Sabtu, 3 Mac 2018

Pengalaman Bekerja Sebagai Penulis Skrip - Part 1

Assalammualaikum semua. Tahun 2018 ini merupakan tahun Hans kembali aktif di dalam dunia blog secara agresif sebab Hans seronok menulis dan membaca komen-komen semua pembaca. Maklumlah dah memang kerja pun penulis skrip. Memandangkan tak ada tempat makan menarik atau pun filem yang ingin ditulis buat masa nih jadi Hans pun berfikir apa benda yang menarik yang Hans boleh kongsikan dengan semua pembaca. Jadi, apa kata untuk kali ini Hans berkongsi serba sedikit tentang pengalaman kerja Hans sebagai seorang penulis skrip. Mana lah tahu tiba-tiba ada yang terbaca nih dan nak tawarkan kerja untuk Hans nanti. Kalau ada tawaran kerja sila hubungi atau mesej Hans yer. Hahaha!


Program televisyen pertama yang Hans terlibat ialah rancangan realiti Imam Muda Musim Ke-3. Bayangkan Hans masuk kerja sewaktu pertengahan program nih. Tambahan lagi, program nih pula program realiti agama. Memang mencabar gila sebab banyak betul benda baru yang Hans wajib belajar dan nak kena mahir dengan secepat yang mungkin. Bayangkan lah Hans pergi temuduga dan esoknya terus nak kena kerja. Masa tu Hans bawa baju dalam 2 ke 3 helai jer sebab Hans pun mana lah tahu dapat ker tak kerja yang Hans minta nih. Alih-alih dapat weh! Nasib lah masa buat program nih Hans dapat banyak baju-baju daripada penaja program. Tempat tinggal pula dekat Majlis Sukan Negara. Jadi, masa tu memang jimat lah sebab tak payah sewa rumah. Makan pun disediakan. Hahaha!


Cabarannya bila masuk pertengahan program nih ialah salah satunya macam mana nak mesra dengan semua orang terutama peserta-peserta nih. Sebab masing-masing pun tahu yang Hans nih budak baru.

MASA BUAT IMAM MUDA 3 NIH LAH DAPAT TENGOK BOLA DEKAT STADIUM BUKIT JALIL. MALAYSIA LAWAN ARSENAL TAK SILAP! HEHEHE!


Jadi, dekat sini lah Hans belajar serba sedikit macam mana permainan kamera, perangai peserta-peserta, cara kerja krew produksi di belakang tabir dan banyak benda lagi lah. Tetapi, secara jujurnya waktu nih adalah waktu pembelajaran Hans terutama dalam bidang penulisan skrip yang berkaitan dengan keagamaan.

KAWAN-KAWAN HANS MASA BUAT IMAM MUDA 3


Apa orang suruh dan itulah yang Hans buat. Masa tu ada 4 orang penulis skrip dan salah seorang tu memang pakar bab agama. Alhamdulillah! Nak dijadikan cerita biasalah bila jadi freelance nih dapat gaji bersih jer dan perlu tandangan kontrak. Tetapi, disebabkan kesilapan teknikal lepas habis rancangan baru dapat gaji. Jadi, boleh bayangkan tak selama dua bulan tu hidup tanpa bergaji di perantauan? Hahaha!

MASA AWAL-AWAL TENGOK NAMA KELUAR TELEVISYEN RASA BANGGA JUGA LAH! KALAU SEKARANG AMBIL GAMBAR PASTU KONGSI MACAM NIH MESTI ORANG KATA POYO! HAHAHA!


Satu pengalaman indah sebab dapat buat program Imam Muda Musim Ketiga dan kenal ramai orang-orang hebat di dalam program nih. Biasa lah program pertama memang banyak kenangan. Hahaha!



Program kedua dan paling lama sekali Hans buat ialah rancangan bual bicara Primadona. Primadona ini tak silap ada lima musim tetapi Hans terlibat dari musim pertama sampai musim ketiga sahaja. Memang bila dapat tahu kena buat program nih, Hans memang teruja tetapi dalam masa yang sama memang cuak. Macam mana tak cuak sebab pengacara-pengacara rancangan nih bukan artis baru nak up tetapi memang yang popular dan terbaik. Sampai sekarang pun semua keempat-empat nih orang kenal dan popular lagi.

PRIMADONA BERSAMA RATU ROCK ELLA YANG BARU BERKAHWIN PADA WAKTU NIH!


Masih teringat waktu nak rekod episod pertama di studio dan sebelum rekod tu Hans nak kena jumpa setiap orang pengacara untuk proses latihan skrip yang orang produksi panggal script reading. Masa tu lah pertama kalinya berjumpa dan berhadapan dengan Raja Azura, Erra Fazira, Rozita Che Wan dengan Ziela Jalil. Hans ingat lagi masa tu Raja Azura @ Kak Engku cakap dekat Hans,"Kau nih macam takut-takut jer dik? Jangan takut! Kitaorang memang macam nih!" Hahahaha!

TENGOK GAMBAR NIH TERINGAT BERAS CAP RAMBUTAN! HAHA!


Tetapi, memang sangat seronok buat Primadona nih walaupun ini adalah rancangan wanita.  Mana tak seronoknya sebab banyak kisah dan rahsia wanita yang Hans dapat tahu dan boleh belajar sebagai ilmu pengetahuan. Masa nih lah lagi banyak Hans belajar tentang cara penulisan skrip, cue card pengacara, cara nak berhadapan dan cara melayan pengacara serta artis jemputan dan macam-macam lagi lah.

INILAH NAMANYA CUE CARD YANG PENGACARA SELALU PEGANG TU!


Setiap pengacara ada kelebihan dan kekurangannya. Ada yang perlukan skrip panjang berjela-jela. Ada yang cuma nak ringkasan. Ada yang nak butir-butir yang penting jer. Memang dekat sini banyak benda lah yang Hans belajar dan seronoknya masa nih lah Hans tahu perangai seorang-seorang macam mana. Hahahaha! Tetapi, mencabarnya bila terlibat di dalam rancangan bual bicara ini ialah ada pelbagai topik yang perlu kita kupas, buat rujukan dan cari perkara baru yang masih belum didedahkan atau dibincangkan. Jadi penulis skrip nih bukan sekadar nak kena tulis skrip sahaja tetapi kita kena rajin membaca, rajin buat rujukan, rajin bertanya dan kena kreatif.

GAMBAR INI ADA KAWAN YANG AMBIL DAN HANTAR DEKAT HANS! SEMANGAT BETUL LAH DEPA MASA TU! HAHAHA!


Itu yang Hans suka bila buat rancangan macam nih sebab secara tidak langsung Hans dapat belajar banyak benda baru. Hans juga berpeluang berada di tempat yang bukan semua orang boleh masuk atau kunjungi seperti penjara, kawasan larangan hospital dan sebagainya. Dan paling menarik tu Hans boleh jumpa ramai orang-orang hebat yang terdiri daripada golongan akademik, vip dan juga artis-artis. Serius bila buat rancangan Primadona nih Hans rasa banyak perkara Hans tahu dan rasa macam up to date setiap waktu. Hahaha!


Disebabkan masa awal-awal bekerja dulu masih kurang arif bab kontrak kerja jadi Hans lebih suka namakan rancangan SESI MUFTI MENK nih sebagai kerja amal Hans sebab Hans tak dapat bayaran pun. Saham akhirat katanya! Hahaha! Hans kena buat skrip untuk pengacara dan juga soalan-soalan yang pengacara perlu tanyakan kepada Mufti Menk dan semestinya skrip ini wajib ditulis di dalam Bahasa Inggeris. Perghhhhhhhhhhhhh!! Serius masa nih serabut kepala otak sebab kehebatan English yang Hans ada memang tak sehebat mana pun. Nasib ada rakan yang pakar English sudi membantu membetulkan ayat-ayat Hans. Hehehe! Tetapi, alhamdulillah berjaya juga Hans siapkan skrip dan soalan mengikut jadual dan rakaman berjalan dengan lancar. Seronoknya tu bila dapat jumpa Mufti Menk nih depan mata dan siap bergambar lagi tu. Tetapi, cari gambar tak jumpa pula. Rupanya baru teringat ada dalam laptop lama yang dah rosak tu. Hahaha! Sedih tul! 


Selepas tu Hans berpeluang pula buat Showcase Smash & Stacy. Masa nih tak rasa susah sangat pun sebab masa tu pengacara yang terlibat untuk program ini ialah Aril AF. Lama dah Hans tak dengar cerita tentang kumpulan Smash ini. Entah wujud ker tidak lagi tu tak tahu lah. Sebab program nih pun dah lama masa tahun 2013. Tetapi, masa nih memang lagu kumpulan nih tengah meletup-letup lah. Hahaha! 


Selepas tu Hans berpeluang pula terlibat dalam Hafiz & Friends Showcase. Penggambaran bermula daripada perjalanan di Astro Bukit Jalil sehingga ke Melaka. Satu pengalaman menarik juga lah sebab pertama kali kena ikut artis setiap waktu, cari perkara menarik yang boleh dijadikan kisah di dalam program dan tanyakan soalan-soalan dekat ketiga-tiga orang artis nih iaitu Hafiz, Hazama dan Akim. Itu belum lagi tengok macam mana sambutan peminat-peminat mereka nih masa persembahan mereka. Susah sebenarnya jadi artis nih. Penat nak melayan peminat. Hahaha!


Ini adalah salah satu program Hari Raya Aidilfitri yang Hans berpeluang buat iaitu rancangan Berdendang Raya Y'All. Nama rancangan ala-ala hipster di zaman tu. Hahaha! Tetapi, rancangan nih memang kelakar dan santai habis. Pertama kali Hans dapat bekerjasama dengan Datuk AC Mizal di dalam program nih. Memang senang dan gembira dapat bekerja dengan dia. Skrip yang Hans tulis pun pandai dia olah dan tambah ikut kesesuaian program. Untuk rancangan nih memang Hans sangat bersemangat buat rujukan sebab Hans nak kena pilih kumpulan artis-artis lama yang bersesuaian untuk program nih. Akhirnya, kumpulan artis lama yang dipilih ialah Feminin, Kool, Res2 dan Elite. Memang satu kepuasan bila dapat buat rancangan nih. Masa rakaman rancangan pun Hans dah raya awal dah daripada orang lain. Biasalah kalau rancangan untuk hari raya nih memang rekod awal. Hahahaa!

96 ulasan:

  1. sempoi kerjaya bro hans..glamer gitu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      yang glamor artis
      den nih orang belakang tabir jer...
      tak ado nya glamor pun

      Padam
  2. Wah best... Hebat hans, bukan calang2 orang menulis skrip tau dan hans pilih blog pulak untuk menulis. No wonder, suatu hari nanti blog meletops. Hehe. In Shaa Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...tak tahu lah meletup ke tidak
      doa-doakan
      hehehe

      Padam
  3. Menariknya kerja macam ni. Dapat belajar macam2 benda dan dapat jumpa macam2 orang. Dapat jumpat retis lak tu...ai is jeles

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tak payah jeles lah
      jumpa artis jer pun
      hahaha

      Padam
  4. Terbaek.. pengalaman yg cukup berharga..

    BalasPadam
  5. Mencabar jugak ye.... tapi, tak apa laa... kalau dah minat tu, apa cabaran pun biasa je untuk di tempuhi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      memang mencabar
      selalu orang ingat senang tetapi tak juga senang
      ada kadang-kadang tu susah
      tetapi dah minat jadi enjoy jer lah
      hehe

      Padam
  6. Balasan
    1. biasa jer Zumal
      gaji pun macam gaji elaun SL1M jer
      kalau gaji macam gaji artis baru hebat
      hahaa

      Padam
  7. Syoknya ramai orang hans jumpa lagi banyak pengalaman dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      banyak pengalaman tetapi kalau ikut ada lagi yang lebih berpengalaman daripada Hans
      hehehe

      Padam
  8. yang pkai baju malaysia duk tengah tuh nama dia shahrul ke.. ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      yer
      dia lah tu
      sekarang kerja gomen dah
      kenal ker?

      Padam
    2. dia dah kurus sikit.. hahaha boss aku dah tu..

      Padam
    3. owh kerja dkt hospital lah nih?
      hahaha...dah kurus ker?
      dulu2 zaman study lagi kurus dia tu

      Padam
    4. hahahaha kantoi plak.. cisss.. aah baru masuk tempat den..

      Padam
    5. hahahaha
      kirim salam Assalammualaikum dekat dia
      salah seorang member baik saya tu dari zaman study

      Padam
    6. hahahah den upload gmbar dia dlam group opis.. siap ugut ada gmbar lain hahaha.. dia balas ouhh shott.. pabila blogger berkawan abes kisah silam dikorek hahahahaha..

      Padam
    7. hahahaha
      kesian dia diugut

      Padam
  9. Kerjaya yg menarik ni.. banyak pengalaman yg boleh dikongsikan juga. Ya, mmg betul.. perkongsian jurnal kerjaya mcm ni mmg bagus utk membantu bina portfolio jangka panjang dan secara tak langsung memberi inspirasi kpd yg lain. Semoga terus sukses.. aamiin :) :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      sentiasa doakan saya berjaya dan dilimpahkan rezeki yer

      Padam
  10. seronoknya ada peluang menjadi penulis skrip..bukan calang2 orang ni hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa jer lah
      hahaha
      rezeki jer nih :)

      Padam
  11. Say.. Semakin tua, semakin kurang idea nak mengarang..takda ilmu gorengan. Tahniah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      x ada masalah bab umur
      bila rajin membaca atau keluar tengok sekeliling
      mesti banyak idea nak tulis :)

      Padam
  12. wah..bagusnya hans. Diam diam ubi berisi ni. Tahniah ya.. seronok baca.. tak sabar nak tunggu next entri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. malam ni atau esok ada lah sambungan nya tu
      hahaha

      Padam
  13. Serious menarik! Tahniah hans bukan senang nak handle program besar macam ni. Good job!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      nih pun sebab semua yang dalam pasukan bekerjasama
      sorang2 tak boleh nak buat rancangan tv
      hehehe

      Padam
  14. Allhamdulillah... yg ptg tu pengalaman kan hans... pengalaman sbg freelances sbg platform tuk dpt keje lbh stabil... akak pun pernah buat freelances job dulu... fuhhh mmg cam tu la gaya idupnya... xde duit... skang dh ada keje gaji bulan pun still cam tu gak... kekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      setakat nih freelance lagi kak
      tetapi jadi freelance nih memang ajar saya menabung
      alhamdulillah lah

      Padam
  15. Waaa bukan calang2 orgnya hans ni ya.. sempoi dan terbaik.. berbakat... smoga rezeki dalam penulisan bertambah2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya biasa2 jer
      terima kasih doakan
      semoga makbul
      amin

      Padam
  16. Bestnye keje awak, kita yg keje kat stesen tv ni pun jangankan muka, nama pun haram nk keluar kt tv huhuuu

    BalasPadam
  17. wah! dah mcm artis pun sbb selalu berdampingan dgn artis kan? hebat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak adalah
      saya penulis jer Abam Kie
      kalau artis saya dah kaya dah
      hahaah

      Padam
  18. Ilmu dan pengalaman...bila digarap menjadi satu...insyaAllah membuahkan hasil yang baik.

    BalasPadam
  19. wahhh primadona! ooo hans bekerja di sebalik tabir media ye? dulu mass media ke wktu belajar? bestnyaaa!

    BalasPadam
  20. Wah bagus juga ye bawa 2 3 baju je. Dapat baju free hihu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahha
      semua orang dapat :)

      Padam
  21. Best nyer...
    Ajak la kiter sklai...xdpt tulis skrip..dpt jmp retis..hiihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      kesitu pula dah
      hahaha

      Padam
  22. Semoga ada yang terbaca blog ni dapat offer kerja kat Hans, btw skrg Hans tak kerja dah ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya freelance kak
      ada banyak job lagi bagus :)
      setakat nih In Sha Allah ada tapi job biasa2 jer
      apa2pun rezeki :)
      alhamdulillah

      Padam
  23. wahh pengalaman yang menarik dan hebat.. Susahkan nak tulis script ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok jenis rancangan
      ada kadang2 susah
      ada kadang2 senang juga
      hehehe

      Padam
  24. Wah banyak juga rancangan yang Hans terlibat untuk buat skrip.banyak pengalaman luas pengetahuan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      doakan lagi banyak lagi rancangan Hans dapat buat yer :)

      Padam
  25. wah, banyak pengalaman menulis skrip ye. oh ye ada kenal nama Nazihah? rasa dia masih di astro lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nazihah? tak kenal lah pula
      department mana tu?

      Padam
  26. pengalaman tu sngt penting. tahniah hans!

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      pengalaman berharga :)

      Padam
  27. Impressive! Semoga Hans terus berjaya dalam bidang penulisan skrip dan intipatinya dapat memberi manfaat pada semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      terima kasih atas doa dan sokongan
      :)

      Padam
  28. Adoi.. doi.. jeles baca pengalaman Hans.. kikiki..

    BalasPadam
  29. banyaknye kerja dan pengalaman walaupun baru masuk kerja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan baru masuk kerja...dah nak dekat 6 tahun dah kerja...hahaha

      Padam
  30. perghhh.. mencabar jugak, ingat senang keja penulis skrip ni, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      tak senang mana sangat lah
      mencabar dekat bahagian otak lah sebenarnya
      hehe

      Padam
  31. fuhhhh dapat tahu banyak rahsia wanita sebab bekerja untuk Primadona! Beruntung orang rumah Hans nanti :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi dah macam ingat2 lupa dah
      hahaha

      Padam
  32. barulah saya nampak gambaran bagaimana kerja penulis skrip..

    banyak terlibat dengan ramai pihak

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer betul tu
      ramai orang kena jumpa, kena deal, kena mesyuarat, kena interview, kena bodek, kena maki, kena puji...hahahaha
      senang kata macam2 jenis manusia dah jumpa
      dari sebaik2 manusia sehingga lah sepoyo-poyo manusia
      hehehe

      Padam
  33. Selama ni taktau apa tugas penulis skrip ni pun, skrg dah ada bayangannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      alhamdulillah
      saja berkongsi bagi orang faham serba sedikit kan tugas seorang penulis

      Padam
  34. Wow.. thanks share pasal kerja ni. Pengetahun baru ni ^^

    BalasPadam
  35. banyak pengalaman, pengetahuan nih..setiap program kena cari input yg berbeza..ala2 wartawan jg..
    pernah tulis teks ucapan utk chairman, sib baik chairman bekas politician, cuma tulis point je, yg lain2 tu diselesaikan dgn jayanya oleh chairman..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      kalau tulis script untuk orang yang dah biasa dan power memang senang
      kalau yang 1st timer..nak kena ajar dia lagi..haha

      Padam
  36. Alhamdulillah tahniah hans.. semoga terus maju dan berjaya di masa2 akan datang..insyaallah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas doa dan sokongan
      amin

      Padam
  37. dgn mufti menk tu yg sy rs plg best...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      tapi seronok jumpa dia
      sejuk jer tengok muka dia

      Padam
  38. pengalaman yg best.. trtama yg primadona boleh tau segala rahsia wanita ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      tapi dah lupa banyak dah

      Padam
  39. nice knowing u, hans.
    a great job. but lom bleh komen panjang hi hi hi hi...
    aida nak kena baca part 2 dulu...

    BalasPadam
  40. cayalah Hans. dah jadi orang belakang tabir tibi rupenye.

    ni buat comeback blog pun masih ramai berduyun komen. otai tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      mana ada sis
      biasa2 jer lah

      Padam
  41. Fuyooo.. dahsyat Hans.
    Hari-hari boleh selfie dengan artis. Hihi.
    Rezeki tu Hans.
    Semoga sukses selalu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada hari2
      hahaha
      bila ada program baru jumpa artis
      tu pun kalau program tu panggil artis
      haahaa
      terima kasih atas doa tu :)

      Padam
  42. Baru nak baca part 1 ni. hahaha

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com