Jumaat, 11 Disember 2015

Melancong Ke Bukit Tinggi Dan Padang Indonesia - Part 2

Hari kedua bersamaan hari Rabu di Bukit Tinggi diteruskan dengan permulaan sarapan nasi goreng @ nasgor di hotel sebelum perjalanan diteruskan ke Pasar Aur Kuning. Jadi, mari cuci-cuci mata dulu sepanjang perjalanan ke sana.



Walaupun bukan hari minggu tetapi memang ramai betul lah manusia dekat kawasan ini. Hans tak dapat bayang kalau datang pada hari minggu....tak tau lah ramai macam mana! Nasib lah datang waktu orang kerja. Hehehe!



Pasar Aur Kuning nih bukan tumpuan pelancong Malaysia sebenarnya dan kawasan dia pun tak lah moden sangat. Tetapi, macam biasa disebabkan Hans suka benda yang rare jadi memang terjah lah kawasan sini. Pasar ini memang besar gila nak habaq mai! Daripada pasar basah sampai kering semua ada. Nak tengok macam mana depa bersiang belut boleh lah mai sini. Hehehe!


Dekat sini pun ada jual macam-macam pakaian dan kain. Bukit Tinggi nih memang terkenal dengan kain sulam yang memang cantik dan murah harganya tetapi dekat sini kain-kain yang dijual semua 3.5 meter sahaja. Jadi, agak sukar sikit bagi sesiapa yang bersaiz agak besar melainkan jika tukang jahit anda memang pakar. Macam biasa kalau nak membeli kena lah ada kepakaran tawar menawar dan rajin survey setiap kedai. Walaweh! Habiskan masa dekat sini dalam 4 jam lebih nak pusing satu pasar dengan tersesat segala macam. Tetapi, memang puas hati lah! Dekat pasar nih, masih ramai peniaga yang meneka kami warga Jakarta dan ada juga yang dapat meneka dengan tepat kami dari Malaysia. Tahniah! Orang-orang dekat sini baik-baik dan tak paksa kita nak beli pun. Selesa lah dekat sini jika dibanding membeli dekat Bandung hari tu.


Apa yang ada di Padang? Apa yang ada di Bukit Tinggi? Malas nak cakap lah. Hangpa tengok lah baju tu! Senang cerita. Hahahaha!



Selalunya kalau di Malaysia, kalau beli kain secara normal nya 4 meter. Memandangkan tak jumpa kain sulam 4 meter di Pasar Aur Kuning jadi kami minta Pak Herman bawakan ke kedai kain sulam yang jual kain 4 meter. Mari membeli-belah di Cahaya Bordir! Yeahhhhhhhh!!! Cantik-cantik wehhhh! Kain dia ada macam-macam corak! Yang penting sulam pakai tangan yer! Sulam pasir lah! Sulam bunga lah! Setiap design atau corak hanya ada satu kain sahaja. Gila tak berebut dengan kawan Hans tu nak cari yang cantik-cantik untuk keluarga. Selain kain sulam untuk baju kurung...ada juga kain sulam untuk kebaya dan juga kain pelikat. Hans pun beli juga kain pelikat sini sebab boleh tahan cantik dan kualiti memang baik. Harga pun tak mahal. Boleh minta kurang lagi. Alhamdulillah!



Biasalah! Penat membeli-belah ala Mak Jemah nih! Hahaha! Jadi, selepas selesai solat semua maka tiba lah masanya untuk makan makan makan makan!!! Mari kita cuba makan di Rumah Makan Gon Raya Lamo! Yeahhhhhh!!! Hip Hip Huuray!



Jika nak dibanding dengan Rumah Makan Air Badarun, Hans rasa servis di sini kurang menarik sedikit tetapi alhamdulillah makanan-makanan dekat sini boleh tahan sedap. Bismillahirahmanirahim! Jemput makan! Hehehe!


Kalau dah datang Bukit Tinggi nih memang wajib pergi Panorama Dan Lobang Jepang. Tiket masuk tak mahal pun. Hans dah lupa tapi tak silap dalam 3000 rupiah ke 6000 rupiah entah. Senang cakap murah lah! Kalau nak ke Lobang Jepang kena turun ke bawah dan ada pemandu pelancong akan bawa ke sana. Lupa nak tanya mereka cas berapa sebab Hans tak turun ke Lobang Jepang tu memandangkan hari pun dah lewat. Macam biasalah kekejaman Jepun ada dimana-mana dan salah satunya ialah Lobang Jepang ni dimana mayat-mayat rakyat tempatan di buang ke dalam Lobang Jepang masa kezaliman mereka di Perang Dunia Kedua.


Cantik gila tempat dia! Gunung dia tu ada iras-iras dalam filem pertama Maze Runner yang pelakon-pelakon dia dikurung tu. Memang berbaloi lah datang sini. Sejuk mata memandang. Memang sejuk pun tempat ni. Terbaik!


Tempat nih dah memang tinggi dan ada satu menara dekat tengah-tengah. Kalau gayat memang tak akan naik punya! Nasib Hans suka ketinggian jadi gigih naik atas bergambar. Hahaha! Dekat kawasan nih pun ada tempat perkuburan rakyat tempatan tetapi Hans tak rasa apa-apa pun. Yang seronok tu Pak Herman ada cerita pada kami tentang ada satu kawasan di Bukit Tinggi ini dimana ada penduduknya yang tanam mayat ahli keluarga di hadapan rumah. Teringin juga nak pergi tengok tetapi disebabkan masa amat mencemburui kita (matilah ayat wajib ucapan penutup penceramah..haha)...jadi tak berkesempatan nak pergi ke kawasan yang dinyatakan tu.



Bersebelahan dengan menara tu ada kedai-kedai yang menjual cenderamata dan lukisan. Yang menariknya lukisan ini lukisan tangan tau. Memang cantik dan kreatif lah orang Bukit Tinggi nih. Harganya nauzubillah memang murah! Hans yang tak pernah dalam hidup aku beli lukisan pun terus beli sebab kagum dengan hasil air tangan pelukis yang bernama Pak Efri nih. Sempat lah kami paksa dia bergambar kejap dengan kami. Hahaha!




Biasalah kalau melancong nih...bukan sahaja ahli keluarga tetapi kawan-kawan pun dok pesan belilah ole-ole. Dan ole-ole wajib serta jimat yang selalu dibeli ialah keychain, fridge magnet atau baju t-shirt. Mana nak cari? Mari kita kembali semula ke kawasan Jam Gadang Bukit Tinggi untuk mencari kesemua yang diperlukan. Yeahhhh!!! Kereta kuda bersusun disitu. Teringin juga nak naik tetapi fikir-fikir lain kali lah! Yang penting cari barang dulu untuk kawan-kawan!


Mari survey harga baju yang boleh dapat dengan kadar paling murah. Penat juga lah tawaf dan akhirnya dapat juga. Seronoknya kualiti kain baju yang mereka sangat bagus. Agak terkejut juga sebab selalunya kalau jual murah-murah nih memang material kain pun ala-ala jer kan tetapi dekat sini memang kainnya bagus. Penat aku tawar menawar dan alhamdulillah dapat beli dengan murah. Tak sangka kami pelanggan pertama penjual baju tersebut pada hari itu. Gembira betul dia!


Dekat sini dapat beli pelbagai jenis keychain dan fridge magnet yang boleh tahan cantik. Apa-apapun, kena pandai tawar menawar dan survey lah. Maklumlah sebab sah-sah lah depa tau hang pelancong. Kalau hang orang Bukit Tinggi dah apa gilanya nak borong banyak-banyak dekat situ. Hahaha! Hans sebenarnya bila pergi mana-mana pun cukup suka dengan replika bangunan atau rumah tetapi fikir balik mana aku nak letak nanti. Cuma dah balik Malaysia rasa menyesal pula tak beli. Jadi, sesiapa ke Bukit Tinggi nanti tolong beli dan hadiahkan replika Jam Gadang tu dekat Hans. Boleh?

Dan menariknya dekat sini, kaum lelaki yang lukis inai yang jadi fenomena para gadis dekat Malaysia. Apa benda entah namanya...malas nak google tetapi yang corak-corak bunga dekat tangan tu lah. Haha! Selain tu dekat sini pun ada banyak juga yang bagi perkhidmatan tampal sticker pilihan dekat telefon. Harga pun tak mahal jadi Hans pun pilih lah 'baju' untuk telefon sendiri. Yeahhh!


Memandangkan kami ambil keputusan untuk bergerak ke Padang pada malam tu juga, jadi Pak Herman bawa kami singgah dulu dekat Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa. Dekat Padang nih terkenal dengan kerepek Balido. Macam-macam perisa ada. Perisa durian pun ada! Sedap pula tu! Tetapi, Hans kurang sikit dengan kerepek nih jadi dekat sini Hans borong kopi. Hahhhh! Macam-macam kopi ada daripada uncang, serbuk sampai lah biji kopi. Yang penting kopi-kopi dekat sini memang sedap bak hang! Cenggini terbaik! Dah habis borang jadi Hans terus bertolak ke Padang. Perjalanan dalam 2 jam lebih....

P/S: Berminat ke Padang? Boleh hubungi atau Whatsapps Pak Herman di talian +6281267849399 untuk sebarang pertanyaan dan harga.


BERSAMBUNG.....

3 ulasan:

  1. assalammualaikum, baagaimana hendak whatsapp en. herman? saya tak dapat hendak hubbingi melalui whatsapp

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam...x dapat whatsapps dia ke? tuan whatsapps saya 0175056267

      Padam
  2. Assalamu'alaikum bang hans....
    Trimakasih banyak bang hans sudah promotkan kampung kami,semoga bang hans sentiasa di bagi kesihatan oleh Allah... Dan semoga kampung kami sentiasa menjadi tujuan utama untuk tempat pelancongan...
    Trimakasih banyak bang hans... Wassalam...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com