusan perniagaan dan alang-alang dah sampai tu pergilah bercuti kan. Memang asalnya tak rancang nak datang Padang nih sebab rancangan asal nak pergi Ho Chi Minh tapi sebab tiket mahal jadi tukar rancangan dan sampai lah Hans ke Padang.


Kami tiba di Bandar Udara International Minangkabau dengan pesawat AirAsia sekitar pukul 10.30 pagi macam tu. Waktu disana lewat sejam dimana kalau Malaysia pukul 10 pagi dan di Padang baru pukul 9 pagi. Lapangan terbang dekat sini mengingatkan Hans kepada Lapangan Terbang di Kota Bharu.

Realitinya selalu kalau Hans kemana-mana pun paling tidak Hans akan buat banyak rujukan tetapi datang ke Padang ini memang tanpa rujukan yang banyak dan memang redah jer. Ala-ala backpackers! Bawa baju pun sikit jer! Tetapi, percayalah lapangan terbang Minangkabau nih memang tersangat jauh dari bandar. Nak tak nak kau kena pilih juga supir atau teksi mengikut kemampuan. Jadi, dalam banyak-banyak rakyat tempatan yang bekerja sebagai supir datang kepada Hans menawarkan perkhidmatan dan selepas selesai dok cari mana yang berpatutan, akhirnya Hans dan rakan sebulat suara memilih Pak Herman sebagai supir kami sepanjang berada di Padang. Pengembaraan kini bermula...Yeahhh!


Jadi, destinasi pertama Hans ialah ke Bukit Tinggi...bukan Bukit Tinggi di Pahang nuh tetapi Bukit Tinggi di Padang. Ya Allah! Percayalah jaraknya teramatlah jauh! Hampir 2 jam lebih Hans di atas jalan raya dan menikmati suasana kampung dan bukit-bukit sepanjang perjalanan. Nasib lah Pak Herman nih rajin juga lah bersembang jadi boleh lah layan-layan tanya pasal sejarah Padang nih. Hehehe!


Dalam perjalanan terserempak dengan Air Terjun yang cukup tinggi dan cantik di tepi jalan raya. Okay! Hans tahu Malaysia pun ada air terjun tetapi lain tempat lain rasanya. Hahaha! Seronoknya orang Padang nih pun bijak buat duit. Nak masuk kawasan nih kena bayar tiket okay tetapi tak mahal pun. Kalau ikut duit kita yang tengah jatuh sekarang adalah dalam 60 sen lagu tu. Bayangkan kalau zaman duit Malaysia bawah RM3.50? Tak ka hang rasa macam masuk percuma jer? Hahaha! Nama tempat nih Lembah Anai Air Mancur. Dekat tepi-tepi nih ada monyet ker ungka entah...walaupun besar tetapi jinak-jinak. Tak kacau orang pun...hehehe!


Renyih jangan tak renyih! Memang confirm orang tempatan tahu hang pelancong Hans! Gila apa orang-orang sekitar situ gigih nak selfie dekat ayaq terjun nih. Haha! Tapi yang menarik tu, orang-orang kawasan sini ingat Hans dari Jakarta. Okay! I know I look urban + kpop dengan kepelbagaian warna pakaian disertakan dengan gaya, mutu dan keunggulan semulajadi lahir dari keperibadian mulia (matilah perangai lama syok sendiri dan perasan tahap dewa dah kembali...hahaha!).


Berjam-jam dalam kereta tanpa sarapan adalah suatu penyeksaan yang cukup dasyat kepada perut sendiri. Hahaha! Jadi, Hans memang suruh Pak Herman berhenti dekat mana-mana Restoran Nasi Padang untuk makan tengahari. Lapaq kut! Gambar di atas adalah gambar Hans dengan sahabat yang dikatakan pada awal kisah tadi. Itu bukan supir walaupun ada ciri-cirinya. Hahahaha! Jadi, kami singgah makan di Rumah Makan Air Badarun.


Tudiaaaaaaaaaaaaa!!! Penuh meja sampai tak tau nak makan mana satu! Hahaha! Tapi apa yang pentingnya bila makan nasi padang nih...tips dia ambil lauk yang hangpa nak makan jer dan habiskan! Jadi, tak lah rugi bayar nanti! Lagi satu seronoknya dekat sini ialah bila minum jus buah! Kalau dekat Malaysia, jus buah nya sikit tetapi air yang lebih. Ini memang 3/4 jus dan 1/4 lagi air. Syurga air jus kut dekat sini. Heheh! Tetapi, harga makanan disini sedikit mahal jika nak banding semasa Hans makan nasi padang di Bandung sebelum nih.


Akhirnya, Hans tiba di kawasan Bukit Tinggi dan kawasan ini memang sejuk dan nyaman. Misi mencari hotel murah untuk menjimatkan wang sebab prinsip Hans sekarang ialah melancong ala-ala backpackers. Hahaha! Cari punya cari akhirnya setuju untuk menginap di Galeri Hotel. Hotel ini bertentang dengan bukit yang indah di hadapan. Memang cantik! Untuk bilik yang Hans pilih nih, harga untuk semalam dalam RM50 ke bawah. Murah kan? Siap ada sarapan pagi! Ada wifi di lobby. Hehehe!


Bilik yang Hans tidur ini tak ada aircond @ penyaman udara yer sebab kawasan sini memang sejuk. Paling mencabar tak ada air panas untuk mandi! Hahaha! Redah saja tetapi memang selesa dan bersih lah. Puas hati! Tetapi, kalau datang dengan keluarga, pilih lah bilik yang besar dan ada pemanas air! Hans pilih biasa-biasa jer lah sebab janji boleh tidur sudah! Hahaha!


Adalah satu kerugian besar jika pergi melancong tetapi masa dihabiskan dengan tidur di hotel. Kalau nak tidur, dekat rumah sendiri pun boleh tidur! Hahaha! Jadi, malam hari pertama nih dihabiskan dengan berlibur(bahasa Indonesia..hehe!!) di kawasan sekitar Jam Gadang Bukit Tinggi. Dekat sini memang kawasan tumpuan pelancong. Ada kereta kuda! Ada tempat orang jual macam-macam yang dipanggil Pasar Atas... dekat sini banyak tempat orang jual souvenir @ cenderamata @ cenderahati. Dan yang penting Jam Gadang ini. Salah satu keunikan jam ini terletak pada nombor 4 nya. Nak tahu apa yang unik kena lah datang tengok sendiri. Hahaha!


Indonesia sangat terkenal dengan juadah satay dan sebagai peminat satay maka Hans pun memang mencari satay untuk dicuba. Jika di Aceh dan Bandung, satay nya sama seperti satay di Malaysia. Rasa pun sama. Tetapi, di Padang ini satay nya sangat lain dan rasanya kurang memikat selera Hans. Hahaha! Habis tu habis tetapi tak puas lah sebab satay dia memang lain sikit dan kuahnya punya rasa lain. Satay yang Hans makan nih satay dangung-dangung! Dangung-dangung tu kalau ikut Pak Herman cakap nama tempat. Ramai orang beli disini.


Disebabkan rasa lapar masih belum hilang ditambah dengan rasa satay yang langsung tidak sama rasanya seperti di Malaysia...Hans pun pusing-pusing kawasan sekitar. Beli jus buah oren yang memang murah dan sedap. Tiba-tiba terjumpa satu gerai dimana menjual roti bakar diselaputi nutella! Roti dia besar beb! Nutella dia sapu macam nutella tu murah jer. Bukan sikit-sikit tetapi banjir kut! Serius memang sedap!

Garing dan penuh dengan coklat! Ada banyak pilihan dekat sini! Satu set ini dalam RM10 duit kita tetapi memang berbaloi! Kalau perempuan rasanya dalam 3 ke 4 orang boleh makan. Kalau lelaki 2 orang pun boleh. Kalau Hans? Hans seorang jer pun boleh! Tercungap-cungap aku nak habiskan! Punya banyak tetapi sebab sedap jadi gigihkan habis! Hahaha!

Jadi, malam tu balik hotel layan instagram dengan tengok televisyen rancangan Indonesia dan kemudian tidur untuk perjalanan esoknya pula....


P/S: Berminat ke Padang? Boleh hubungi atau Whatsapps Pak Herman di talian +6281267849399 untuk sebarang pertanyaan dan harga.

BERSAMBUNG.....

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. lain nya rupa satay tu. curious plak rasa dia mcm mne.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa rempah sikit...nasi himpit dia not bad...try lah tgok...hoho

      Padam
  2. salam hans....

    akak sekeluarga akan ke sana bln 4 nie..ke padang dan bukit tinggi....kebetulan kwn asben akak kawin dgn org sana...di payakumbuh...mmg kwn asben suka sgt balik sana..sekali balik sebln dok sana...katanya best dan tempat sejuk..tak sabar rasa nak gi sana bln 4 nie...tiket kapal terbang pon dah tempah....nanti apdet tau....nak tau kisah selanjutnya....tq segala info..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah update dah akak...

      mohon baca dengan gembira..hehehe

      Padam
  3. Assalamualaikum wbt.
    Kami bercadang nk ke Padang-Bukit Timggi pada 17 himgga 21 Ogos 2016.seramai 10 orang.boleh berikn iternary nya.dan kos nya

    BalasPadam
  4. salam, untuk melancong ke bukit tinggi, menaiki airasia memang kena klik destinasi "Padang" di booking flight airasia untuk merujuk Airport Minagkabau ni ye?

    BalasPadam
  5. Hans...berapa ye total awk gunakan khidmat pak herman tu sepanjang kt sana? Sy ingat nk ke padang disember nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah...lupa pula dah saya...haha..cuma dia paling murah sepanjang saya survey dekat luar airport...dan alhamdulillah services dia bagus

      Padam
  6. Assalam.. bagai mana nak hubungi pak Herman??

    BalasPadam
  7. yeszaa akak pun dah sampai, suka sebab makanan murah dan sedap

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama